Pages

Wednesday, February 8, 2012

Ta'aruf Week: Permulaan Baru Semester

Assalamu'alaikum


Sekarang 3:51 AM.

Baru siap men-design kad terkini untuk persatuan kami.
Semoga dakwah kami terus maju.

----------------

Selepas Ta'aruf Week,
saya merasakan banyak masa terbuang.

Melihat perancangan harian untuk mendatang,
masa saya semakin pack.

Ahh...

Tapi,
masih lagi sempat tidur panjang,
kononnya melepaskan penat.

Sempat lagi bersama laptop memanjang,
kononnya melepaskan stress.

Apakah jadahnya.!

-----------

Semester baru akan tiba.
Tugas murobbi digalas kembali.

Er. Maksud saya,
tugas merancang pertemuan dengan mutarobbi tercinta.

Saya masih belum bersedia seratus peratus,
tetapi,
entri ini amat menyentuh jiwa saya,
sebagai seorang murobbi,
yang sedikit lalai,
dengan tanggungjawabnya,


"Itulah seorang daie yang sudah mula terpesong, terlupa arah tuju
Daie yang mula merasakan hasil dakwahnya, adalah terletak pada tangannya
Daie yang mula merasakan… Kejayaan dakwah itu terletak pada faktor-faktor duniawi
Terletak pada pengisian, terletak pada struktur gerak kerja, terletak pada kepetahan kata-kata"


-----------

Saya ingin berehat sekarang.

Bukan kerana kepenatan lagi,
tapi semoga dapat bertemu Allah malam ini.

Cukuplah sebentar,
daripada tidak bebuat langsung.

Allah.

Tiba-tiba aku merindui-Mu.

Dan aku mencinta mereka,
kerana-Mu.

4:01 AM

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: