Pages

Thursday, November 26, 2009

Khilafah - Call of The Hour

Assalamualaikum...

Salam sejahtera buat pembaca yang di-Rahmati ALLAH sekalian.
Semoga ALLAH memasukkan kita dalam kalangan orang-orang yang beruntung.

Hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir;

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”

[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]



Saudaraku sekalian,
Percayakah saudara akan pengembalian 'Khalifah' di atas muka bumi ini? Percayakah saudara bahawa Dunia ini akan diperintah kembali oleh Umat Islam? Percayakah saudara bahawa Islam akan menghapuskan segala kemaksiatan dan kemungkaran yang berleluasa di alam ini? Percayakah saudara bahawa Syariat Islam akan menjadi hukum Dunia yang Utama suatu masa nanti?

Kalau percaya, apakah yang saudara lakukan?

Dalam proses kebangkitan Islam, akan terdapat 3 golongan kaum Muslim: Pertama, mereka yang bersama-sama dengan para Mujahideen dalam membantu Agama ALLAH (Islam) untuk kembali menapak di muka bumi ini. Kedua, mereka yang hanya menunggu dan hanya melihat akan proses ini tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan. Ketiga, na'uzubillah, mereka yang bukan sahaja tidak memberi apa-apa faedah, malahan menentang pula kerajaan Islam dan kebangkitan Islam, dengan bekerjasama dengan puak Kafir.


Bersama-sama entri kali ini, suka saya untuk berkongsi bersama para pembaca se-Islam akan satu video yang, insyaALLAH, akan memberi inspirasi dan semangat kepada saudara-saudara untuk bersama-sama dengan Muslimin dan Muslimat yang lain, dalam menegakkan dan mengembalikan 'Khalifah Islamiah' di Dunia ini.

Takbir !!!



Semoga entri ini dapat memberi kita satu semangat dan azam baru dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim!
"Belajar bukan lagi kerana exam, Tetapi kerana ALLAH!"
Assalamualaikum...

"Always remember ALLAH"

Friday, November 6, 2009

The End.

Assalamualaikum...

Selamat Sejahtera kepada saudara dan saudari ku sekalian.
Semoga ALLAH merahmati kita semua pada setiap masa.
Ameen...


Tamat!
Apa yang tamat? Banyak. 2 hari yang lepas, banyak peristiwa yang berlaku pada diri ini. Walaupun ia adalah satu tempoh yang pendek, tapi memberi makna yang besar bagi jiwa ini. Pada entri kali ini, suka saya berkongsi kegembiraan ini bersama para pembaca yang diKasihi oleh ALLAH yang Maha Pengasih.

1. The End of Examination.
Bagi kami (Pelajar CELPAD), ujian terakhir jatuh pada 4/11/09, yakni 2 hari yang lepas. Tarikh ini agak awal jika dibandingkan dengan kos-kos lain yang biasanya tamat pada 13hari bulan atau lebih lewat. Berakhirnya peperiksaan ini memberi kelegaan pada saya dari segi pengaturan masa. Sebelum ini, saya selalu sahaja terikat dengan masa 'membaca buku akademik' yang kekadang menghalang saya untuk melakukan aktiviti yang saya minati. Tetapi sekarang semuanya dah berakhir. Saya sudah boleh tumpukan lebih masa kepada kehidupan saya yang normal (sebelum ini abnormal kah? Entahlah!).


Melihat pada kesan positif, saya dapat meluangkan lebih masa pada perkara-perkara yang berfaedah, seperti solat-solat sunat, membaca Al-Quran, membaca artikel-artikel dalam internet, majalah-majalah, buku-buku agama dan sebagainya. Alhamdulillah. Tapi, setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan keburukan. Jika ingin melihat dari perspektif keburukan @ negatif, saya merasakan diri saya semakin kurang dari segi penjagaan masa kerana kekadang terlalu leka dengan perkara-perkara yang kurang bermanfaat seperti terlalu bersosial.

Oleh itu, pada para pembaca, do'akanlah saya agar dapat memanfaatkanlah sebaik mungkin masa yang telah diberikan oleh ALLAH ini pada kita semua. Moga-moga kita semua mendapat manfaat daripadanya. Moga-moga kita semua berada dalam golongan orang yang beruntung. Dan moga-moga kita semua diberi Kasih Sayang-Nya yang Maha Agung.


2. The End of Broken Heart
Merujuk kepada entri yang lepas, hati saya berkecamuk dengan pelbagai masalah yang berkait terus dengan 'kematian' hati. Na'uzubillahi min zaalik. Setelah selang beberapa ketika saya mengepos entri yang lepas, saya merasakan diri saya semakin bersemangat. Alhamdulillah. Terima kasih pada ALLAH. Terima kasih kepada sesiapa yang berdo'a untuk saya. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang berkenaan, secara langsung atau tidak. Terima kasih saya ucapkan. Hanya pada ALLAH lah saya serahkan balasan untuk kalian.


Keretakan hati yang lalu seolah-olah telah pulih. Saya berasa semakin dekat dengan Cinta-Nya. ALLAH lah sebaik-baik tempat saya mengadu cinta. ALLAH lah tempat sebaik-baik saya melepasakan rasa rindu. ALLAH lah tempat sebaik-baik saya melepaskan rasa penat dan lelah. Kerana DIA lah yang memahami keadaanku dan apa yang terbaik untukku. Alhamdulillah.


3. The End of Bad Brotherhood
Tidak cukup dengan itu, saya merasakan hubungan saya dengan kawan-kawan seperjuangan semakin utuh dan kuat. Tiada lagi rasa benci (mungkin masih berbakikan sisa-sisa). Atas nama persahabatan, saya sudah dapat meluangkan lebih masa bersama mereka. Menghabiskan masa bersama mereka dapat menenangkan hati kecil ini. Alhamdulillah. Pada ALLAH lah tempat sebaik-baik saya mengadu dan menceritakan semua kegembiraan yang saya peroleh ini. Terima kasih Ya ALLAH!

-------------------------------------------------

Inilah antara beberapa kisah 'The End' untuk entri kali ini. Penghabisan di sini bukanlah bererti telah habis segala-galanya. Walaupun peperiksaan telah habis, tetapi tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu tetap berterusan. Jangan jadikan alasan peperiksaan sebagai tujuan utama kenapa kita membaca, tetapi, jadikanlah ALLAH tujuan utama kita membaca. Kita membaca, menulis, mengkaji, melihat, menonton dan seumpamanya untuk mencari Keredaan ALLAH Yang Maha Melihat dan Mendengar. ALLAH lah tempat sebaik-baik kembali.

Berakhir akan satu penderitaan bukan bererti kita boleh duduk senang-lenang dan menunggu ujian penderitaan seterusnya tiba. Tetapi, kita haruslah bersiap-sedia dengan ilmu dan amalan untuk meningkatkan keimanan kita agar kita sentiasa kuat dan utuh untuk ujian dan cubaan yang akan datang. Dan jadikanlah ujian hidup yang lepas sebagai pedoman untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang ini. Dan jadikanlah ini semua sebagai bekalan untuk bertemu dengan Tuhan Yang Maha Mencipta. Kepada DIA lah semua makhluk tunduk dan sembah.

Dan berakhirnya satu pergaduhan dengan sahabat bukan bererti kita boleh kembali mengulangi perkara-perkara yang pernah kita lakukan dahulu, yang menyakiti mereka, yang merenggangkan lalu memutuskan hubungan dengan mereka. Tetapi, kita hendaklah sentiasa dan semakin menghampiri dan mendampingi mereka agar ukhuwah yang terjalin semakin kuat dan ketat. Semoga ikatan ini tidak mudah longgar lagi. Moga-moga persahabatan yang terjalin dibina atas rasa cinta dan kasih kepada ALLAH Yang Maha Esa. Bukan kerana rupa, harta, pangkat dan kedudukan seseorang itu. Ingatlah, ALLAH lah tempat sebaik-baik kembali segala maksud persahabatan dan cinta.

Akhir kalam, sekali lagi, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang diRahmati kerana sudi menjengok dan membaca tulisan ini dan pada masa yang sama sudi untuk meluangkan masa untuk berdo'a akan penulis. Terima kasih. Dan kepada ALLAH lah kembali segala kebaikan dan kepada penulislah kembali segala kelemahan tulisan.

Assalamualaikum...
"Always remember ALLAH"

Monday, November 2, 2009

Hati!?

Assalamualaikum...

Salam sejahtera kepada para pembaca yang Budiman.
Bersua lagi di entri yang baru.
Semoga kita semua dijaga dan dilindungi oleh Allah selalu.
InsyaALLAH.


Belakangan ini, saya berasa agar kurang selesa. Terdapat sesuatu kekurangan dalam hidup saya. Walaupun hati terasa damai, tetapi, terasa satu kekosongan yang terpacak dalam hati yang paling dalam. Sehingga sukar untuk saya khusyuk dalam solat. Dan sekaligus menyebabkan kehidupan saya menjadi abnormal. Banyak yang tidak kena.

Hubungan saya dengan kawan-kawan terasa semakin renggang. Entahlah samada ini perasaan semata-mata atau igauan bayangan sahaja. Tetapi yang pasti, keseronokan bersama mereka sudah menjadi semakin kabur. Hari demi hari. Perasaan kasih dan cinta pada mereka semakin pudar? Saya cuba menyakinkan diri bahawa ini adalah permainan minda dan hati sahaja, tetapi, perasaan ini sangat kuat dan sukar untuk dikalahkan. Saat demi saat, mereka seolah-olah semakin jauh dari pandangan mataku.

Tidak cukup dengan itu, perasaan benciku semakin membuak-buak. Di kala saya cuba untuk mengnyahkannya dari diri ini, semakin besar perasaan ini. Entah kenapa, saya menjadi seorang pembenci. Sedangkan merekalah yang sering memperingatkan saya tentang kehidupan manusia yang lalai ini dan Akhirat yang Abadi. Saya menjadi kelam dan buntu mencari jalan penyelesaian. Saya cuba mendapatkan nasihat dari beberapa orang kawan. Tetapi, semua itu seolah-olah satu kerja yang sia-sia.

Tambahan lagi, perasaan seronok untuk melakukan maksiat juga bertambah. Tidak seperti dulu, saya sering berusaha untuk melawan hawa nafsu. Kini, saya seolah-olah jatuh tersungkur padanya. Ya ALLAH, maafkan daku! Kegelapan terus mekar. Hati terus sunyi. Maksiat terus maju menghampiriku. Ya ALLAH, berikanlahku kekuatan!


Inilah dia hati yang 'mati'. Na'uzubillahi min zaalik. Kata hati nurani saya. Sejak peristiwa itu berlaku, saya merasakan sesuatu yang keras dalam badan saya. "Hati?" Hati saya tidak lagi selembut dulu. Sukar saya untuk menghadirkan perasaan khusyuk dalam hati. Sukar saya untuk menghayati alunan bacaan Ayat Al-Quran. Sukar saya untuk menitiskan air mata kerana-Nya. Sukar saya untuk melenturkan tubuh menghadap-Nya.

"ALLAH, adakah aku telah berdusta pada-Mu? ALLAH, adakah ini satu dosa? ALLAH, aku menderita! Aku hilang hala tuju! Aku, aku, aku tidak tahu apa lagi yang harus aku buat. Demi nama-Mu yang Maha Suci lagi Indah, aku memohon akan kasih sayang-Mu dan belas ihsan-Mu, agar hatiku menjadi lembut, agar aku dapat lagi merasai nikmat bersama-Mu, agar aku dapat menghayati lagi Kalam-Mu. Aku rindu saat itu. Aku rindu perasaan itu. Aku rindu pada-Mu Ya ALLAH!"


Segalanya akan terus berlalu. Hidup mesti diteruskan. Saya tidak akan mengalah. Syaitan tidak akan memenangi diriku. Saya Hamidi, yang tidak pernah mengenal erti kekalahan! I have to SURVIVE!...

Sempena ini juga, saya memohon para pembaca agar mendo'akan akan keselamatan Akidahku, Agamaku, Kekuatanku. Disamping itu juga, diharapkan agar pembaca sudi untuk meluangkan masa untuk sama-sama berdo'a pada kami semua (pelajar CELPAD) agar lulus dalam peperiksaan ini dan terus melangkah ke Kuliah pada semesta akan datang. InsyaALLAH. Kepada ALLAH lah tempat kita kembali.

Assalamualaikum...
"Always remember ALLAH"