Pages

Monday, January 9, 2012

Peperiksaan: Saya rindu pada Matematik!

Assalamu'alaikum.


Hari ini,
2 kertas dah berlalu.

Saya tertanya pada diri,
kenapa saya begitu malas untuk peperiksaan kali ini.

Ketika dalam dewan peperiksaan,
saya tidak dapat fokus sepenuhnya.

Kejap menulis,
kejap fikir itu ini,
kejap tengok sana sini,
kejap sambung tulis balik.

Akhirnya,
saya buat satu resolusi,

"Saya rindu pada nombor!
Saya rindu pada Matematik!"

Sejak masuk universiti,
dan mengambil jurusan Usuluddin,
setiap ujian adalah lebih kepada penulisan.

Dan bila menulis,
bukan sehelai dua,
tapi hingga tiga empat helai.

Dari sekolah lagi,
saya begitu tidak suka pada esei.
Banyak idea terhenti ketika menulis.

Saya lebih suka buat poin-poin,
dan lebih suka mengira daripada menulis.

---------------

Jika yang lain menghadapi masalah pembacaan,
dan pemahaman dalam pembelajaran,
saya pula menghadapi masalah ini.

Setiap kali tiba musim ujian,
saya sedikit malas.

Teringat ketika menjawab soalan PQS,
dalam dewan SPM.

Ketika itu,
saya betul-betul tidak ada mood.
Bila melihat kertas di hadapan mata,
saya rasa ingin koyak-koyak aja.

Tapi,
Allah memberikan diri bertahan,
menulis dalam keterpaksaan,
dan bila selesai menjawab,
terus tutup dan menyandar pada kerusi,
tanpa membuat sebarang revisi.

Nampaknya,
perasaan itu sedikit kembali.

Wah...
Masih ada 3 kertas.

Kalau dulu,
diuji dengan dakwah dan Tarbiyah,
diuji dengan tugasan itu dan ini,
diuji dengan anak-anak didik.

Tapi sekarang,
tak sangka perkara seremeh ini pula,
yang menjadi ujian untuk diri ini.

-------------------

Wah...

Saya mahu belajar Matematik!

Teringat kata Anis Matta,
ahli parlimen di Indonesia,
dalam bukunya (dah lupa tajuk buku):

"Kita hidup bukan untuk buat apa yang kita suka,
tapi buat apa yang Allah telah tentukan untuk kita!"

Semoga Allah,
membimbing jiwa dan hati ini,
untuk mencintai penulisan.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah, 2: 256]

Kerana saya tahu,
ia pasti ada kebaikan pada penghujungnya.

Di masa hadapan,
pasti dan pasti dan pasti,
apa yang diuji kepada saya (dan kita),
akan dibalas dengan kehidupan yang terbaik,
yang kita tidak pernah bayangkan sebelum ini!

Allah tahu yang terbaik,
buat hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.

Moga saya tergolong,
dalam golongan itu.
Ameen.


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

Anonymous said...

tajuk buku anis matta:

delapan mata air kecemerlangan

abang nass

Al-Mufakkir Hamidi said...

oh ya... :)