Pages

Sunday, June 26, 2011

SMK Setapak Indah

Assalamua'alaikum.

Salam Bersemangat tanpa Luntur,
buat para penggerak-penggerak Islam,
yang tanpa penat dan lelah,
terus-terusan menyebarkan Risalah Islam!


SMK Setapak Indah,
mengubati luka hati,
melihat kecerian mereka,
dalam 'malu-malu kucing'.

Entah,
hati ini mencari sesuatu,
yang tidak pasti.

Sambil memandang jari,
tujuh hari lagi tinggal,
sebelum peperiksaan akhir datang.

"Ini sejarah Hamidi sayang,
bukannya AddMath..."
getus hatiku lemah.

Tiada kuasa dan perasaan,
untuk menjamah buku-buku Kuliah.
Hanya mampu melihat kawan sekelas,
berusaha bersungguh-sungguh.

"Hamidi, anta sedang baca Sejarah kah?"
Kawanku tak henti-henti mesej kepadaku.

"Belum, ada kerja nak selesaikan."
Alasanku tak habis-habis.
Entah kerja apa la yang nak diselesaikan itu.

Terkadang mereka menjemput,
"Hamidi, jom kita buat study group!"

Tapi,
jadual tak pandai saya susun.
Mengutamakan yang tak penting,
melebihi perkara yang patut diutamakan.

------------


Ketika seorang senior datang mendekatiku,
satu tahun yang lalu,
"Hamidi, next sem ana nak anta jadi Murobbi yer!?"

Saya hanya mengukir senyuman pudar,
sambil dahi sedikit berkerut,
"Tapi, ana risau la."

"Apa yang anta risaukan?"
Dia menanya ringkas.

"Ana takut ana tak boleh kawal hati ana."
Menyedari hakikat,
diri seorang yang sensitif.

Dengan wajah yang menimbulkan kehairanan,
si senior merespon,
"Pelik la anta ni,
biasanya orang risau sebab tak cukup ilmu."

"Kalau ilmu, boleh dicari"
Hatiku bermonolog sendirian,
sambil melihat dia mula menjauh,
meninggalkan saya keseorangan dalam resah,
diamanahkan menjadi bakal Murobbi Muda.

-------------


"Hamidi, kenapa ye,
susah sangat nak berubah!?"
Seorang ikhwah mengadu.

"Memang la susah,
kalau senang,
tak perlu la ada pendakwah!"
Jawabku bersahaja.

"Tapi, anta tak paham,
ana ada 'something' yang menghalang ana berubah!"
Dia tetap dengan alasannya,
dari dulu sampai sekarang.

"Kalau anta ada 'something' yang menghalang,
kenapa tak cuba hilangkannya?"
Jawabku malas-malas.

"Tak boleh la!
Masalah ni anta tak paham.
Kalau ana cerita, pasti anta terkejut!
Ana cerita kat ikhwah-ikhwah senior pun,
mereka dah terkejut tak percaya!"
Suaranya semakin tinggi,
cuba 'mempertahankan' masalahnya.

"Habis, anta ingat anta tahu semua masalah ana?
Anta ingat ikhwah-ikhwah tak terkejut,
bila ana ceritakan masalah ana?"
Suaraku semakin meninggi,
cuba menyamakan dengan nadanya.

"Tapi anta lain,
masalah ana ni tak boleh nak diselesaikan!"
Dia tetap dengan pendiriannya.

"Adakah masalah anta ini,
dah mencapai tahap mustahil untuk diselesaikan,
atau just hampir mustahil?"
Saya cuba memecahkan pendiriannya.

"Tak la mustahil... tapi...
tak tahu nak cakap macam mana,
anta tak kan paham!"
Dengan suara tersekat-sekat,
dia masih dengan alasannya itu.

"Dah la, lupakan je.
Enjoy the life!
Kalau terus ingatkan masalah itu,
hidup anta tak akan bahagia."
Saya cuba konklusikannya.

"Tapi, ana tak boleh lupakan,
susah sangat nak lupakan!"
Dia masih tidak mengalah!

"Akhi, adakah masalah anta itu,
sampai membuatkan anta terasa ingin bunuh diri?
Kalau tak, maksudnya belum seteruk ana la.
Masalah ana pernah membuatkan ana tension,
sampai berfikir untuk bunuh diri.
Tapi, itu sebelum ana masuk Tarbiyah la..."
Saya cuba memutuskan perbincangan ini.
Kerana tahu ia tidak akan berkesudahan.
Dan saya pun sudah letih mendengar alasannya itu.

Dalam kegelapan malam itu,
dia memandang saya,
"Bunuh diri? Eee..."

"Kenapa? Tak percaya?"
Saya hanya mengerling padanya.

Selepas itu,
dia terus menukar topik lain,
menceritakan masalah yang lain pula,
sehinggalah kami tiba ke kampus kami.

-----------------------


Sahabat terbaikku pernah berpesan,
dengan nada yang bersungguh-sungguh:
"Jangan Hamidi, jangan!
Mereka tak akan faham!
Kita tak sama dengan mereka!"

Saya hanya mampu akur,
dengan ketentuan Ilahi.

Moga setiap kepenatan ini,
menjadi asbab pertemuanku dengan para Nabi,
serta Syuhada' dan Mujahideen,
juga Soleheen di Syurga kelak.

Ameen...

--------------------

SMK Setapak Indah,
bakal menjadi penerus Dakwah & Tarbiyah,
insya-Allah.

Moga dipermudahkan urusan kami!
Ingatkan kami, dalam doa kalian!


~ First batch of Ikhwah of SMK Setapak Indah... Insya-Allah ~

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: