Pages

Sunday, January 29, 2012

Ta'aruf Week dan Blogging

Assalamu'alaikum


Maafkan saya,
saya tidak dapat menulis buat masa sekarang.

Tidak saya sangka,
jadual harian saya,
menjadi padat tanpa saya sedari.

Semoga ia,
membawa diri mendekati Ilahi.

------

Seorang bertanya:
"Macam mana nak tahu,
kita buat something itu kerana Allah,
atau kerana kehendak nafsu semata-mata?"

Sebenarnya,
banyak idea dan jawapannya.

Jika tanya si A,
jawapannya bakal lain dari si B.

Dan saya sudah dengar,
banyak jawapan untuk soalan ini.

Cuma,
di sini saya ingin bawa satu lagi jawapan,
yang amat menyentap hati saya.

"Mudah sahaja. Jika dengan berbuat 'something' itu, kamu rasa semakin dekat dengan Allah, kamu semakin rajin ke masjid, kamu semakin suka mengaji Al-Qur'an, semakin suka menuntut ilmu, maka itu adalah kita buat kerana Allah. Insya-Allah.
Tapi, jika jika berbuat something itu (berprogram contohnya), kita semakin jauh dari Allah, semakin malas ke masjid, semakin tidak ada masa untuk membaca Al-Qur'an. Lupakanlah. kerana ia adalah petunjuk ke arah kesesatan!"

Jadi,
waspadailah tingkah laku anda,
dan program-program yang anda sertai,
apatah lagi yang anda anjurkan.

---------

Sekarang dalam:

mood Ta'aruf Week
(Minggu Orientasi)

Moga-moga,
keterlibatan diri dalam Minggu Orientasi ini,
menjadikan diri ini semakin dekat dengan Allah,
dan melajukan lagi urusan dakwah di bumi UIA,
dan mengajak lebih ramai manusia ke jalan yang lurus.

Amin.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea: