Pages

Friday, December 24, 2010

Halaqah

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca,
juga para pejuang agama Islam!


Halaqah.
Dalam Bahasa Melayu disebut,
Bulatan.

Ada apa dengan Halaqah?
---------------------------------

   Saya bukan orang yang tepat untuk berbicara mengenainya, juga bukan yang paling sesuai untuk memberi gambaran yang paling jelas mengenai Halaqah. Tapi, cukuplah entri kali ini ditulis untuk menggambarkan 'apa itu Halaqah' menurut pandangan saya, seorang insan bernama Hamidi.

   Bila terdengar sebutan halaqah, kita akan terbayang akan satu kumpulan manusia yang terdiri dalam lingkungan enam hingga sepuluh orang, duduk bersila membentuk satu bulatan. Kadang-kadang lutut mereka merapat mengenai lutut saudara yang lain.

   Bagi mereka, halaqah adalah satu tempat yang seumpama majlis ilmu. Majlis yang mana para Malaikat menaungi sayap-sayap mereka ke atas golongan manusia tadi. Bulatan ini diketuai oleh seorang Naqib juga dipanggil Murobbi atau Mentor bertindak lagak seorang ustaz, menyampaikan tazkirah berulang-ulan tanpa jemu, tetapi menjemukan si pendengar!

   Bagi mereka, halaqah adalah satu aktiviti khas untuk para remaja yang 'baik-baik'. Memang aneh jika yang duduk bersama-sama dalam bulatan itu individu yang suka bermain bola sepak dengan memakai seluar yang menjolok mata memandang.

   Bagi mereka, halaqah adalah satu tempat untuk menghabiskan waktu lapang yang tersisa. Mengisi masa kosong mereka. Halaqah adalah tempat terakhir yang akan diberi perhatian setelah berpuluh-puluh aktiviti mingguan yang harus dihadiri.

   Konklusinya, untuk mereka halaqah is nothing except a burden.

---------------------------------
   Ada satu pepatah yang biasa kita dengar, "Apa yang berlaku semuanya bermula dari cara kita memandangnya. Kita memandangnya baik, maka kita akan melihat kebaikannya. Kita memandangnya buruk, maka sebaliknya pula yang akan kita dapati." Konsep ini dalam Islam lebih kurang macam husnuz dzhon dan su'uz dzhon.

Saudara yang saya kasihi,
   Apa pula yang akan anda bayangkan jika disebut perkataan halaqah? Sama seperti orang awam yang biasa-biasa? Atau ada pandangan tersendiri?

-----------------------------------

   Halaqah. Bagi saya ia adalah sesuatu yang unik. Yang anda tidak akan didapati ia di mana-mana pun. Dalam kelas atau kuliah atau kampung atau keluarga atau sekolah atau tempat-tempat yang biasa kita singgah atau lalu. Tetapi halaqah, hanya wujud di suatu tempat di mana ada sekumpulan manusia, duduk bersama-sama, bukan kerana duniawi, jauh lagi kerana wang. Saya percaya, anda tahu apa yang ingin saya katakan. YA! Manusia itu berkumpul kerana Allah! bukan kerana makhluk!

   Mula-mula saya menyertai halaqah, saya sudah jatuh cinta kepadanya. Saya mendapati bahawa halaqah adalah satu tempat yang unik. Si Murobbi boleh duduk satu aras yang sama dengan Mutarobbi. Mereka saling bincang antara satu sama lain. Bertukar-tukar idea, sama-sama mencari idea baru, dan mengetepikan idea-idea yang tidak diperlukan.

   Saya melihat bahawa halaqah adalah satu-satunya tempat di mana manusia yang pelbagai latar belakang boleh duduk bersama, tidak mengira bahawa mereka berketurunan bangsawan atau seorang fakir miskin, juga tidak mengira mereka belajar dalam jurusan sains atau aliran agama. Pada satu halaqah yang sama juga, umur tidak dikira. Maksud saya, tiada syarat umur yang diletakkan untuk kamu menyertai halaqah. Kamu seorang budak ke, atau seorang remaja ker, atau dewasa, atau warga emas, kamu layak masuki mana-mana halaqah. Yang tinggal, anda hendak atau tidak!

   Saya pernah mengikuti halaqah yang majoritinya warga emas. Mereka juga mempunyai pekerjaan yang mengkagumkan. Ada doktor, ada jurutera, ada bussinessman, dan macam-macam lagi. Juga ada yang digelar Dato' dan Ustaz dan Sheikh dan lagi dan lagi. Walaupun saya berumur 20 tahun dan seorang pelajar jurusan Sarjana Muda, mereka menganggap saya setaraf dengan mereka. Seolah-olah tiada dinding umur dan pekerjaan antara kami. Semuanya sama! Sehinggakan saya pula yang malu dilayan sedemikian rupa.

   Saya juga pernah melihat mereka yang lebih muda dari saya fasih berpetah dalam halaqah. Mengajukan idea tanpa segan silu, menghidupkan dan menceriakan suasana halaqah itu. Gelak tawa dipenuhi dengan meriah sekali. Melihatnya membuatku malu. Masakan tidak, dia yang lebih muda itu lebih hebat dari saya.

   Sungguh! Tiada tempat seumpama halaqah.!

--------------------------------


   Ramai yang tidak menyuka halaqah. Itu adalah kebiasaan. Halaqah tidak akan dapat dirasai kemanisannya, melainkan mereka yang ikhlas. Dan ikhlas bukannya khayalan, yang boleh anda angan-angankan. Ikhlas mesti diusahakan untuk mengapainya.

   Imam Al-Ghazali pernah berkata: "Ikhlas itu umpama mencari semut hitam, diatas batu hitam, pada malam hari, yang tiada sinaran bulan, dan malam yang pekat." Ditambah oleh orang ramai: "Memakai pula cermin mata hitam oleh si pencari!"

   Apa-apa pun didunia ini, tidak akan dapat dirasakan kemanisan itu. Siapa di antara anda yang berasa begitu lazat sekali bersolat, sedang hatinya tidak ikhlas. Maksud saya, hatinya sentiasa ingin menunjuk-nunjuk, ingin bertakabbur, ingin mendapat perhatian ramai! Saya percaya, dua tiga hari kemudian, mesti dia merasakan berat untuk solat. Anda rasa macam mana?

   Begitu juga dengan halaqah! Mana mungkin anda akan merasai kemanisan berhalaqah jika anda tidak ikhlas untuk menghadirinya. Hadir kerana terpaksa, kerana Murobbi mesej. Sungguh, anda rela atau tidak, Murobbi anda tetap akan mesejkan anda mengenai aktiviti-aktiviti tarbiyyah! Anda ikhlas atau tidak, Murobbi anda tidak kisah!

   Solat akan terasa berat bila kita melakukannya kerana terpaksa. Tetapi solat itu akan menjadi amat menyenangkan jika kita lakukan kerana Allah! Halaqah akan terasa berat bila kita melakukannya kerana terpaksa. Tetapi halaqah itu akan menjadi amat menyenangkan jika kita lakukan kerana Allah!

   Saya percaya, anda tidak akan menyertai halaqah melainkan untuk mendekatkan diri kepada Allah!

--------------------------


   Beritahu saya satu tempat, di mana para laki-laki akan berkumpul bersama-sama kerana Allah! Mereka membuka Al-Qur'an dan men-tilawah-kannya dan sama-sama perbetulkan. Mereka bersama-sama berkongsi idea untuk men-tadabbur-kan Ayat-Ayat Allah ini. Mereka juga bersepakat menggunakan kehebatan masing-masing untuk memahami hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W. Mereka juga menyemak amalan antara sesama mereka. Yang lemah dikuatkan, yang kuat menguatkan. Sama-sama saling lengkap-melengkapi. Beritahu saya, kat mana selain Halaqah?

   Mereka kata, halaqah untuk orang 'baik-baik'. Saya jawab, memang kita nak jadi baik! Anda tak nak jadi baik? Betul! Bagi saya, mereka yang baik dan ingin menjadi baik saya yang akan mendatangi halaqah. Baik bagi saya ialah mereka yang mempunyai kesedaran untuk mengubah diri, dan seterusnya menapakkan agama Islam di muka bumi ini! Anda tak nak berubah? Tak nak sebar Islam?

   Mereka yang baik ialah mereka yang cintakan sahabat kerana Allah. Bukan bersahabat kerana bola. Bukan berkawan kerana kekayaan. Bukan berteman kerana pangkat! Tetapi, semuanya kerana Allah! Anda tak nak bersahabat kerana Allah?

   Mereka yang baik-baik ialah mereka yang mahu menyelamatkan diri dari Api Neraka. Tidak cukup itu! Mereka juga bercita-cita ingin menarik tangan sahabatnya daripada dimamah oleh Api Neraka! Mereka lakukan itu bukan kerana duniawi, tetapi kerana Allah! Anda tidak mahu selamatkan kawan anda?

   Baik. Bukan mustahil untuk jadi baik. Anda yang menentukan. Kalau anda tanya saya, saya jawab SAYA MAHU JADI BAIK! Of course!

   Mereka kata: Nanti kita dicemuh. Susah la jadi baik, nanti geng kita hilang. Kita akan disingkirkan dari kumpulan kita. Nanti kita akan itu dan ini. Tak berkesudahan ...

   Saya jawab dengan dua hal untuk soalan ini. Satu: Kita memang tak akan mampu memenuhi semua keinginan manusia. Dua: Mustahil orang akan benci anda jika anda betul-betul baik. Orang yang baik tidak akan mengabaikan kawan-kawannya. Orang yang baik selalu bermuka ceria terhadap kawannya. Orang yang baik akan menolong kawannya ketika mereka meminta pertolongan. Mustahillah kalau mereka benci anda!

   Pernah saya dengar dari seorang ayahanda (gelaran untuk mereka yang berwarga emas dalam halaqah yang saya sebutkan dari awal. halaqah yang majoritinya warga emas.) Dia berkata, untuk mengetahui kita baik atau tidak, kita lihat seramai mana orang baik suka kepada kita. Kalaulah orang yang baik suka kepada kita itu lebih ramai daripada mereka yang agak 'kurang' baik suka kepada kita, insyaAllah itu satu petanda yang positif! Buat apa anda dipuji oleh orang 'kurang' beriman, tetapi amat-amat dibenci oleh orang beriman!

   Percayalah, orang baik tidak akan dibenci. Jika kena pada caranya!

-------------------------------


   Anda setuju tak jika saya mengatakan, bahawa tiada faedah jika kita membenci sesuatu? Apa yang ingin saya katakan ialah, tiada apa-apa manfaat dan kelebihan jika kita tidak suka kepada halaqah. Malah amat-amat beruntung bagi mereka yang suka kepada halaqah. Atau anda tidak setuju? Ada pandangan lain?

   Jika anda benci kepada halaqah, umpamanya anda membenci kelas kuliah anda. Apa akibatnya? Anda akan berasa tension setiap kali tiba hari kuliah. Terasa nak ponteng sahaja kelas kuliah itu. Lebih-lebih lagi jika guru atau lecturer yang mengajar itu tidak sehaluan dengan jiwa kita! Wal hasil? Anda tidak peroleh apa-apa ilmu. Siapa rugi?

   Macam mana pula jika anda mencintai kuliah? Hari-hari terbayangkan kelas. Teringat kepada rakan-rakan sekuliah. Muka lecturer bermain-main di hadapan. Ahhh!!! Tidak sabar rasanya nak ke kelas! Buku-buku teks sudah habis dibaca semuanya! Semua ini kerana apa? Semuanya bermula kerana cinta atau meminati kelas kuliah itu.

   Maka, kes ini samalah dengan kes halaqah. Jika kamu membencinya, tanpa menjiwai dan memahaminya, anda tidak akan mendapat apa-apa. Anda pergi dalam keterpaksaan, anda pulang dengan membawa lelah. Cuba bayangkan pula jika anda mencintai halaqah?

   Sungguh! Percayalah! Anda tidak akan rugi jika mencintai halaqah!

--------------------------

   Tapi, halaqah mengekang kebebasan saya! Mereka bersuara. Dan hal ini adalah hal normal. Kata orang masalah lapok, yang ingin diperbesar-besarkan.

   Nak saya jawab? Aduih... Anda ni masih tidak mengertikah?

   Saya tanya, solat mengekang jiwa anda? Anda benci solat tak? Solat tidak menghalang gerak kerja anda? Atau anda yang menghalang langkah anda untuk solat? Atau apa?

   Sekali lagi, kes ini adalah kes yang sama! Halaqah 100% tidak mengekang masa anda! Tidak sama sekali! Hanya mereka yang jahil dan tidak mengerti sahaja akan berkata demikian! Masakan tidak, anda boleh ber-facebook dari Isyak sampai 1 pagi! Tidak ditambah lagi dengan Counter Strike dan DOTA atau Pro Evolution Soccer (PES).

   Halaqah tidak menghalang anda berbuat kebaikan! Tetapi, halaqah menghalang anda daripada berbuat maksiat. Halaqah menghalang anda membazir masa dengan benda yang sia-sia! Halaqah tidaklah begitu jahat untuk menzalimi anda! Anda sahaja berpandangan buruk terhadap halaqah. Manusia manusia, sungguh anda tidak sedarkan diri. Menonton movie boleh sahaja, berhalaqah (benda baik) dikatakan membazir masa pula.

-----------------------------------


   Tidak pernah ada seorang Murobbi pun atas muka bumi ini ingin menzalimi kamu! Melainkan mereka yang menyamar sebagai Murobbi! Mereka sebenarnyanya sayangkan anda!

   Sebelum saya menulis artikel ini, saya ada membaca beberapa slide mengenai SABAR. Dan ada satu slide menarik perhatian saya. Ia berbunyi (semestinya tidak berbunyi!):
"Sabar ALLAH terhadap hamba-Nya. Dikala hamba-Nya tidak bersyukur dengan pemberian-Nya, ALLAH tetap memberi nikmat-nikmat yang pelbagai kepada hamba-Nya tanda kasih dan sayang-Nya terhadap kita!
"Sabar RASUL terhadap ummatnya. Dia tetap berdo'a agar ALLAH mengampunkan kesalahan dan kejahilan ummatnya walaupun dia dikutuk dan dihina terang-terangan!
"Sabar MUROBBI terhadap Mutarobbinya. Dia bersabar melayan karenah anak didiknya yang pelbagai. (saya tambah): Ada yang bengis, ada yang nakal, ada yang pendiam, ada yang pasif, ada yang pemalu, ada yang matang, ada berlagak, macam-macam ada! Tapi dia tetap sabar dan berdoa agar anak didiknya mendapat Hidayah ALLAH!
-----------------------------------------

   Percayalah, halaqah bukan untuk menyeksa, tetapi untuk membantu. Halaqah bukan menzalimi anda, tetapi membahagiakan anda. Di mana lagi anda akan dapat duduk bersama-sama dengan sahabat Fillah? Sahabat yang berkasih sayang kerana ALLAH!

   Anda masih menganggap halaqah satu bebanan? Maka saya berikan anda satu saranan ringkas: Letakkan halaqah anda mendahului benda-benda lain dalam kalendar harian anda. Anda pasti akan merasa tidak tertekan. Bukannya anda meletak halaqah sebagai tempat terakhir! Sepertimana anda meletakkan waktu solat 5 kali dalam jadual harian anda. Wajibkan diri anda ke halaqah, sepertimana anda mewajibkan diri ke Solah 5 waktu! Cintailah halaqah, sebagaimana anda mencintai Solat! Dan berSABARlah, kerana setiap perkara yang menjurus kepada kebaikan, pasti akan diuji.



-------------------------------
.luahan seorang Mutarobbi. juga Murobbi.
.semua gambar adalah hiasan semata-mata. sumber Google Search.
.terlalu banyak perkataan halaqah. terasa sedikit membuang masa untuk meng-red-kannya.
.berminat menyertai halaqah? Hubungan saya atau tinggalkan komen. hehe.
Tidaklah aku menulis semua ini, melainkan memperbetulkan pandangan masyarakat Islam terhadap halaqah. Jika anda mempunyai aktiviti yang lebih baik dari halaqah, maka bolehlah bagitau aku. Sungguh, aku merasakan halaqah antara aktiviti yang terbaik pernah aku lalui. Aku jatuh cinta padanya!

Saya kreditkan nukilan ini, buat semua Mutarobbi saya khususnya, dan buat semua umumnya.

Jika berkesempatan, insyaAllah akan disiarkan Halaqah 02.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

iman_ilaAllah said...

Salam 'alaik, cuma bertanya, apa perbezaan d antara halaqah dan Usrah?
adakah perlu ditanya akan amalan kita didepan murabbi? (MUTABAAH HARIAN)???? cuma bertanya,,k
jazakallahu khair

Al-Fakir Hamidi said...

Wa'alaikumussalam.

Halaqah dan Usrah.
Banyak pandangan mengenainya. ada yang berkata ia sama sahaja. Ada yang berkata Usrah adalah peringkat yang lebih tinggi daripada Halaqah. jika halaqah masanya lebih kurang 2 jam, maka usrah masanya lebih kurang 3 jam. Semestinya lebih banyak isi!

Mutaba'ah harian?
juga dipanggil mutaba'ah ibadah. dalam bahasa Melayu: Ceklist Ibadah.
Juga ada pelbagai pandangan. Ada yang mengatakan tidak perlu. Ada yang mengatakan perlu. Jika tanya ana, jawab ana: PERLU!

Penerangan mengenai Mutaba'ah Ibadah akan didetailkan, insyaAllah.

Jazakallahu khair.
Salam.
:)

There was an error in this gadget