Pages

Wednesday, October 5, 2011

Kelahiran dari: 'Western Education'

Assalamu'alaikum.


Salam Perjuangan buat para pelajar sekalian,
buat para penuntut ilmu duniawi,
dan juga pencari kehidupan Ukhrawi.

"Western Education, it has failed produces man of understanding who fully grasp the fundamental issue of life"
(Sistem Pembelajaran Barat, telah gagal melahirkan manusia yang memahami sepenuhnya tentang asas kehidupan manusia)

Begitulah kata-kata,
yang saya petik dari slide yang disediakan oleh lecturer saya sebentar tadi.


Melihat kata-kata itu,
saya terpana seketika.
Renungan saya jauh melayang,
memikirkan sesuatu jauh di angkasa sana.

Kemudian,
Madam Adibah menjelaskannya.
"Western is focusing on one aspect of life. They leave the spiritual aspect. They only focus on material aspect..."

Seorang pelajar warga Turkey mencelah:
"Yeah. I was remembered back, when I was in school, my teacher taught us about Chrismast, and when I grew up, i had been taught about Darwanism..."
Bersungguh-sungguh dia menjelaskannya.

Fikiran saya terus melayang,
dan saya membuat kesimpulan mudah.

------------

Hari ini,
mahasiswa di ajar dalam satu bidang yang khusus.

Contohnya,
jika mahasiswa itu mengambil jurusan Engineering,
dia akan diajar dan difahamkan dengan mendalam,
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan jurusan itu.

Akhirnya,
mereka mendalami dan mahir dalam jurusan tersebut.
Maka,
lahirlah Engineer yang berkaliber,
yang mantap dan setanding dengan jurutera berkelas antarabangsa.

Dalam dunia jurutera,
dia mampu melakukan apa sahaja.
Hatta mencipta bangunan yang lebih tinggi dari Burj Tower,
atau kereta api yang lebih laju dari Bullet Train,
itu adalah perkara normal buatnya.

Dia memandang dirinya begitu hebat,
dan manusia sekeliling memandangnya dengan penuh bangga.
Seolah-olah dialah yang terhebat,
dan tanpanya alam akan susah.

-----------

Sedar tidak sedar,
Western education telah melahirkan satu insan yang mantap.
Sehingga dikagumi kawan dan lawan,
dan mampu mengharumkan nama negara dan bangsa.

Sungguh hebat!

Dan, sedar tidak sedar juga,
Western Education telah melahirkan satu insan,
yang mantap dalam jurusan sahaja,
tapi lemah dari elemen yang lain.

Dalam diri manusia,
ada 3 elemen yang penting,
yang harus diseimbangkan antara satu sama yang lain.

Hati: Spiritual Element
Otak: Intellectual Element
Badan: Physical/Material Element

Western Education memfokuskan satu elemen sahaja,
samada elemen Intelek,
atau elemen Fisikal,
tiada Spirit.


Maka,
lahirlah pelajar yang gilakan buku.
Membaca dan terus membaca.
Tanpa memerhatikan pada hak badan,
dan tanpa melihat pada 'kesihatan' hati.

Tidak cukup dengan membaca,
pelajar disibukkan dengan 'jutaan' assignment,
yang perlu disiapkan pada hari sekian sekian,
untuk mendapat pointer sekian sekian.

Akhirnya,
hidup mereka dipenuhi dengan buku kuliah,
dan kertas-kertas assignment yang pelbagai,
sekali gus 'mencuri' masa mereka,
bersama tubuh badan dan Tuhan.

Tiada masa untuk bersukan,
kerana bagi mereka,
berlari ke Library lebih baik,
dari 'membazir' masa dengan stadium.

Tiada masa untuk beribadah,
kerana bagi mereka,
berjalan ke toko-toko buku lebih baik,
dari 'merangkak' ke rumah-rumah Allah.

Astaghfirullah...


Tidak cukup dengan itu,
kesan daripada sistem pendidikan Barat ini,
melahirkan manusia yang 'berat sebelah'.

Apabila mereka melangkah keluar dari universiti mereka,
kepala mereka sarat dengan ilmu-ilmu yang bermakna,
tapi sayangnya,
sebahagian besar tidak tahu menukarkannya ke dalam bentuk praktikal.

Adapun,
yang hebat,
yang mampu membawanya ke alam pekerjaan,
ilmu yang ditukar ke bentuk praktikal,
tidak mampu untuk dihayati secara mendalam.

Dan adapun,
yang tersangat pakar,
yang mampu menghayati ilmu dan praktikalnya,
tidak mampu untuk 'membawa'nya bertemu dengan Tuhan.

Dan teramat sedikit,
yang mampu melakukannya.

Dan teramat teramat dan teramat sedikit,
yang mampu istiqomah...

Kenapa?
kerana: Western Education, it has failed produces man of understanding who fully grasp the fundamental issue of life.

(ini golongan A, lahir dari Western Education)

---------------


Di samping golongan A ini,
ada golongan B.

Golongan ini,
sedikit malang berbanding golongan di atas.
Hanya sedikit sahaja yang beruntung.

Ketika mana golongan A sibuk dengan kelas-kelas,
golongan B pula sibuk dengan stadium.

Bukan malas untuk membawa buku,
apatah lagi membelek buku,
tetapi memang sudah nasib mereka,
tidak dikurniakan akal seperti golongan A.


Saya namakan golongan B ini sebagai,
ahli sukan.

Jika golongan A memfokuskan kehidupan untuk elemen Intelek,
golongan B pula memfokuskan jiwa mereka pada elemen Fisikal.

Pagi-pagi hari minggu,
mereka akan mencuri masa untuk berjogging mengelilingi universiti,
di kala kawan-kawan sedang lena dibuai mimpi.

Petang-petang,
sebelum menikmati makan malam,
mereka berkesempatan untuk bersama dengan kawan,
untuk menendang bola sana sini,
dan ada yang memukul bulu tangkis dengan raketnya.

Malam-malam,
mereka duduk-duduk di kafetaria yang berdekatan,
bersama dengan kawan satu 'aliran pemikiran',
menikmati perlawanan bola sepak antarabangsa.

Sebelum tidur,
mereka berbisik-bisik pada diri,
"Esok, aku pasti menang!
Tuntut bela kekalahan hari ini!"

Kemudian,
4 tahun berlalu,
mereka graduate dari universiti,
dan menjadikan sukan subagai perkerjaan mereka.

Ada yang menjadi pemain kebangsaan,
ada yang menjadi jurulatih,
dan ada yang menjadi penaung kelab itu dan ini.

Tidak lama selepas itu,
mereka berkahwin dengan si dia,
dan mendapat anak laki-laki,
dan menurunkan pula ilmu sukannya itu,
kepada anak emasnya.

Maka,
generasinya berpusing.
Si datuk ahli sukan wakil daerah,
si ayah wakil negeri,
dan si anak wakil negara.

Semuanya ahli sukan,
keluarga mereka dihormati orang,
dan akhirnya,
mereka mati,
meninggalkan generasi sukan,
tanpa amalan.

Maka,
jadilah Western Education sebagai satu penyebab,
lahirnya ahli sukan yang bertaraf olimpik,
tapi ahli ibadah bertaraf najis.

Menjadikan pelajar figur masyarakat,
sehingga masyarakat pun turut mengikut,
memikirkan bola bola bola setiap detik,
dan mati menyebut 'bola'.

Western Education melahirkan figur tersohor,
di mata penduduk dunia,
dengan pakaian menjolok mata.

dan Western Education melahirkan figur ter'sohor',
di mata penduduk langit,
dengan pakaian menjolok mata,

Akhirnya,
apabila dia ditanya tentang solat,
dengan selamba dia menjawab:
"Saya ahli sukan, bukan ustaz."

Kerana apa?
Kerana: Western Education, it has failed produces man of understanding who fully grasp the fundamental issue of life.

(ini golongan B, juga lahir dari Western Education)

---------------

Dan Western Education bukan semudah itu.

Western Education juga mengambil berat,
untuk mereka-mereka cintakan ilmu agama.
Bukankah begitu?

Sebab itu,
di setiap universiti,
akan ada kuliah yang bernamakan agama.

Pendidikan Islam.

Islam dan Sains.

Fiqh dan Usul Fiqh.

Usuluddin dan Perbandingan Agama.

Al-Qur'an dan As-Sunnah.

dan macam-macam lagi...

Maka,
Western Education bersifat global kan?


Sesuai untuk mereka yang bergolongan A,
dan juga untuk mereka dari kalangan golongan B,
serta buat golongan C juga.

Siapa itu golongan C?
Saya namakan,
golongan agama.

Golongan C ini,
kebanyakkannya lahir dari keluarga yang ada asas agama.
Tapi,
ada sahaja mereka yang sekular mendalami bidang ini.

Dalam Western Education,
golongan C ini diajar dengan mantap sekali.

Selepas tamat sesi pembelajaran,
mereka dapat mengeluarkan hukum itu, hukum ini.

Ada juga yang mampu berdebat dengan lantang,
mengalahkan hujah si Kristian,
apatah lagi si Yahudi penjajah!

Muka-muka mereka terpampang jelas,
di akhbar-akhbar tempatan,
dan di blog-blog peminat.

Kata-kata mereka,
tersebar ke seluruh pelosok dunia maya.

Dan tidak kurang juga,
ramai yang meng'like' status mereka di Facebook,
dan sekaligus mereka dihormati,
dan dipandang mulia.

Mereka menjadi ikon masyarakat,
hasil dari Western Education.

Di universiti-universiti,
golongan C adalah minoriti.

Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
pelajarnya dalam sekitar 600 hingga 700 mahasiswa/wi.

Tetapi,
pada waktu awal pagi,
di masjid utama universiti,
hanya terdapat kurang 20 pelajar dari golongan C ini.

Seolah-olah,
mereka tidak pernah mendengar sabda Nabi,
yang jika Nabi diberi kesempatan,
Baginda akan membakar rumah-rumah,
yang penghuninya tidak turut serta dalam solat berjemaah,
di masjid.

Mungkin ada hadis yang saya tidak pernah dengar?
Allahu a'lam.

Kenapa golongan C bertindak demikian?
Kerana: Western Education, it has failed produces man of understanding who fully grasp the fundamental issue of life.

(ini Golongan C, juga dan juga lahir dari Western Education)

--------------

Maka,
anda bertanya:
Jadi, apa yang cuba disampaikan?

atau:
So, what is Islamic Education?

mungkin juga:
ini semua andaian saudara semata-mata!

atau mungkin:
I don't agree! it still have other 'golongan' la!


Untuk jawapan itu,
saya akan cuba mengambil masa yang lain,
memandangkan saya melihat entri ini sudah panjang.

Dan dalam masa itu,
anda boleh komen,
atau bagi nasihat,
juga boleh mencela.

Moga setiap komen, nasihat dan celaan,
bermanfaat untuk saya,
juga buat anda.

Dan membuahkan hasil,
untuk dibawa ke Akhirat.

Insya-Allah...

Untuk penutupnya,
saya membawa sekali lagi kata-kata yang dipetik dari slide:
"Western Education, it has failed produces man of understanding who fully grasp the fundamental issue of life."


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

1 yang kongsi idea:

Muhammad Syaakir Lee said...

adei.. pnjng nye... hehehe..