Pages

Friday, December 11, 2009

Indahnya SuBuH !

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita dalam laman sesawan ini dalam mencari keredaan ALLAH.
Semoga kita tergolong dalam hamba-hambaNya yang mendapat Rahmat.



Buku "Misteri Shalat Subuh" karya seorang Ulama' Arab memulakan nukilannya dengan menyatakan : "Sesungguhnya solat Subuh itu ujian yang akan membezakan orang Mukmin dengan Munafik". La haula wa la Quwwata illa billah. Sungguh besar sekali ujian yang telah disediakan pada solat Subuh ini.

Dikatakan bahawa Waktu Subuh ialah 'masa perubahan'. Sesiapa yang inginkan perubahan, maka bangunlah pada awal pagi (Subuh) kerana pada waktu ini terdapat banyak kelebihan (barakah). Antara peristiwa yang berlaku pada waktu Subuh ialah, Para Sahabat akan menetapkan keputusan perbincangan pada waktu ini, pertemuan Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. dan pelbagai lagi.

Di negara Barat, mereka sanggup untuk bangun pada awal pagi kerana mereka mengetahui terdapat banyak faedahnya. Antaranya ialah udara yang nyaman dan bersih, sesuai untuk badan dan otak. Mereka (orang Barat) kekadang keluar rumah pada waktu fajar semata-mata hanya membawa anjing mereka bersiar-siar. Ini kerana udara sekitar pada waktu ini baik untuk diri mereka dan anjing mereka. Tapi kita?

Diceritakan dalam hadis, sesungguhnya solat sunat Subuh 2 rakaat itu bersamaan dengan Bumi dan seisinya. Itu baru sunat Subuh, macammana pula dengan solat Fardu Subuh? Jikalau kita merenung lebih mendalam, apa lagi yang kita mahukan sedangkan kita sudahpun mendapat Bumi dan seisinya hanya dengan solat Sunat Subuh 2 rakaat. MasyaALLAH!




Umat Islam diarah oleh ALLAH untuk bangun pagi untuk mendirikan Solat Subuh. Penetapan Solat Subuh ini banyak memberi manfaat pada Muslimin dan Muslimat. Pada ketika ini, suasana yang tenang dan sepi boleh mendatangkan kekhusyukan dalam solat. Sesiapa yang berminat utk melatih diri agar khusyuk dalam solat, bolehlah mulakan dengan solat Subuh di awal waktu.


Pernah satu kali, Rasulullah S.A.W. ditanya oleh Sahabat akan amalan yang terbaik. Apa jawapan Baginda S.A.W? "Solat atas (pada) waktunya." Ini menunjukkan bahawa mengerjakan Solat Wajib 5 waktu pada (awal) waktu itu lebih baik dari Qiamullail dan beribadah pada malam Lailatul Qadar. Tetapi, bukanlah mahu menafikan kelebihan dan fadhilat besar pada dua waktu berkenaan.(rujukan: Misteri Shalat Suboh).

Sesiapa yang merasakan dirinya tidak mampu untuk berQiamullail, cubalah untuk solat Subuh pada awal waktunya, yakni solat jemaah bersama dengan imam di masjid. Kerana itu adalah yang terbaik. Orang yang berQiamullail tidak semesti mampu utk solat Subuh pada awal waktu, tetapi orang yang menjaga waktu solat 5 waktu, insyaALLAH, akan mampu menjaga (beristiqamah) dalam Qiamullail.


Ada sesetengah pihak mendakwa, mereka sukar untuk bangun pada awal Subuh, untuk mengerjakan solat Subuh berjemaah di masjid bersama imam. Dalam masalah ini, saya sarankan beberapa perkara agar kita dapat bangun awal pagi, insyaALLAH :

1.   Tidur mengikut Sunnah Rasulullah. Tidur di awal waktu. Jika tiada keperluan, segeralah tidur selepas Isya'. Tidur di atas rusuk kanan. Membaca Surah 3 Qul. Membaca Zikir Aisyah, 33Tasbih, 33Tahmid, 33Takbir. Baca do'a tidur. (ada beberapa lagi bacaan yang boleh diamalkan, sila rujuk pada hadis-hadis sohih). Dan bersangka baik terhadap ALLAH bahawa ALLAHlah yang memberi kehidupan sesudah kematian sementara (tidur).

2.   Setkan 3 loceng (jika tidak mampu, 1 sudah mencukupi). Loceng pertama dari jam anda, yakni 'alarm clock'. Blh juga diguna pakai henset anda. Loceng kedua deringan telefon anda. Mintalah bantuan dari saudara anda untuk menelefon anda pada masa sekian sekian. Berbual sebentar untuk hilangkan rasa mengantuk. Loceng ketiga loceng pintu. Pesan kepada jiran tetangga yang sudah biasa ke masjid agar singgah sebentar di rumah anda untuk menekan punat loceng.

3.   Tidur bersama kawan. Ini memudahkan anda untuk bangun. Pesan kepada kawan anda untuk kejutkan anda. Anda juga mungkin tersedar disebabkan gaya tidur kawan anda, dengkur, dan seumpamanya.

4.   Ikhlaskan hati kerana ALLAH. Ramai orang yang berjaya bangun awal, tetapi kembali semula kepada tidurnya. Ini kerana mereka tidak mempunyai keinginan untuk bangun awal dan untuk solat subuh berjemaah. Ingat! Tidurlah kerana ALLAH, dan Bangunlah kerana ALLAH!

5.   Berdo'a. "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu amat memerlukan kepada (pertolongan) ALLAH. Dan ALLAH itu Maha Kaya (dari segala pertolongan) lagi Maha Terpuji" [Surah Faatir : 15]. Mohonlah pada ALLAH agar kita dipermudahkan dalam urusan untuk bangun pagi.

Dan banyak lagi. Boleh dilihat dalam buku-buku yang menganjurkan cara untuk bangun awal. Contohnya, "Misteri Shalat Suboh", "21 Tips untuk bangun Solat Subuh" dan sebagainya.



INGAT! Sesiapa yang mahu berubah, berubahlah dengan waktu Subuh ini. kerana padanya terdapat perlbagai kebaikan. Dan sesungguhnya Hijrah (Perubahan) itu adalah satu kemestian bagi setiap Muslim. Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang hijrahnya kerana ALLAH dan Rasul-Nya, Maka hijrahnya kerana ALLAH dan Rasul-Nya". Renung2kanlah.









Assalamualaikum
"Always remember ALLAH"