Pages

Thursday, June 24, 2010

Anak Muda... Bangunlah, Selesaikan Tugasmu.

Assalamu'alaikum.

Buat mereka yang bergelar Muslim, Mukmin.
Moga mendapat Rahmat yang berkekalan dari-Nya.


Satu pesanan dari pemilik blog ABATASA,
harap dapat menghayati.
"Anak Muda... Bangunlah, Selesaikan Tugasmu."

------------------

Kekadang terasa rindu,
pada alam maya,
kerna tidak dapat bersamanya,
di mahligai tersayang.

Tapi,
rindu pada-Nya lebih besar,
kerna aku tau,
Dia senantiasa bersamaku.

Salam perjuangan.
Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"

Tuesday, June 22, 2010

Tazkirah Pagi!

 Assalamualaikum.

Salam Selamat dan Sejahtera buat para pejuang Islam,
semoga sekalian dalam penjagaan Allah, Tuhan semesta alam.


Pagi.
Selamat aku menunaikan solat Fajr,
bersama para jemaah yang setia dengan-Nya,
aku menoleh ke Timur,
tempat terbitnya Fajar,
"Wah, Indah sekali!"
Hatiku kagum.

Tiba-tiba aku terkesima,
melihat awan hitam melindungi sinar mentari,
umpama titik-titik hitam menyelimuti hati suci,
aku termenung,
"Allah tidak menciptakan sesuatu melainkan padanya ada hikmah."
Aku akur.

Sesudah itu,
aku mengalih pandangan ke Barat pula,
GELAP,
sangat malap,
tidak bercahaya.

Aku mendengus,
memikir dan merenung,
hikmah di sebalik keindahan ciptaan Ilahi,
hinggalah...


"Ya Allah, Maha Suci Engkau, yang baik itu dari Engkau, yang lemah itu dari kejahilanku. Aku tidak mampu mengerti kebijaksanaan-Mu, Yang Maha Luas, tapi jika ia baik untukku, sebagai pengajaran dan peringatan untukku, maka lembutkanlah hatiku untuk menerimanya. Sinar mentari itu umpama cahaya Hidayah dari-Mu, untuk para-para pejuang yang menegakkan kembali kegemilangan Islam. Awan hitam itu umpama dosa-dosa kecil, yang dilakukan oleh para du'at (pendakwah). Dan langit hitam di Barat itu umpama kegelapan hati-hati para manusia yang cintakan duniawi. Awan yang hitam telap menutup sinar-Mu tersebar hingga ke ufuk Barat, semuanya disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh kami, manusia, para du'at. Ampunkan kami ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang menghalang maqbulnya do'a-do'a kami, moga-moga kami tidak tergolong orang yang rugi, moga-moga kami dapat menyinari kepekatan hitam di Barat sana. Allahu Ghoyatuna. Allahumma"

----------------------------------

Tulisan ringkas dari penulis,
sebagai peringatan untuk diri, para du'at dan para Muslim/Muslimah/Mukmin/Mukminah.

Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"

Wednesday, June 16, 2010

Takdir? Atau Penjagaan-Nya?

Assalamu'alaikum...

Buat para pembaca yang budiman,
semoga dirahmati oleh Allah setiap masa.


Sebelum saya meneruskan penulisan entri kali ini, ingin saya menjelaskan sedikit info mengenai entri lepas. Pasti ada yang tertanya apakah kaitan tajuk entri lepas 'Pembinaan Hati' dengan cerita yang diketengahkan oleh penulis. Sebenarnya entri tersebut ada sambungannya. Tetapi, saya tidak mampu untuk teruskan oleh sebab beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Sekarang entri ke-2 'Pembinaan Hati' tersimpan di dalam Draft. InsyaAllah akan cuba dipublishkan secepat mungkin. Maaf atas kelewatan dan kelemahan penulis.

---------------------------

Takdir,
atau penjagaan-Nya?
Itu perbincangan kali ini.

Tapi,
ia bukan satu perbincangan,
tapi,
lebih kepada satu perkongsian.

Perkongsian,
satu cerita mengenai seorang lelaki,
entah benar entah tidak,
tetapi bolehlah diambil iktibar,
bagi mereka yang celik hatinya,
kerana setiap kejadian,
pasti ada hikmahnya.
insyaAllah.

---------------------------

Lelaki ini seorang yang istimewa,
Tetapi, dia bukannya satu-satunya di dunia.
Masih ada segelintir manusia,
yang turut sama diuji oleh-Nya.

Melihat samada dia kuat atau lemah,
menerima ujian yang berat ini,
hanya insan terpilih sahaja,
yang layak memegang amanah ujian ini.

Ujian itu dikenali dengan nama,
HOMOSEKSUAL.

---------------------------


Ramai yang akan ketawa,
menghina golongan sedemikian.
Tapi, tahukah kita?
Betapa ramai yang menangis,
mengenang nasib yang menimpa diri.

Bagi yang sengaja mencari 'nahas',
usah diceritakan tentang mereka,
tahulah mereka menjawab di sana,
di hadapan Sang Pencipta.

Tapi bagaimana golongan yang diuji?
Diuji mempunyai perasaan cinta yang unik,
cinta kepada kaum sejenis.
Lelaki sesama lelaki,
begitulah perempuannya.

Adakah mereka dilaknat oleh Sang Pencipta?

------------------------------

Sedang aku menulis entri ini,
teringat satu kata-kata dari ustazku.
Katanya kita diuji dengan wanita,
mereka diuji dengan lelaki (bagi gay).
Besar GANJARAN yang akan diperoleh,
jika kita dapat menahan maksiat terhadap wanita,
dan alangkah BERUNTUNGnya bagi mereka,
jika mereka dapat menahan diri dari mengingati kekasih lelakinya.

-------------------------------

Kembali kepada kisah seorang lelaki tadi,
dia juga seorang akh,
mengikuti perkembangan tarbiyah.
Tetapi,
masih lagi muda,
tidak sampai dua tahun.
Tetapi,
semangatnya ingin berubah amat kuat,
sehingga kisah silamnya dapat dilupakan bila bersama para ikhwah yang lain.

Malang seribu malang,
apabila waktu cuti tiba,
ketagih homoseksualnya kembali.
Bila mana dia bertemu dengan seorang lelaki,
juga teman sepermainan dahulu,
sama-sama ketagih cinta satu sama lain,
dia pasrah akan kelemahan jiwanya.

Tapi dia tidak membiarkan nafsu menguasai dirinya,
pesanan murobbinya diimbas kembali,
mencari kekuatan iman di sebalik kegelisahan,
mencari cinta Ilahi di sebalik bisikan syaitan penggoda.

Malang sungguh malang,
wajah 'kekasih'nya masih kuat,
terus lekang di minda dan hatinya,
menjadikan nasihat para ikhwah bagai ditiup angin,
tanpa meninggalkan kesan dalam jiwa.

Jiwanya meronta,
memohon untuk dirinya berdo'a,
memohon ampun akan kelemahan diri,
memohon untuk diberikan kekuatan melawan nafsu.

Ikhlas tidak ada,
do'anya seumpama tidak dimakbul,
dia putus asa dengan permintaannya,
teringat olehnya,
bahawa Allah itu berdasarkan sangkaan hamba-Nya.

Dia cuba bersangka baik terhadap Tuhannya,
pasti Allah akan bantu,
tapi pekikan syaitan terlalu kuat,
sangkaannya terpadam tanpa kedengaran.

------------------------------


Syaitan membisikkannya,
cara untuk memuaskan hawa nafsu,
yang sering bergelora,
meminta dipenuhi,
sekian lama terseksa,
dalam sistem tarbiyyah.

Dia menarik 'kekasih'nya ke satu tempat,
yang jauh dari pandangan manusia,
tapi sudah tentu,
Allah itu Maha Mengetahui.

'Kekasih'nya seumpama boneka,
yang hanya menurut si dia,
ke mana sahaja ia dibawa,
kerana cinta yang terpendam.

Tiba di suatu tempat,
sama-sama tercengang,
memikir di mana harus dimulai,
sama-sama malu,
sama-sama segan,
sama-sama tahu ia satu dosa.

Dia menunggu 'kekasih'nya memulakan kata-kata,
begitu juga si kekasih,
sama-sama diam,
bersikap egoistik.

Selang beberapa minit,
si kekasih mengeluh kebosanan,
mungkin cuba menarik si dia untuk bertindak.

Syaitan resah,
kerana takut rancangannya gagal,
gagal menyatu dua insan yang suci,
yang cuba diselamatkan takdir? atau Ilahi?

Syaitan membisikkan sesuatu kepada si dia,
agar bertindak sebelum terlambat,
agar tidak menyesal kemudian hari,
agar nafsu dipenuhi.

-------------------------------


Tanpa membuang masa,
dengan hati terpaksa,
demi bisikan syaitan,
demi hawa nafsu tercinta,
dia bertindak melawan fitrah.

Dia bergerak menuju ke sebuah kerusi,
merebahkan badan di atasnya,
menunggu si kekasih lewat di situ.

Sekian seketika,
bila masa dan waktu yang sesuai,
bila si kekasih sudah berada di posisi strategik,
dia bangun dan memegang leher si 'mangsa',
berpura-pura dengan gaya bermesra.

Sedar atau tidak,
si kekasih mengizinkan perbuatan itu,
entah niat sebagai sahabat sepermainan,
atau sebagai bukti cintanya kepada si dia.

"Tak nak tidur di sini ke?"
Dia memecahkan suasana.
Menarik si kekasih untuk duduk di ribanya,
BAHAGIA,
itulah nikmat dunia sementara,
yang dirasai olehnya.

"Tak pasti lagi bapa bagi ke tidak tidur sini"
Si kekasih menjawab jujur,
mungkin kerana gugup,
atau... entahlah...

Hati si dia sedikit berdebar,
memikir aksi seterusnya,
cuba untuk memujuk si kekasih untuk bermalam dengannya.
Tapi,
dia tidak boleh menunjuk aksi yang menjelekkan,
adab mesti dijaga,
agar dihormati oleh si kekasih,
memandangkan dia lebih tua daripada si kekasih.

"Baiklah."
Jawab si dia sedikit sesal,
tidak mampu mencari ayat yang sesuai,
untuk memikat hati kekasih.

----------------------------------------


Akhirnya dia akur,
dan melepaskan si kekasih pergi,
menuju ke pangkuan keluarga.

Sayu melihat si kekasih,
menyesal di hati,
kerana tidak pandai bermain kata.

Kadang-kadang terpikir juga,
adakah ini takdir?
Atau penjagaan dari-Nya?
Setelah sekian dalam tarbiyyah?
Atau kebetulan sahaja?

Sungguh,
hatinya mengeluh kerana penyesalan.
Sungguh,
hatinya bersyukur kerana tidak bermaksiat.
Sungguh,
hatinya lebih kepada penyesalan.

Adakah imannya lemah?
Adakah kerana kurangnya keikhlasan dalam amalan?
Adakah kerana tiada khusuk dalam solat?
Adakah dosa membatasi pemaqbulan do'a oleh-Nya?
Hanya Allah yang tahu!

------------------------------


Ada kalanya,
kita inginkan sesuatu,
seperti lelaki tadi.
Tetapi gagal pada akhirnya.

Di matanya baik sekali,
penuh dengan kenikmatan jika impian tercapai.
Tapi,
di sisi manusia?
Di sisi Allah?
Di sisi para malaikat?
-na'uzubillahi min zaalik.


Firman Allah :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216)


Kekadang,
tidak semestinya yang kita pandang itu baik,
betul-betul baik.


Kekadang,
tidak semestinya yang kita benci itu buruk,
betul-betul buruk.


Hanya Allah yang Tahu.


Bila satu-satu impian yang dikejar,
terbabas atau tidak tercapai,
usahlah risau,
kerana di situ pasti ada hikmah.


Ingat,
Allah tidak sekali-kali menzalimi hamba-Nya,
yang menzalimi hamba-Nya siapa?
Hamba-Nya sendiri.


Takdir atau Penjagaan-Nya?
Hanya Allah yang Tahu jawapan sebenar.
Bagiku,
jawapannya ialah kedua-dua.
Ini adalah satu takdir dari Allah,
kerana takdir itu indah.
Juga satu penjagaan Tuhan,
ke atas hamba-Nya yang berdo'a pada-Nya,
kerana Allah tidak pernah lupa pada hamba-Nya yang memohon.


"Ya Allah, jikalau aku berada dalam kegundahan memilih yang hak dan batil, maka aku serahkan diriku, jiwaku, nafsuku, dan segala milikku kepada-Mu agar Engkau menjaganya, kerna aku tahu, jika aku terus memegangnya, aku akan mempersia-siakan pemberian-Mu ini. Andai kata aku sudah terlanjur dalam maksiat, samada kecil atau besar, aku sedari atau tak, aku mohon Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku tersebut, ampunkanlah dosa-dosa dan perkara-perkara yang menjadi penghalang kepada makbulnya permintaan dan do'a ku Ya Allah. Rabbana zholamna anfusana, wa illam ta'fir lana wa tarhamna, lanakuunanna minal khoosirin (Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami serta tidak merahmati kami, nescaya kami akan menjadi salah seorang dari mereka yang rugi). Ya Allah, jika aku layak memohon satu hajat pada-Mu, aku mohon agar lelaki yang diuji oleh-Mu itu mendapat kekuatan untuk melawan hawa nafsunya. Semoga dia senantiasa mengingati-Mu dan senantiasa bermujahadah melawan hawa nafsunya. Ya Allah, bantulah ia... Ameen..."


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, June 4, 2010

Pembinaan Jiwa

Assalamualaikum

buat teman seperjuangan...
dan hamba-hamba Allah yang sentiasa mencari Reda-Nya...


Mataku melirik pada jam di laptop,
5:42 PM.

Inilah pertama kali aku menulis blog selepas Asar.
Biasanya,
Subuh atau Isya' didahulukan,
sebelum tanganku mula berblogging.

Kerna biasanya,
aku memilih ketenangan dan keamanan,
sebagai teman berbicara.

Tapi,
kali ini berlainan,
hatiku sedikit tenang,
dari resah yang membebaniku,
sebelum sebelum ini.

Allah itu Maha Mengetahui...

---------------------------------------

Selepas Subuh,
serta tazkirah mengenai Palestine,
atau lebih tepat,
Life Line 4 Gaza,
aku menjawab satu pertanyaan seorang teman,
"Hamidi, enta pergi tak demo?"

Entah kenapa,
hatiku begitu tenang sekali,
tenang tanpa perasaan,
perasaan untuk turut bersama mereka,
berjuang di medan Palestine.

"Mungkin tidak..."
Jawabku serba pendek,
dengan beralasan assignment menungguku,
tapi itu semua,
alasan yang rapuh.

----------------------------------

Sebenarnya,
assignment bukanlah penyebab kenapa aku lari dari mereka,
tapi ada sesuatu yang lebih menarik untuk aku lakukan,
itu dinamakan,
BERUZLAH...

----------------------------------

Belakangan ini,
aku terasa sesuatu kekurangan pada jiwa,
dalam hati yang paling dalam.

Kembalinya aku dari masjid UIA,
aku melemparkan tubuhku atas empukan tilam,
walau aku tahu,
itu bukan yang terbaik.

Mindaku merawang-rawang,
mencari sesuatu,
sesuatu yang dapat mententeramkan jiwa.

Pada masa itu,
fikiranku kembali ke masa lampau,
mungkin dalam tempoh 2 minggu,
selepas entri sebelum ini dipostkan.

--------------------------

"Akh, ana rasa ada sesuatu tak kena pada ana"
Aku memulakan bicara.

"Ada apa?" Dia menanya.

"Tapi ana bagitau enta saja"

Dia diam.
Memberi laluan untukku menarik nafas.

"Ana rasa semakin jauh dari ikhwah-ikhwah yang lain."
Aku menyambung.

"Enta rasa mereka menjauh dari enta,
atau enta yang menjauh?"
Dia cuba mendapatkan kepastian.

"Ana yang menjauh." Balasku.

"Entah kenapa, sejak kebelakangan ini,
ana rasa macam tak serasi lagi dengan mereka,
kalau dahulu, ana tak sabar2 nak berjumpa mereka.
Tapi kini, lain.
Kalau boleh, ana hendak je berkurung dalam bilik."
Aku meneruskan aduanku padanya.

Dia membisu.
Memikirkan sesuatu,
tetapi aku tidak dapat menjangka apa yang dia fikirkan.

Aku biarkan dia dalam lamunannya,
sekurang-kurangnya,
aku dah dapat melepaskan masalahku ini.

Aku kembali ke bilikku...


----------------------------------------

Beberapa hari,
selepas kejadian itu..

"Midi, tengah sedih sekarang."
Aku menerima satu kiriman SMS dari kakakku.

Hatiku hairan,
menerima mesej sedemikian.

"Kenapa? Ada masalah?"
Aku cuba mengorek rahsianya.

"Cik langgar -panggilan untuk mak saudaraku- masuk ICU"
Dia membalas selepas seketika.

"Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun (bacaan apabila ditimpa musibah).
Kenapa pula, cik kena gapo?"
Aku terkejut,
tidak tersangka-sangka,
akan menerima mesej sedemikian.

"Cik tak boleh bernafas semalam"
Balas kakakku.

Hatiku sebak,
memikirkan nasibnya.
Cik langgar,
atau nama sebenarnya,
WAN MARIAM BT WAN ISHAK.

"Ya Allah, kiranya mak sedaraku, cik langgar akan kembali bertemu-Mu dalam masa terdekat, aku pohon pada-Mu, tempatkanlah dia dalam kalangan mereka-mereka yang mendapat Rahmat-Mu. Tapi jika belum sampai waktu itu baginya, aku pohon pada-Mu, jagalah dia, dan berikanlah dia kekuatan untuk terus berjuang di dunia ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang terbaik untuknya."


2 hari kemudian,
aku terima SMS lagi dari kakak,
"Salam...midi, cik dah kembali kpd Yg Maha Pencipta..
al-fatihah.."

Aku menundukkan kepalaku,
Cik Langgar,
antara emak saudaraku yang paling aku sayangi,
yang sering kami bergelak ketawa,
yang suka berkongsi masa silamnya.
Sungguh,
dia begitu penyayang,
seorang kakak kepada ibuku,
aku mendengar banyak kisahnya,
dari ibuku sendiri,

Cik Langgar,
moga cik tenang di sana,
kita akan berjumpa lagi,
insyaAllah.

Aku bangun,
lantas mengerjakan solat ghaib untuknya,
moga Allah mencucuri Rahmat ke atasnya,
moga Ummi,
tabah dan sabar atas pemergiannya.

"Ya Allah, aku tahu, umi begitu sayang padanya. Aku pohon ya Allah, berikanlah umi kekuatan untuk hadapi cubaan ini. Allah, ampunkanlah dosa-dosa umi, moga-moga umi sentiasa bersama-Mu, setiap masa, setiap tempat. Allah, kasihilah umiku, kasihilah ayah."




---------------------------------------


"Salam. Nak dinner pukul berapa?"
Aku menerima satu SMS,
dari kawanku.

Sekali lagi aku melirik ke arah jam di laptop,
6:13 PM.

Cepat betul masa berlalu,
"Wassalam. enta? 6.30?"
Balasku ringkas.

---------------------------------------


Banyak lagi yang ingin dikongsi,
meluahkan perasaan hati pada pembaca,
untuk renungi bersama,
agak mensyukuri nikmat-Nya.

Sebentar tadi,
aku membeli satu buku terbaru,
produk mastika,
berjudul
INSAF! Perjalanan kami mencari Tuhan.

Gementar hatiku,
bila membaca luahan beberapa pencerita,
juga kagum dengan mereka,
kerana setia dengan Hidayah Allah.
Moga Allah merahmati mereka.

---------------------------------------


Coretan hati penulis.
Moga bermanfaat.
Jagalah ukhuwwah.
Jagalah iman.
Jagalah HDA (Hubungan dengan Allah).
Jagalah Hidayah-Nya.
sebelum kamu kembali kepada-Nya.


Sila tadabbur 
Juz ke-2
Surah Al-Baqarah,2
Ayat 152 - 157.
Moga bermanfaat.


"Ya Allah, jagalah hatiku dari kekosongan jiwa"

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"