Pages

Thursday, November 8, 2012

Koreksi Diri: Pembinaan Mutarobbi

Bismillah...


Jam menunjukkan detik hampir 2.30 pagi.
Tapi, saya masih menghadap komputer.

Sebentar tadi,
pertemuan dengan para ikhwah,
menyedarkan saya akan kealpaan saya terhadap beberapa tugasan.

Balik ke bilik,
yang awalnya ingin terus merebah di tilam empuk,
terpaksa dibatalkan buat seketika.

Terus membuka laptop yang dah berusia,
tapi masih gagah melaksanakan tanggungjawabnya,
dalam usaha-usaha memuaskan hati si pemiliknya,
untuk tugas-tugas yang penting mahupun yang tidak.

Selepas beberapa tika bersama FB,
saya terus mengecek masukan-masukan emel,
ternyata ada satu dokumen yang saya abaikan.

Terus menyemak isi-isi yang dikemukakan,
dan ternyata ia bukan semudah petikan dua jari.

Terhenti sejenak.

Menekan kembali tab FB,
dan membuka satu per satu profil-profil mutarobbi.

"Allahu rabbi. Aku telah abaikan hak-hak mereka."

Membaca status-status tulisan mereka,
satu demi satu...

---------------------------

"Hamidi, halaqah anta dah berusia berapa tahun?"

Terkedu.

"Ini tahun ke-3"

Lafazku.

Rupanya dah masuk tahun ke-3 saya 'membina' mereka.
Dan sepanjang tempoh itu juga,
mereka 'membina' saya tanpa mereka sedari.

Dan hari ini,
diri saya terbentuk atas peng-halaqah-an bersama-sama mereka.
Gembira.Duka.Manis.Pahit.Gelak.Sedih...
Semuanya salih berganti.

Kadang-kadang rasa lucu melihat gelagat mereka,
dan terkadang rasa marah bila ada sesuatu yang tak kena.

Kadang-kadang rasa bahagia menatap wajah-wajah mereka,
dan terkadang rasa gelisah bila ada musibah yang menimpa.

Kadang-kadang rasa bersemangat membina mereka,
dan terkadang rasa give-up atas kelemahan diri.

Sepanjang 2 tahun penuh,
pelbagai karenah yang terpaksa dilayan,
dengan personaliti-personaliti yang berbeza-beza.

Tetapi,
penghujung tetap Cinta Kerana Allah.

---------------------------

Melihat kembali dokumen yang diemelkan.

Ia berkenaan muwasofat Tarbiyah,
yang perlu digarapkan kepada para mutarobbi tercinta.

Masih banyak muwasofat yang belum berjaya ditanam,
maka masih panjang perjalanan Tarbiyah ini.

Semakin lama,
saya sedari bahawa Tarbiyah ini tidak cukup dengan halaqah semata-mata.
Bahkan ia perlu disertai dengan berbagai-bagai wasilah yang lain,
yang akan melengkapi sedikit kekosongan yang terdapat pada halaqah.

Namun tetap dan tetap,
halaqah itu jantung bagi Tarbiyah.


Proses 'pencorakkan' manusia itu,
bukan sekadar menconteng-conteng di atas kertas kosong.

Bila bosan,
letak berus cat di tepi,
dan berehat di atas buaian sekejap.
Esok sambung lagi...

'Pencorakkan' manusia,
setiap masa.

Samada di hadapan si mereka,
atau di belakang si mereka.

Kerana kecintaan kita pada mereka,
bukan sekadar pertemuan-pertemuan di halaqah,
tetapi lebih besar dan lebih indah,
iaitu kerana Allah dan SyurgaNya.

Mana mungkin,
seorang yang mempunyai anak didik (i.e mutarobbi),
cukup hanya sekadar bercakap lebat di hadapan mereka,
menyampaikan pesanan-pesanan dan pelbagai nasihat,
tetapi apabila pulang ke tempat istirehat,
terus mereka dilupakan.

Patutnya,
si mereka itu patut diberi hak-hak mereka,
dengan ilmu dan doa-doa.

Moga dengan itu,
perhubungan keukhuwwahan yang terbina,
atas dasar kecintaan kepada Allah,
bukan kerana halaqah semata-mata...

---------------------------------

Jika ada waktu untuk berpatah balik,
nescaya saya mahukan itu.

Saya mahu sekali lagi diberi peluang oleh Allah,
untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan saya,
sepanjang pembinaan saya ke atas mereka.

Namun, apakan daya?

Jika masih ada kesempatan itu,
akan saya memaksimumkan sebaik mungkin,
agar peristiwa-peristiwa buruk tidak berulang lagi,
dan agar pentarbiyahan mereka berjalan lancar dan indah.

Mungkin selama ini,
saya terlalu ambil mudah atas tugasan ini.

Nampaknya,
saya harus bermula dari bawah balik.
Bukan dari kosong,
tetapi dengan sedikit pengalaman yang berharga.

InsyaAllah.


'... Doakan kejayaan semua dunia Akhirat.
Teruskan usaha dan jangan pernah jemu dan
muak serta menyampah untuk mentarbiyah
mutarabbi enta macam ana (^_^)'


Adakah saya telah jemu dan muak serta menyampah?

Haha...
InsyaAllah itu tidak berlaku.

Selalu dan selalu,
mengingati para mutarobbiku yang tercinta,
hanya kerana Allah,
keranaNya lah,
kita bercinta.

.Alhamdulillah.


"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."
(Az-Zukhruf, QS 43:67)



"Saya adalah pemuji Allah"