Pages

Thursday, March 31, 2011

Kenapa saya cinta Ikhwah (2)

Assalamu'alaikum.


Percaya tak,
ramai kalangan kita yang buat salah tanpa sedar!?

Percaya tak,
ramai kalangan kita yang susah nak tegur mereka itu!?

Percaya tak,
ramai kalangan kita yang benci untuk kata: TERIMA KASIH,
bila ditegur!?

---------

Kenapa saya cinta Ikhwah?

Kerana mereka beriman kepada Firman-Nya,

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

(mafhumnya): "Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin!" [Ad-Dzariyaat,51: 55]

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa saya cinta Ikhwah (1)

Assalamu'alaikum.


Dalam kesibukan menghadapi Final Exam,
banyak masa pelajar universiti dihabiskan di meja study.

Petang tadi,
aku menumpang di bilik seorang ikhwah,
melihatnya penuh bersemangat di hadapan komputer,
memberi impak spiritual sedikit sebanyak dalam diri ini.

Tiba-tiba dia berhenti sejenak,
menoleh ke belakang,
memandangku,
bibirnya bergerak:
"Nanti kita Qiam sama-sama kat surau yer!" 

Monday, March 28, 2011

Gambar: Kematian

Assalamu'alaikum.


Kenapa susah sangat nak ingat mati?

Kau ingat kau hidup lama?

Kau ingat kau akan mati dalam senyum?

Kau ingat orang akan ingat kau bila kau dah mati?

Kau ingat kau boleh gelak-gelak lagi bila kau dah mati?

Kau ingat ada lagi hari 'esok' bila kau dah mati?

kau ingat solat SUBUH ada lagi bagi kau bila kau dah mati?

Kau ingat kau boleh lagi berlari ke masjid bila kau dah mati?

Dah, dah, dah!

Kembalilah kepada-NYA,

Jom ke MASJID! Solat SUBUH berjemaah!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Sunday, March 27, 2011

Gambar: "Underground"

Assalamu'alaikum.
~ percayalah, di hujung sana pasti ada CAHAYA yang menunggu! ~


Seorang mendekatiku,
dan berbual-bual pendek denganku.

Tak lama kemudian,
dengan nada sedikit kelihatan yakin
entah di hatinya macam mana,
dia berkata:
"ana bekerja secara underground!"

-------

Soal saya dalam hati:
Pertama: adakah anda seorang sahaja bekerja secara underground?
Kedua: adakah mereka yang bekerja secara underground dijamin Syurga?

Jika anda tanya saya,
saya jawab: TIDAK!

-------

Entah la anda pernah dengar atau jumpa,
tapi sepanjang hidup saya,
saya masih belum mendengar Nabi berkata:
"Amalan terbaik dalam ISLAM ialah bekerja secara 'underground'"

Tapi apa yang pernah saya dengar,
dan yang kita sering dengar,
Nabi bersabda (mafhumnya):
"(Amalan terbaik dalam ISLAM ialah) Solat pada waktunya"

------

Allah S.W.T berfirman (mafhumnya):
"Orang yang paling mulia antara kamu ialah orang yang paling berTAQWA!"

Bukan orang yang bekerja secara 'underground'!
Jadi jangan perasan!

---------------
*Mungkin ada yang tidak jelas apa yang dimaksudkan bekerja secara underground. InsyaAllah, suatu hari anda akan faham.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, March 25, 2011

Terima Kasih banyak-banyak sir!

Assalamu'alaikum.

Salam Semangat, untuk para pencari Semangat!

~sesi 1~

~sesi 2~ 

~sesi 3~

'Salam, sir..terima kasih banyak2 sebab banyak ajar saya dulu. Alhamdulillah, walaupun addmath saya tak leh A. Tp, saya dapat jugak B..terima kasih byk2 atas ilmu yang dicurahkan..semoga Allah akan membalas jasa sir selama ini.'

-mesej dari Aina-


23 haribulan yang lepas,
keluarnya result SPM.
Aku tumpang gembira.

Thursday, March 24, 2011

2 kegembiraan Luar Biasa

Assalamu'alaikum.

Salam Bahagia, buat para pencari kebahagian!

(gambar hiasan) - source: google

.short entry.

Hari ini,
Allah mengurniakan aku 2 kegembiraan luar biasa.

Anak didikku cemerlang dengan luar biasa di SPM! Setelah wang, masa, kudrat, mesej aku dihabiskan untuk mereka.
&
Aku mendapat result yang luar biasa dalam subjek Method of Da'wah, dengan lecturer yang paling strict di kuliah kami.

-----

Siapa kata orang Tabiyah tak mampu berjaya dalam akademik?

"Sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, akan disediakan baginya jalan keluar, dan akan direzekikan kepadanya dari jalan yang ia tak sangka-sangka!"
~ Firman ALLAH ~

Do'akan aku ikhlas dalam menyampai,
mempunyai hati yang rindu padaNya,
juga jiwa yang khusyuk dalam Solat,
dan berjaya Dunia, Akhirat.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, March 23, 2011

Kenapa aku meletakkan diri aku sebagai 'daei'?

Assalamu'alaikum.


"... kerana itu,

bila aku renung kembali dalam diriku,

kenapa aku meletakkan diri aku sebagai 'daei'?
kenapa aku buat semua ini?

aku mengambil masa yang agak lama untuk refresh semula nawaitu itu...

lantas, aku manarik nafas yang panjang.

Ah! sekaligus mengingatkan aku bahwa erti hidup ini hy sebagai khalifah dan a'bid itu...

insyaallah, kembalilah kepada fitrah asal..

aku sedang membawa al-haq itu..Al-haq yang telah Allah hadirkan secara fitrah dalam diri setiap manusiwi namun tidak disedari oleh kebanyakan manusiwi itu..

aku sedang melepaskan diri dari perhambaan kepada manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah semata..dan aku tidak mahu mendapatkan nikmat itu seorang diri.. kerana islam itu tidak akan tertegak atas kaki aku semata. dan syurga itu tidak akan aku miliki melainkan dipersoalkan terdahulu tentang usahaku dalam menyampaikan kefahaman itu ..."

 
~ utk bacaan penuh, klik pada link di atas ~

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, March 22, 2011

Pakcik ABIM

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat pembaca yang tak jemu-jemu,
mencari ilmu dan memperbanyak amal.


Malam Ahad yang lepas,
saya menaiki bas,
dari Kelantan,
menuju Gombak.
Bas pilihan saya tentulah Darul Naim Express.

Biasanya,
kalau ada seat yang kosong,
nescaya saya akan membeli tiket single seat sahaja.
Memandangkan bas Darul Naim menyediakan khidmat seat 2+1.

Tetapi,
dek kepadatan penumpang,
maka saya terpaksa juga membeli yang double seat punya.

Awalnya berdebar juga,
kerana dapati beg perempuan di kerusi sebelah tempat dudukku.

Selepas beberapa tika,
seorang pakcik datang,
bersama seorang wanita.

Mereka berbual-bual,
dan sejurus kemudian,
wanita itu mengambil begnya dan berundur ke belakang.
Pakcik dalam lingkungan 60-an itu duduk disebelahku.

Thursday, March 17, 2011

Gambar: Dosa

Assalamu'alaikum.


Kita cepat kata,
"Dia buat maksiat!"

Kita selalu kata,
"Dia sesat, dia buat bid'ah!"

Kita suka kata,
"Dia jahat, tak layan aku pun!"

dan kita tetap kata,
"Akulah yang betul!"

hingga kita lupa,
"Adakah kita tak berdosa?"

----------

“Kamu kata Allah yang tetapkan kamu buat dosa itu?”
~ SaifulIslam ~

Kenapalah manusia suka menghukum orang,
tanpa melihat diri mereka.
Aduhai.

Assalamua'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, March 14, 2011

Mesej: Benanya saya nk belaja sembahyang ...

Assalamu'alaikum.


"kalau blh sy nk mule pada awal, mcm dak darjah 1, bwu nk blaja ali ba ta, sbb kalu blh sy nak paham mksud2 yg tertulis dlm kitab. semua la sy nk tau."

Aku kagum dengannya.
Kagum dan kagum amat sangat!

-----------


Benanya saya nk belaja sembahyang, sy xpenah smbahyang. xtau mana nk mule, dan saya xad mentor tok pimpin saya jd org y berguna. bab agame mmg saya xtau, kdg2 ase menyesal dulu kt sklh xnak blaja betol2 psl agama.

Di kala ramai yang bersikap bodoh,
cuba menyalahkan masa silamnya,
si dia yang satu ini,
cuba berusaha untuk keluar,
dari kegelapan masa silamnya.

------------

Di UIA  Gombak ini,
majoritinya adalah pelajar yang berakal,
tapi mereka bertindak bagai orang tak berakal.

Salahkan takdir terus menerus.
Anggap diri adalah paling teruk,
hingga menutup ruang untuk berubah,
dan membiarkan diri terus dibisik oleh Setan.

Dalam situasi yang gelap gelita,
si dia seorang ini begitu bersemangat,
untuk bangkit,
menyesali masa silam yang lalu,
dan cuba untuk berubah,
dengan jiwa yang berapi-api.

Percayalah!
Aku amat kagum dengannya!
Kau tak akan dapat melawan semangatnya,
kerana apa yang kau tahu,
hanya makan, makan dan makan!
kerana apa yang kau tahu,
kau sesat, kau sesat, aku aja yang betul!
kerana apa yang kau tahu,
tidur, bangun, Facebook, gelak-gelak.

Percayalah!
Aku amat kagum dengan budak ini,
bersyukur kepada Allah,
kerana DIA telah mempertemukan aku dengannya.

Daus,
ingin sekali aku bersua wajah denganmu.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Hatiku Batu

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pemiliki hati-hati murni,
dan buat para pencinta hati-hati suci,
juga buat para yang bercita-cita untuk memiliki hati bersih.


Sejak belakangan ini,
hati ini terasa keras sekali.

Saturday, March 12, 2011

Tarbiyah: Masa

Assalamu'alaikum.


Orang Melayu tak ter-TARBIYAH kata:
"Alaa... tak pe lambat-lambat sikit. Orang melayu la katakan. Bukannya tepati masa pun! Janji pukul 9, datang pukul 10. Sure punyalah!"

Orang ISLAM yang pada nama sahaja, berkata:
"Tak pe. Allah kan Maha Pengampun. Lambat-lambat sikit tak pe lah. Bukannya semua orang datang awal pun."

Orang ISLAM yang ikut separa TARBIYAH, katanya:
"Tak pe, tak pe. Murobbi (Naqib) ana kata, kita tak boleh terburu-buru. Kena bertahap-tahap. Nanti penat badan, tak boleh buat apa-apa kerja pula. Sape susah? Kita juga!"

Orang ISLAM yang ikut TARBIYAH palsu, bersuara:
"No worry, be happy! InsyaAllah kita kan dah masuk tarbiyah. Lambat-lambat sikit no hal punya la. Orang Tarbiyah kan buat kerja-kerja baik. InsyaAllah masuk Syurga juga last-last."

Orang ISLAM yang ikut TARBIYAH benar! Dia diam sahaja.
Dalam hatinya aku kira:
"Ya ALLAH! Maafkan aku ya ALLAH. Aku telah lambat. Cepatkanlah langkahku, perlahankanlah masa ya ALLAH. Aku tidak mahu lagi terlambat walau sesaat. Aku malu ya ALLAH! Aku menyuruh orang menjaga masa, tapi aku? ALLAH, ampunkan kelambatanku ini. Ampunkan jika aku merencatkan urusan dakwah ini. Ya Allah.! Astaghfirullah."

-------------

Nabi S.A.W bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Qiamat, hendaklah dia berkata-kata benda yang baik, atau diam (jika itu lebih baik)..."

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, March 10, 2011

Lecture: Hizb ut-Tahrir

Assalamu'alaikum.

Salam Perjuangan untuk semua pendakwah,
dan juga para yang didakwah.


Hari Rabu lepas,
dalam kelas Contemporary Islamic Movement,
saya bersama beberapa rakan,
menerima tugasan untuk presentation.

Tajuk yang kami terima ialah,
Hizb ut-Tahrir.
Dalam bahasa Melayu,
Parti Pembebasan.

Tuesday, March 8, 2011

Iklah: Al-Quds Week

Assalamu'alaikum.


Al-Quds Week

Anjuran:
IIUM Mosque

Dengan kerjasama:
1. Volunteers of IIUM Mosque (ViM)
2. Journalism Club (JC)
3. Qur'anic Youth Club (QYC)
4. KARISMA
5. Jom Kenal Qur'an (JKQ)
6. Ma'ruf Club (MC).

Lokasi:
Main Campus IIUM, Gombak

Tarikh:
8 - 12 Mac 2011

-------

Jom Ramai2 Memeriahkan!!!
At least, doakan keberkatan kami!!!


"Always remember ALLAH"

Friday, March 4, 2011

Best of the Month: Rakyat Malaysia VS Rakyat Mesir

Assalamu'alaikum.

Salam Selamat buat semua pembaca blog ini.


VS


ini post entri terbaik Bulan Februari.
Maaf atas keterlambatan.

Tanpa membuang masa,
saya mempersembahkan,
Best of the Month of February is:

Maaf,
kesuntukan masa untuk mengulas lanjut.

Selamat Membaca!
dan Menghayati!
dan Berfikir,
dengan akal dan HATI!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, March 3, 2011

Gambar: Dah Solat Belum?

Assalamu'alaikum.


Kau suruh orang SOLAT,
tapi kau tinggal SOLAT!

Apa ke jadahnya!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"