Pages

Showing posts with label IIUM. Show all posts
Showing posts with label IIUM. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Saya bersama: "Falsafah dan (kemanisan) Islam"

Assalamu'alaikum.


Kelas sudah bermula.

Sempat hadiri 1 kelas,
daripada 3 kelas semalam.
He...

Sempat ke kelas,
History of Islamic Philosophy.

Penerangan daripada pensyarah,
begitu menggamit naluri.
Dari bibit-bibit ucapannya,
saya melihat masa depan Islam.

Otak saya berligat pantas,
sambil tangan memegang pen,
mencatat poin-poin yang indah,
dari tutur kata si pensyarah itu.

Istilah-istilah yang selama ini terbuku di dada,
akhirnya terjawab.

Epistemology, Cosmology, Metaphysics, etc...

Saya akan belajar itu semua,
dan saya sungguh seronok!

--------

Di semester lepas,
saya kagum dengan seorang pemikir Islam,
Malik Bennabi.

Dia salah seorang pemikir Islam,
yang menolak idea Muhammad Abduh,
pengarang kitab Risalah Tauhid.

Jelasnya,
umat Islam sudah tahu mengenai Akidah.
Masalah ummah adalah:
merasai 'kemanisan' Akidah!

Malik Bennabi menceritakan teori-teorinya,
dan saya sependapat dengannya.

Kagum.

---------

Dan bila terbaca entri di Saiful Islam ini, (klik sini)
saya juga bersependapat dengan Ust Hasrizal.

Falsafah.

---------

Sekarang ramai yang mengambil jurusan sains,
Engineering dan Medicine.
Dan ramai yang sudah menjadi graduan,
daripada jurusan-jurusan begini.

Tapi,
dunia masih tidak menunjukkan kesan pembaikkan.
(Perhatian, saya tidak mengatakan kursus ini tidak penting!)

----------

Ketika saya masih kecil,
saya terfikir beberapa idea untuk mengubah dunia.

Dan sepanjang perjalanan pembelajaran saya,
kebanyakkan teori 'menyelamatkan dunia' tidak selari dengan idea saya.

Sehinggalah saya terbaca,
idea-idea Malik Bennabi.
Dan sehingga saya mendengar taklimat pensyarah saya,
mengenai Islamic Philosophy semalam.

Saya sungguh kagum.

Kerana,
rupanya saya bukan berangan berseorangan.
Ada juga manusia yang sependapat dengan saya.

---------


Falsafah.

Islam.

Dunia.

Khalifah.

Adakah mungkin?

--------

Mungkin ada yang bertanya,
"Apa teori 'menyelamatkan dunia' yang saya sokong? Apa kata-kata Malik Bennabi yang saya sependapat? Apa taklimat pensyarah saya yang saya kagumi itu?"

Jawab saya ringkas,
"Falsafah dan (kemanisan) Islam"

-------

Untuk merasai kemanisan Islam,
falsafah diperlukan.
Apabila falsafah disatukan dengan sains,
maka sains itu akan menyerap ke dalam jiwa.

Tetapi AWAS!

Ada juga falsafah yang menyeleweng,
yang mampu membawa anda,
kepada kehancuran total.

Oleh itu,
belajarlah dengan guru yang betul.

-------

Dan pasti ada yang bertanya:
"Falsafah itu apa?"

Saya tersenyum melirik,
mendengar soalan itu.

Satu hari,
anda akan tahu.
Insya-Allah.

(p/s: saya pun budak baru belajar tentang falsafah ini. jadi, saya tidak dapat huraikan dengan lebih terperinci buat masa sekarang.)

Allah berfirman:
"Katakanlah: Allah itu Satu. Allahlah tempat meminta. Dia tidak melahirkan, dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada satu perkara pun yang menyerupainya."
[QS Al-Ikhlas: 1-3]

Cukup dengan surah ini,
anda akan sanggup mati,
demi Islam.
Kerana kemanisannya.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, January 10, 2012

Halaqah: Aku nak ajak ko, ko nak join?

Assalamu'alaikum.


"Salam. Kebaikan & kejahatan tak boleh bersatu. Malaikat & setan tak akan bersatu. Syurga & neraka tak akan bersatu. Taat & maksiat tak boleh bersatu. Hanya boleh pilih satu! Anda?"

Seperti biasa,
pada musim peperiksaan ini,
saya akan menyebarkan kata-kata,
kepada sahabat-sahabat handai,
terutamanya mutarobbi kesayangan.

Tapi hari ini,
saya terasa ingin memperbanyakkan sebaran.
Maka,
saya terus memforwardkan mesej tersebut,
kepada beberapa kawan satu batch.

Alhamdulillah,
mendapat respon dari mereka.

Dan tiba-tiba,
saya terhenti pada satu mesej:

"Dah lama tak mesej ko."

Saya senyum membacanya.

Dahulu,
dia dan saya selalu bermesej.

Katanya,
dia risau jika dia larut dalam persatuan.
Jadi,
banyak hal yang kami nasihat-menasihati.

Selepas satu tika,
mesej itu terhenti,
tanpa diketahui sebabnya.

-----------------

"Tadi baru jumpa"

Saya merespon mesejnya itu.

Dia hanya membalas dengan meletakkan smiley.
Saya yang membacanya,
turut tersenyum.

"So, tell me about your little brother. Dia belajar kat ne sekarang?"

Saya memulakan sesi bual.
Saya tahu,
dia tentu malu untuk memulakannya.
Dan saya amat tahu,
tentu dia betul-betul inginkan perbualan ini.

"Farhan. Dia belajar di USIM. Tahun 2. Quran Sunnah"

"Wah tahun 2. Cepatnya! Aku pun level 2. Mantop2! Bila dia nak datang UIA?"

"Dia beza 1 sem dengan aku. Dia pernah datang sekali dulu."

"Oh. Soalan sensitif, macam mana dgn si 'dia'. si dia dari irk soc"

"Aku tak fikir dia lagi. buat penat je. ye, dia dari soc"

"Alhamdulillah. manusia, kalau kita pikir pada mereka, belum tentu mereka pikir pada kita. tapi, kalau kita pikir pada Dia, Dia PASTI ingat kita."

Sempat saya selitkan apa-apa yang patut,
moga memberi kebaikan bersama.

Seterusnya,
hati saya sedikit berdebar.

Masa yang dah lama saya tunggu,
akhirnya tiba di hadapan mata.

Dengan kekuatan spirit yang ada,
saya meneruskan mesej si dia,

"F****, boleh aku bagitau something? kalau tak ganggu ko sekarang."

Selepas itu,
saya letak henset atas meja.
Bergegas ke bilik air,
dan membersihkan diri dengan wudu'.
Moga mesej berikutnya,
mempunyai keberkatan yang menyejuk hatinya.

Seusai berwudu',
saya kembali dan melihat pada henset,
dia membalas,

"Bagitau je. apa?"

Saya menarik nafas,
dan bismillah,

"F****, sem depan, aku nak buat halaqah baru. Aku nak ajak ko. ko nak join? Aku nak tingkatkan persahabatan kita kepada persahabatan atas dasar Islam, bukan sebab kita STAM @ direct intake *(student) @ batch 09 @ IRK @ UIA dan lain-lain. Aku ingat, ko kata tak de yang spesel dalam irk society, jadi aku nak ko rasa apa yang aku rasa spesel dalam hidup aku. aku nak ko rasa kemanisan berhalaqah, kemanisan bersahabat dengan sahabat2 baik (insya-Allah). Tapi, ini bukan paksaan. sekarang, dah ada 2 orang. :)"

Saya menghantarnya,
dengan sedikit harapan.
Agak lama dia menjawabnya,
mungkin sebab panjang mesejnya.

Dan beberapa tika,
henset saya kembali bergetar,

"Erm. Nanti aku pikir dulu, boleh ea?"

Saya menarik nafas lega.
Walau belum lega sepenuhnya.
Saya tahu,
amat berat baginya,
untuk berhalaqah semula,
selepas beberapa perkara yang berlaku.

Tapi,
saya tidak mahu berputus asa,

"Ok, no hal. by the way, hidup kita akan kosong, apabila hati kita kosong dari zikrullah. dan aku nak kongsi satu persoalan, yang menyentak jiwa aku: 'kalau kau diberi 1 jam lagi untuk hidup, apa yang ko nak minta dan buat?'"

Beberapa saat kemudian,
dia membalas,

"Tersentak juga aku."

"Ok. see u later. Allah ma'aka akh kareem"

"ma'ana"

Balasnya pendek.
Mengakhiri bualan kami di hening pagi.

-----------------

Saya menarik nafas panjang.

Akhirnya,
saya dapat melakukannya.

Saya tidak mahu,
apabila keluar daripada universiti ini,
kawan-kawan saya tak pernah mendengar,
ajakan untuk ke halaqah.

Paling kurang,
saya sudah mengajak mereka.
Mereka hendak atau tidak,
semuanya Allah tentukan.

Semoga Allah satukan hati-hati kami,
atas dasar Islam, Iman dan Aqidah yang benar.

Saya,
betul-betul ingin mereka,
bersama 'kami' dalam kafilah dakwah ini.

Betul betul!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, October 5, 2011

Kelahiran dari: 'Western Education'

Assalamu'alaikum.


Salam Perjuangan buat para pelajar sekalian,
buat para penuntut ilmu duniawi,
dan juga pencari kehidupan Ukhrawi.

"Western Education, it has failed produces man of understanding who fully grasp the fundamental issue of life"
(Sistem Pembelajaran Barat, telah gagal melahirkan manusia yang memahami sepenuhnya tentang asas kehidupan manusia)

Begitulah kata-kata,
yang saya petik dari slide yang disediakan oleh lecturer saya sebentar tadi.

Friday, July 1, 2011

Prepare For Excellence!

Assalamu'alaikum.

Salam Selamat,
buat yang sibuk dengan urusan Exam,
juga yang terleka dengan kerja-kerja Duniawi,
dan tidak lupa kepada yang gigih dalam hal-hal Akhirat.


Belakangan ini,
ramai yang menolak untuk menghadiri,
program-program yang membina hati.

"Maaf, ana nak baca untuk exam."
Saya tidak mampu berbuat apa-apa.

Monday, May 2, 2011

Muhammad Hazimi bin Abdul Hamid & Mak yang TerCinta kerana Allah

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera,
buat para pencinta sahabatnya.


~ Muhammad Hazimi bin Abdul Hamid ~


Kali ini,
saya tidak bercadang untuk memanjangkan kalam.

Cukuplah saya sertakan di sini,
satu link dari sahabat saya,
saudara Hazimi,
untuk tatapan buat para pembaca sekalian.

Moga link ini memberi manfaat,
kepada diri dan jiwa ini,
memberi kekuatan kepada saudara Hazimi,
serta memberi kesihatan kepada emaknya,
InsyaALLAH.


Semoga kita diberi ganjaran oleh Allah,
atas setiap perbuatan yang kita lakukan terhadap saudara kita.

"Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai terhadap dirinya sendiri." (Hadis)

--------------


~ kenangan bersama di Majlis Hari Raya & Deepavali ketika di CELPAD, 2009 ~


~ kenangan bersama di Rehlah Rabbani di Sungai Pisang, Julai 2009 ~


~ kenangan bersama di program Charity Iftar bersama anak yatim, 2009 ~


~ kenangan bersama sebelum menduduki final exam of CELPAD, November 2009 ~


~ kenangan bersama di Surau Ansar, Disember 2009 ~


~ kenangan bersama sebagai satu kumpulan (Hazimi sebagai ketua kami) di program Mukhoyyam Khoriji, Januari 2010 ~

----------

Banyak juga kenangan kami bersama.
hehe.

Moga terus bersemangat,
Saudaraku!

*pembaca dan pencinta sahabatku, Hazimi, bolehlah turut memberi sedikit bantuan kepada saya, melalui undian anda yang penuh erti dan keadilan di poll yang terletak di sidebar kanan blog ini. moga Allah akan membalas jasa baik anda, walaupun sebesar zarah. Terima kasih!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, February 8, 2011

Gambar: Suntikan kematian? Atau kehidupan?

 Assalamu'alaikum.

Siapa suka disuntik?
Si anak kecil akan menangis,
tapi si ibu tetap kuat memegang,
lengan milik si kecil yang mulus lagi lembut itu,

kerana si kecil tidak tahu,
tapi si ibu amat mengerti,
suntikan itu amat bermakna,
untuk kesihatan si anak.

Siapa suka disuntik?
Sakit, pedih, seksa, menderita!

--------------
Ustaz Hasrizal,
ketika mengutus emel kepada seorang teman rapatnya,
dia dengan hati berdebar-debar (aku kira) menaip:
"Sahabat, ketahuilah nasihat dari seorang teman terhadap sahabat yang paling dia sayang adalah satu perkara yang paling menyakitkan. Tapi ketahuilah, sesungguhnya dia lakukan demikian kerana dia mencintaimu. Dan aku lakukan ini semua kerana aku mencintai mu..."

------------
Terima kasih kepada,
Dr. Abdul Bari,
lecturer of Introduction to Fiqh,
atas nasihat dan tunjuk ajar,
yang pedih untuk didengar,
tapi amat besar nilainya,
pada siapa yang melihat dari kaca mata Akhirat.

Aku terfikir,
mampukah aku memikul bebanan itu?
Sungguh,
aku kagum melihat kehebatan mu,
guruku, ayahku.

Katanya:
"Student sekarang dah tak de pendirian! Bercakap ikut sedap hati sahaja. Tu lah sebab Umat ISLAM berpecah, sebab mereka buat apa yang mereka sendiri tidak faham. Orang suh pergi library, mengkaji tak nak! Tahu taqlid sahaja. Dah la tak tahu yang mereka tu sedang bertaqlid tanpa ilmu!"
- Rumusan dari kata-katanya -

Seorang da'i (yang pura-pura da'i), akan berkata dalam hatinya:
"Kami sibuklah, dengan kerja-kerja dakwah, tarbiyyah, akademik lagi dan macam-macam. Mana ada masa untuk ke library!"
atau
"Apalah guru ni. Cukuplah dengan halaqah, dah dapat banyak input pun yang kami dapat. Ustaz mana tau! Kami ni sibuk, pagi petang siang malam, asyik dengan urusan dakwah kami! Ustaz tahu masuk kelas dan mengajar sahaja!"
~ na'uzubillah min zaalik (moga kita dijauhkan) ~

Orang da'i (yang hakikatnya), akan berkata dalam hatinya:
"Ya ALLAH! berkatilah masaku, agar aku mempunyai masa yang mencukupi, untuk melangkah kaki ini ke library. Sungguh, aku malu jika aku tidak dapat menunaikan wasiat dari guruku ini."

Suntikan kematian? atau kehidupan?

Tarbiyyah mengatakan:
Orang tarbiyyah akan pandai mengurus waktunya!

wahai diri yang mengaku dirinya da'i,
Di mana maruahmu di hadapan ALLAH?

wahai diri yang tidak mahu menjadi da'i,
Di mana kedudukanmu di hadapan ALLAH?

 Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, January 17, 2011

Lecture: 7 Maratib Amal

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat pejuang ISLAM.


Petang tadi,
sekali lagi saya belajar sesuatu yang mengujakan.
Sudah tentu dari kelas,
Contemporary Islamic Movement.

Tadi kami diajar mengenai Risalah Ta'alim,
daripada Hasan Al-Banna.

Monday, November 15, 2010

Akanku Merindui

Assalamu'alaikum.

Salam Selamat,
buat para tetamu,
yang tak jemu-jemu,
bertandang ke rumah ini.


"Akanku merinduinya!"
Detik hatiku.

Friday, October 8, 2010

Flash Back : Di sebalik Kisah IIUM

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat anda, antum sekalian.


Kadang-kadang,
sejarah itu mengingatkan kita kembali,
tujuan kedatangan kita di bumi Allah,
juga di bumi Universiti.

Monday, May 10, 2010

Minda Serabut? Tapi TeNang?

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera dan Bahagia buat para pembaca.


Sekarang 2.34 pagi,
Tidak lama lagi, detik-detik bersejarah bakal berlaku.
Mungkin bukan untuk orang,
tapi, ia amat bermakna untuk diri ini.

PALESTINE WEEK
peringkat UIAM Gombak, untuk sem3.

Buat pertama kali, aku terlibat dalam program besar ini.
Diamatkan sebagai PIC (Person in Charge) dalam Biro Pameran.
Berat, berat sekali.

Sepanjang perjalananku sebagai PIC ini, aku terseksa.
Entah, aku sendiri tidak mengerti.
Kenapa hati ini terasa sakit, dan sunyi.

Hinggalah kelmarin, ia kembali tenang.
Aku mencari, dan Alhamdulillah.
Allah telah memudahkan urusanku, DIA menenangkanku.

Dari itu, aku dapat berfikir lebih tenang, dari sebelum ini.
Rancangan diatur, tapi, aku mengaku, aku belum matang.

Satu hari lagi tinggal, banyak kerja tertangguh.
Aku binggung, blank.
Tidak tahu apa yang harus dibuat.

Ahhhhhhhhhhhhhhh....!!!
Hati ini menjerit. Meronta-ronta kepeningan.
Aku keliru, tidak tahu hendak dimulakan dari mana.
Masa suntuk, dan semakin mengekang. Ahhhhhhhhhhhhhhh...!!!

Tapi,
aku mengaku,
kali ini tidak sama lagi.
Dulu,
aku akan mengamuk,
hati ini tidak tenteram dibuatnya.

Tapi,
kali ini berbeza,
hati lebih tenang, tenang sekali,
walau fikiran amat kusut, kusut sekali.

Allah! KAU Tuhanku, aku hamba-Mu.
Benar kata-kata-Mu,
"Bukankah dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang?"

Aha...
itu bezanya.
Kali ini, bila aku terasa kusut,
hati ini beristighfar, fikiran kusut bertukar arah,
sempat ia menyatakan bahawa ini ujian dari ALLAH,
sebagai penghapus dosa...

Tidak seperti dulu,
aku akan menyalahkan diri,dan terus terusan begitu,
akhirmya ku merana, sakit, dan terus sakit.
Keliru, dan terus keliru.

Kini,
aku akan menyebut,
"Ya ALLAH, jika bukan ENGKAU, siapa lagi yang akan membantuku? Wahai Tuhanku, bantuilah aku agar dipermudahkan urusanku. Jangalah dosaku menghalang gerak kerja kumpulan ini. ENGKAU timpakanlah bala disebabkan dosaku atas diri ini, bukan atas jemaahku. YA ALLAH, jika bukan ENGKAU yang memakbulkan do'aku, siapa lagi? Aku pohon ya ALLAH!"

Alhamdulillah,
ALLAH masih lagi memberi aku peluang untuk sedar,
sedar dari mimpi ngeri,
kerja-kerja semakin ringan,
minda semakin tersusun rapi,
hati semakin tenang dan sejuk,
Semuanya... kerana ALLAH!


-------------------------

Wahai kawanku,
jom sama-sama kita ingat pada Allah.
Jika bukan DIA yang kita ingat, siapa lagi?

-------------------------
Untuk renungan bersama.

Assalamualaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, March 30, 2010

Sepikah dunia itu?


Assalamualaikum.
Salam sejahtera dan salam selamat untuk semua pembaca yang dikasihi.

Hampir satu bulan saya tidak menulis. Rindu rasanya.


Hampir setiap hari aku memerhatikan komputer riba kesayangan ini. Teringin sesekali untuk 'turn on' dan bermesra-mesra dengannya. Sepinya duniamu wahai kasihku. Kadang-kadang, ku melihatmu dalam keadaan murung, berseorang, minta untuk berborak-borak. Tetapi, masa tidak mengizinkanku. Aku leka dengan dunia. Kawan-kawan, exam, makan minum, dan pelbagai lagi.

Walaupun begitu, hati ini tidak dapat melupakanmu. Sesekali, sempat jari ini memetik butang on pada badanmu. Sesekali aku 'lagha' denganmu. Melakukan itu dan ini tanpa jemu. Masa terus berjalan meninggalkan aku.

Kehadiran final exam membingungkan aku. Entah kenapa, hati tidak senang. Dunia ini bagaikan kosong. Entah kenapa? Kekadang, terlintas di benak fikiran ini : "Kenapa manusia begitu bersungguh-sungguh untuk belajar bila exam dah hampir? Mereka belajar untuk apa? untuk exam? untuk dunia? atau kerana Allah?" Pelbagai persoalan yang bermain di ruang pemikiranku. Sesekali, ia memakan si tuan badan. "Adakah aku juga begitu?"

Dunia semakin sepi. Exam semakin hampir. Tetapi, semangat membaca tetap tidak datang. Aku terkapai-kapai mencari sumber kekuatan. Ku harap agar diri ini diberi satu feeling untuk membuka buku atau mana-mana helaian kertas untuk dijadikan santapan minda sebelum masuk ke dalam dewan exam. Tapi, itu sia-sia.

Dunia sepi dan terus menyepi. Aku tidak tahu, apa yang aku ingin. Kekadang, ku merasakan diri ini tiada matlamat. Aku cuba mengingati kembali tujuan asal penciptaan manusia. Menyembah pada Allah yang Satu. Menjadi khalifah di atas bumi. Tapi bagaimana? Di mana permulaannya? Dan apa pengakhirannya?

Dunia ini amatlah sepi. Kekadang terlintas, jikalau aku hidup sezaman Rasulullah S.A.W, atau ku diberi peluang untuk bertemu dengannya, akan ku tanya : "Ya Rasulullah, bagitaulah aku, bagaimana aku kan dapat semula semangat untuk hidup, bagaimana aku kan dapat satu perasaan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini!"

Dunia ini hitam dan penuh kesepian. Kekadang terlintas di fikiran, jika aku diizinkan oleh Rabb-ku, akan ku pinta, "Ya Allah, jika kau izinkan aku untuk memilih samada untuk terus hidup di dunia ini, atau dimatikan, nescaya kan aku memilih untuk bertemu dengan-Mu". Walaupun kekadang, nafsu berbisik padaku, cukupkah amalanku untuk dibawa bertemu dengan Rabb? Dah terampunkah dosa-dosa mu dahulu? Dosa takabbur, dosa ujub, dosa ria' dan dosa-dosa lain? Pastikah kau kan masuk Syurga?

Dunia ini amat meletihkan. Aku tidak mengetahui apa yang harus ku lakukan. Terbayang, jikalau aku buat sesuatu, tanpa ku sedari rupanya ini satu dosa besar, apa yang akan ku jawab pada-Nya? Bagaimana dengan soal kehidupan harianku? Mampukah aku untuk melepaskan diri dari azab-Nya? Waqinaa azaab an-naar.


Letih, letih dan letih. Itulah yang mampu ku ucapkan. Dunia ini amat sepi. Kekadang, ku merasakan ku sudah berputus asa. Tapi ku tidak mahu tergolong dari mereka yang berputus asa dari Rahmat Allah. Kata satu proveb English : The winner never quit, The quitter never win. Dan dah pasti, aku adalah pemenang. Pemenang di dunia dan di akhirat! Tapi betulkah? Atau sekadar mimpiku?



Sudahlah. Hidup mesti diteruskan. Semangat mesti dicari. Cari, cari ,cari! Semoga Allah mempermudahkan urusan pencarianku. Kekadang aku teringat satu kata yang biasanya diucap oleh para pendakwah : "Kalau kita merasa susah, ingatlah ada lagi yang lebih susah daripda kita!" Juga teringat satu firman Allah S.W.T (yang bermaksud) : "Tidaklah Allah memberati seseorang melainkan berdasarkan kemampuannya."

Moga-moga, entri ini dapat membantu saya dalam meringankan bebanan yang harus dipikul. insyaAllah. Kepada para sahabat, do'akan saya kebahagian hidup dunia dan Akhirat, dan juga untuk para Mujahid dan Mujahidah di Palestin, Muslimin dan Muslimat. Ameen.


Assalamualaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, February 16, 2010

Assalamualaikum.

Salam Selamat dan Sejahtera buat para pembaca.


------------------------------------------

Akhirnya,
Cuti Raya Cina dah pun berlalu,
Rata-rata pelajar sudah pulang ke kolej kediaman masing-masing.
Semuanya bersiap-sedia untuk hari mendatang.

Esok,
kuliah bermula,
mengatur kembali kehidupan pelajar.
Jadual masing-masing disibukkan dengan pembelajaran kuliah,
dibebani pula dengan tanggungjawab persatuan dan kelab-kelab,
bagi membina jati diri,
dan kekuatan ukhuwwah.

Cuti berlalu,
Kuliah bermula.

Apakah pengajaran yang dapat diambil dari cuti?
Apakah persediaan yang telah dibuat untuk hari kuliah?
Semuanya di minda masing-masing.

Tetapi,
itu bukanlah isunya.
Bukan sebanyak mana iktibar yang diambil,
bukan sebanyak mana persediaan dibuat,
tetapi,
sebanyak mana ketaatan kita pada Allah.

Adakah iktibar yang diambil mendekatkan diri pada-Nya?
Adakah persediaan yang dibuat mendekatkan diri pada-Nya?
Hanya si tuan badan yang tahu,
tapi,
Allah lebih mengetahui isi hati mereka.

------------------------------------------------

Wahai tentera Allah!
Bersiap-siagalah kamu untuk berjihad!
Kuatkan rohanimu,
kuatkan jasmanimu,
kuatkan keimananmu,
kuatkan mentalitimu,
kuatkan disiplinmu,
kuatkan ukhuwwahmu,
kuatkan gerak kerjamu.

Wahai tentera Allah!
Pandanglah ke hadapan!
Lihat,
Islam menantimu di hadapan!
Lihat,
Allah menunggumu untuk kamu bergerak pada-Nya!

Wahai tentera Allah!
Tolehlah ke belakang sebagai pedoman.
Bantuilah sahabatmu yang terkapai-kapai.
Pegang tangan mereka,
dan tariklah mereka bersama-sama,
menuju ke medan jihad!

Wahai tentera Allah!
Ayuh!
Sama-sama kita berganding bahu!
Berlari menuju keRedaan Allah!

-------------------------------------------

Ya Allah,
Hatiku milik-Mu.
Jagalah ia,
agar aku tidak ter'babas'.


Sebagai renungan untuk bersama.
Assalamualaikum.

"Always remember ALLAH"

Friday, January 8, 2010

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera kepada para pembaca...
Moga ALLAH memberkati kehidupan kita setiap masa, setiap saat,
Dan moga kita selalu cuba dan mencuba untuk mendekati ALLAH setiap detik...
ALLAH-lah Tuhanku, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH!




Sudah lama tidak bersua. Blog ini pun kelihatan semakin usang. Bersawang sana sini. Aih... Malas punya pasal.

Apa pun, suka saya untuk meluangkan sedikit masa, untuk meng'update' blog ini, untuk menyapu sedikit sebanyak kotoran yang telah bertampuk dalam blog ini. Dengan itu, insyaALLAH akan saya memuat naik beberapa gambar program yang pernah saya sertai :

Rehlah Rabbani (Sungai Pisang) - 25/7/09


IRKHS'S Appreciation Night & Charity Iftar (IIUM) - 6/9/09


Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) - 7/11/09


Mukhoyyam Daakhili (Surau Ansar) - 12-13/12/09


SPIES Level 2 (Ulu Yam) - 26-27/12/09


Mukhoyyam Khoriji (Impian Resort) - 1-3/1/2010


InsyaALLAH, moga-moga program ini dapat memberi momentum pada saya dan juga para peserta dalam mentauhidkan diri pada ALLAH yang Maha Esa.

Mungkin setakat ini dahulu entri untuk kali ini. Maaf kerana tiada Artikel yang menarik untuk dipaparkan. InsyaALLAH akan di'update' kemudian hari.

Assalamualaikum
"Always remember ALLAH"

Friday, November 6, 2009

The End.

Assalamualaikum...

Selamat Sejahtera kepada saudara dan saudari ku sekalian.
Semoga ALLAH merahmati kita semua pada setiap masa.
Ameen...


Tamat!
Apa yang tamat? Banyak. 2 hari yang lepas, banyak peristiwa yang berlaku pada diri ini. Walaupun ia adalah satu tempoh yang pendek, tapi memberi makna yang besar bagi jiwa ini. Pada entri kali ini, suka saya berkongsi kegembiraan ini bersama para pembaca yang diKasihi oleh ALLAH yang Maha Pengasih.

1. The End of Examination.
Bagi kami (Pelajar CELPAD), ujian terakhir jatuh pada 4/11/09, yakni 2 hari yang lepas. Tarikh ini agak awal jika dibandingkan dengan kos-kos lain yang biasanya tamat pada 13hari bulan atau lebih lewat. Berakhirnya peperiksaan ini memberi kelegaan pada saya dari segi pengaturan masa. Sebelum ini, saya selalu sahaja terikat dengan masa 'membaca buku akademik' yang kekadang menghalang saya untuk melakukan aktiviti yang saya minati. Tetapi sekarang semuanya dah berakhir. Saya sudah boleh tumpukan lebih masa kepada kehidupan saya yang normal (sebelum ini abnormal kah? Entahlah!).


Melihat pada kesan positif, saya dapat meluangkan lebih masa pada perkara-perkara yang berfaedah, seperti solat-solat sunat, membaca Al-Quran, membaca artikel-artikel dalam internet, majalah-majalah, buku-buku agama dan sebagainya. Alhamdulillah. Tapi, setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan keburukan. Jika ingin melihat dari perspektif keburukan @ negatif, saya merasakan diri saya semakin kurang dari segi penjagaan masa kerana kekadang terlalu leka dengan perkara-perkara yang kurang bermanfaat seperti terlalu bersosial.

Oleh itu, pada para pembaca, do'akanlah saya agar dapat memanfaatkanlah sebaik mungkin masa yang telah diberikan oleh ALLAH ini pada kita semua. Moga-moga kita semua mendapat manfaat daripadanya. Moga-moga kita semua berada dalam golongan orang yang beruntung. Dan moga-moga kita semua diberi Kasih Sayang-Nya yang Maha Agung.


2. The End of Broken Heart
Merujuk kepada entri yang lepas, hati saya berkecamuk dengan pelbagai masalah yang berkait terus dengan 'kematian' hati. Na'uzubillahi min zaalik. Setelah selang beberapa ketika saya mengepos entri yang lepas, saya merasakan diri saya semakin bersemangat. Alhamdulillah. Terima kasih pada ALLAH. Terima kasih kepada sesiapa yang berdo'a untuk saya. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang berkenaan, secara langsung atau tidak. Terima kasih saya ucapkan. Hanya pada ALLAH lah saya serahkan balasan untuk kalian.


Keretakan hati yang lalu seolah-olah telah pulih. Saya berasa semakin dekat dengan Cinta-Nya. ALLAH lah sebaik-baik tempat saya mengadu cinta. ALLAH lah tempat sebaik-baik saya melepasakan rasa rindu. ALLAH lah tempat sebaik-baik saya melepaskan rasa penat dan lelah. Kerana DIA lah yang memahami keadaanku dan apa yang terbaik untukku. Alhamdulillah.


3. The End of Bad Brotherhood
Tidak cukup dengan itu, saya merasakan hubungan saya dengan kawan-kawan seperjuangan semakin utuh dan kuat. Tiada lagi rasa benci (mungkin masih berbakikan sisa-sisa). Atas nama persahabatan, saya sudah dapat meluangkan lebih masa bersama mereka. Menghabiskan masa bersama mereka dapat menenangkan hati kecil ini. Alhamdulillah. Pada ALLAH lah tempat sebaik-baik saya mengadu dan menceritakan semua kegembiraan yang saya peroleh ini. Terima kasih Ya ALLAH!

-------------------------------------------------

Inilah antara beberapa kisah 'The End' untuk entri kali ini. Penghabisan di sini bukanlah bererti telah habis segala-galanya. Walaupun peperiksaan telah habis, tetapi tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu tetap berterusan. Jangan jadikan alasan peperiksaan sebagai tujuan utama kenapa kita membaca, tetapi, jadikanlah ALLAH tujuan utama kita membaca. Kita membaca, menulis, mengkaji, melihat, menonton dan seumpamanya untuk mencari Keredaan ALLAH Yang Maha Melihat dan Mendengar. ALLAH lah tempat sebaik-baik kembali.

Berakhir akan satu penderitaan bukan bererti kita boleh duduk senang-lenang dan menunggu ujian penderitaan seterusnya tiba. Tetapi, kita haruslah bersiap-sedia dengan ilmu dan amalan untuk meningkatkan keimanan kita agar kita sentiasa kuat dan utuh untuk ujian dan cubaan yang akan datang. Dan jadikanlah ujian hidup yang lepas sebagai pedoman untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang ini. Dan jadikanlah ini semua sebagai bekalan untuk bertemu dengan Tuhan Yang Maha Mencipta. Kepada DIA lah semua makhluk tunduk dan sembah.

Dan berakhirnya satu pergaduhan dengan sahabat bukan bererti kita boleh kembali mengulangi perkara-perkara yang pernah kita lakukan dahulu, yang menyakiti mereka, yang merenggangkan lalu memutuskan hubungan dengan mereka. Tetapi, kita hendaklah sentiasa dan semakin menghampiri dan mendampingi mereka agar ukhuwah yang terjalin semakin kuat dan ketat. Semoga ikatan ini tidak mudah longgar lagi. Moga-moga persahabatan yang terjalin dibina atas rasa cinta dan kasih kepada ALLAH Yang Maha Esa. Bukan kerana rupa, harta, pangkat dan kedudukan seseorang itu. Ingatlah, ALLAH lah tempat sebaik-baik kembali segala maksud persahabatan dan cinta.

Akhir kalam, sekali lagi, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang diRahmati kerana sudi menjengok dan membaca tulisan ini dan pada masa yang sama sudi untuk meluangkan masa untuk berdo'a akan penulis. Terima kasih. Dan kepada ALLAH lah kembali segala kebaikan dan kepada penulislah kembali segala kelemahan tulisan.

Assalamualaikum...
"Always remember ALLAH"

Monday, November 2, 2009

Hati!?

Assalamualaikum...

Salam sejahtera kepada para pembaca yang Budiman.
Bersua lagi di entri yang baru.
Semoga kita semua dijaga dan dilindungi oleh Allah selalu.
InsyaALLAH.


Belakangan ini, saya berasa agar kurang selesa. Terdapat sesuatu kekurangan dalam hidup saya. Walaupun hati terasa damai, tetapi, terasa satu kekosongan yang terpacak dalam hati yang paling dalam. Sehingga sukar untuk saya khusyuk dalam solat. Dan sekaligus menyebabkan kehidupan saya menjadi abnormal. Banyak yang tidak kena.

Hubungan saya dengan kawan-kawan terasa semakin renggang. Entahlah samada ini perasaan semata-mata atau igauan bayangan sahaja. Tetapi yang pasti, keseronokan bersama mereka sudah menjadi semakin kabur. Hari demi hari. Perasaan kasih dan cinta pada mereka semakin pudar? Saya cuba menyakinkan diri bahawa ini adalah permainan minda dan hati sahaja, tetapi, perasaan ini sangat kuat dan sukar untuk dikalahkan. Saat demi saat, mereka seolah-olah semakin jauh dari pandangan mataku.

Tidak cukup dengan itu, perasaan benciku semakin membuak-buak. Di kala saya cuba untuk mengnyahkannya dari diri ini, semakin besar perasaan ini. Entah kenapa, saya menjadi seorang pembenci. Sedangkan merekalah yang sering memperingatkan saya tentang kehidupan manusia yang lalai ini dan Akhirat yang Abadi. Saya menjadi kelam dan buntu mencari jalan penyelesaian. Saya cuba mendapatkan nasihat dari beberapa orang kawan. Tetapi, semua itu seolah-olah satu kerja yang sia-sia.

Tambahan lagi, perasaan seronok untuk melakukan maksiat juga bertambah. Tidak seperti dulu, saya sering berusaha untuk melawan hawa nafsu. Kini, saya seolah-olah jatuh tersungkur padanya. Ya ALLAH, maafkan daku! Kegelapan terus mekar. Hati terus sunyi. Maksiat terus maju menghampiriku. Ya ALLAH, berikanlahku kekuatan!


Inilah dia hati yang 'mati'. Na'uzubillahi min zaalik. Kata hati nurani saya. Sejak peristiwa itu berlaku, saya merasakan sesuatu yang keras dalam badan saya. "Hati?" Hati saya tidak lagi selembut dulu. Sukar saya untuk menghadirkan perasaan khusyuk dalam hati. Sukar saya untuk menghayati alunan bacaan Ayat Al-Quran. Sukar saya untuk menitiskan air mata kerana-Nya. Sukar saya untuk melenturkan tubuh menghadap-Nya.

"ALLAH, adakah aku telah berdusta pada-Mu? ALLAH, adakah ini satu dosa? ALLAH, aku menderita! Aku hilang hala tuju! Aku, aku, aku tidak tahu apa lagi yang harus aku buat. Demi nama-Mu yang Maha Suci lagi Indah, aku memohon akan kasih sayang-Mu dan belas ihsan-Mu, agar hatiku menjadi lembut, agar aku dapat lagi merasai nikmat bersama-Mu, agar aku dapat menghayati lagi Kalam-Mu. Aku rindu saat itu. Aku rindu perasaan itu. Aku rindu pada-Mu Ya ALLAH!"


Segalanya akan terus berlalu. Hidup mesti diteruskan. Saya tidak akan mengalah. Syaitan tidak akan memenangi diriku. Saya Hamidi, yang tidak pernah mengenal erti kekalahan! I have to SURVIVE!...

Sempena ini juga, saya memohon para pembaca agar mendo'akan akan keselamatan Akidahku, Agamaku, Kekuatanku. Disamping itu juga, diharapkan agar pembaca sudi untuk meluangkan masa untuk sama-sama berdo'a pada kami semua (pelajar CELPAD) agar lulus dalam peperiksaan ini dan terus melangkah ke Kuliah pada semesta akan datang. InsyaALLAH. Kepada ALLAH lah tempat kita kembali.

Assalamualaikum...
"Always remember ALLAH"

Tuesday, October 27, 2009

Pagi!


Assalamualaikum...


Salam "Pagi!" semua.
Selamat sejahtera untuk para pembaca sekalian.

3 minggu berlalu. Itulah jarak masa antara entri ini dengan entri yang terakhir. Sungguh panjang. Tetapi, apakan daya penulis. Masa dan keadaan tidak mengizinkan penulis untuk memetik papan kekunci ini sepanjang tempoh tersebut. Hanya pada Allahlah sebaik-baik tempat kembali segala rahsia yang tersembunyi.

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang saya berpisah dengan alam maya ini. Suka dan duka, semuanya ada. Itulah dinamakan kehidupan. Manusia diciptakan dengan pelbagai ujian untuk menguji tahap ke'iman'an mereka. Semakin kuat iman seseorang, semakin kuat ujian yang ditimpa keatasnya. Moga-moga, kita semua berjaya mengharungi segala rintangan yang dihadapi.

Sepanjang tempoh penyepian saya ini, saya telah banyak menjelajah di Bumi ini, khususnya Negeri Selangor. Untuk pengisian kali ini, suka saya untuk berkongsi bersama pembaca penat lelah saya bersama teman seperjuangan yang diRahmati. InsyaALLAH.

1. Hari Raya & Deepavali Celebration
Sempena Hari Raya dan Happy Deepavali yang lalu, kelas Englis Level 5 Section 5 (kelas yang diduduki oleh penulis), telah mengadakan satu majlis yang ringkas. Majlis ini dianjurkan untuk mempromosikan majlis Hari Raya dan Deepavali kepada 'foreigner's. Pada masa yang sama, majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar sesama mereka dan juga sesama guru. Suasana pagi yang indah dan tenang hasil ciptaan Agung ALLAH, telah memeriahkan majlis ini sekali gus meninggalkan kesan yang kuat dalam jiwa para pelajar dan guru.







2. Air Terjun Chamang
17October yang lalu, saya dan beberapa orang kawan telah mengadakan sesi 'mandi-manda' di salah satu Air Terjun di Bentong, yakni Air Terjun Chamang (maaf kalau tersalah ejaan). Di sini, kami menenangkan fikiran dan jasmani kami sebelum tibanya minggu 'examination'. Pada masa yang sama, di kampung halaman Suffian (kawan penulis) ada mengadakan majlis Hari Raya. Dikesempatan itulah yang menjadi tujuan kami datang ke sini berserta dengan tujuan untuk meluaskan pandangan dan merapatkan hubungan antara kami semua. Alhamdulillah, semuanya berjalan baik dengan Kasih dan Rahmat Allah.






3. Tutor
Setelah beberapa bulan berlalu, ALLAH telah memberi saya sekali lagi peluang untuk mencurahkan ilmu di dada ini dengan memberi tawaran untuk menjadi tutor AddMath. Pada 17Oktober yang lalu, saya memulakan sesi temuduga untuk mendapatkan tawaran kerja ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, dengan izin-Nya. 'Tutor' ini akan mengajar saya akan tatacara dan kehidupan seorang cikgu. Melalui pengalaman yang lepas, saya sedikit sebanyak dapat memahami kesusahan dan penat-lelah seorang guru untuk memberi kefahaman yang terbaik kepada pelajarnya. Melalui program 'tutor' ini, insyaALLAH saya akan memberitahu masyarakat bertapa inginnya seorang cikgu melihat anak didiknya berjaya.



4. Listening Speaking's Test
Dikesempatan ini juga, suka juga saya ingin memasukkan sama akan satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan, yakni latihan 'Listening Speaking's Test'. Test ini dilaksanakan di dalam kelas kami. Suasana test ini amat menggemparkan. Kedengaran gelak-tawa yang mengindahkan hawa dingin kelas kami. Test ini berlangsung dengan penuh kelancaran di bawah Rahmat-Nya yang Agung. Alhamdulillah.






5. Program S.P.I.E.S
SPIES adalah singkatan bagi Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social. Program motivasi ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dan Universiti. Program ini adalah satu daripada rancangan Kerajaan Selangor dalam membentuk sahsiah para remaja yang akan memimpin negara suatu hari nanti. Pelbagai slot yang menarik telah disediakan. Program ini telah meninggalkan kesan yang mendalam bagi kebanyakan para peserta. Terima kasih kami ucapkan kepada Pemimpin Kerajaan Selangor kerana sudi untuk memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Dan kepada ALLAHlah tempat sebaik-baik kembali segala yang terjadi.

(Gambar akan disiarkan kemudian. InsyaALLAH)


Setakat ini dahulu akan laporan penulis untuk kali ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lupa juga untuk saya memohon kasih daripada para pembaca agar mendoakan saya akan kejayaan dalam Peperiksaan yang akan datang. Bermula esok (29/10) hingga 4/11. Doakan saya dan kawan-kawan seperjuangan saya berjaya di Dunia dan Akhirat. Moga-moga ALLAH memberikan Hidayah-Nya kepada kita semua. Ameen. Sehingga kita berjumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Assalamualaikum...

"Always remember ALLAH"