Pages

Saturday, March 12, 2011

Tarbiyah: Masa

Assalamu'alaikum.


Orang Melayu tak ter-TARBIYAH kata:
"Alaa... tak pe lambat-lambat sikit. Orang melayu la katakan. Bukannya tepati masa pun! Janji pukul 9, datang pukul 10. Sure punyalah!"

Orang ISLAM yang pada nama sahaja, berkata:
"Tak pe. Allah kan Maha Pengampun. Lambat-lambat sikit tak pe lah. Bukannya semua orang datang awal pun."

Orang ISLAM yang ikut separa TARBIYAH, katanya:
"Tak pe, tak pe. Murobbi (Naqib) ana kata, kita tak boleh terburu-buru. Kena bertahap-tahap. Nanti penat badan, tak boleh buat apa-apa kerja pula. Sape susah? Kita juga!"

Orang ISLAM yang ikut TARBIYAH palsu, bersuara:
"No worry, be happy! InsyaAllah kita kan dah masuk tarbiyah. Lambat-lambat sikit no hal punya la. Orang Tarbiyah kan buat kerja-kerja baik. InsyaAllah masuk Syurga juga last-last."

Orang ISLAM yang ikut TARBIYAH benar! Dia diam sahaja.
Dalam hatinya aku kira:
"Ya ALLAH! Maafkan aku ya ALLAH. Aku telah lambat. Cepatkanlah langkahku, perlahankanlah masa ya ALLAH. Aku tidak mahu lagi terlambat walau sesaat. Aku malu ya ALLAH! Aku menyuruh orang menjaga masa, tapi aku? ALLAH, ampunkan kelambatanku ini. Ampunkan jika aku merencatkan urusan dakwah ini. Ya Allah.! Astaghfirullah."

-------------

Nabi S.A.W bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Qiamat, hendaklah dia berkata-kata benda yang baik, atau diam (jika itu lebih baik)..."

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: