Salam Selamat buat pembaca,
yang sudi meneruskan bacaan di blog ini.
~ Tiada siapa yang mengetahui, apa yang bakal anda hadapi malam ini? ~
p/s:
Episode 2 sepatutnya bertopikkan " ~ 2 ~ Melangkah Dunia Aneh " sepertimana yang disiarkan sebelum ini (klik), ditukar kepada topik baru, untuk penceritaan yang lebih detail. InsyaAllah " Melangkah Dunia Aneh " akan menyusul kemudian.
Harap maaf.
----------------
Dunia itu hitam.
Sehinggalah satu saat,
aku dikembalikan ke dunia asal,
dunia yang fana.
Beban dan sakit,
masih lagi terasa.
Angin-angin dalam dada,
masih lagi menari-nari.
Ah.
Hanya Allah yang mengerti,
akan kesesakan ini.
Berbekalkan kudrat yang ada,
aku bangun dan terus ke bilik air,
untuk berwuduk,
seterusnya Solat Wajib Asar.
Seusai itu,
aku merebahkan badanku,
ke atas sebuah kerusi plastik,
yang berada di hadapan,
meja belajar dalam bilikku.
Sempat aku mencuri masa,
untuk bersama-sama dengan laptopku.
Bukan untuk bersuka-ria,
tetapi untuk tugasan yang seterusnya.
Sambil mengurut dada,
yang kadang-kadang dirasakan seperti ditekan,
ditambah lagi dengan aliran angin,
tangan ku menari-nari di atas papan kekunci laptop.
Bersama-samaku 2 buah buku rujukan,
dan kedua-duanya berkenaan dengan Tafsir Surah Al-Fatihah.
Malam ini ada perjumpaan,
dan aku harus membentangkannya.
Ya, ini tanggungjawabku,
tafsir dan tadabbur ayat 1 hingga 4,
surah Al-Fatihah.
---------------------
~ Moga tangan ini diharamkan dari Api Neraka ~
Azan Maghrib berkumandang,
di luar tingkap bilik,
gemanya menyentuh gegendang,
sayup-sayup kedengaran.
Aku sepintas lalu scroll up tetikus,
bercadang untuk menyemak sepantas kilat,
sebelum dipersembahkan,
kepada bakal pemegang Islam.
Dengan Taufik-Nya,
aku bergerak ke Surau berhampiran,
Surau Mahallah Zubair,
dengan laptop case di tangan.
Situlah tempat persembahan akan bermula.
Seusai Solat Wajib Maghrib,
diikuti Solat Wajib Isya' selepasnya,
berserta dengan solat-solat Nawafil,
aku mengambil satu posisi di satu sudut terpencil,
bersandar kepada dinding putih,
menanti 9 orang pahlawan Islam.
Masa yang ditetapkan telah tiba,
tiada satu kelibat pun yang muncul,
aku memetik punat-punat di handsetku,
membuat beberapa pesanan ringkas.
Hampir 15 minit atau lebih aku kira,
8 orang pahlawan sudah siap siaga,
menunggu arahan lanjut.
Hanya seorang yang terpaksa meminta keizinan,
untuk bersama tugasan lain.
-------------------
Bacaan Ummul Kitab satu kepastian,
untuk pemulaan apa sahaja.
Perbicaraan bermula:
"2 nikmat yang sering manusia lupa:
itulah dia (nikmat) sihat dan lapang."
"Maka oleh itu,
jagalah nikmat-nikmat ini,
jangan bila hilang,
baru mula gelabah."
Sambungku.
Seorang bersuara,
"macam Hamidi,
sedang sakit masih datang berhalaqah."
"Mana ada. Sikit je,
tak lama lagi OK la tuh."
Jawabku ringkas,
kerana itu bukanlah perbualan yang sepatutnya.
1 jam 15 minit,
atau lebih,
itulah kebiasaan kami,
apabila kami duduk bersama-sama.
Selepas semuanya pergi,
menunaikan hak masing-masing,
masih aku di situ,
bertemankan laptop ACERku.
Malam itu ada satu lagi perjumpaan,
yang harus aku hadiri,
berat sungguh rasanya,
beban sungguh rasanya.
Hampir sahaja aku ingin menghantar,
satu pesanan ringkas,
kepada satu dari ahli-ahli pertemuan,
untuk mengizinkan aku,
bersuara menerusi Yahoo! Messenger.
Ah!
Kepalaku pusing,
badanku berat,
entah apa yang ku fikirkan.
Perbincangan menerusi alam maya,
amat tidak sesuai buat masa ini,
ada banyak hal ingin aku luahkan,
untuk dikongsi bersama.
Dengan kuasa yang ada,
jari-jemari digerakkan,
menekan beberapa punat di handset,
menghantar mesej ringkas,
"Salam. Anta kat masjid?
Kita pergi sekali ke tempat pertemuan yer!"
-----------------------------
~ Bersabarlah dengan bermuhasabah ~
Sekembalinya aku ke bilik,
apabila waktu mendekati jam 1 pagi.
Tugasku belum selesai,
kini aku diamanahkan oleh Allah,
untuk membantu rakan sebilikku,
dalam pelajaran kuliahnya.
Badan yang keletihan,
dengan ketidak selesaan di dada,
tidak menghalang aku,
untuk memenuhi kata-kataku.
Kadang-kadang bersila,
kadang berbaring atas katil,
aku diam mendengar soalannya,
ada kalanya aku bersuara menjawab.
Satu jam juga diambil,
banyak perkara yang dibincangkan,
juga banyak yang ditangguhkan,
kerana aku bukanlah pakar dalam bidangnya.
Akhirnya,
dalam keadaan kertas yang bertaburan,
berhampiran dengan katil besiku,
mataku kuyup,
meminta kasih.
Aku pun sudah tidak larat lagi,
ku melentangkan tubuhku,
Ah, Sakit sekali!
ku mengiring ke kanan,
kononnya ikut Sunnah Nabi,
Ah! Sakit sekali!
Alhamdulillah,
Allah masih memberi keizinan kepadaku,
untuk menikmati rasa keenakan tidur,
dengan mengiring ke kiri.
Selepas mengharungi satu malam,
satu malam yang menyakitkan ini,
banyak yang ku pelajari,
dari ujian ini.
Kesabaran,
dalam melakukan kebaikan,
dalam melaksanakan tanggungjawab,
dalam menahan kesakitan.
Dalam dada yang berat,
akhirnya aku terlena dengan izin-Nya.
~ Aku tertanya, apa yang bakal menjelma esok hari? ~
Seterusnya,
~ 3 ~ Melangkah Dunia Aneh
insyaAllah.
-----------------------
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment