Pages

Tuesday, October 27, 2009

Pagi!


Assalamualaikum...


Salam "Pagi!" semua.
Selamat sejahtera untuk para pembaca sekalian.

3 minggu berlalu. Itulah jarak masa antara entri ini dengan entri yang terakhir. Sungguh panjang. Tetapi, apakan daya penulis. Masa dan keadaan tidak mengizinkan penulis untuk memetik papan kekunci ini sepanjang tempoh tersebut. Hanya pada Allahlah sebaik-baik tempat kembali segala rahsia yang tersembunyi.

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang saya berpisah dengan alam maya ini. Suka dan duka, semuanya ada. Itulah dinamakan kehidupan. Manusia diciptakan dengan pelbagai ujian untuk menguji tahap ke'iman'an mereka. Semakin kuat iman seseorang, semakin kuat ujian yang ditimpa keatasnya. Moga-moga, kita semua berjaya mengharungi segala rintangan yang dihadapi.

Sepanjang tempoh penyepian saya ini, saya telah banyak menjelajah di Bumi ini, khususnya Negeri Selangor. Untuk pengisian kali ini, suka saya untuk berkongsi bersama pembaca penat lelah saya bersama teman seperjuangan yang diRahmati. InsyaALLAH.

1. Hari Raya & Deepavali Celebration
Sempena Hari Raya dan Happy Deepavali yang lalu, kelas Englis Level 5 Section 5 (kelas yang diduduki oleh penulis), telah mengadakan satu majlis yang ringkas. Majlis ini dianjurkan untuk mempromosikan majlis Hari Raya dan Deepavali kepada 'foreigner's. Pada masa yang sama, majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar sesama mereka dan juga sesama guru. Suasana pagi yang indah dan tenang hasil ciptaan Agung ALLAH, telah memeriahkan majlis ini sekali gus meninggalkan kesan yang kuat dalam jiwa para pelajar dan guru.







2. Air Terjun Chamang
17October yang lalu, saya dan beberapa orang kawan telah mengadakan sesi 'mandi-manda' di salah satu Air Terjun di Bentong, yakni Air Terjun Chamang (maaf kalau tersalah ejaan). Di sini, kami menenangkan fikiran dan jasmani kami sebelum tibanya minggu 'examination'. Pada masa yang sama, di kampung halaman Suffian (kawan penulis) ada mengadakan majlis Hari Raya. Dikesempatan itulah yang menjadi tujuan kami datang ke sini berserta dengan tujuan untuk meluaskan pandangan dan merapatkan hubungan antara kami semua. Alhamdulillah, semuanya berjalan baik dengan Kasih dan Rahmat Allah.






3. Tutor
Setelah beberapa bulan berlalu, ALLAH telah memberi saya sekali lagi peluang untuk mencurahkan ilmu di dada ini dengan memberi tawaran untuk menjadi tutor AddMath. Pada 17Oktober yang lalu, saya memulakan sesi temuduga untuk mendapatkan tawaran kerja ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, dengan izin-Nya. 'Tutor' ini akan mengajar saya akan tatacara dan kehidupan seorang cikgu. Melalui pengalaman yang lepas, saya sedikit sebanyak dapat memahami kesusahan dan penat-lelah seorang guru untuk memberi kefahaman yang terbaik kepada pelajarnya. Melalui program 'tutor' ini, insyaALLAH saya akan memberitahu masyarakat bertapa inginnya seorang cikgu melihat anak didiknya berjaya.



4. Listening Speaking's Test
Dikesempatan ini juga, suka juga saya ingin memasukkan sama akan satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan, yakni latihan 'Listening Speaking's Test'. Test ini dilaksanakan di dalam kelas kami. Suasana test ini amat menggemparkan. Kedengaran gelak-tawa yang mengindahkan hawa dingin kelas kami. Test ini berlangsung dengan penuh kelancaran di bawah Rahmat-Nya yang Agung. Alhamdulillah.






5. Program S.P.I.E.S
SPIES adalah singkatan bagi Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social. Program motivasi ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dan Universiti. Program ini adalah satu daripada rancangan Kerajaan Selangor dalam membentuk sahsiah para remaja yang akan memimpin negara suatu hari nanti. Pelbagai slot yang menarik telah disediakan. Program ini telah meninggalkan kesan yang mendalam bagi kebanyakan para peserta. Terima kasih kami ucapkan kepada Pemimpin Kerajaan Selangor kerana sudi untuk memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Dan kepada ALLAHlah tempat sebaik-baik kembali segala yang terjadi.

(Gambar akan disiarkan kemudian. InsyaALLAH)


Setakat ini dahulu akan laporan penulis untuk kali ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lupa juga untuk saya memohon kasih daripada para pembaca agar mendoakan saya akan kejayaan dalam Peperiksaan yang akan datang. Bermula esok (29/10) hingga 4/11. Doakan saya dan kawan-kawan seperjuangan saya berjaya di Dunia dan Akhirat. Moga-moga ALLAH memberikan Hidayah-Nya kepada kita semua. Ameen. Sehingga kita berjumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Assalamualaikum...

"Always remember ALLAH"