Pages

Thursday, July 28, 2011

Taubat, dan teruskan ber-Taubat!

Assalamu'alaikum.

~ Pekiklah nama Tuhanmu, Dia pasti mendengar ~
.by Victomized of deviantart.

Memetik hadis,
yang dipungut dari e-book 'Taubat',
tulisan Yusuf Al-Qardhawi:

Dari Abi Hurairah r.a. bahwa ia mendengar Rasulullah Saw bersabda:
"Seorang hamba melakukan dosa, dan berdo'a: 'Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku'. Tuhannya berfirman: 'hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Tuhan-pun mengampuninya'. Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdo'a: 'Ya Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku'. Tuhan-nya berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya', maka Tuhan-pun mengampuninya. Kemudian ia terus dalam keadaan demikian hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdo'a: 'Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku'. Tuhan-nya berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya'. Maka Tuhannya berfirman: 'Aku telah berikan ampunan kepada hamba-Ku, dan silakan ia melakukan apa yang ia mahu".

[Hadits diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.]

Redaksi: 'falya'mal ma syaa' "silakan ia melakukan apa yang ia mahu" maknanya adalah -- wallahu a'lam--: selama dia melakukan dosa dan beristighfar kemudian diampuni, dan ia tidak melakukan dosa itu lagi. Dengan dalil redaksi: "kemudian ia melakukan dosa lagi" maka ia dapat melakukannya lagi jika itu merupakan perangainya, sesuai kemauannya. Karena ia, setiap kali ia melakukan suatu dosa maka taubat dan istighfarnya menjadi penghapus dosanya itu, dan ia tidak mendapatkan celaka. Tidak kerana ia melakukan suatu dosa, kemudian ia beristighfar dari dosanya itu dengan tanpa berusaha membebaskan dirinya dari kebiasan buruknya itu, kerana itu adalah taubat orang yang suka bohong.

---------


Dalam taubatmu itu,
berusahalah untuk keluar!



Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, July 26, 2011

Si pembuat 'Maksiat' yang sedang Bertatih

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera dan Selamat,
kepada mereka yang sedar dan ingin kembali,
juga pada mereka yang sudah diberi kesedaran,
moga kita akan dikumpulkan di tempat yang indah-indah di Sana...

~ Ampunilah dosa-dosaku. Aku bukan manusia suci. Ya Allah! ~
.by Sansana of deviantart.

Entri kali ini adalah penjelasan dari entri ini (klik).

Saya menganggap,
ada yang tidak bersetuju bila saya mengatakan,
"diri ini banyak membuang masa, tapi bila merenung sekejap, itu ternyata lebih baik..."

Memang,
tidak saya menafikan,
membuang masa itu amat-amat tidak patut.
Sehingga Allah sendiri mengatakan,
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu betul-betul dalam kerugian." 
(Al-'Asr, 103, 1-2)
Tapi,
sebelum kita menghukum seseorang,
lebih baik kita melihat pada latarnya terlebih dahulu.

Monday, July 25, 2011

Sedarlah! 3

Assalamu'alaikum.


Cuba teka,
kat Akhirat nanti,
ada tak orang yang jalan malas-malas ke Syurga?

hurm...

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Sunday, July 24, 2011

Sedarlah! 2

Assalamu'alaikum.


Tanya diri satu soalan,
"Adakah aku benar-benar ahli Syurga?"

Berehatlah sebentar,
dengan bertaubat.
Astaghfirullah.

-----------

*Jaulah Tarbawi ke Pantai Timur baru berakhir,
insyaAllah kita sama-sama memanfaatkannya.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, July 18, 2011

Sedarlah!

Assa'amua'alaikum.


Anda fikir,
jika anda 'bertemu' Allah sekarang,
Apa yang Allah dapat 'banggakan' tentang anda!?

*Salam Takziah,
buat semua yang mengenali Dr. Lo' Lo',
terutama kepada ahli keluarganya.

"Always remember ALLAH"

Friday, July 15, 2011

Dari Maksiat, Kepada Pembaziran, dan Menuju Kebaikan.

Assalamu'alaikum.

~ if you think the failure, just put down your 'sword'. no one force you ~

Mengenang satu minggu di rumah.
Wah wah...
banyak peristiwa yang tidak menarik berlaku. he.

Tapi,
dalam ke-tidak menarik-an itu,
ternyata tersembunyi seribu rahsia agung,
yang hanya dapat dirasai dan dijiwai bagi yang memahami.
wah wah! bestnyer!

Monday, July 11, 2011

Ketika itu kita akan menyesal ...

Assalamu'alaikum.

Salam sentiasa Bersemangat Waja,
kepada mereka-mereka yang diruncing masalah,
dan mereka-mereka yang sedang kelelahan dan keputus-asaan.


~ ahli Halaqah pada awal saya diperkenalkan dengan Tarbiyah! ~

Menjalani kehidupan di rumah,
tidak sama dengan suasana dikelilingi oleh para ikhwah,
yang sentiasa berkejar-kejar dan berlumba-lumba menduduki saf pertaman.

Sunday, July 10, 2011

5 Syari'ah Science Makkah

Assalamu'alaikum


Ketika mencari-cari satu folder gambar,
tiba-tiba bertemu dengan folder gambar-gambar ini.

Wah!
Teringat zaman-zaman kami ber-posing sana-sini,
untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

Kredit kepada Hafizuddin Mohd Amin,
atas design yang mengancam jiwa ini.
Hehe...




Seorang bertanya,
"Eh Midi, takkan tu je kata-kata demo.
Bagilah uhmm sikit!"

Saya hanya terdiam,
memikir apa yang harus dibalas.
"Yang penting kita berbuat."
Jawabku pendek.

(p/s: sebenarnya saya lupa apa yang saya jawab ketika itu. Tapi, rasanya itulah jawapannya. hehe)
(p/s 2: untuk membaca setiap kata-kata semangat itu, bolehlah klik pada gambar untuk pembesaran)


Assalamua'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Saturday, July 9, 2011

BERSIH

Assalamu'alaikum.
Hari ini.


Adakah anda bersama 'JIHAD' pembebasan ini?
Jika tidak, jangan lupa dengan 'JIHAD' doa.
atau at least, 'JIHAD' tidak berbuat dosa!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, July 6, 2011

Dengan AddMath, kita ke Syurga!

Assalamu'alaikum.

Salam Berjuang,
kepada semua yang 'berjalan' ke Syurga-Nya!


"Adik-adik sekalian,
percaya tak jika abang kata,
AddMath boleh menjadi sebab kita masuk ke Syurga?"

Saya berhenti sekejap.
Memandang mereka di hadapan.

Friday, July 1, 2011

Prepare For Excellence!

Assalamu'alaikum.

Salam Selamat,
buat yang sibuk dengan urusan Exam,
juga yang terleka dengan kerja-kerja Duniawi,
dan tidak lupa kepada yang gigih dalam hal-hal Akhirat.


Belakangan ini,
ramai yang menolak untuk menghadiri,
program-program yang membina hati.

"Maaf, ana nak baca untuk exam."
Saya tidak mampu berbuat apa-apa.