Pages

Monday, April 26, 2010

Kematian Hati

Assalamualaikum...

bertemu lagi...
Salam Bahagia buat semua...


Banyak orang tertawa tanpa (mau) menyadari sang maut sedang mengintainya. Banyak orang cepat datang ke shaf shalat laiknya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi. Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya.


Ada yang datang sekedar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa,tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri. Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada idzin untuk berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu.

Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap ditingkah rintih istighfar, kecupak air wudlu di dingin malam, lapar perut karena shiam atau kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang.

Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tak ada apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahwa engkau adalah seorang saleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri. Asshiddiq Abu Bakar Ra. Selalu gemetar saat dipuji orang. “Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka”, ucapnya lirih.

Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana,lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebagian menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan mengklaim amalnya sangat banyak. Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidak-sesuaian amal mereka dengan lamunan pribadinya, atau tidak mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang.

Mereka telah menukar kerja dengan kata. Dimana kau letakkan dirimu?

Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan takut. Sesudah pengalaman dan ilmu makin bertambah, engkaupun berani tampil di depan seorang kaisar tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.

Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat ma’siat menggodamu dan engkau meni’matinya? Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa jenjang kedewasaan ruhani meninggi. Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia?

Ya ALLAH, kami memohon cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan cinta kepada segala yang akan mendekatkan kami kepada cinta-Mu.
 
----------------------------
Tausiah Alm. K. H. Rahmat 'Abdullah: "Kematian Hati" (sumber)
 
"Always remember ALLAH"

Back to The Job

Assalamualaikum

Salam Sejahtera dan Bahagia buat para pembaca sekalian.







_Kerja x pernah dan xakan habis_
_Teruskan dan teruskan_
_Moga Allah bersama para pejuang_
_yang menyebarkan kalimat kebenaran_

-Jom berDAKWAH-


"Always remember ALLAH"

Tuesday, April 20, 2010

Guru. Apa yg kamu tahu?

Assalamualaikum...

Buat para pembaca blog budiman...
Salam pertemuan untuk sekaliannya...



Guru, apa yang kamu tahu pasalnya?
- satu kerjaya yang x setanding engineer & doktor.
- seorang yang suka membebel.
- seorang yang suka membeban orang dengan kerja sekolah/assignment.
- seorang yang biasa.
- atau apa?

--------------------------------

Ramai yang menganggap, secara sedar atau tidak, atau buat-buat tidak sedar, bahawa guru@cikgu@teacher@sir dan seumpamanya adalah seorang insan yang hanya berdiri di hadapan papan putih dan memegang marker pen sambil bercakap-cakap seorang diri. Insan ini hanya 'pandai' berkata-kata di hadapan mereka. Hirau atau tidak pada mereka sama saja. Pandang atau tak, tidak ada bezanya. Dengar atau pekakkan telinga, tidak mengapa. Yang penting, 'aku' duduk atas kerusi yang sedikit hangat (selesa) dah OK!^^


Satu soalan untuk kamu: Pernah tak kamu berada di hadapan? Di khalayak ramai? Memegang sebatang pen atau marker? Menerangkan satu ilmu pada mereka? Pernah? -Kalau belum, apa kata kamu cuba? Bagitau cikgu, "Wahai cikguku, boleh tak hari ini izinkan saya mengajar?" -Saya pasti, cikgu kamu akan senyum dan membenarkan permintaan kamu. Soalan 2: Mampukah kamu mengucapkan sedemikian? 

---------------------------

Ramai sekali pelajar menganggap cikgu mereka itu sebagai insan biasa. Apabila begitulah tanggapan mereka, hormat kepada mereka akan berkurangan, malahan mungkin tiada langsung. Jarang benar bagi  seorang pelajar cuba menyelami perasaan seorang guru/cikgu. Mahukah kamu saya menceritakan satu kisah pada kamu tentang seorang insan yang bergelar GURU? Mahu?



Rahsia Kehidupan Seorang Guru:

- Hampir setiap malam, insan bergelar guru tidak mempunyai waktu tidur yang mencukupi, lebih-lebih lagi apabila hari esoknya ada kelas yang akan dimasuki olehnya. Di luar kelas, di rumah, atau di mana-mana tempat yang sesuai, tidak kira waktu dan masa, otak guru senantiasa berputar ligat. Memikirkan pelajaran yang harus diajar. Guru berfikir bukan tentang 'bagaimana hendak menjawab satu2 soalan?', tetapi mereka berfikir 'apa yang harus dilakukan agar students memahami apa yang mereka belajar?'. Oleh itu, guru terpaksa memerah otaknya untuk mencari solusi dan jawapan yang baik terhadap soalan itu.

Tetapi adakah cukup dengan itu? Jawapannya : TIDAK! Selepas guru mendapat ilham (semestinya daripada Allah), guru bukannya terus pergi ke bilik rehat dan merebahkan badannya di atas katil. Tetapi, mereka terus ke 'meja kerja' untuk menyiapkan bahan-bahan dan alat-alat mengajar. Menyedia kelengkapan dari yang paling asas hinggalah yang rumit. Dilakukannya sehingga terlepas waktu rehat dan waktu makan. Cukuplah bagi mereka rehat dengan solat. Semuanya demi 1 atau 2 jam waktu pembelajaran dalam kelas.

Selepas siap menyediakan bahan dan alat-alat untuk mengajar, guru akan mengeluh. Kenapa? Kerana guru akan merasa risau jika bahan yang mereka sediakan tidak dapat memuaskan hati pelajar2nya. Oleh itu, guru terpaksa mencuri masa rehatnya sekali lagi, semata-mata untuk test bahan tersebut, samada berjaya atau tidak. Kalau tidak, terpaksalah guru mencari alternatif yang kedua.....

Selepas semuanya selesai, guru akan membimbit bahan2 dan alat2 tadi daripada aras 1 hingga aras 4. Terhuyung-hayang kerana tidak sempat mengambil sarapan pagi tadi. Tetapi, digagahi juga demi mendidik anak-anak bangsa yang sedang menunggu di atas sana. Jam tangan selalu dijerling, takut-takut terlewat tiba di dalam kelas. Mana la tau, kot-kot ada students yang tak suka orang yang tidak menjaga masa. Bila dah tinggal 2, 3 minit lagi sebelum kelas bermula, guru mempercepatkan langkah kakinya, Peluh-peluh mula membasahi belakang baju. Kasut mulai melembap. Terseksa sekali rasanya. Masih ada 30 anak tangga yang harus dipanjat untuk ke destinasi. Tetapi, kaki tidak boleh berhenti. Terus dan terus berjalan tanpa mengenal penat dan lelah.

Masuk ke kelas, "Assalamualaikum semua! Maaf saya terlambat!" budak-budak mengerling jam, masih ada 1 minit lagi. "OK cikgu, no hal! Cikgu tak masuk pun tak pe. Sebab kami sekarang tengah buat kerja rumah yang belum siap untuk subjek Matematik. Cikgu Math garang!". Guru itu tersenyum, menahan sabar. Budak-budak, terima jelah. Sambil mengelap peluh yang menuruni 'bukit' dahi guru, sempat lagi dia meninjau-ninjau pelajar-pelajar tingkatan 5 itu. Takut-takut ada yang letih. "Sesiapa yang mengantuk, bolehlah ke tandas, basuh muka. Biar segar sikit badan sebelum kita mula belajar!" Katanya dengan penuh hemah, tidak mahu mengguris anak didiknnya.

"Ali, mana kawan sebelah kamu?" Prihatin seorang guru. "Entah! nape tanya saya pulak cikgu? Saya bukan abangnya!" Jawab seorang pelajar dengan penuh selamba tanpa memandang pun wajahnya. Guru terus kerling ke arah pelajar lain. Yang lain hanya menjungkit bahu, sebagai isyarat. Tangan masing-masing terus bergerak pantas menulis, menyalin, dan meniru kawan sebelah tentang soalan Matematik. "Mungkin dia sakit kot" getus hati guru untuk menenangkan dirinya.

"OK, cikgu bagi masa 5 minit lagi untuk kamu siapkan kerja kamu." Kata guru dengan sedikit tegas. Dipandangnya pada para pelajar yang semakin laju gerak kerjanya. "Weh! Cepat sikit, aku nak guna buku aku." "Mu ni, soklan ni pun tak leh jawab." "Cepat cepat, aku tinggal satu lagi soklan." Oi, jangan kacau la!" Pelbagai bunyi keluar, riuh dibuatnya. Guru berjalan ke papan putih. Dicapainya marker biru, dan mula menulis "SEJARAH: Tajuk 4".

Guru memerhatikan jam tangannya, 5 minit berlalu. Dia memusingkan badannya kepada anak didiknya, ditatap seorang demi seorang dengan penuh harapan. Semuanya sibuk dengan masing-masing. Dia bermonolog "Kesian mereka, kalu saya mulakan belajar sekarang, pasti setengah dari mereka akan dimarahi oleh guru Math mereka. Tapi, saya tidak boleh biarkan mereka lupa, bahawa subjek Sejarah pun penting juga. Maafkan saya. Saya terpaksa tegas sedikit."... 

- dipendekkan kisah : Selepas tamat kelas pembelajaran, guru itu melangkah keluar sambil memerhatikan kepada anak-anak didiknya. Terdetik di hati :" Ya Allah, ini sahaja yang mampu aku lakukan. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memberi Hidayah, Maha Pengasih, Maha Pemberi Kefahaman, kasihilah mereka dan berilah mereka kefahaman akan sedikit drpd ilmu-ilmu-Mu yang Maha Luas. Ku pohon pada-Mu, Ya Allah atas nama seorang insan yang kerdil, yang tidak mampu lakukan apa2 melainkan dengan izin-Mu. Allah..." 

Bila mana sahaja guru itu melangkahkan kakinya keluar dari bilik kelas itu, kembalilah guru kepada peringkat awalnya. Kepalanya kembali ligat memikirkan cara mengajar yang lebih dan lebih baik untuk kelas akan datang. Tidurnya semakin kurang. Badannya semakin penat. Tetapi, dia tetap gagahi. Hanya demi satu, melihat anak didiknya BERJAYA!, di dunia dan Akhirat.



------------------------------

Cerita di atas adalah rekaan sahaja oleh si penulis blog. Tapi, blh jadi 90%  adalah benar-benar berlaku terhadap seorang insan bergelar guru. Mungkin ada yang bertanya, kenapa pula penulis tiba-tiba je bercakap pasal topik ni?

Jawapan : Kerana ini adalah sebagai perkongsian pengalaman penulis dengan pembaca. Sejak saya mula bergiat (sedikit) aktif dalam arena pendidikan, tetapi saya bukanlah graduan universiti dalam bidang pendidikan, saya mula sedar akan penat dan jerit lelah seorang guru.

Semuanya bermula ketika saya mula mengadakan kelas kecil untuk junior saya tingkatan 5. Ketika itu saya tua setahun dari mereka. Minat saya terhadap arena pendidikan semakin menyerlah apabila kini saya mempunyai kelas tambahan sendiri di kampung saya. Saya juga sekarang menjadi salah seorang guru ganti di satu pusat tuisyen di Selangor. Walaupun kelas yang saya pegang ini bukanlah satu kelas yang besar, dan bukannya students yang hebat-hebat, tetapi cukuplah ia menjadi peringatan kepada saya akan bertapa besarnya pengorbanan seorang guru.

Masakan tidak, sebelum kelas bermula, guru haruslah sediakan bahan-bahan pembelajaran. Guru juga haruslah ulangkaji sedikit sebanyak pembelajaran yang akan diajar. Hadir ke kelas harus on time, untuk jaga hati para pelajar. Menyediakan nota-nota, soalan-soalan, dan pelbagai lagi. Menyemak dan membetulkan kesalahan yang pelajar lakukan. Dan yang paling membingun hati seorang guru ialah : "BAGAIMANA AKU HENDAK MENGAJAR SUPAYA PELAJAR FAHAM AKAN TOPIK YANG DIAJAR".

Dan ingat! Guru yang mengajar kerana kasihkan anak didiknya tidak sama dengan mereka yang menceburi bidang ini kerana matawang dan dunia.





---------------------------

Adakah kamu masih lagi bangga dengan dirimu?
Adakah kamu rasa dirimu lebih hebat dari guru?
Apa pengorbanan yang kamu telah buat untuk gurumu?
Siapa yang mendidikmu selama ini?
Siapa mengajar kamu akan ilmu dunia?
Siapa memahamkan kamu akan ilmu akhirat?
Adakah kamu seorang yang PRIHATIN terhadap guru?

----------------------------

Kepada semua guru-guruku,
samada yang mengajar aku ketika aku masih kecil,
di sekolah rendah, sekolah menengah, universiti,
ingin aku ucapkan...
Semoga Allah membalas jasamu,
moga2 kamu tergolong orang yang berjaya di dunia dan Akhirat!
Ameen...

Nukilan hati,
Hamidi.

"Always remember ALLAH"

Monday, April 12, 2010

Sepintas lalu.^^

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera dan selamat buat para pejuang Islam.


Perjalanan ini sungguh indah.
Memegang erat tangan si dia.
Lembut, pulus, halus dan memikat.
Terasa tenang di hati.

Terasaa sukar untuk aku berjauhan,
dengan mereka para pejuang,
sunyi menyerbu kalbu yang gersang,
meronta-ronta meminta kasih-sayang.

Gelak ketawa menghiasi dada,
teringat pada waktu dulu kala,
memandang ceria pada wajah mereka,
kebahagian mengisi ruang cinta.

Tapi ku di sini,
bukan kerana lari,
juga bukan kerana futur,
tetapi utk memikul satu amanat,
yang harus dipikul,
DAKWAH.

Hingga berjumpa lagi,
para pejuang Allah.
Di syurga kelak,
dengan Rahmat-Nya.

"Always remember ALLAH"

Saturday, April 3, 2010

Dunia Baru

Assalamualaikum.

Salam selamat dan Salam sejahtera kepada warga pembaca blog ini.


Alhamdulillah. Allah masih lagi memberi kepada saya untuk menikmati keindahan dunia ini. Dan itu bukanlah persoalannya, tapi bersyukur pada-Nya kerana masih memberi saya nikmat terbesar, iaitu nikmat Islam dan Iman untuk terus berjuang dalam dunia yang penuh dengan tipu daya ini.

Alhamdulillah juga kerana Allah telah memudahkan urusan pembaharuan blog ini. Urusan untuk memperindah (insyaAllah) blog ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kecelaruan telah berlaku. Susunan Gadget di sebelah kanan telah pun bercampur-aduk dan tunggang-terbalik. InsyaAllah akan dipersusunkan balik dalam masa terdekat.


Bagi penulis blog, seperti saya, mengupdate blog adalah satu tugas yang penting. Kerana perubahan yang baik sekaligus dapat memikat para pembaca untuk membaca dan membaca dan terus membaca. Selepas itu, blog yang menarik di mata mereka akan memikat hati-hati mereka untuk menyebarkan blog tersebut kepada sahabat handai mereka. Dan sekali gus penyebaran blog tersebut membawa kepada penambahan kenalan untuk si penulis blog. Begitulah dunia blog.

Tapi, blog yang mempunyai wallpaper yan cantik berseri, berbunga-bunga di sana sini, tapi, isi entrinya kosong juga tidak bermakna. Asyik2 menceritakan pasal si 'dia'. Kejap kisah sedih, kejap kisah bunga. Macam-macamlah katakan. Akhir sekali, blog tersebut hanya berpusing pada kawasan yang sama sahaja (macam cerita Sembilu Kasih).

Oleh itu, penulis haruslah pandai mengolah satu-satu isu, agar ia menarik dan mudah dibaca dan difahami oleh para pembaca. Bahasa yang digunakan juga penting untuk diambil perhatian. Ini kerana terlalu banyak bahasa rojak atau slang kenegerian akan menyebabkan misunderstanding oleh pembaca. Bahasa-bahasa yang pelik-pelik juga akan mengganggu tumpuan para pembaca dalam memahami maksud yang ingin disampaikan. Apabila pembaca tidak memahami apa yang hendak disampaikan, pembaca akan hilang mood dan meninggalkan blog tersebut.

Kesimpulannya, membina dan menulis blog bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab itu statistik yang dibuat, menyatakan bahawa blog yang dibuka untuk satu hari, kemudian ditinggalkan begitu sahaja mencecah 70% (kalau tidak silap). Ada juga blog yang ditulis untuk sebulan, 2 bulan dan beberapa bulan sahaja sebelum ia ditinggalkan oleh para penulis blog.

nota : Tiba-tiba sahaja saya bercakap soal blog. Hehe. Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam bab ini. Hanya berkongsi ilmu yang ada sahaja. Yang lain, bolehlah dicari sendiri.

---------------------------

Di sini, penulis ini merasmikan (maaf jika perkataan ini tidak sesuai digunakan di sini) pelancaran penglibatan penulis dalam bidang video 'secara tidak rasmi'. InsyaAllah. Bolehlah melayari Channel saya di sini.

InsyaAllah, saya akan cuba berdakwah menggunakan medium YouTube sebagai salah satu medium untuk berdakwah selain blog ini.

------------------------

Dalam blog ini juga, satu Gadget telah ditambah, iaitu sistem Poll. Semoga sistem ini dapat menambah baikkan blog penulis dalam menjana blog yang bermutu dan bermanfaat buat para pembaca. Sebarang komen dan nasihat serta tunjuk ajar boleh dikomenkan di mana-mana ruang komen atau dishoutbox atau di emailkan atau dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih buat para pembaca yang sudi dan setia dengan blog yang tidak seberapa ini. Semoga Allah menjaga hati penulis dari terkena penyakit-penyakit hati, physically or mentally. Hanya Allahlah tempat kita kembali.

----------------------

Sebagai peringatan! (khususnya kepada para penulis blog)
Bukan blog sahaja yang harus dipercantikkan, diperindahkan dan diperbaiki. Malahan menjaga hati, mengindahkan iman, memperbaiki amalan itu juga perlu. Malahan ia lebih perlu jika dibandingkan dengan blog. Semoga kita mengambil iktibar.

Assalamualaikum.

"Always remember ALLAH"
There was an error in this gadget