Salam Sejahtera buat semua Muslim dam Muslimat,
juga para pendokong gerakan-gerakan Islam.
Hari ini,
27 Disember 2010,
saya belajar sesuatu yang baru,
dalam kelas kuliah saya,
kuliah Contemporary Islamic Movement.
Sudah tentu,
setiap hari saya belajar sesuatu yang baru,
tetapi hari ini,
teingin saya berkongsi dengan anda,
satu istilah yang saya dapat dari kuliah sebentar tadi.
Istilah yang ringkas,
tapi padat dengan isi,
untuk renungan semua pendokong gerakan Islam!
Ia berbunyi:
"Islamic movement is ethical movement"
-----------------------------
Bagi sesetengah individu,
kalimah ini,
atau ayat ini,
adalah ayat yang biasa-biasa.
Itu bagi mereka,
bukan bagi saya.
Bagi saya,
sebagai seorang pendokong gerakan Islam (insyaALLAH),
ayat ini amat mendalam sekali maknanya.
Makna dari segi zahirnya,
lebih-lebih lagi dari segi ma'nawinya.
Islamic movement,
atau gerakan Islam,
adalah istilah sinonim dengan kehidupan kita.
Dalam bahasa Arab disebut,
Harakah Islamiyyah.
Pada hari ini,
ramai yang meng-claim,
bahawa mereka adalah penggerak,
gerakan Islam ini.
Ramai yang mengaku,
mereka adalah seorang dari ribuan,
malahan jutaan pendokong-pendokong gerakan Islam,
di serata dunia.
Mereka menganggap,
dengan mendaftarkan diri mereka,
dalam satu-satu jemaah,
telah menjadikan mereka sebagai seorang,
pendokong gerakan Islam.
Mereka juga merasakan,
dengan kerja-kerja jemaah yang bertimbun,
mereka laksanakan setiap hari,
memungkinkan mereka sebagai satu,
daripada jutaan penggerak gerakan Islam.
Malahan,
dengan me-monteng kelas atau kuliah,
dengan beralasan banyak tugasan dakwah,
yang harus dipenuhi,
menjadi perkara biasa bagi mereka.
Berbagai-bagai lagi,
bentuk perilaku dan karenah,
manusia yang menyangka,
mereka adalah pendokong,
atau pengerak gerakan Islam ini.
-------------------------
Saya tidak menafikan,
kehebatan mereka dalam tugasan-tugasan dakwah,
telah menyebabkan tersebarnya Islam di serata dunia.
Saya tidak menyangkal,
kemampuan mereka berpidato dengan hebat,
mengenai kepentingan dakwah itu sendiri.
Tetapi,
kadang-kadang saya sedih.
Sedih melihat para pendakwah,
yang mengaku mereka sebagai pendokong Islam,
tetapi tidak dapat melihat Islam dalam perbuatannya.
Melihat realiti hari ini,
ramai dari kalangan pendakwah,
mereka-mereka yang menyeru kepada Islam,
mengajak manusia mentauhidkan Allah,
cuba memimpin manusia kepada Siratul Mustaqim,
masih ada yang berkata,
bukan sepertimana perilakunya.
Apa yang ingin saya katakan,
ramai para 'pendokong' gerakan Islam ini,
berbuat banyak kerja-kerja dakwan,
tapi pada masa yang sama,
mereka tertinggal amal-amal yang penting,
dek lelah dengan bebanan dakwah.
Berapa ramai para 'pendokong',
yang belajar mengenai Penyebaran Salam,
tetapi mereka tidak mengamalkan,
apa yang patut mereka amalkan.
Berapa ramai para 'pengerak',
mereka menyeru kepada Solat berjemaah,
tetapi mereka sendiri tersungkur,
pada pagi hari yang hening.
Berapa ramai para 'pendakwah',
mereka menyuruh orang ramai berbicara elok,
tetapi di belakang orang awam,
mulut mereka tak habis-habis mengutuk.
Aduhai!
Celakalah bagi mereka,
yang menyuruh,
tetapi tidak beramal!
---------------------------
Maka,
di sinilah mainnya,
peranan istilah tadi,
Islamic movement is ethical movement.
Maksudnya dalam Bahasa Melayu,
Gerakan Islam ialah Gerakan Akhlak.
Yakni,
kamu menggerakkan Islam,
dengan menunjukkan taudalan.
Dalam istilah dakwah,
berdakwah dengan tauladan,
kita namakannya dengan,
Dakwah bil hal!.
Imam As-Syahid Hassan Al-Banna,
ada menyatakan dalam salah satu prinsip dakwah,
ialah: Al-Qudwah qobla Al-Dakwah,
yakni: Tauladan sebelum penyeruan.
-------------------------------
Orang yang tidak menjaga akhlak,
pada hakikatnya adalah pemusnah bumi.
Tidak cukup itu!
Mereka mencemarkan nama Islam!
Mereka yang berkata perkataan buruk,
secara tidak langsung,
telah mencalarkan keindahan-keindahan,
ajaran Islam itu sendiri.
Mereka yang melakukan sesuatu dengan gelojoh (tanpa adab),
memungkinkan nama gerakan Islam yang didudukinya,
tercemar di mata masyarakat!
Mereka yang berpakaian tanpa mengikut syariat Islam,
sudah tentulah,
mereka tidak layak bergelar pendokong Islam!
Tidak kira,
anda menyertai gerakan Islam,
atau anda hanya memerhatikan dari luar,
atau anda langsung tidak kisah dengn gerakan Islam,
bagi saya,
jika anda menjaga tutur kata dan adab-adab Islam,
di hadapan atau di belakang manusia,
andalah pengerak sebenarnya!
Teringat satu kata-kata,
yang bermain-main dalam kepala saya,
"Kita menyeru Islam, bukan kepada jemaah!"
Tidak kira anda jemaah mana,
tidak kira anda di gerakan Islam mana,
yang penting sekarang,
jagalah adab anda sebagai seorang Islam!
Anda seorang pengerak,
atau seorang pendokong,
ataupun tidak,
Jagalah Islam dengan akhlak anda!
Di mana-mana pun anda berada,
di kampun,
di bandar,
dalam negara,
oversea sekalipun,
Akhlak Islam anda akan menjadi,
dakwah kepada orang ramai!
Ingat!
Islamic movement is ethical movement!
-----------------------
Dan sebelum saya mengakhiri nukilan ini,
perlu diingatkan,
tidak saya menafikan kebaikan,
jika anda berada dalam gerakan Islam.
Tidak juga saya menyuruh anda,
agar keluar dari jemaah anda,
juga tidak bermaksud untuk,
menghalang anda memasuki jemaah anda!
Perlu diingatkan!
Yang paling dekat dengan Allah,
ialah mereka yang paling bertaqwa!
Bukan yang paling tinggi,
jawatannya dalam gerakan Islam!
Sungguh!
kata-kata ini,
amat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa saya,
Islamic movement is ethical movement.
Haha.
banyak pula saya ulang-ulangkan,
ayat yang sama.
Jika seseorang cintakan sesuatu,
maka dia pasti akan mengulang-ngulangkannya.
Sungguh!
saya mencintai anda semua,
semua yang bergerak aktif dalam gerakan Islam,
menyebarkan fikrah-fikrah Islamiyyah,
untuk orang yang tidak mengerti!
Sungguh!
saya mencintai anda semua,
semua yang berusaha mencari yang terbaik,
untuk diri anda sekalian,
dan untuk ummah sekalian!
Akhir kata dari saya,
orang yang menyeru kepada kebangkitan Islam,
hidupnya tidak sama orang yang melihat kebangkitan Islam.
Saya suka satu kata-kata,
yang saya petik dari satu blog saudara saya,
Akh Asif,
"Usah menanti zaman kelima, bangkitkan zaman kelima."
(lihat sini)
Jadilah penggerak Islam,
yang sebenarnya penggerak,
bukan hanya sekadar sahaja penggerak,
tapi anda sendiri yang statik.
-----------------------------------------------------
.terlalu banyak yang ingin dicakapkan.
.tetapi masa tidak pula begitu banyak.
.beban dakwah tidak usah dipertikaikan.
.memang tidak menang tangan dibuatnya.
.minggu depan special exam. doakan untuk saya.
*p/s: Malam ini: AGM Ma'ruf Club! (27/12/2010)
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
"Amat besar kebencian di sisi Allah, bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan!"
(Al-Shaff: 3)
0 yang kongsi idea:
Post a Comment