Pages

Friday, June 4, 2010

Pembinaan Jiwa

Assalamualaikum

buat teman seperjuangan...
dan hamba-hamba Allah yang sentiasa mencari Reda-Nya...


Mataku melirik pada jam di laptop,
5:42 PM.

Inilah pertama kali aku menulis blog selepas Asar.
Biasanya,
Subuh atau Isya' didahulukan,
sebelum tanganku mula berblogging.

Kerna biasanya,
aku memilih ketenangan dan keamanan,
sebagai teman berbicara.

Tapi,
kali ini berlainan,
hatiku sedikit tenang,
dari resah yang membebaniku,
sebelum sebelum ini.

Allah itu Maha Mengetahui...

---------------------------------------

Selepas Subuh,
serta tazkirah mengenai Palestine,
atau lebih tepat,
Life Line 4 Gaza,
aku menjawab satu pertanyaan seorang teman,
"Hamidi, enta pergi tak demo?"

Entah kenapa,
hatiku begitu tenang sekali,
tenang tanpa perasaan,
perasaan untuk turut bersama mereka,
berjuang di medan Palestine.

"Mungkin tidak..."
Jawabku serba pendek,
dengan beralasan assignment menungguku,
tapi itu semua,
alasan yang rapuh.

----------------------------------

Sebenarnya,
assignment bukanlah penyebab kenapa aku lari dari mereka,
tapi ada sesuatu yang lebih menarik untuk aku lakukan,
itu dinamakan,
BERUZLAH...

----------------------------------

Belakangan ini,
aku terasa sesuatu kekurangan pada jiwa,
dalam hati yang paling dalam.

Kembalinya aku dari masjid UIA,
aku melemparkan tubuhku atas empukan tilam,
walau aku tahu,
itu bukan yang terbaik.

Mindaku merawang-rawang,
mencari sesuatu,
sesuatu yang dapat mententeramkan jiwa.

Pada masa itu,
fikiranku kembali ke masa lampau,
mungkin dalam tempoh 2 minggu,
selepas entri sebelum ini dipostkan.

--------------------------

"Akh, ana rasa ada sesuatu tak kena pada ana"
Aku memulakan bicara.

"Ada apa?" Dia menanya.

"Tapi ana bagitau enta saja"

Dia diam.
Memberi laluan untukku menarik nafas.

"Ana rasa semakin jauh dari ikhwah-ikhwah yang lain."
Aku menyambung.

"Enta rasa mereka menjauh dari enta,
atau enta yang menjauh?"
Dia cuba mendapatkan kepastian.

"Ana yang menjauh." Balasku.

"Entah kenapa, sejak kebelakangan ini,
ana rasa macam tak serasi lagi dengan mereka,
kalau dahulu, ana tak sabar2 nak berjumpa mereka.
Tapi kini, lain.
Kalau boleh, ana hendak je berkurung dalam bilik."
Aku meneruskan aduanku padanya.

Dia membisu.
Memikirkan sesuatu,
tetapi aku tidak dapat menjangka apa yang dia fikirkan.

Aku biarkan dia dalam lamunannya,
sekurang-kurangnya,
aku dah dapat melepaskan masalahku ini.

Aku kembali ke bilikku...


----------------------------------------

Beberapa hari,
selepas kejadian itu..

"Midi, tengah sedih sekarang."
Aku menerima satu kiriman SMS dari kakakku.

Hatiku hairan,
menerima mesej sedemikian.

"Kenapa? Ada masalah?"
Aku cuba mengorek rahsianya.

"Cik langgar -panggilan untuk mak saudaraku- masuk ICU"
Dia membalas selepas seketika.

"Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun (bacaan apabila ditimpa musibah).
Kenapa pula, cik kena gapo?"
Aku terkejut,
tidak tersangka-sangka,
akan menerima mesej sedemikian.

"Cik tak boleh bernafas semalam"
Balas kakakku.

Hatiku sebak,
memikirkan nasibnya.
Cik langgar,
atau nama sebenarnya,
WAN MARIAM BT WAN ISHAK.

"Ya Allah, kiranya mak sedaraku, cik langgar akan kembali bertemu-Mu dalam masa terdekat, aku pohon pada-Mu, tempatkanlah dia dalam kalangan mereka-mereka yang mendapat Rahmat-Mu. Tapi jika belum sampai waktu itu baginya, aku pohon pada-Mu, jagalah dia, dan berikanlah dia kekuatan untuk terus berjuang di dunia ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang terbaik untuknya."


2 hari kemudian,
aku terima SMS lagi dari kakak,
"Salam...midi, cik dah kembali kpd Yg Maha Pencipta..
al-fatihah.."

Aku menundukkan kepalaku,
Cik Langgar,
antara emak saudaraku yang paling aku sayangi,
yang sering kami bergelak ketawa,
yang suka berkongsi masa silamnya.
Sungguh,
dia begitu penyayang,
seorang kakak kepada ibuku,
aku mendengar banyak kisahnya,
dari ibuku sendiri,

Cik Langgar,
moga cik tenang di sana,
kita akan berjumpa lagi,
insyaAllah.

Aku bangun,
lantas mengerjakan solat ghaib untuknya,
moga Allah mencucuri Rahmat ke atasnya,
moga Ummi,
tabah dan sabar atas pemergiannya.

"Ya Allah, aku tahu, umi begitu sayang padanya. Aku pohon ya Allah, berikanlah umi kekuatan untuk hadapi cubaan ini. Allah, ampunkanlah dosa-dosa umi, moga-moga umi sentiasa bersama-Mu, setiap masa, setiap tempat. Allah, kasihilah umiku, kasihilah ayah."




---------------------------------------


"Salam. Nak dinner pukul berapa?"
Aku menerima satu SMS,
dari kawanku.

Sekali lagi aku melirik ke arah jam di laptop,
6:13 PM.

Cepat betul masa berlalu,
"Wassalam. enta? 6.30?"
Balasku ringkas.

---------------------------------------


Banyak lagi yang ingin dikongsi,
meluahkan perasaan hati pada pembaca,
untuk renungi bersama,
agak mensyukuri nikmat-Nya.

Sebentar tadi,
aku membeli satu buku terbaru,
produk mastika,
berjudul
INSAF! Perjalanan kami mencari Tuhan.

Gementar hatiku,
bila membaca luahan beberapa pencerita,
juga kagum dengan mereka,
kerana setia dengan Hidayah Allah.
Moga Allah merahmati mereka.

---------------------------------------


Coretan hati penulis.
Moga bermanfaat.
Jagalah ukhuwwah.
Jagalah iman.
Jagalah HDA (Hubungan dengan Allah).
Jagalah Hidayah-Nya.
sebelum kamu kembali kepada-Nya.


Sila tadabbur 
Juz ke-2
Surah Al-Baqarah,2
Ayat 152 - 157.
Moga bermanfaat.


"Ya Allah, jagalah hatiku dari kekosongan jiwa"

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: