Pages

Friday, December 31, 2010

Makluman: Perubahan Special Examination

Assalamu'alaikum.


Makluman,
perubahan tarikh peperiksaan,
bagi subjek: Islamic Ethics (Arabic)
asal hari Jumaat,
kepad hari Isnin.

Sebab: PM isytihar cuti hari Jumaat.
Sebab: Malaysia menang Piala Suzuki.

Bilalah agaknya PM nak isytihar cuti,
sebab: meratapi serangan Gaza.
sebab: pengIslaman warga Barat.
sebab-sebab lain lagi yang relate dengan Islam.

Harapku: Doamu. mungkin?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, December 29, 2010

Makluman: Special Examination

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera,
buat si pembaca blog ini.

(sumber: devianart)

Special Examination
sudah mendatang.
Tiada siapa yang dapat menolaknya

Kematian,
sudah mendatang.
Tiada siapa yang mampu menolaknya.

Kau bersedia atau tidak,
itu engkau punya hal.
ALLAH bagi engkau masa,
sama macam individu lain.

Engkau masih mengeluh?
Nak meminta dikembalikan ke dunia?
Mimpilah!

----------------------

Khamis: Arabic for Islamic Studies
Jumaat: Islamic Ethics (Arabic)
Isnin: Introduction to Political Science
Selasa: Arabic for Academic Purpose (AAP)
Rabu: Advanced Tilawah 1

Masa: semua peperiksaan berlangsung antara 2pm hingga 5pm.
Tempat: dewan khas.

Harapanku: Ingatkan daku bernama Hamidi dalam doamu.
Ujian ALLAH: Tiada mood untuk exam. Masakan tidak, sekarang bukan musim exam. :)

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, December 28, 2010

Gambar: Pedang Pertama yang dihunuskan

Assalamu'alaikum.

~ gambar hiasan (sumber:deviantart) ~

Ahli sejarah menyebutkan,
pedang pertama yang dihunuskan,
untuk ISLAM ialah,
pedang milik Zubair bin Al-Awwam.

Selepas berakhirnya hidup Zubair,
pedangnya dibawa kepada Saidini Ali K.W.

Ketika pedang itu sampai kepada beliau,
beliau menciumnya.
Lalu ia menangis dan berkata:
"Demi Allah, sekian lama pedang ini melindungi Rasulullah dari marabahaya!"

Aku merenung,
apa yang aku gunakan,
untuk melindungi ISLAM dari marabahaya?



Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, December 27, 2010

Lecture: Islamic movement is ethical movement

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat semua Muslim dam Muslimat,
juga para pendokong gerakan-gerakan Islam.


Hari ini,
27 Disember 2010,
saya belajar sesuatu yang baru,
dalam kelas kuliah saya,
kuliah Contemporary Islamic Movement.

Sunday, December 26, 2010

Next: Nanti kalau jatuh, bangun sendiri yer!

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera.


Ketika berpisah,
kadang-kadang,
kawan berjenaka:
"Nanti, kalau jatuh, bangun sendiri yer!"

----------------------------------------

Penerangan dan penjelasan,
akan menyusul kemudian.
InsyaAllah.

Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"

Friday, December 24, 2010

Halaqah

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca,
juga para pejuang agama Islam!


Halaqah.
Dalam Bahasa Melayu disebut,
Bulatan.

Ada apa dengan Halaqah?

Tuesday, December 21, 2010

Hasil Bedahan Iklan: Astro Malaysia

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca blog,
yang moga-moga diRahmati Allah selalu hendaknya.


Entri kali ini akan membincangkan mengenai hasil bedahan iklan dalam entri yang lepas. rujuk sini.

Saturday, December 18, 2010

Bedah Iklan: Astro Malaysia

Assalamu'alaikum.



Hari ini,
saya terfikir benda baharu,
Bedah Iklan.

Apa pandangan anda pasal iklan di atas?
Apa pengajaran yang dapat diambil?

Abdullah Hashem ada berkata:
"Kamu hanya menonton menonton sahajakah? (yakni tanpa mengambil iktibar)"


Nanti saya bedahkan untuk anda.
InsyaAllah.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, December 17, 2010

Gambar: Time Keeper

Assalamu'alaikum.


Orang BIJAK, BIJAK jaga masa.
Orang BODOH, BODOH jaga masa.
Masakan mereka BIJAK, jika BODOH jaga masa.

Anda?
Jadilah Time Keeper Terhebat!
Untuk jadi TerBAIK!
.RR.

"Always remember ALLAH"

Thursday, December 16, 2010

~ 2 ~ Malam Yang Menyakitkan

Assalamu'alaikum.

Salam Selamat buat pembaca,
yang sudi meneruskan bacaan di blog ini.

~ Tiada siapa yang mengetahui, apa yang bakal anda hadapi malam ini? ~

p/s:
Episode 2 sepatutnya bertopikkan " ~ 2 ~ Melangkah Dunia Aneh " sepertimana yang disiarkan sebelum ini (klik), ditukar kepada topik baru, untuk penceritaan yang lebih detail. InsyaAllah " Melangkah Dunia Aneh " akan menyusul kemudian.

Harap maaf.

----------------

Dunia itu hitam.
Sehinggalah satu saat,
aku dikembalikan ke dunia asal,
dunia yang fana.

Wednesday, December 15, 2010

ITWOF 3: Masjid di Ohio Terima E-Mail Ancaman

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat semua Muslimin wa Muslimat.


ITWOF 3,
Islam is The Way Of Life.

Tuesday, December 14, 2010

RR: ISLAM for all

Assalamu'alaikum.


Bekerjalah untuk ISLAM.
Bukan untuk Jemaah.

Hentikan permusuhan,
kerana itu bukan solusi.

Lihatlah dengan mata hati,
bukan dengan nafsu.

Jagalah hatimu,
kerana situlah jatuhnya pandangan Ilahi.

ISLAM for all,
not for you!

Jadilah sebarkanlah Islam,
walaupun satu perkataan.

Kerana orang baik,
menyebar kebaikan.

Mana mungkin,
orang baik menyembunyi kebaikan.
.RR.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, December 13, 2010

Gambar : Sibuk?

Assalamu'alaikum.


Ini adalah musim tersibuk di UIAM Gombak.

Siapa pun dia,
dari setinggi-tinggi jawatan,
hingga tukang sapu sekalipun.

Tapi,
Sibuk mana kamu sekalipun,
jangan lupa yang Allah tak pernah sibuk! (melayanmu)

Berharaplah (baca: bertawakkal) kepada Allah,
bukan kepada manusia,
lebih-lebih lagi kepada nasib.

"Always remember ALLAH"

Sunday, December 12, 2010

~ 1 ~ Ke Dunia Hitam

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat semua.
Moga kesihatan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

~ Tiada dia diuji, melainkan yang dia mampu ~

Menjenguk ke ruang inbox,
mencari satu kenangan,
yang ditinggalkan oleh seorang sahabat,
yang tak puas-puas memberi semangat.

Ah!
itu dia,
mesej bernombor 428,
dalam inbox handset hitamku,
sungguh,
hari ini aku ingin berkongsi,
bersama anda sekalian.

"Daripada Abdullah ibnu Mas'ud R.A. katanya: "Saya masuk ke tempat Rasulullah S.A.W. ketika baginda sedang menderita sakit. Saya rasakan baginda dengan tangan saya, lalu saya berkata: Ya Rasulullah! Penyakit anda amat berat. Rasulullah S.A.W. menjawab: Benar! Penyakitku sama dengan penyakit 2 orang antara kamu. Saya berkata: Demikian anda mendapat pahala 2 kali ganda. Rasulullah S.A.W menjawab: Benar! Setelah itu, baginda berkata: Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon kayu menggugurkan daunnya" (Sahih Bukhari).
From: Mohd Syukri bin Salleh

Friday, December 10, 2010

Perjalanan

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca,
juga tetamu kehormat sekalian.

Moga Reda Allah jua yang kita peroleh,
dalam setiap gerak geri jari-jemari kita,
insyaAllah.

~ di sana ada cahaya ~

Aku berfikir untuk kembali,
melakukan jahiliyah itu,
sungguh seronok zaman itu,
amat menyelerakan nafsuku.

Tapi,
hatiku memberontak entah kenapa,
meminta aku menjauhi perkara itu,
mengulangi perkara yang sama,
berputar pada satu bulatan,
tanpa bergerak melangkah kehadapan.

Aku akui,
ia bukan satu benda baik,
tapi ia amat nikmat di mataku,
sungguh!
Sukar untuk aku melupakannya.

Sebagai seorang gamers,
tiada benda yang lebih indah,
dan menghiburkan hati ini,
melainkan mengisi masa dengan permainan,
ciptaan musuh Islam.

Sungguh,
aku mengerti hal itu...

Sunday, December 5, 2010

Video : Taubat Maksiat (TOMAT) - Wali Band

Assalamu'alaikum.

Hari ini,
aku cuba bertaubat.
Walaupun aku tidak pasti,
aku ikhlas atau tidak,
aku istiqamah atau kecundang.

Yang aku tahu,
aku cuba buat yang terbaik.
Moga Allah terima taubatku,
walau secebis zarah sekalipun.

InsyaAllah.

---------------------------------------

Entri kali ini,
saya sajikan anda semua,
dengan satu lagu,
yang agak tidak popular,
tetapi sedikit renungan bersama,
khususnya untuk saya.

Taubat Maksiat (TOMAT)
oleh Wali Band.


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"