Pages

Saturday, December 24, 2011

Iklan: Al-Muharrik Edisi 14: Meraih Cinta Ilahi

Assalamu'alaikum.


Ingin buat tempahan?

Sila buat komen di ruang komentar.
Nanti saya akan berhubung dengan anda.

"Meraih Cinta Ilahi"

(VIM)

"Always remember ALLAH"

Monday, December 19, 2011

Refleksi diri: Bilakah masa rehat mereka?

Assalamu'alaikum.


Wah...
Tak sangka inilah hidup pada penghujung semester kali ini.

Ingatkan akhir ini,
akan menjadi semakin baik.

Tapi tak sangka,
keadaan yang berlaku sebaliknya.

Haha...
Dakwah.

Dan kita tahu, ramainya yang berada dalam kelompok dakwah ini juga menuntut pengurusan manusia yang amat rapi dan jitu.
 
Dahulu, kami sendiri mempunyai masalah untuk menjaga kualiti binaan yang kurang dari 100 orang. Apatah lagi di tempat yang mempunyai ribuan binaan.
 
Dari sudut lain, aku tidak pernah bertemu manusia yang berjiwa singa, mahupun berhati halus sehinggalah aku berada di medan sebenar bumi Malaysia ini.
 
Terkadang kamu melihat wajahnya amat bersahaja, dia tersenyum padamu seolah-olah tiada masalah yang ditanggungnya langsung. Namun setelah kamu bertaaruf dan bertanya khabar, ternyata, masanya, tidak pernah kosong seminit pun. Jika dia tidak bersama dakwah, dia akan berada di tempat kerjanya, ataupun mendirikan ibadahnya pada waktu yang hening.

Dan kamu amat kagumi diri mereka kerana tidak ada satu malam pun yang lekang daripada aktiviti amal kepada Allah. Lantas kamu bertanya, bilakah masa rehat mereka?
 
Ternyata tidak ada. Jika adapun, digunakan dalam menawan hati keluarga mahupun teman-teman, dalam rangka dakwah menuju Allah.

Begitu juga, pengorbanan masa dan tenaga mereka.Orang biasa, pasti akan terjelupuk di atas sofa, dan tertidur sebentar selepas pulang dari kerja. Namun mereka masih lagi bertenaga untuk bertemu anak binaan mereka, seterusnya bergegas ke medan mesyuarat, ataupun memenuhi jemputan untuk mengisi pengisian.


-------

Saya kadang-kadang tertanya diri,
kenapa saya harus sibuk dengan ini semua?

Sehingga saya terlupa,
saya pernah bertekad pada diri:

"Saya telah menyerahkan jiwa dan badan saya,
untuk dakwah ini!"

Salam Imtihan!

"Always remember ALLAH"

Thursday, December 8, 2011

Khamis: "Teruk betullah!"

Assalamu'alaikum

~ Setiap tegukan membawa kelegaan. I wonder, how is the taste of Milk in Paradise? ~

Sedang bersembang-sembang,
mengenai aktiviti Ta'lim pada malam ini,
tiba-tiba si ikhwah itu bertanya,
satu soalan out of my box,

"Anta puasa?"

Er.
"Tak."
Jawabku ringkas.

"Teruk betullah!"

Kemudian dia terus berlalu.

-------------

Haha...

Kehidupan dalam Tarbiyah ini memang pelik.

Jika sebelum bersama Tarbiyah,
pasti akan diejek atau dipermainkan sapa-sapa yang puasa.

Tapi,
dalam Tarbiyah,
orang yang tak berpuasa pula yang diejek.

Walaupun kata-kata itu sedikit kasar,
tapi,
ia telah menyakinkan saya,
merekalah golongan terbaik,
yang bakal menghidupkan sunnah-sunnah Nabi,
dan sekali gus,
mengembalikan Khilafah Islamiyyah!

Cita-cita kami,
bukan angan-angan kosong.

Tapi,
kami buktikan dengan amal kami.

Dan saya yakin,
inilah jalannya!

------------

Teruk sangatkah saya!?
Aduhai diri,
minggu depan kena lebih bersemangat!

Mungkin sudah tiba masanya,
saya mengucapkan kepada diri:

"Bittaufiq wan Najah (Good Luck),
dalam berpuasa sunnah!"

Hahaha...

Ikhwah memang unik!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, November 30, 2011

Saya mahu, menjadi orang yang berilmu

Assalamu'alaikum.


~ Pilihan itu banyak. Pilihlah pilihan Allah! ~

Pra-pendaftaran untuk semester baru akan bermula.
Ramai yang sudah mula mengatur jadual.

Kesibukan semester ini pula,
semakin dirasai semua.

Assignment mula membiak banyaknya,
dan tangan-tangan menggeletar ketakutan final exam.

Begitulah dia,
kehidupan di UIA Gombak setiap akhir semester.

------------

Semester hadapan,
saya merancang mengambil 5 mata pelajaran sahaja.

Ramai yang bertanya kenapa.
Jawabku ringkas:
"Semoga saya dapat mendalami lagi apa yang saya belajar!"

Subjek yang banyak,
menyebabkan banyak tugasan yang perlu diselesaikan.

Akhirnya,
ia berakhir dengan kepenatan.
Dan tiada masa untuk mendalami satu-satu subjek.

Akhirnya,
jadilah kita (atau saya sahaja barangkali),
manusia yang tidak mempunyai ilmu yang luas.

Impian saya sebelum keluar UIA,
mendalami ilmu-ilmu yang diajar di kelas,
mendalami sirah-sirah Nabawi dan Sahabat,
mendalami selok-belok Tarbiyah dan Dakwah,
mendalami kehidupan manusia masa lalu dan kontemporari.

Saya mahu,
menjadi orang yang berilmu,
bukan manusia graduated tanpa ilmu!

Biar lambat, asalkan selamat?
er... Biar lambat, asalkan masuk Syurga kan?

Tapi,
lagi best jika kita masuk Syurga cepat.

Jadi saya telah tetapkan pendirian,
hanya 5 subjek sahaja semester hadapan!

Masa yang terluang kosong dengan banyaknya,
akan diisi dengan urusan Tarbiyah dan Dakwah!

Itu perancanganku.

Assalamu'alaikum

"Always remember ALLAH"

Thursday, November 24, 2011

'sebab sangat banyak perkara yang saya belajar dari antum...'

Assalamu'alaikum.


"Supaya Allah sentiasa bersama Hamidi,
dan Hamidi tak pernah melupakan-Nya.
serta saya akan sentiasa ada peluang untuk bersama anta
sebab sangat banyak perkara yang saya belajar dari anta..."

Terkadang,
kita perlu sedar,
bahawa orang di sekeliling amat mencintai kita.

Cuma kita sahaja,
yang egois,
mahu memenengkan diri.

Terima kasih kepada anda,
Mutarobbi-ku yang banyak memberi ku semangat!

Sungguh,
saya yang banyak belajar dari anda semua!

sebab,
yang sebenarnya,
sangat banyak perkara yang saya belajar dari antum...


"Always remember ALLAH"

Monday, November 21, 2011

Hari ini, saya begitu marah: Dasar Pengecut tak akan berjaya!

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera,
dan salam kesabaran,
buat para pencinta agama Ilahi.

(entri kali ini, sedikit emosional. Harap berwaspada!)


~ Tentu ahli bomba itu tidak kisah, jika si tuan rumah itu mati atau hidup kan? ~

Sering orang mengucapkan padaku:
"Wah, bangganya jika dapat jadi macam kau, Hamidi!"

Tapi,
jarang sekali,
atau teramat-amat sedikit,
yang bertanya padaku:
"Apa yang kau lalui sepanjang hidup kau?
Tentu banyak ujian yang kau dah tempuh, kan!?"

Manusia...
Suka melihat pada kejayaan,
tanpa melihat pada ujian yang dilalui.

Bagi saya,
manusia ini adalah manusia bodoh.

Monday, November 14, 2011

SPM 2011: berjuang untuk masa hadapan

Assalamu'alaikum.


Ukirlah di 'batu' kehidupan anda,
dengan ukiran yang indah.

Kerana ukiran ini akan terus kekal,
dan akan diwariskan kepada generasi masa hadapan.

Maka,
gunalah 'alat' pengukir terbaik,
digabungkan dengan kemahiran ukiran terbaik,

binalah ukiran itu,
semahu anda!

*no cheating, no spamming, no lying.
*by always remember Allah.

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"

Sunday, November 13, 2011

Sound of the Wind

Assalamu'alaikum

~ rather than you hear to their laughing on you dream, why don't you use your strength to prove it? ~

Lagu ini,
amat menyentuh qalbu ku.

Saya tidak tahu,
jika anda merasainya juga.

Dan saya sudah mencarinya di YouTube,
tetapi tidak menemuinya.

Lagu ini,
latar lagu penutup kepada satu cerita.

Jika anda ketemuinya,
syabas.

Jika tidak,
lupakanlah.

Dan bacalah Al-Qur'an...

Kerana saya tidak akan memberitahu anda,
apakah tajuk cerita itu,
sehingga Allah,
mengizinkannya.

-----------------


You heard

The voice of the wind quivering on the earth

It calls back deep memories

What exists there, where the clouds drift?

Across the forest

You have discovered the future

Now go

To the promised house without looking back

Believe

Flooding feelings turn to strength

The sound of your footsteps running around

Alone, I search for it in the wind

-------------

Binalah impian,
melangkaui akal,
kerana mereka yang besar,
bercita-cita sesuatu yang luar biasa.

Menjadikan yang mustahil,
kepada yang realiti.

Ketika semua melelah,
Engkau teus melangkah.

Kerana engkau percaya,
impian engkau bukan mimpi,
tapi ia adalah impian,
yang bakal menjadi realiti!

Across the forest
You have discovered the future
Now go
To the promised house without looking back
Believe



Pergilah!
dan Percayalah!

Tuhan pasti bersama-Mu!

(p/s: jika berkesempatan, saya akan buat satu entri, hubungkait antara lagu ini, dengan Tarbiyah yang saya lalui. Moga Allah memberi kita manfaat, setiap nafas yang kita keluarkan)

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"

Wednesday, November 9, 2011

Islamic Educational System (Teori & Praktikal)

Assalamu'alaikum.

Macam mana cuti anda semua?
Cuti Eid Adha yang menggembirakan.
Dan 3 hari Tasyrik yang mengasyikkan.

Semoga setiap hari yang berlalu,
mendekatkan diri kita kepada Syurga-Nya.

Kerana setiap nafas yang keluar,
penyebab kejauhan dari Si Maha Penyayang,
adalah satu kerugian tahap 'dewa'!

Maka duduklah sebentar wahai si pendosa,
beristighfar!

Dan duduklah sejenak wahai si hamba Allah,
bertasbih, bertahmid, bertakbir,
mensyukurinya!

~ Al-Qur'an dan As-Sunnah rujukan utama orang Islam. Maka, dalam sistem pendidikan juga, gunalah 2 sumber ini sebagai asas pembelajaran anda dan keluarga ~

Menyambung kembali perbincangan yang lepas,
perbincangan mengenai sistem pembelajaran Barat,
yang menjahanamkan anak-anak kita,
dan juga adik-adik yang kita cintai,
serta abang kakak yang kita kagumi,
juga yang merosakkan ibu bapa yang kita sanjungi.
(klik)

Sistem Pendidikan Islam,
amat luas perbincangannya.

Untuk mereka yang ingin mengetahuinya secara detail dan lengkap,
bolehlah rujuk mana-mana buku atau web yang berkaitan.

Boleh juga baca buku Concept of Islam in Education,
tulisan Professor Naquib al-Attas.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian juga,
sebenarnya sekarang saya bersama seorang kawan,
sedang bertungkus-lumus menyiapkan satu tugasan kelas,
yang bertajuk:
"Attack on Islamic Educational System".

Doakan kami berjaya menyiapkannya.

------------

Tapi,
pada entri kali ini,
saya tidak mahu menulis,
semua aspek Islamic Educational System.

Saya hanya mahu membincangkan,
sebahagian kecil sahaja daripada sistem ini.

Iaitu:

Ketika kita bersekolah rendah,
dan ada yang ketika bersekolah menengah,
kita pernah didedahkan dengan satu istilah Inggeris,
"If you fail to plan, you plan to fail!"

Adakah anda perasan sesuatu,
atau melihat kekurangan pada pepatah ini?

Friday, November 4, 2011

Cuti Mid-Term: Bebaskan diri dari menjadi HAMBA Cuti

Assalamu'alaikum

~ Indahnya, jika dapat meletakkan kepala di batal empuk sekejap. Bukankah begitu saudaraku? ~

Pertama kali saya merasakan,
satu kebahagian yang menyenangkan.

Yang tidak dapat digambarkan,
dengan kata-kata atau tulisan.

Satu kebahagian yang menyenangkan.
Yang semua manusia inginkan.
Percayalah!

Jika anda mengetahuinya,
anda tentu sanggup membelinya dengan ribuan dinar emas,
untuk mendapatkan kebahagian yang saya rasa ini.

----------

Semalam,
ramai yang enjoy dengan tamat Mid-Term,
Mid-Term separa pertama.

Masih ada separa kedua,
selepas cuti nanti.

Ada si dia yang hidup dengan DOTA,
dari Maghrib hingga hampir Subuh,
dan solat sekejap sebelum tidur pagi itu.

Si dia pula ke laman gelanggang,
melibas habis saki baki tenaga,
untuk menendang bola biru,
dan ada yang memukul bulu ayam,
hingga bertukar-tukar baju kebasahan.

Dan ada pula si dia,
yang keluar ke pusat metropolitan,
shopping sakan gayanya,
mengalahkan artis-artis Malaysia.

Tidak lupa kepada si dia,
yang berjam-jam di hadapan laptop,
menonton koleksi-koleksi movie,
yang telah dikutip sana sini.

Bila ditanya,
kenapa mereka berubah begitu drastik,
daripada ulat buku exam,
kepada benda-benda itu dan lain-lain lagi,
respon mereka pendek:
"Merdeka la, beb!"

Saya tersenyum,
mengimbas kembali zaman budak-budak dahulu.

Saat tamat peperiksaan UPSR,
dan zaman ujian PMR,
serta SPM di menengah tinggi,
dan selepas exam STAM,

saya suka sakan,
merdeka sana sini,
bagaikan itulah 'Syurga' dunia sementara.

----------


Tapi,
kali ini reaksi aku lain sedikit,
mungkin ganjil pada mata umum,
atau pelik dari sisi pandang anda,

tapi,
ia adalah satu kebahagian buat saya,
bila saya dapat melepaskan diri,
daripada perhambaan kepada exam.

Pada awalnya,
saya fikir apakah itu hamba exam?
Dan apakah kita tergolongan dalamnya?

Saya membuat andaian pelbagai teori,
itu dan ini menjelaskan apa itu hamba exam,
dan siapakah si dia yang terjerumus ke lembah inii...

Hingga lah semalam,
ketika mana saya hanya sempat memperuntukkan masa satu jam sahaja,
untuk mengulang kaji subjek LOGIK,
akibat kesibukan yang terlampau,
dengan itu dan ini,
dan kerana ketidak pandaian mengurus waktu.

Pada saat itu,
saya membelek helai demi helai nota yang saya catat dalam kelas,
dan menghafal beberapa kenyataan yang penting,
hinggalah satu saat,
saya menyerah...

"Ya Allah, inilah ilmuku. Dan aku akan menjawab soalan dengan ilmu yang ku miliki. Bukan dengan hafalan kosong yang tidak ada nilai di sisi manusia, lebih-lebih di sisi Mu. Maka, berkatilah aku ya Allah. Tuhanku, dan aku hamba-Mu."

Sepuluh minit terakhir,
saya membelek lagi sepintas lalu.
Membuat visual fantasi dalam minda,
melihat pelajaran LOGIK secara keseluruhan.

Tiba-tiba,
saya mendengar deringan telefon.

"Zul-Uia LOGIC"
Itulah yang tertera...

Saya menekan punat ANSWER,
dan perbualan pendek berlaku.

-Assalamu'alaikum. ye Zul?
-Wa'alaikumussalam. Hamidi, kau kat mana?
-Aku kat masjid. Kenapa?
-Kau dah tahu hari ini exam dan kelas LOGIC ditunda?
-Er. betulkah?
-Kau tak dapat mesej?
-Tak dapat.
-OK, jap nanti aku forward mesej.

Talian putus.

--------

Saya mengakui,
saya tidak bersedia untuk menjawab ujian ini.

Tapi,
apabila mendengar khabar itu,
saya hanya mampu mengukir senyuman,
dan mengambil henset untuk menghantar satu pesanan mesej:

"Salam. Adam, exam ana batal. Anta iftar kat ne? Ana nak join"

Sangat gembira bukan kerana exam ditunda,
tapi kerana dapat luangkan masa,
bersama ikhwah-ikhwah lain,
berbuka puasa.

Ketika itu,
hati saya tidak gembira,
dan tidak bersedih,
atas penundaan exam tersebut.

Dan yang terpenting,
saya merasakan sesuatu yang maha dasyat,
KETENANGAN jiwa...

Ya,
saya mahu keluar dari penghambaan kepada exam,
kepada penghambaan Tuhan yang satu!

Inilah dia,
jiwa yang dirasai oleh para sahabat Nabi,
apabila mereka berbai'ah dengan Nabi,
keluar dari penyembahan patung,
kepada penyembahan Allah.

Inilah dia,
jiwa yang dirasai oleh mereka-mereka yang bukan Islam,
yang diberi Hidayah oleh Allah,
untuk memeluk Islam.

Satu ketenangan yang tidak boleh digambarkan,
dengan kata-kata normal atau tulisan blog,
melainkan hanya mampu diungkap kosong sahaja.

Kata Ibnu Jauzi,
dia memetik kata seorang ulamak:
"Jika mereka tahu kemanisan (iman) dalam jiwa kami, nescaya para pembesar akan datang memerangi kami, untuk merampasnya!"

Dan percayalah,
menjadi hamba Allah itu,
lebih baik dari hamba exam!

-------

Dan sekarang,
saya memberanikan diri saya,
untuk keluar dari satu lagi penyembahan,
iaitu penyembahan kepada CUTI.

Bagi orang Islam sebenar-benar,
CUTI adalah di Syurga.

Kerana orang Muslim,
tetap bekerja 24 jam setiap hari,
7 hari setiap minggu...

Mempersembahkan diri kepada Tuhan yang Satu,
dan memperbaiki hubungan sesama manusia.

Target saya CUTI Mid-Term ini,

~ Bebaskan diri dari menjadi HAMBA CUTI! ~

Saya ingin,
merasai KETENANGAN yang lebih berganda!

dan,

Salam Eid Adha,
buat semua!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, November 3, 2011

Allah tengah menguji keikhlasanmu kawan

Assalamu'alaikum.

~ rasailah sesuatu, rasailah bahawa engkau dilihat, dilihat si Dia ~

Allah tengah menguji keikhlasanmu kawan...

keikhlasan untuk terus bergerak,
sementara ada saudaramu yang tak bisa berbuat apa2...

keikhlasan untuk terus bergerak,
walaupun esok kau harus kembali bekerja

keikhlasan untuk terus bergerak,
walaupun pada akhirnya....

apa yang kau harapkan itu tak kecapaian!

(motivasi: Islamedia)

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"

Wednesday, November 2, 2011

"Kenapa Aku perlu merahmatimu?"

Assalamu'alaikum.

(mood exam sudah hilang. bukan kerana exam sudah tamat, tapi kerana hati ini sudah hilang 'kecintaan' padanya. entah kenapa, tapi hanya satu yang saya tahu, saya BUKAN hamba exam!)

(mencuri sedikit masa, berehat dari membaca tak habis-habis. heh...)

~ indah kan alam ini? Alangkah indahnya, jika mereka mengetahui bahawa Islam itu lebih indah dari ini! ~


Pernah seorang kawan bertanya:
"Kenapa kita harus hidup kerana orang lain,
sehingga kita terpaksa menderita"

Saya tidak tahu menjawabnya.
Tapi, keadaan mendesak ketika itu,
maka lantas saya merespon:

"Kita hidup kerana orang lain,
bukan semata-mata kerana mereka.
Tapi kita lakukan kerana mereka,
agar di 'hadapan' Allah nanti,
bila mana kita disoal oleh-Nya,
kita menjawab:

Ya Allah,
Aku telah hidup untuk membawa mereka mengenali-Mu.
Maka, rahmatilah mereka, dan rahmatilah aku."

----------------------

Hidup kita sekejap sahaja.
Dan kita tidak mengetahui,
apakah kita mati dalam baik-baik,
atau mati dalam durhaka pada-Nya.

Jadi,
kita 'membina' manusia,
membawa mereka mengenali-Nya,
agar di SANA kelak,
mereka menjadi asbab 'keselamatan' kita.

7 golongan yang berjaya duduk di bawah Naungan-Nya kelak,
antaranya adalah:
- Pemimpin yang adil
- Bertemu, berpisah kerana Allah
- Sedekah tanpa diketahui orang lain
- Lelaki yang menolak tawaran zina kerana Allah

Empat dari tujuh golongan ini,
adalah melibatkan manusia lain.

Jadi,
'binalah' mereka,
agar memahami realiti dunia.

'Binalah' mereka,
kembali kepada Islam yang benar.

'Binalah' mereka,
agar mengenal si Dia.

Agar bila kita pulang ke 'kampung' nanti,
kita punya jawapan di hadapan si Dia,
jawapan kepada persoalan:

"Kenapa Aku perlu merahmatimu?"

----------------------

Pembaca sekalian,
jadikanlah exam anda,
sebagai penyebab anda meraih Cinta-Nya,
menggapai kasih ibu dan ayah mu,
 kekuatan untuk guru mu,
dan penghormatan dari kawan dan lawan mu.

Bukanlah exam itu,
menghancurkan mu,
di dunia, apatah lagi di Akhirat,
gara-gara kebodohan mu,
yang tersangat bodoh itu!

Satu perenungan,
di musim exam!

Ayuh!
Maju Islam dengan pelajar Deen List!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, October 31, 2011

Faiz Ibrahim: Mutiaraku

Assalamu'alaikum.

(Entri yang lepas, akan diteruskan kemudian. Maaf, sekarang kesuntukan masa (atau buat-buat tidak ada masa?). Disibukkan dengan ujian Mid-Term, dan juga presentation. Mohon kekuatan daripada anda semua.)


(nukilan kali ini, agak tidak tersusun. Hanya mahu melepaskan pergi, semua perasaan yang bermain di minda. Jika ada manfaat, petiklah buah itu. moga kita semakin menghampiri kepada-Nya!)


(mood belajar saya hilang seketika, apabila mendapat khabar tentang si 'budak' ini! Bagi yang lain, mungkin si dia tiada apa-apa istimewa. Tapi, itu anda!)


"Abang Hamidi, abang tahu tak pasal Faiz?"
Kata seorang junior,
juga selaku menteeku,
seusai sahaja dia menjawab salamku.

Dengan sedikit kehairanan,
saya membalas singkat,
"Tak. Kenapa?"

"Faiz dah tak de."
Jawabnya dalam nada sedikit serak.
Saya kira,
itu memang nada suaranya,
unik sekali.

"Tak de? Maksud Aiman?"
Tiba-tiba saya terbayang yang bukan-bukan.
Entah kenapa.

"Faiz berhenti UIA."
Responnya pantas.

"Kenapa?"
Terkedu saya sebentar.
Dahi saya semakin berkerut.

"Dia kata dia nak jaga emaknya"
Jawabnya,
merungkai segala persoalan.

Saya diam.
Kepala saya sedikit tertunduk.

"Sekali lagi?"
Hati saya memohon kekuatan dari si Dia.

---------------

"Dan sungguh Kami akan menguji kamu semua dengan sesuatu yang berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta-benda, kekurangan jiwa, dan kekurangan hasil buahan. Maka berilah khabar gembira kepada mereka yang bersabar!"
[Al-Baqarah 2: 155]

---------------

Hingga bertemu di Syurga,
tempat segala kebahagiaan!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, October 19, 2011

TERBAIK kelahiran: Western Education

Assalamu'alaikum.


Salam Semangat buat perajurit bangsa,
yang tak lekang kepenatan mencari secebis ilmu,
buat bekalan diri dan dikongsi bersama yang lain.

Entri yang lepas,
kita membahaskan tiga golongan,
kelahiran daripada sistem pembelajaran Barat.

Golongan intelek,
golongan sukan,
dan golongan agama.

Tapi,
ada orang sibuk mempertahankan diri,
mengatakan:
"Aku tidak tergolongan dari 3 golongan itu.
Dalam kelas, aku fokus dalam pembelajaran,
aku juga mengikuti aktiviti persatuan di padang,
dan aku mengikuti kelas pengajian agama pada waktu malam.
Aku seimbangkan 3 elemen tersebut. Jadi?"

Melihat kepada kenyataan ini,
saya menjawab:
"Inilah hasil TERBAIK dari Western Education.
Tetapi, apabila disebut Western Education,
ia masih: Western Education, it has failed produces man of understanding who fully grasp the fundamental issue of life"
Dan anda bertanya,
bagaimana?

Friday, October 7, 2011

Do'a: buat ayah Fakhrurrazi

Assalamu'alaikum.

~ ini gambar: Muhammad Fakhrurrazi bin Haji Ramli. ~

mohon dari para pembaca sekalian,
untuk meluangkan sedikit masa anda,
untuk mendoakan buat ayah sahabat saya.

Haji Ramli

Sekarang terlantar di hospital,
sedang mengerang kesakitan.

Moga Allah memberi kebaikan pada anda si pendoa,
dan kepada ayahnya,
juga kepadanya.

Dan,
Allah akan membalas jasamu.

Ameen.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, October 5, 2011

Kelahiran dari: 'Western Education'

Assalamu'alaikum.


Salam Perjuangan buat para pelajar sekalian,
buat para penuntut ilmu duniawi,
dan juga pencari kehidupan Ukhrawi.

"Western Education, it has failed produces man of understanding who fully grasp the fundamental issue of life"
(Sistem Pembelajaran Barat, telah gagal melahirkan manusia yang memahami sepenuhnya tentang asas kehidupan manusia)

Begitulah kata-kata,
yang saya petik dari slide yang disediakan oleh lecturer saya sebentar tadi.

Wednesday, September 28, 2011

Tapi sejak bila pula anda 'membantu' Allah?

Assalamu'alaikum.


(input)

1.
Anda rasa,
apa tujuan anda belajar?
Atau tujuan anda mencari ilmu?

Ramai yang mengeluh,
"Aku tak diberi Hidayah lagi!"

dan dia juga mengeluh,
"Aku masih belum mampu!"

juga engkau terkadang mengeluh,
"Bestnyer kalau dapat jadi macam dia."

-----

2.
Orang yang tak pernah menghargai,
tak akan pernah dihargai!

Orang yang tak pernah taat,
tak akan pernah ditaati!

Orang yang tak pernah menghormati,
tak akan pernah dihormati!

Dan orang yang tak pernah memberi,
tak akan pernah 'diberi'!

-----

3.
Jika anda mencari ilmu untuk disimpan di dada semata-mata,
lebih baik anda ke kedai buku,
borong buku novel dan motivasi,
dan isikan di rak-rak buku di bilik anda.

Kemudian, TIDUR.

-----

(output)

1.
Orang yang berilmu,
tak pernah sama dengan orang yang beramal dengan ilmunya.

Orang yang membaca untuk mencari Hidayah,
tak akan sama dengan orang yang beramal untuk mencari Hidayah.

Orang yang melihat orang lain untuk menjadi orang yang bermampuan,
tak akan sama dengan orang yang mencuba untuk menjadi orang yang berkemampuan.

Orang yang mengeluh dengan takdir-Nya,
tak akan pernah sama dengan orang yang 'senyum' dengan takdir-Nya.

-----

2.
Jika anda mahukan Hidayah,
atau bercitakan menjadi orang yang berkemampuan,
juga berdoa agar diberi kekuatan hati untuk bersabar dan bersyukur dengan takdir-Nya,

hendaklah anda menghargai!
juga haruslah anda menaati!
dan juga mestilah anda menghormati!
dan tak dapat tidak wajiblah anda  'memberi' (hak-Nya).

Anda mahu Allah membantumu,
tapi sejak bila pula anda 'membantu' Allah?

-----

3.
Dan jika anda hanya mahu 'tidur' dengan ilmu,
lupakanlah untuk menjadi orang yang 'disegani' oleh para malaikat!

Renungan bersama.

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"

Sunday, September 25, 2011

Islamic Mentoring

Assalamu'alaikum

Sejak kebelakangan ini, saya bersama para penggerak Dakwah di UIA sibuk dengan pelbagai urusan. Allah adalah tujuan kami. insya-Allah, Allah akan melihat usaha yang anda lakukan.


Untuk detail lebih lanjut, bolehlah anda layari blog VIM.

Sehingga bertemu lagi.
Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"

Sunday, September 18, 2011

Insya-Allah: saya akan kembali aktif, dalam dunia penulisan blog.

Assalamu'alaikum.

~ Ku merasakan, cahaya itu bermain di telapakku ~

Saya dapat rasakan kekuatan itu,
cahaya yang mula menyinari dari hati,
terpancar ke segenap anggota badan,
merasa hidup kembali dalam 'kematian'.

Alhamdulillah,
halaqah yang 2 hari lepas,
yang biasa-biasa,
yang tiada 'special' apa-apa pun,
telah membangkit hati yang tidur,
secara tiba-tiba.

saya sendiri tidak pasti,
dari mana kekuatan ini datang!

Yang saya tahu,
halaqah itu tempat untuk memungut mutiara-mutiara,
yang mampu menyinari hati yang malap.

"Mari kita beriman sesaat."
Kata seorang sahabat,
kepada sahabat yang lain.

Kini,
saya lebih yakin dengan keunikan halaqah.

Semua kebaikan itu,
kembali kepada Allah.

--------

Insya-Allah,
saya akan kembali aktif,
dalam dunia penulisan blog.
seizin-Nya.

Ameen.
Doakan saya teguh!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, September 8, 2011

Tea Break

Assalamu'alaikum.


Tea Break.
Saya tidak dapat memfokus pada penulisan.

Rindu pada kamar.
Tidak sabar untuk kembali ke bilik.

Till the day.
see you later within a week.
insyaAllah.

*Smiling is Charity*

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"

Monday, September 5, 2011

Salam Eid Fitri 1432 H

Assalamua'alaikum.



Salam Eid Fitri 1432 H

Taqabbalallahu minna wa minkum...
min Ahmad Hamidi bin Husain wa usrati...

"Always remember ALLAH"

Friday, August 26, 2011

Special Ramadan: Terakhir: Terbanglah!

Assalamu'alaikum.

~ Memandang ke langit, ingin mengapai angkasa Ilahi ~


Ramadhan sudah ingin pergi.
Anda masih tidak ingin 'terbang',
setinggi-tinggi mungkin untuk 'bertemu' Tuhanmu?

Ambillah sebanyak mungkin keberkatan di Bulan ini,
Bulan Mubarak yang penuh keberkatan,
untuk dibawa bersama-sama,
moga tidak menyesal kemudian.

Pintalah,
doa sebanyak-banyaknya.
Jika tidak dimakbulkan semua,
paling kurang anda telah menjadi orang yang merendah diri,
di hadapan Tuhan yang Maha Kaya!

insyaAllah.

.Salam Lailatul Qadar.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, August 18, 2011

Special Ramadan: Maka Sujudlah untuk Bersyukur!

Assalamu'alaikum.

~ Malaikat pun sujud pada Allah, kau kenapa ingin sombong? ~
.by dreamstime.com through google.


Dahulu saya pernah berpesan pada diri,
juga pada ahli keluarga,
dan sahabat-sahabat.

"Jika kamu orang yang berdosa,
maka sujudlah untuk bertaubat!
Jika kamu orang yang baik,
maka sujudlah untuk bersyukur!"

Siapa anda,
tanpa Hidayah Allah?


"Always remember ALLAH"

Saturday, August 13, 2011

Special Ramadan: Saya meminta kamu memperbanyakkan bacaan!

Assalamu'alaikum.


"Tapi saya baca perlahan.
Susah nak habiskan (baca: khatam) banyak kali."

Dengan selamba,
murobbiku menjawab:

Saya tidak meminta kamu membaca laju,
saya meminta kamu memperbanyakkan bacaan!

-----

Maksudnya:
memperuntukkan banyak masa untuk tilawah Al-Qur'an.

Berapa minit sehari kamu mengaji?
er. silap.
Berapa jam?

Ramadan Kareem.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, August 10, 2011

Special Ramadan: Ya, kita memang tak sama!

Assalamu'alaikum.

~ Syaitan sudah diikat. Masih mengeluh? Berdoalah ~
.by Supporthardcore.com through Google.


"Kau tak pe lah. Ada basic agama, ada educational islamik punya.
Aku ni lain. Dari dulu sampai sekarang tak pernah belajar agama!
Kita tak sama!"

Menarik nafas dalam-dalam,
tahan,
hembus.

Ya. Kita memang tak sama.
Beza kita hanya satu,
aku ingin berubah,
kau TAK ingin berubah.

Tapi, kita sama-sama hamba Allah kan?

-----

Maka,
ambillah Ramadan kali ini,
untuk keluar dari gumpalan dosa-dosa.

Kau tak tahu ke,
Kau 'pendosa' yang diberi peluang oleh Allah,
untuk menikmati keagungan bulan Ramadan.

Sama-sama hapus dosa,
sama-sama kita dekati Allah.

Bezanya,
nak dan TAK nak saja.

Cuba renungkan artikel ini:
by Hilal Asyraf of LangitIlahi

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"