Pages

Wednesday, June 29, 2011

Kita yang Memilihnya

Assalamu'alaikum.


Dalam kepalaku, ada tiga perkara:
(1) cuti menghampiri, apa rancangan untuk memanfaatkannya?
(2) final exam kian mendekat, tapi masih belum membaca?
(3) rindunya pada adik-adik dan junior-juniorku...

Mood membaca masih belum kunjung tiba.
Haih...

Malam ini malm 27 Rejab.
Malam Isra' Mi'raj.
Kalau anda perasaan...

Mencuri sedikit masa,
menyelusuri beberapa website,
mendalami hal ehwal Isra' Mi'raj,
banyak juga yang dapat diperlajari.

Memetik satu peristiwa darinya,
ketika Nabi SAW disuakan antara arak dan susu,
maka Nabi SAW memilih susu untuk diminum.

Apa hikmahnya?
Memetik Kata-kata Suci Allah,
"Maka Allah mengilhamkan kepadanya kedurhakaan dan ketaqwaan. Sungguh, beruntung orang yang menyucikannya, dan sungguh merugi orang yang mengotorinya." [QS As-Syams, 91: 8-10]

Begitulah kehidupan manusia,
diberikan dua pilihan,
dan kitalah yang menentukannya,
samada ingin menyucikan pilihan itu,
atau membiarkannya berhabuk kotor!


"There is no accident!'
Dipetik dari cerita Kungfu Panda,
kata-kata yang penuh makna,
diucap oleh Master Ugway.

Dalam Islam,
kita wajib beriman dengan Qadar dan Qada'.

Tiada sesuatu pun,
yang terjadi secara kebetulan,
melainkan telah dirancang dengan penuh Hikmah,
oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Masa depan itu pasti milik Islam,
tiada yang dapat mengubahnya.

Yang tinggal,
adakah kita termasuk orang yang mengembalikan,
kegemilangan Islam itu?

Atau kita hanya tengok-tengok sahaja?
Tanpa berbuat apa-apa?


~ foto: program Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social (S.P.I.E.S) anjuran negeri Selangor ~

Jadi,
adakah anda pilih untuk berjaya,
atau untuk bermalas-malasan?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Sunday, June 26, 2011

SMK Setapak Indah

Assalamua'alaikum.

Salam Bersemangat tanpa Luntur,
buat para penggerak-penggerak Islam,
yang tanpa penat dan lelah,
terus-terusan menyebarkan Risalah Islam!


SMK Setapak Indah,
mengubati luka hati,
melihat kecerian mereka,
dalam 'malu-malu kucing'.

Entah,
hati ini mencari sesuatu,
yang tidak pasti.

Sambil memandang jari,
tujuh hari lagi tinggal,
sebelum peperiksaan akhir datang.

"Ini sejarah Hamidi sayang,
bukannya AddMath..."
getus hatiku lemah.

Wednesday, June 22, 2011

Don't Speak!

Assalamu'alaikum.


~ Don't Speak more than Zikrullah, Everything is connecting to your Heart ~


Rasulullah S.A.W bersabda:
"Janganlah bercakap melebihi dari Zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah"

"Bukanlah seseorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji"
[HR Tarmizi dgn sanad shahih]

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Qiamat, hendaklah ia berkata yang baik atau diam (itu lebih baik baginya)"
[HR Bukhari dan Muslim]

"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di Hari Qiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dalam bercakap ..."
[HR Tarmizi dan dihasankannya]

"Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapat Hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat"
[HR Ahmad dan Tarmizi]

"Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di Hari Qiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa."
[HR Bukhari]

"Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari, dan jika ia diberi amanah ia khianat."
[HR Bukhari]

"Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba Allah yang bersaudara."
[HR Muttafaqun'alaih]

(rujukan: hanya satu)

------------

Sebagai renungan untuk diri,
dan yang ingin mengambil manfaat.

3 hari ini,
tidak mampu berbicara banyak,
keadaan badan tidak mengizinkan.

Semoga dengan kesakitan ini,
menjadi kaffarah atas dosa-dosa yang dilakukan,
dan menjadi penyebab termakbulnya doa yang diimpikan.
Insya-Allah.

Allah itu tujuan kami!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, June 20, 2011

'Ayah' Berumur Setahun

Assalamu'alaikum.

Salam semangat jihad buat para penerus urusan Dakwah,
yang berat lagi memenatkan ini,
serta para penjaga kesucian Tarbiyah,
dari cemaran dunia dan hawa nafsu.


'... Doakan kejayaan semua dunia Akhirat.
Teruskan usaha dan jangan pernah jemu dan
muak serta menyampah untuk mentarbiyah
mutarabbi enta macam ana (^_^)'

Saya tersenyum membacanya. Mata yang mengantuk pada awalnya terus membesar. Satu semangat entah dari mana mula menusuk ke dalam jiwa. Sungguh, saya amat terharu membaca tulisan ini.

Thursday, June 16, 2011

Kronologi: Saat Aku Mencintai AddMath

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca,
yang saya cintai kerana Allah,
moga kita berada dalam Cinta-Nya.


Sekejap tadi, kepalaku ligat berputar mengelilingi masa silamku. Saya teringat kepada zaman dulu-dulu. Pada saat-saat saya amat mencintai satu subjek. Ketika itu, subjek ini amat dibenci oleh ramai pelajar. Tidak, sampai sekarang, masih ramai yang tidak menyukainya. Banyak junior-junior saya yang mengadu akan kesusahan subjek ini. Tidak kurang juga adik-adik dari sekolah-sekolah lain, turut meminta petua untuk berjaya dalam subjek ini.

Ketika tingkatan 5 dahulu, sahabat saya yang juga selaku ketua pelajar di sekolah saya, pernah berkata: "Hamidi, Raja Addmath!" Terus hati saya berbolak-balik. Sungguh, ujian pujian bukan ujian yang biasa-biasa.

Selepas 6 bulan saya meletakkan subjek ini ditepi, tiba-tiba, ia kembali menyergah ke dalam minda saya setelah saya terpandang istilah AddMath dalam blog sahabat saya (klik). Tanpa berlengah, oleh kerana kerinduan yang teramat sangat pada subjek ini, saya terus menawarkan diri untuk membantunya dalam subjek ini. Ternyata, perbuatan saya ini terlalu menjolok, hingga kelihatan seperti memperlekehkannya. Maaf, ya akhi.

Sambil menghembus nafas perlahan-lahan, saya teringat kembali zaman awal-awal saya bercinta dengan subjek Matematik ini.

Wednesday, June 15, 2011

Membina Semangat

Assalamu'alaikum.


Tiada perkara yang perlu ditakuti!

Terus Melangkah dengan berani!

Kerana engkau tidak berseorangan!

Bukankah Allah bersamamu?

-----

Paling kanan,
paling kiri.

Tutup mata.

Tarik nafas,
hembus.

Senyum...

Buka mata.
Buat pandangan tajam.

Masa untuk bekerja!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, June 13, 2011

Lapangkanlah Hatimu, Seluas Tasik Membiru


Seorang remaja datang dalam derai air mata yang memenuhi pelupuk matanya. Dalam badan yang lemah-lesu, mencari kekuatan disebalik kesedihan yang dihadapi. Berjalan mencari sumber spiritual untuk membakar lemak-lemak kemalasan. Dicari seorang insan yang mampu menghilangkan segala kepenatan yang menjalar ke hati itu.

Ditakdirkan, bertemulah remaja itu dengan seorang pak cik yang agak tua. Dengan janggut yang memutih, rambut yang separuh botak, remaja itu mendekati si lelaki tua ini. Dia duduk di sampingnya. Penat lagaknya.

Si pakcik tua itu berpaling dan menatap wajahnya, "Nak, ingin berkongsi sesuatu dengan pakcik?" Dengan mengukir satu senyuman yang menyentuh hati, si remaja tadi tanpa rasa segan menceritakan masalah dan dugaan yang ia hadapi. Lelaki tua mendengarnya tanpa berbicara.

Sunday, June 12, 2011

Hamasah Akhi!

Assalamu'alaikum.


Teringat kata seorang sahabat rapatku:
"Hamidi, jangan buat lembik-lembik.
Jom, kita pergi sekarang!
Semangat sikit!"

Seorang sahabat dari Indonesia juga pernah mesej kepadaku:
"Hamasah Akhi!"

-----

Hari ini?

"Hamidi, nampak letih aja?
Tak pe lah, anta rehat je kat bilik."

"Hamidi, muka anta pucat aja?
Tak makan lagi?"

"Nampak mengantuk je muka anta?"


Manusia hari ini,
memang begitu.
Melemahkan,
dan susah untuk menguatkan.

-----

Aku teringin seorang sahabat,
yang bila aku lemah,
dia akan menarik tanganku,
"Hamidi, jangan buat muka letih!
Bersemangat sikit!"

Adakah wujud lagi manusia sebegitu?

-----

"Syazwan, jom kita pergi sekarang!
Jangan malas-malas,
nanti kerja tak selesai!"
Aku teringat gurau-canda ku pada si dia,
sahabat yang sentiasa memberi dokongan kepadaku,
agar sentiasa bersemangat!

Aku rindu saat itu...

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, June 10, 2011

Sebuah Persahabatan kerana Allah

Assalamu'alaikum.

Salam Ukhuwwah,
buat semua yang mencintai diri ini,
samada disebabkan pertalian darah yang memerah,
atau kerana Allah, dan Rasul-Nya.



Semua manusia, apabila dia bersahabat dengan seseorang, dia tentu mahukan kebaikan dari persahabatannya itu. Tiada yang mahu, persahabatan itu berakhir dengan pergaduhan, mahupun perpecahan yang menyakitkan hati kedua-dua belah pihak.

Terkadang, kita dengan mudah menyangka persahabatan kita dengan seorang sahabat itu adalah kerana Allah. Sehingga dengan mudah kita mengatakan bahawa "Aku mencintainya kerana Allah, kononnya ber-Ukhuwwah fillah". Tetapi, ramai yang masih keliru, apakah itu bersahabat kerana Allah? Berkasih-sayang kerana Allah?

Monday, June 6, 2011

Kami lebih mencintaimu

Assalamu'alaikum.

Salam tetap bersemangat,
untuk semua yang berjalan dengan parutan di kaki dan tangan.


"Hamidi, banyak awak berubah saya tengok."
Kata-kata yang biasa kedengaran dalam gegendang telinga ini.

Sungguh,
kata-kata itu berat sekali untuk dipikul,
apatah lagi untuk membawanya.

Jika hati ini tidak diasah dengan kesabaran,
boleh jadi saat itu juga saya melenting.

Tapi,
Nabi bersabda:
"La Taghdob (Jangan Marah)!"


Dan Allah berpesan:
"Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar!"

IKLAN: ViM's Blog

Assamu'alaikum.


Memperkenalkan:
VOLUNTEERS OF IIUM MOSQUE's Official Blog!

URL:

Semoga kita semakin bersemangat dalam Tarbiyah dan Dakwah!
insya-Allah.


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, June 3, 2011

IKLAN: Al-Muharrik Edisi 12

Assalamu'alaikum.



Majalah Al-Muharrik Edisi 12

Akan berada di pasaran dalam tempoh terdekat!

Dapatkan Sekarang!
Untuk membuat tempahan,
bolehlah menghubungi:

Saudara Zikrul Ezzuan:
013-2036458

-----

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta"
[Al-'Alaq: 1]

"Always remember ALLAH"

Thursday, June 2, 2011

Buka Mata

Assalamu'alaikum.


Curi masa kejap.

Buka matamu!!!

Eh... Jangan lupa mata hati mu juga!!!

---

Nanti saya akan lebih berusaha untuk update...


"Always remember ALLAH"
There was an error in this gadget