Pages

Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Western Education: menghancurkan JIHAD!

 Assamua'alaikum.

~ Bolehkah aku tak nak berjihad? ~

Salam perjuangan jihad, buat warga Muslim!
Yang terus-terusan mengorban masa dan kepentingan diri!
Demi membangunkan ummah yang terlena,
dan dibuai arus keduniaan!

*entri ini sambungan kepada entri ini. (klik)

-----------

Dari awal-awal lagi,
Allah telah menyatakan dalam Al-Qur'an,
bahawa Allah menciptakan hanya satu hati sahaja.

Allah mengatakan dalam surah al-Ahzab,
ayat yang ke-4:
"Allah tidak sekali-kali menciptakan bagi seseorang 2 hati dalam rongganya" [Al-Ahzab, 33:4]
Melihat kepada Firman Allah ini,
sepatutnya kita melihat sesuatu dengan teliti.

Kerana apa?
Kerana orang kafir,
orang yang memusuhi Muslim,
dan cuba menghancurkan agama Islam,
sangat-sangat mengkaji akan agama suci ini.

Anda melihat sesuatu pada ayat tersebut?

Sunday, January 1, 2012

Saya!? Dan ke-'tidak ada apa-apa'-an

Assalamu'alaikum.

~ This is me. And you're? ~

Salam sejahtera buat semua,
dan salam tahun 2012 buat semua.

"Hamidi, malam ni free tak?"


"Erm... ada apa?"


"Projek Halaqah?"


"Huh?"


"Hehe... ana gurau je."


Projek Halaqah.
Saya mulanya tidak memahaminya,
sehinggalah Allah mengilhamkannya.

"Oh. New Year ea?"

Tuesday, July 26, 2011

Si pembuat 'Maksiat' yang sedang Bertatih

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera dan Selamat,
kepada mereka yang sedar dan ingin kembali,
juga pada mereka yang sudah diberi kesedaran,
moga kita akan dikumpulkan di tempat yang indah-indah di Sana...

~ Ampunilah dosa-dosaku. Aku bukan manusia suci. Ya Allah! ~
.by Sansana of deviantart.

Entri kali ini adalah penjelasan dari entri ini (klik).

Saya menganggap,
ada yang tidak bersetuju bila saya mengatakan,
"diri ini banyak membuang masa, tapi bila merenung sekejap, itu ternyata lebih baik..."

Memang,
tidak saya menafikan,
membuang masa itu amat-amat tidak patut.
Sehingga Allah sendiri mengatakan,
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu betul-betul dalam kerugian." 
(Al-'Asr, 103, 1-2)
Tapi,
sebelum kita menghukum seseorang,
lebih baik kita melihat pada latarnya terlebih dahulu.

Sunday, June 26, 2011

SMK Setapak Indah

Assalamua'alaikum.

Salam Bersemangat tanpa Luntur,
buat para penggerak-penggerak Islam,
yang tanpa penat dan lelah,
terus-terusan menyebarkan Risalah Islam!


SMK Setapak Indah,
mengubati luka hati,
melihat kecerian mereka,
dalam 'malu-malu kucing'.

Entah,
hati ini mencari sesuatu,
yang tidak pasti.

Sambil memandang jari,
tujuh hari lagi tinggal,
sebelum peperiksaan akhir datang.

"Ini sejarah Hamidi sayang,
bukannya AddMath..."
getus hatiku lemah.

Monday, June 20, 2011

'Ayah' Berumur Setahun

Assalamu'alaikum.

Salam semangat jihad buat para penerus urusan Dakwah,
yang berat lagi memenatkan ini,
serta para penjaga kesucian Tarbiyah,
dari cemaran dunia dan hawa nafsu.


'... Doakan kejayaan semua dunia Akhirat.
Teruskan usaha dan jangan pernah jemu dan
muak serta menyampah untuk mentarbiyah
mutarabbi enta macam ana (^_^)'

Saya tersenyum membacanya. Mata yang mengantuk pada awalnya terus membesar. Satu semangat entah dari mana mula menusuk ke dalam jiwa. Sungguh, saya amat terharu membaca tulisan ini.

Saturday, May 14, 2011

Bersama Lelaki Berseluar Pendek

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat anda yang memantau blog ini,
dengan penuh ketenangan,
dan ada yang kesesakan.
Moga ALLAH me-Rahmati anda.


Hari Khamis yang lepas,
saya bertemu dengan seorang lelaki,
yang hanya memakai seluar pendek.

Oh,
pada awalnya,
si dia ini langsung tidak berbaju.

----------

Pada awal pertemuan dengannya,
saya melihatnya dengan penuh debaran.

Susuk tubuhnya,
kelihatan bagai orang yang kuat bermusafir,
dan ternyata sangkaanku benar,
apabila dia menyatakan dia pernah ke France.

Datang belajar di UIA,
atas sebab-sebab tertentu.

Berborak-borak dengannya,
dapat juga saya menimba ilmu dari si dia.

Dengan baju t-shirt biasa,
berseluar pendek atas lutut,
bila duduk bersila di atas katil,
terus menampakkan pahanya yang putih.

Saya hanya tersenyum.

Ketika itu,
saya memakai seluar putih,
dipadankan dengan baju Melayu putih,
dan disesuaikan dengan kopiah yang putih,
memang satu set putih.
Boleh anda imaginasikan penampilan saya?

Tetapi,
kelihatannya,
dia tidak mengendahkan akan hal itu,
dan dia langsung tidak menunjukkan rasa tidak senang dengan penampilanku.

Bicaranya pantas dan lancar,
mukanya bersahaja dengan ketenangan,
dan gaya badannya agak sopan.

-------------

Begitulah yang saya pelajari dalam Tarbiyah.

Kita tidak menghukum mereka yang tak tahu,
mungkin bagi kita adalah satu dosa berseluar pendek,
tapi bagi mereka yang datang jauh dari France?
Apa yang mereka tahu?

Terkadang marah-marah dan maki-hamun,
akan menjauhkan diri kita dengan mereka,
yang mahu belajar tentang ISLAM.

Akhirnya,
kita juga yang merugi kerana tidak dapat,
membantu mereka mendekati dan memahami ISLAM,
dengan lebih Syumul.

Seperti kisah Abbas Asisi,
apabila dia dan temannya,
melihat seorang lelaki memakai rantas emas,
sedangkan lelaki HARAM memakai barangan emas.

Lelaki itu memasuki masjid,
lantas Abbas dan rakannya menghampirinya,
dan dengan penuh ramah dan mesra,
mereka berkenalan dengan si lelaki itu,
seolah-olah lelaki itu sebahagian dari kumpulannya.

Dan ternyata,
hasil pakatan Abbas dan temannya berjaya,
apabila 3 bulan kemudian (atau 3 tahun, saya lupa),
sudah tidak kelihatan lagi rantai emas di lehernya.

ISLAM mengajar kita untuk menyebar Kasih,
bukankah ISLAM Rahmat untuk alam?

-------------

Maka,
hendaklah kita memberi mereka masa,
agar menyukai diri kita,
semoga mereka senang,
untuk mendengar tutur kita,
akan hal Syurga dan Neraka.
Amin.

*Satu coretan spontan. pada lewat tengah malam. kerana melihat blog ini sudah lama tidak ber'buah'. hehe.
*Terima kasih kepada semua pengundi. Undian masih dibuka. Silalah teruskan undian anda!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, April 28, 2011

Masjid HALUAN

Assalamu'alaikum.

Salam Segar-Bugar buat anda sekalian!


Pada malam pertama saya berada di kampung,
ayah saya mengajak saya untuk solat di satu masjid.

Teruja saya dengan jemputan ayah saya itu,
terasa juga nak keluar dari kampung,
melihat kampung-kampung lain,
luaskan pengalaman.

Setibanya saya dan ayah di masjid yang dimaksudkan itu,
saya terpegun melihatnya,
"Oh, masjid baru?"
tanyaku pada ayah.

"Ye, masjid baru.
Orang kaya sekitar yang bagi duit,
sama-sama bina masjid."
jawabnya dengan nada bersahaja.

Mendengar istilah 'orang kaya',
saya meneka,
mereka adalah orang-orang Tarbiyah,
yang satu jema'ah dengan ayahku.

Tekaanku semakin kukuh,
apabila saya bertemu dengan seorang ahli usrah ayahku.

-----

Cepat-cepat saya ke kawasan kolah,
untuk berwuduk,
memandangkan azan Isya' baru habis berkumandang.

seusai mensucikan diri dengan air basahan pendekat kepada Ilahi,
saya melangkah masuk ke ruang solat,
mataku berkeliaran ke sana sini,
saya mengukir senyuman.

Seorang demi seorang,
mulai memenuh dewan sembahyang,
tapi,
yang indahnya,
ramai kanak-kanak dan remaja yang hadir.

Wah!
anda tak akan jumpa permandangan ini di masjid lain!

Bilangan muda-muda semakin ramai,
terlintas di hatiku,
"Inilah hasil tarbiyah HALUAN.
Mantap sekali.
Moga-moga aku dapat mengtarbiyah orang kampungku,
sepertimana usaha yang telah dilakukan di sini."

Mataku asyik memerhatikan gelagat mereka,
sungguh suci dan bersih wajah-wajah mereka.

-----

Iqamah didendangkan,
saya bangun dan berdiri dalam saf.

Selepas iqamat selesai,
si bilal yang dah berumur,
datang berdiri disebelah kiriku,
dan senyum kepadaku,
dan tanpa ku sangka,
dia menghulurkan tangan,
untuk berjabat denganku.

"Sungguh,
masjid ini memang subur dengan Tarbiyah!"

Sempat saya menjerling ke hadapanku,
ada satu kitab berwarna hijau,
yang menjadi kebiasaan warga Tarbiyah mengkajinya,
yakni HADIS 40 Imam Nawawi.

"Sungguh,
masjid ini memang Tarbiyah yang mantap!"

Kemudian kami menunaikan solat Isya',
seperti kebiasaan.
Cuma yang bezanya,
bilangan pemuda menyamai bilangan warga emas.
Aku sungguh kagum dengan Tarbiyah HALUAN!

-----

Aku mengimpikan,
semua warga Malaysia ditarbiyah.

Moga suatu hari nanti,
apabila kita melawat satu-satu masjid,
kita akan dilayan seperti raja.

Bukan bererti memuja,
tetapi memuliakan tetamu,
bukankah ISLAM ajarkan begitu?

Aku mengimpikan,
semua warga Malaysia ditarbiyah.

Moga suatu hari nanti,
apabila kita hadir ke dewan solat,
jumlah remaja akan melebihi dari pemuda jalanan.

Bukan bererti menghina mereka di sana,
tetapi sebagai satu pujian untuk mereka yang memuliakan masjid.

Aku mengimpikan,
semua warga UIA ditarbiyah.

Moga suatu hari nanti,
apabila kita bangun pagi hari,
kita melihat melalui tingkap bilik,
menyaksikan ribuan pelajar berduyun-duyun,
berjalan dan bermotor perlahan-lahan menuju masjid.

Bukan bererti mengosongkan surau-surau sekitar,
tetapi sebagai menyahut cabaran si bangsa Yahudi,
yang mengatakan Jemaah solat Subuh tak akan sama,
dengan bilangan warga Jemaah solat Jumaat hari Jumaat.

Aku mengimpikan,
bukan setakat mengimpi,
tapi akan ku cuba kabulkan,
dengan kudrat terbaik yang ku miliki.

Engkau bersamaku atau tidak,
aku tidaklah peduli,
kerana masih ramai di luar sana,
yang akan membantuku.

Engkau bukan malaikat,
jadi jangan berlagak,
kita manusia biasa,
perbanyakkanlah taubat!

Ayuh!
Penuhilah Solat Subuh!
Jangan mimpi nak bina Negara ISLAM!
Jika Subuh pun terlambat!

Hamidi,
bersediakah engkau!?
Jalan di hadapan, tidak sesenang sangkaan engkau!

satu renungan untuk diri...

-----

memetik kata si dia:

terpulang pada anda bagaimana untuk menterjemah kata-kataku ini

tapi serius

aku sedang obses

untuk mengejar manusia

melentur, melebur dan membentuk mereka

sehingga terbentuk satu saf jundi yang akan menggegarkan saf-saf yang ada

tidak lelah walau diterjah

tidak luntur himmah walau digugah

tidak bercerai barisan walau digegar dengan kecaman

tidak keluar saf walau digertak dengan kepayahan

dari mereka akan lahirlah

rijal-rijal yang sanggup ditarbiyah

rijal-rijal yang sanggup mati kerana dakwah

rijal-rijal yang tahu apa erti satu batu-bata milik mereka

dalam menyumbangkan harta dan jiwa dalam pembentukan bangunan ustaziatul alam


-----

-pengunjung dipersilakan untuk mengundi pada sidebar kanan. segala kebaikan anda, akan terbalas oleh Si Maha Pembalas. undian anda, amat saya hargai!-

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, April 22, 2011

LIVE! dengan Sheikh Imran Hosein

Assalamu'alaikum.

Salam Semangat buat para pencinta Ulama' dan Ahli Hadis.


Selepas solat Jumaat tadi,
saya bercadang untuk take ten untuk menTilawah Kalam ALLAH.

Dalam badan yang seram-seram sejuk,
kerana sedikit ujian dari ALLAH,
atas nikmat kesihatan,
saya perkuatkan diri.

Pada awalnya,
terlintas di hati untuk 'berpuasa' Solat Jumaat hari ini,
kerana keuzuran badan yang semakin memanas,
detik per detik.

Dengan semangat indirectly dari Ikhwah,
terima kasih kepada Akh Muzaffar,
kerana menyalurkan sedikit tenaga kepadaku.
Alhamdulillah, wa irhamhu.

-----

Berbalik kepada cerita di atas,
sedang saya membuka muka kulit Al-Qur'an,
ketika itu ada lecture kat hadapan masjid,
tazkirah dari seorang Ustaz.

Pada awalnya,
terdetik di hati saya,
"Oh, minggu-minggu ada lecture lepas solat,
nak mengaji  (Al-Qur'an) pun susah."

Sedang saya membaca Isti'azah,
dan membaca pendek Basmallah,
tiba-tiba suara Sheikh terbukam ke dalam telingaku.

"Macam pernah dengar suara Ustaz ni!?"

Saya pun menjerling ke hadapan,
dengan terhengeh-hengeh dek ramainya foreigner,
yang mengelilingi Ustaz itu.

"What!?
Sheikh Imran Hosein?"
Hatiku berteriak!

-----

Hatiku berbunga-bunga,
terbalas pengorbananku melawan badan yang memanas ini,
mengharungi terik mentari yang membakar daging kulit ini,
dengan dipertemukan dengan seseorang,
yang dah lama saya gila-gila kan untuk bertemu.

Tanpa membuang satu saat,
saya terus menutup muka Al-Qur'an,
 dan bingkas bangun bergerak kepadanya,
ingin mendengar dan memandangnya,
secara LIVE!.

Nampanknya,
saya sudah jatuh hati kepadanya,
atau mungkin saya dah fanatik kepadanya!?
Siapa tahu?

-----

Sebenarnya,
Sheikh Imran Hosein lah,
yang banyak mempengaruhi perubahan diri ana,
sebelum ana mengenal Tarbiyah.

Sungguh,
kehadiranku ke Solat Jumaat di masjid UIA tadi,
satu Rahmat dari ALLAH,
dan Cinta dari-NYA,
kepada hamba-NYA yang berjalan,
kerana-NYA.

Terima kasih ALLAH,
Alhamdulillah.


-pembaca dipelawa dan diharap dapat mengundi di POLL di sidebar kanan. segala kerjasama yang diberikan, amat saya hargai. saya dahulukan TERIMA KASIH.-

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Saturday, February 26, 2011

Kata-kata Hikmah: Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para perindu Syurga!


"Anakku, menabunglah,
supaya bila kamu dah besar nanti,
hidup senang, tak perlu meminta-minta."

Lemah-lembut bahasanya,
mendayu-dayu dengan penuh kasih sayang,
kata seorang Ayah kepada buah hatinya.

"Tapi ayah,
apa yang nak simpan berbaloikah?
Nanti 5, 10 tahun mendatang,
bukankah harga barang semakin mahal?
Duit-duit yang kita simpan pula nilai semakin berkurang!?"

Jawab si anak,
dalam lembut dan kasar,
dengan nada yang malas melayan,
terasa diri lebih berilmu dari bapanya itu.

Ayahnya sempat mengukir senyuman,
sebelum menoleh ke kanan,
melihat si ibu sedang leka dengan gumpalan baju-baju,
untuk dilipat satu demi satu.

Mendengar kata-kata buah hati mereka,
tangan si ibu terhenti dari kerjanya.
Ibu mengangkat muka,
dan memandang sayu kepada anak emasnya itu.

Sunday, February 6, 2011

Rakyat Malaysia, tidak mampu Bangkit seperti Rakyat Mesir?

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat rakyat Malaysia,
yang sayang Islam,
kerana Allah.



Saturday, January 1, 2011

Lecture: Study Circle 2

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera,
bagi pencinta ilmu.



Study Circle,
siapa yang tidak pernah mendengarnya?
Aku kira,
sebahagian kecil mungkin tertanya-tanya.

Tapi jika disebut halaqah,
aku kira,
semua mengetahui tentangnya.

Adapun Study Circle,
adalah istilah lain untuk kalimat halaqah.
Dan Study Circle,
adalah satu dari silibus pembelajaran di UIAM Gombak.
Semua pelajar Sarjana Muda harus mengambilnya!

Monday, December 27, 2010

Lecture: Islamic movement is ethical movement

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat semua Muslim dam Muslimat,
juga para pendokong gerakan-gerakan Islam.


Hari ini,
27 Disember 2010,
saya belajar sesuatu yang baru,
dalam kelas kuliah saya,
kuliah Contemporary Islamic Movement.

Friday, December 24, 2010

Halaqah

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca,
juga para pejuang agama Islam!


Halaqah.
Dalam Bahasa Melayu disebut,
Bulatan.

Ada apa dengan Halaqah?

Saturday, November 13, 2010

Karpet merah

Assalamu'alaikum.

Buat para mujahid,
juga mujahidah,
yang bakal melalui satu hari yang bersejarah,
dalam kalendar Islam,
Hari Raya Eidul Adha.

Salam Eidul Adha,
saya dahulukan.


Red carpet,
cantikkan?

Tuesday, November 9, 2010

Sunni ke Syiah?

Assalamu'alaikum.

Buat para pembaca blog yang dikasihi.
Moga juga dikasihi oleh Allah.






"Dia ni Sunni ke Syiah?"

Thursday, June 24, 2010

Anak Muda... Bangunlah, Selesaikan Tugasmu.

Assalamu'alaikum.

Buat mereka yang bergelar Muslim, Mukmin.
Moga mendapat Rahmat yang berkekalan dari-Nya.


Satu pesanan dari pemilik blog ABATASA,
harap dapat menghayati.
"Anak Muda... Bangunlah, Selesaikan Tugasmu."

------------------

Kekadang terasa rindu,
pada alam maya,
kerna tidak dapat bersamanya,
di mahligai tersayang.

Tapi,
rindu pada-Nya lebih besar,
kerna aku tau,
Dia senantiasa bersamaku.

Salam perjuangan.
Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"

Tuesday, May 18, 2010

Sudah Game Overkah ?

Assalamualaikum...

Para pembaca yang dikasihi sekalian,
moga2 kita semua berada dibawah Rahmat-Nya yang Maha Indah.


Hidup tidak pernah sunyi dari ujian,
tapi Allah tidak pernah tinggalkan hamba-Nya bersendirian.
Kita semua percaya akan kenyataan ini,
tapi, mampukah kita bertindak seperti ke-percaya-an kita ini?
Atau sekadar percaya dengan lisan,
dan bermonolog dalam hati, tanpa disertai dengan amalan (tindakan)?

--------------------------------------------------

PALESTINE WEEK tamat.
Dunia sedikit ringan terasa,
fikiran terasa lebih tenang,
banyak masa terluang,
aman, begitu aman sekali.

Tapi, terdetik di hati,
"Kenapa tiba2 dunia ini berasa amat tenang?"
Minda kembali gelisah,
bukan resah bermasalah,
tapi gelisah mencari jawapan kepada persoalan akan hikmah 'ketenangan' ini.

Haha...
aku ketawa sendirian.
Masakan tidak, bila berserabut dengan masalah, aku mengeluh,
Bila mendapat 'ketenangan', aku tetap mengeluh.
Hamidi Hamidi, kenapalah kau ni.

Aku mengeluh bukannya apa,
aku takut, campur hairan,
bukankah Allah akan menguji hamba-Nya untuk mengetahui iman mereka?
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji" (Surah Al-'Ankabut,29: 2)

Aku capai "Bila Allah Menduga Kita",
sebuah buku, karya Pak Alwi, atau nama penuhnya Syed Alwi AlAtas,
cuba mencari solusi kepada persoalan di minda ini.

Aku tertarik dengan satu kata-kata yang terdapat dalam buku ini,
kata-kata dari F.Kennedy (kalau tidak silap), katanya : "don't pray for easy life, but pray to be strong".
Kata-kata yang ringkas, tapi penuh makna.

---------------------------------

Habis? Apa kaitannya dengan persoalan yang bermain di minda ini?
Apa kena-mengena kata-kata itu dengan 'ketenangan' yang ada ini?

Hatiku bertambah lega,
kegelisahan semakin surut,
sedikit demi sedikit,
membuatkan bibir ini kembali mengukir senyuman.
PUAS.

---------------------------------

Kerana Allah bukan penghukum,
"Maka Allah sama sekali tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri" (Surah Ar-Rum, 30: 9)


Tapi DIA itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Lembut.
"Segala puji-pujian itu (hanya layak) bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" (Surah Al-Fatihah,1: 1-2)


--------------------------------

Masih tidak faham? Apa yang saya cuba utarakan?
Biar saya jelaskan sedikit lagi.

'Ketenangan' itu adalah nikmat Allah,
tiada siapa yang dapat menyangkalnya,
lebih-lebih lagi bagi mereka yang beriman.

Allah itu Maha Pengasih, DIA tidak selalunya menguji hamba-Nya dengan kesakitan,
tapi juga memberi 'ketenangan' sebagai balasan untuk hamba-Nya.
Tapi, pada masa yang sama,
nikmat-nikmat ini juga adalah sebahagian daripada ujian-Nya,
melihat, siapa yang bersyukur.

"Pray to be strong".
Allah memberi masa untuk kita bersedia,
memohon, untuk menjadi kuat.
Sebagai persediaan untuk ujian mendatang.

'Ketenangan' adalah nikmat yang indah,
tapi, jika disia-siakan akan menjadi satu kerugian yang besar.

Jadi, gunakanlah ia sebaiknya.
Pada masa kamu terasa tenang,

angkatlah tanganmu, dan berkata:
"Alhamdulillah... Terima kasih Allah...
Ya Allah, sesungguhnya nikmat ketenangan ini bukanlah nikmat sebarangan, hanya mereka yang terpilih sahaja akan mendapatkannya. Terima kasih Ya Allah, Ya Rabb...
Ya Allah, aku tahu, Engkau tidak akan membiarkan aku mengucapkan "Aku telah beriman" sebelum Engkau mengujiku, dan aku tahu, ujian-Mu setimpal dengan imanku. Engkau berfirman :"Tidaklah seseorang itu diberati (diuji) melainkan yang sepadan dengannya".
Ya Allah, aku juga mengerti, bahawa mereka yang memegang amanah da'wah, tidak sama dengan golongan awam, yang bersenang-lenang dengan dunia yang fana ini.
Ya Allah, aku tahu, suatu hari nanti, aku akan ditimpa ujian yang lebih berat, lebih berat daripada ujian sebelum aku terlibat dengan kerja-kerja da'wah ini...
Tapi Ya Allah, aku tidak mahu gagal dalam ujian-Mu, oleh itu Ya Rabb, Ya Tuhanku, berikanlah aku sedikit kekuatan, agar aku bisa lulus dalam ujian-Mu yang mendatang kelak. Ujian itu, sudah pasti tidak sama dengan ujian-ujian sebelumnya, lebih mencabar, sukar dan penuh muslihat. Tapi yang pasti, lebih besar pula ganjarannya.
Oleh itu, aku pohon sebagai hamba-Mu yang lemah, akan kekuatan, agar aku bisa mengawal diri, dari berputus asa dari rahmat-Mu ditengah-tengah ujian itu. Berikanlah ku kekuatan,.. Ya Allah!"


--------------------------------

Nampaknya  permainan belum berakhir lagi.
Permainan masih berlangsung,

Pasti ada yang bertanya, permainan apa?
Aku jawab, bukankah dunia itu permainan semata-mata?
Dan akhirat itu yang kekal...

So, jawapannya ialah:
"The game is not over yet!"

Jadi teruskanlah berjuang!

Ingat, dalam permainan, hanya ada dua penamat sahaja,
Menang atau Kalah, tiada yang ketiga...
Paradise or Hell...

Kamu yang menentukan.
"Hari ini, lambang hari esokmu!"


Assalamualaikum.
"Always remember ALLAH"