Pages

Wednesday, February 22, 2012

Kembali: Momentum Tarbiyah

Assalamu'alaikum.


Kali ini,
tidak ingin berbicara panjang.

Insya-Allah,
selepas ini,
akan lebih istiqomah,
dalam penulisan blog ini.

Setiap saat,
membawa ke Syurga,
atau Neraka.
Na'uzubillah min zaalik.

Setiap kata-kata,
membawa ke Syurga,
atau Neraka.
Na'uzubillah min zaalik.

Setiap tulisan,
membawa ke Syurga,
atau Neraka.
Na'uzubillah min zaalik.

Jadi,
jangan main-main!

Anda sentiasa diawasi,
oleh Si Maha Mengawai.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah ia berkata baik atau diam..."

--------------

Selepas membaca kisah Sahabat,
dan sirah Nabi SAW,
semangat Tarbiyah kembali.

Semoga Allah merahmatinya.
Ameen.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, February 13, 2012

Lau ana mati ...

Assalamu'alaikum.


"Salam. Lau ana mati, ingatkan kepada mak ana. Ana ada hutang dengan ptptn. Ana pinjam 'wan pendahuluan ptptn' waktu nak masuk UIA hari tu. Lau tak silap rm1000-rm1500. Duit infaq halaqah dalam tak sampai rm140. Bayar hutang ana guna duit JPA ana. Bank Islam. Tq."

Mesej seorang ikhwah.

Saya juga pernah melakukan hal yang sama.
Sebelum tidur,
saya begitu risau sekali.
Risau-risau,
sudah tidak ada peluang untuk membayar hutang.

Kadang-kadang,
kena fikir sejenak,
kita 'bertungkus-lumus' ini,
untuk hidup atau mati?


 Lihat balik perbuatan kita,
adakah cukup?

Astaghfirullah.

Dalam ibadah,
kita cakap sambil lewa:
"Tak pe sikit-sikit, yang penting istiqomah."

Dalam belajar,
kita cakap dengan serius:
"Kita kena habiskan belajar cepat-cepat, baru cepat boleh kerja!"

Biasalah,
manusia.
Mudah lupa.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, February 10, 2012

Saya bersama: "Falsafah dan (kemanisan) Islam"

Assalamu'alaikum.


Kelas sudah bermula.

Sempat hadiri 1 kelas,
daripada 3 kelas semalam.
He...

Sempat ke kelas,
History of Islamic Philosophy.

Penerangan daripada pensyarah,
begitu menggamit naluri.
Dari bibit-bibit ucapannya,
saya melihat masa depan Islam.

Otak saya berligat pantas,
sambil tangan memegang pen,
mencatat poin-poin yang indah,
dari tutur kata si pensyarah itu.

Istilah-istilah yang selama ini terbuku di dada,
akhirnya terjawab.

Epistemology, Cosmology, Metaphysics, etc...

Saya akan belajar itu semua,
dan saya sungguh seronok!

--------

Di semester lepas,
saya kagum dengan seorang pemikir Islam,
Malik Bennabi.

Dia salah seorang pemikir Islam,
yang menolak idea Muhammad Abduh,
pengarang kitab Risalah Tauhid.

Jelasnya,
umat Islam sudah tahu mengenai Akidah.
Masalah ummah adalah:
merasai 'kemanisan' Akidah!

Malik Bennabi menceritakan teori-teorinya,
dan saya sependapat dengannya.

Kagum.

---------

Dan bila terbaca entri di Saiful Islam ini, (klik sini)
saya juga bersependapat dengan Ust Hasrizal.

Falsafah.

---------

Sekarang ramai yang mengambil jurusan sains,
Engineering dan Medicine.
Dan ramai yang sudah menjadi graduan,
daripada jurusan-jurusan begini.

Tapi,
dunia masih tidak menunjukkan kesan pembaikkan.
(Perhatian, saya tidak mengatakan kursus ini tidak penting!)

----------

Ketika saya masih kecil,
saya terfikir beberapa idea untuk mengubah dunia.

Dan sepanjang perjalanan pembelajaran saya,
kebanyakkan teori 'menyelamatkan dunia' tidak selari dengan idea saya.

Sehinggalah saya terbaca,
idea-idea Malik Bennabi.
Dan sehingga saya mendengar taklimat pensyarah saya,
mengenai Islamic Philosophy semalam.

Saya sungguh kagum.

Kerana,
rupanya saya bukan berangan berseorangan.
Ada juga manusia yang sependapat dengan saya.

---------


Falsafah.

Islam.

Dunia.

Khalifah.

Adakah mungkin?

--------

Mungkin ada yang bertanya,
"Apa teori 'menyelamatkan dunia' yang saya sokong? Apa kata-kata Malik Bennabi yang saya sependapat? Apa taklimat pensyarah saya yang saya kagumi itu?"

Jawab saya ringkas,
"Falsafah dan (kemanisan) Islam"

-------

Untuk merasai kemanisan Islam,
falsafah diperlukan.
Apabila falsafah disatukan dengan sains,
maka sains itu akan menyerap ke dalam jiwa.

Tetapi AWAS!

Ada juga falsafah yang menyeleweng,
yang mampu membawa anda,
kepada kehancuran total.

Oleh itu,
belajarlah dengan guru yang betul.

-------

Dan pasti ada yang bertanya:
"Falsafah itu apa?"

Saya tersenyum melirik,
mendengar soalan itu.

Satu hari,
anda akan tahu.
Insya-Allah.

(p/s: saya pun budak baru belajar tentang falsafah ini. jadi, saya tidak dapat huraikan dengan lebih terperinci buat masa sekarang.)

Allah berfirman:
"Katakanlah: Allah itu Satu. Allahlah tempat meminta. Dia tidak melahirkan, dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada satu perkara pun yang menyerupainya."
[QS Al-Ikhlas: 1-3]

Cukup dengan surah ini,
anda akan sanggup mati,
demi Islam.
Kerana kemanisannya.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, February 8, 2012

Ta'aruf Week: Permulaan Baru Semester

Assalamu'alaikum


Sekarang 3:51 AM.

Baru siap men-design kad terkini untuk persatuan kami.
Semoga dakwah kami terus maju.

----------------

Selepas Ta'aruf Week,
saya merasakan banyak masa terbuang.

Melihat perancangan harian untuk mendatang,
masa saya semakin pack.

Ahh...

Tapi,
masih lagi sempat tidur panjang,
kononnya melepaskan penat.

Sempat lagi bersama laptop memanjang,
kononnya melepaskan stress.

Apakah jadahnya.!

-----------

Semester baru akan tiba.
Tugas murobbi digalas kembali.

Er. Maksud saya,
tugas merancang pertemuan dengan mutarobbi tercinta.

Saya masih belum bersedia seratus peratus,
tetapi,
entri ini amat menyentuh jiwa saya,
sebagai seorang murobbi,
yang sedikit lalai,
dengan tanggungjawabnya,


"Itulah seorang daie yang sudah mula terpesong, terlupa arah tuju
Daie yang mula merasakan hasil dakwahnya, adalah terletak pada tangannya
Daie yang mula merasakan… Kejayaan dakwah itu terletak pada faktor-faktor duniawi
Terletak pada pengisian, terletak pada struktur gerak kerja, terletak pada kepetahan kata-kata"


-----------

Saya ingin berehat sekarang.

Bukan kerana kepenatan lagi,
tapi semoga dapat bertemu Allah malam ini.

Cukuplah sebentar,
daripada tidak bebuat langsung.

Allah.

Tiba-tiba aku merindui-Mu.

Dan aku mencinta mereka,
kerana-Mu.

4:01 AM

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"