Assalamualaikum...
Salam sejahtera kepada para pembaca yang Budiman.
Bersua lagi di entri yang baru.
Semoga kita semua dijaga dan dilindungi oleh Allah selalu.
InsyaALLAH.
Belakangan ini, saya berasa agar kurang selesa. Terdapat sesuatu kekurangan dalam hidup saya. Walaupun hati terasa damai, tetapi, terasa satu kekosongan yang terpacak dalam hati yang paling dalam. Sehingga sukar untuk saya khusyuk dalam solat. Dan sekaligus menyebabkan kehidupan saya menjadi abnormal. Banyak yang tidak kena.
Hubungan saya dengan kawan-kawan terasa semakin renggang. Entahlah samada ini perasaan semata-mata atau igauan bayangan sahaja. Tetapi yang pasti, keseronokan bersama mereka sudah menjadi semakin kabur. Hari demi hari. Perasaan kasih dan cinta pada mereka semakin pudar? Saya cuba menyakinkan diri bahawa ini adalah permainan minda dan hati sahaja, tetapi, perasaan ini sangat kuat dan sukar untuk dikalahkan. Saat demi saat, mereka seolah-olah semakin jauh dari pandangan mataku.
Tidak cukup dengan itu, perasaan benciku semakin membuak-buak. Di kala saya cuba untuk mengnyahkannya dari diri ini, semakin besar perasaan ini. Entah kenapa, saya menjadi seorang pembenci. Sedangkan merekalah yang sering memperingatkan saya tentang kehidupan manusia yang lalai ini dan Akhirat yang Abadi. Saya menjadi kelam dan buntu mencari jalan penyelesaian. Saya cuba mendapatkan nasihat dari beberapa orang kawan. Tetapi, semua itu seolah-olah satu kerja yang sia-sia.
Tambahan lagi, perasaan seronok untuk melakukan maksiat juga bertambah. Tidak seperti dulu, saya sering berusaha untuk melawan hawa nafsu. Kini, saya seolah-olah jatuh tersungkur padanya. Ya ALLAH, maafkan daku! Kegelapan terus mekar. Hati terus sunyi. Maksiat terus maju menghampiriku. Ya ALLAH, berikanlahku kekuatan!
Inilah dia hati yang 'mati'. Na'uzubillahi min zaalik. Kata hati nurani saya. Sejak peristiwa itu berlaku, saya merasakan sesuatu yang keras dalam badan saya. "Hati?" Hati saya tidak lagi selembut dulu. Sukar saya untuk menghadirkan perasaan khusyuk dalam hati. Sukar saya untuk menghayati alunan bacaan Ayat Al-Quran. Sukar saya untuk menitiskan air mata kerana-Nya. Sukar saya untuk melenturkan tubuh menghadap-Nya.
"ALLAH, adakah aku telah berdusta pada-Mu? ALLAH, adakah ini satu dosa? ALLAH, aku menderita! Aku hilang hala tuju! Aku, aku, aku tidak tahu apa lagi yang harus aku buat. Demi nama-Mu yang Maha Suci lagi Indah, aku memohon akan kasih sayang-Mu dan belas ihsan-Mu, agar hatiku menjadi lembut, agar aku dapat lagi merasai nikmat bersama-Mu, agar aku dapat menghayati lagi Kalam-Mu. Aku rindu saat itu. Aku rindu perasaan itu. Aku rindu pada-Mu Ya ALLAH!"
Segalanya akan terus berlalu. Hidup mesti diteruskan. Saya tidak akan mengalah. Syaitan tidak akan memenangi diriku. Saya Hamidi, yang tidak pernah mengenal erti kekalahan! I have to SURVIVE!...
Sempena ini juga, saya memohon para pembaca agar mendo'akan akan keselamatan Akidahku, Agamaku, Kekuatanku. Disamping itu juga, diharapkan agar pembaca sudi untuk meluangkan masa untuk sama-sama berdo'a pada kami semua (pelajar CELPAD) agar lulus dalam peperiksaan ini dan terus melangkah ke Kuliah pada semesta akan datang. InsyaALLAH. Kepada ALLAH lah tempat kita kembali.
Assalamualaikum...
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment