Assalamu'alaikum.
Salam Semangat buat perajurit bangsa,
yang tak lekang kepenatan mencari secebis ilmu,
buat bekalan diri dan dikongsi bersama yang lain.
Entri yang lepas,
kita membahaskan tiga golongan,
kelahiran daripada sistem pembelajaran Barat.
Golongan intelek,
golongan sukan,
dan golongan agama.
Tapi,
ada orang sibuk mempertahankan diri,
mengatakan:
"Aku tidak tergolongan dari 3 golongan itu.
Dalam kelas, aku fokus dalam pembelajaran,
aku juga mengikuti aktiviti persatuan di padang,
dan aku mengikuti kelas pengajian agama pada waktu malam.
Aku seimbangkan 3 elemen tersebut. Jadi?"
Melihat kepada kenyataan ini,
saya menjawab:
"Inilah hasil TERBAIK dari Western Education.
Tetapi, apabila disebut Western Education,
ia masih: Western Education, it has failed produces man of understanding who fully
grasp the fundamental issue of life"
Dan anda bertanya,
bagaimana?
----------
Maka saya menjawab:
Apabila kita berbincang mengenai isu asas (fundamental issue) kehidupan,
intelek, fizikal dan agama,
bukanlah pokok utama dalam isu kehidupan.
3 elemen ini,
hanyalah sebahagian daripada isu-isu kehidupan.
3 elemen ini,
masih belum dapat menjamin kebahagian 100 peratus.
Dan terkadang,
mereka yang tidak sempurna 3 elemen ini,
lebih baik dan bahagia hidupnya.
Dan saya yakin,
anda tentu mengenali individu-individu hebat itu,
hasil didikan Western Education.
(individu yang seimbang 3 elemennya)
Bahkan,
mungkin anda lebih arif mengenai mereka.
Sebelum saya meneruskan tulisan,
saya ingin bertanya pada anda satu soalan:
"Jika mereka itu memang yang hebat,
dimanakah mereka ketika dunia hari ini huru-hara?"
Dan sebahagian dari anda menjawab,
mereka sedang berusaha melakukan perubahan,
kerana perubahan tidak berlaku dalam satu hari satu malam.
Fullstop.
----------
Secara jujurnya,
saya sebenarnya malas untuk meneruskan pengajian saya.
Kita belajar,
membuat ribuan assignment,
ditakut-takutkan dengan final exam,
dan berakhir dengan sorak riang memegang segulung ijazah.
Sungguh,
Itu bukan kehidupan saya!
Saya mahu lebih dari itu!
Saya bukan hamba sekolah,
bukan hamba universiti,
bukan hamba assignment...
Saya sudah muat dengan itu ini,
pembelajaran yang tidak pernah habis-habis.
Dari sekolah rendah,
berpindah ke sekolah menengah,
disambung lagi ke universiti peringkat ijazah.
Selepas ini?
Master dan PhD...
Dan kemudian kerja,
disambung dengan perkahwinan,
dan hidup bekeluarga...
Si isteri melahirkan anak,
dan si anak meneruskan kehidupan yang sama,
sehingga saya mendapat cucu yang comel,
dan jika berkesempatan,
dapatlah saya menimang si cicit pula.
Kehidupan ini,
berakhir dengan kelelahan...
Pusingan kehidupan,
berulang dan terus berulang.
Sehingga saya bertanya pada diri:
"Kenapa saya harus lalui semua ini?"
----------
Saya melihat,
manusia begitu bekerja keras,
belajar dan terus-terusan belajar,
bercita-cita untuk mengapai 'kebahagian',
bersama mereka yang tersayang di masa depan.
Saya tertanya:
"Apakah itu kebahagian?"
Semakin hari,
saya semakin keliru.
Semakin hari,
saya semakin malas.
Semakin hari,
saya semakin hilang arah.
Melihat golongan A,
sibuk dengan buku kesana kemari.
Melihat golongan B,
pulang ke rumah/bilik dalam baju yang basah.
Melihat golongan C,
lebat berkata-kata, tapi kosong amal.
Melihat golongan so-called TERBAIK,
mengasah ketiga-tiga elemen,
tapi tidak melakukan apa-apa perubahan.
Saya tidak tahu,
siapa yang harus saya jadi.
Si A? atau B? atau C?
Atau si TERBAIK itu?
Dan hidup ini berakhir,
dengan lelah...
Dan saya tidak suka itu...
----------
Saya melihat sesuatu,
dan merasa sesuatu,
yang mungkin sebahagian dari anda,
pernah merasainya.
Kehidupan yang tiada tujuan.
Pernah beberapa kali,
saya memberontak,
'memarahi' si Pencipta,
kerana menghidupkan saya dalam dunia yang membingungkan ini.
Jika saya bukan bernama Muslim,
sudah tentu saya sudah lama 'tinggalkan' dunia ini.
----------
Mendengar kata-kata mereka,
mereka bukanlah golongan A, atau B, atau C,
tetapi mereka adalah gabungan tiga golongan itu,
membuatkan saya tergelak seorang diri.
Golongan TERBAIK konon.
Apabila kita masih berada dalam sistem pembelajaran Barat,
selagi itu kita tak akan dapat melahirkan laki-laki,
seperti Abu Bakar As-Siddiq,
atau Umar Al-Khattab,
juga tidak akan ada macam Uthman bin Affan,
apatah lagi seumpama Ali bin Abi Talib.
Itu masih lagi belum disebut,
Mus'ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Sa'ad bin Abi Waqqas, Thalhah, Zubair Al-Awwam, Amru bin Jamuh, Khabbab bin Arat, Bilal bin Rabah, Zaid bin Haritsah, Mu'awiyah, Ibn Umar, Ibn Abbas, dan segala macam nama Sahabat Nabi SAW.
Kerana apa?
Kerana: "Western Education, it has failed produces man of understanding who fully
grasp the fundamental issue of life"
Maka anda masih lagi berdalih,
mereka itu Sahabat Nabi SAW,
tentulah yang terhebat.
Mustahil kita dapat mencapai,
darjat seperti mereka.
Maka saya menjawab,
cukuplah kita melihat para pejuang masa kini.
Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad 'Abduh, Rasyid Redha, Hasan Al-Banna, Said Nursi, Syed Qutub, Mustafa Masyur, Al-Qaradwi, Hasan Turabi, Ahmad Deedat, dan lain-lain.
Atau jika anda ingin mengatakan,
itu orang asing,
bukan Malaysia...
Saya bawakan ini:
Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi, Tok Janggut, Tun Dr Mahathir, Dato' Bahaman, Us Zaharuddin, Us Hasrizal, Wardina Safiyah, Ummi Rosses dan lagi ini dan itu.
Kerana apa kita tidak mampu menjadi sehebat mereka?
Kerana: "Western Education, it has failed produces man of understanding who fully
grasp the fundamental issue of life"
----------
Maka anda bertanya,
habis,
apa yang perlu dilakukan?
*Azan Asar sudah berkumandang.
Entri seterusnya,
insyaAllah jawapan kepada masalah hidup saya,
dan jawapan kepada Western Education.
Allahu a'lam yang terbaik.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment