Pages

Showing posts with label Jemaah. Show all posts
Showing posts with label Jemaah. Show all posts

Monday, June 20, 2011

'Ayah' Berumur Setahun

Assalamu'alaikum.

Salam semangat jihad buat para penerus urusan Dakwah,
yang berat lagi memenatkan ini,
serta para penjaga kesucian Tarbiyah,
dari cemaran dunia dan hawa nafsu.


'... Doakan kejayaan semua dunia Akhirat.
Teruskan usaha dan jangan pernah jemu dan
muak serta menyampah untuk mentarbiyah
mutarabbi enta macam ana (^_^)'

Saya tersenyum membacanya. Mata yang mengantuk pada awalnya terus membesar. Satu semangat entah dari mana mula menusuk ke dalam jiwa. Sungguh, saya amat terharu membaca tulisan ini.

Sunday, May 8, 2011

Keluarga ber-TARBIYAH

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera,
buat semua pencinta Tarbiyah,
juga buat yang susah payah menjaga kesucian Tarbiyah,
dan lebih-lebih kepada mereka yang berpeluh menyebarkan Tarbiyah!


Alhamdulillah,
segala kepujian,
adalah hak milik mutlak Allah,
Tuhan sekalian alam semesta.

Semalam,
sempat saya berborak-borak dengan ibu saya,
bukan sembang kosong,
tapi berbual-bual yang berisikan ketulan emas,
satu perbualan yang akan mengugat kestabilan rumah tangga kami.
Sungguh,
saya begitu gembira sekali semalam.

Semalam,
saya memperkenalkan kepada ibu saya,
istilah yang biasa kami gunakan dalam dunia Tarbiyah,
Ikhwah dan Akhawat.

Owh!?

Semalam,
sebelum istilah ini dijelaskan kepada ibu saya,
kami ada berbual-bual sedikit,
mengenai perancangan perkahwinan saya. Ops...

Semalam,
sebelum sembang mengenai Baitul Muslim saya ini,
saya ada meluahkan sedikit masalah yang saya hadapi kepada ibu saya.

Dan jawab ibu saya selang beberapa minit,
"Betullah apa yang umi dengar,
orang muda yang berumur dalam lingkungan umur 20 hingga 25 tahun,
mereka memerlukan seseorang untuk melemparkan rasa kasih dan sayang."
Ops... untuk sekalian kalinya.

Apa masalah yang saya hadapi?
Biar ALLAH yang Maha Mengetahui sahaja tahu.

----------------

Semalam,
selepas ibu saya sebut istilah Ikhwah dan Akhawat dengan penuh kekok.
saya mengambil laptop saya dan menuliskan besar-besar istilah itu,
agar mudah ibu saya menghafalnya.
Dan akhirnya,
ibu saya dapat menyebutnya dengan pronounciation yang mantap!

Kemudian saya ada menceritakan kepada ibu saya,
bagaimana proses perjalanan awal perkahwinan antara Ikhwah dan Akhawat,
yang mana awal perkenalan antara dua orang insan ini adalah melalui perantaraan ustaz.

Ibu saya begitu berminat sekali,
dan dia juga berkongsi beberapa cerita mengenai perkahwinan beberapa saudara saya.
Gembira mendengarnya.


----------------------

Kemudian,
saya memberitahu kepada ibu tercinta,
bahawa bila mana seseorang itu menyertai Tarbiyah,
kita tak perlu lagi memikirkan hal pasangan kita,
kerana pada waktu itu,
kami diajar dan ditarbiyah untuk mempercayai,
dengan sepenuh hati bahawa jodoh itu ALLAH yang tentukan.

Maka kami tidak perlu risau akannya,
dan kami tidak perlu sibuk mencari dan ber-couple,
kerana jika kami mahu berkahwin,
kami hanya memberitahu ustaz kami,
dan menyatakan ciri-ciri pasangan yang kami hendaki,
maka si ustaz dan ustazah akan mencari pasangan yang paling sesuai untuk kami,
insyaALLAH.

Begitu mudah kan?
Ibu saya teruja sekali mendengarnya.

-------------------

"Adik (merujuk kepada saya), kalu ada apa-apa yang tak kena dengan keluarga,
Adik kena tegur la. Sebab keluarga kita tak tahu apa-apa pasal ini,
kadang-kadang yang kita buat tak kena pada Islam."
Ibu mengadu pada saya,
agar lebih sensitif kepada keluarga.

Saya senyum mendengarnya.
Dan perlahan-lahan saya berkata kepada bonda kesayanganku,
"Sebenarnya Adik pun tengah usahakan juga,
cuma sedikit-sedikit.
Sebab kalu kita mengubah seseorang secara mengejut,
ia akan memburukkan keadaan pula.
Ada satu buku yang mengajar kita bagaimana nak menarik hati manusia,
yaitu 'Bagaimana Menyentuh Hati' oleh Abbas Asisi."


Saya kemudiannya menunjuki ibu e-Booknya,
dan kemudian saya memberikan beberapa contoh hendak menyentuh hati manusia.
Dan ibu saya kelihatan gembira dengannya,
dan juga memberi respon yang menggalakkan.

--------------------------

"Rupanya bagus juga Usrah ini yer!
Rugi sapa-sapa yang tak join Usrah."
Ibu saya memberi komentar selepas kami berbincang panjang mengenainya.
Saya hanya mampu mengukir kegembiraan dalam hati ini.

"Patutlah Abe suruh Ahmad join Usrah time sekolah dulu."
Oh!?

Sepertinya saya tidak mengetahui akan itu,
saya ingat Ahmad (abang setahun lebih tua dari saya) memang masuk Tarbiyah,
atas minat sendiri,
atau ajakan teman.

Tapi tak sangka pula,
semuanya bermula dengan ajakan dari Abe (abang sulung saya).
Haha.
Saya gelak sorang-sorang dalam hati.

------------------

Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya,
begitu juga dengan diri saya.

Pada awalnya,
saya tidak mengetahui bahawa keluarga saya begitu unik sekali,
tak akan dapat digambarkan oleh kata-kata,
atau khayalan yang biasa-biasa,
tapi itulah realitinya.

Setelah lama saya berada dalam dunia Tarbiyah,
dan juga belajar mengenai sedikit sebanyak mengenai Jama'ah,
yang berada di semenanjung Malaysia ini,
saya dapat tahu banyak perkara akan keluarga saya.

Rupa-rupanya,
Ayah saya mengikut Tarbiyah HALUAN,
Abang Sulung saya (Abe) pula pengasas Tarbiyah PAS di UNITEN 11 tahun lalu,
Ahmad (Abang ke-7 saya) pula menyertai Tarbiyah JIM sejak di bangku Menengah lagi,
dan saya pula bersama-sama dalam dunia Tarbiyah 2 tahun yang lalu,
dalam satu jama'ah yang tak perlu saya nyatakan di sini.
hehe.

Kami berada dalam Jema'ah yang berlainan,
tapi masih dapat hidup dengan harmoni,
tiada cela-mencela antara kami sekeluarga,
tidak pernah kedengaran,
"Hamidi, nape tak ikut HALUAN?
Bahaya tau jema'ah ini dan itu!"


atau
"Ayah, ikutlah PAS,
boleh sama-sama kita membentuh keluarga sakinah"


atau
"Abe, bila pula Abe nak mengasas Tarbiyah JIM kat UNITEN,
janganlah ikut Tarbiyah selain Jema'ah JIM!"


Tak!
Itu tak berlaku di dalam keluarga saya!
Tak!

Kenapa?
Kerana kami betul-betul memahami,
bahawa yang menyatukan kami adalah TARBIYAH itu,
bukannya JEMA'AH!

Kami sedar (atau mungkin tak),
bahawa Tarbiyah mengajar kami untuk membawa Islam,
bukan membawa nama Jema'ah.

------------------------

Kini,
Abe membawa Tarbiyah PAS di tempat kerjanya.
Ayah pula sekarang berjinak-jinak untuk menjadi Naqib HALUAN di kampung saya,
dan Ahmad pula sedang berusaha mengembangkan sayap Tarbiyah JIM di universitinya,
dan saya ada cita-cita tersendiri!

Ayah  saya banyak meminta padangan dari saya,
bagaimana hendak memulakan sesebuah Usrah?

Jika saya mahu,
boleh sahaja saya menutup mulut,
dengan niat tidak mahu membesarkan Jema'ah HALUAN,
di kampung saya.

Tapi tidak!
Tarbiyah mengajar saya untuk bersikap adil,
untuk mengajar manusia cara untuk mengajar manusia lain,
agar mereka memahami Islam itu Syumul.

Oleh itu,
saya dan ayah berkongsi ilmu dalam bab-bab ke-Usrah-an.

Ada juga saya bertanya pada Abe,
bagaimana dia membuat modul Tarbiyah ketika di UNITEN dulu,
dan Abe mencerita apa asas-asas yang perlu ada dalam sesebuah Modul Tarbiyah,
tanpa ada selindung.

Dan sudah tentu,
saya dan Ahmad juga sering berbual-bual mengenai Tarbiyah,
bagaimana kami dapat membawa Tarbiyah ke dalam keluarga kami.

Kami tak pernah bermusuhan antara satu sama lain,
apatah lagi kafir mengkafir antara jema'ah lain,
sepertimana yang berlaku pada mereka yang mentah,
yang anggap diri mereka itu suci dalam Jema'ahnya,
hingga sanggup mengkafirkan Jema'ah lainnya!

--------------------

Berbalik kepada cerita semalam,
cerita perbualan antara saya dan umi.

Hingga 1 jam lamanya pebincangan kami,
dan akhirnya saya menyatakan cita-cita saya kepada umi,
"Satu hari nanti,
jika berkesempatan,
Adik bawa Umi, Ayu (adik saya) dan Nurin (kakak saya),
untuk join Usrah ini."


Ternyata ibu saya sungguh gembira,
dengan idea dan impian saya itu,
dan tidak sabar untuk menunggu saat itu.!

"Dan suatu hari nanti,
harap-harap semua keluarga kita akan masuk Tarbiyah."
Saya menambah.

-------------------------------


Ketika mana orang ramai,
tergila-gilakan mempertahankan Jema'ahnya,
kami pula dapat hidup harmoni dan bahagia dengan satu persamaan,
yaitu TARBIYAH!

Walaupun bukan semua ahli keluarga saya masih belum bersama Tarbiyah,
tapi ayah, Abe, Ahmad dan saya,
serta dengan sokongan dari Umi (yang masih belum bersama dalam Tarbiyah),
kami akan berusaha untuk menjadikan keluarga kami,
keluarga ber-TARBIYAH,
bukan keluarga ber-JEMA'AH!

"Mimpi Hari Ini, adalah kenyataan Hari Esok!" -As-Syahid Hassan Al-Banna


Seterunsya,
saya bercita-cita,
agar kampung saya menjadi kampung yang ber-TARBIYAH,
dan diteruskan dengan daerah yang ber-TARBIYAH,
dan diluaskan sehingga ke negeri ber-TARBIYAH,
dan membesar lagi ke negara ber-TARBIYAH,
berakhir dengan Khilafah Islamiyyah!

Saya yakin dengan itu!

Anda?


*sekejap lagi saya akan kembali ke UIA, Bumi Tarbiyah yang indah di Malaysia! insyaALLAH.

- anda yang bertarbiyah atau tidak atau akan bertarbiyah, diajak untuk sama-sama mengundi di birai kanan blog saya ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda! -

"Always remember ALLAH"

Thursday, April 28, 2011

Masjid HALUAN

Assalamu'alaikum.

Salam Segar-Bugar buat anda sekalian!


Pada malam pertama saya berada di kampung,
ayah saya mengajak saya untuk solat di satu masjid.

Teruja saya dengan jemputan ayah saya itu,
terasa juga nak keluar dari kampung,
melihat kampung-kampung lain,
luaskan pengalaman.

Setibanya saya dan ayah di masjid yang dimaksudkan itu,
saya terpegun melihatnya,
"Oh, masjid baru?"
tanyaku pada ayah.

"Ye, masjid baru.
Orang kaya sekitar yang bagi duit,
sama-sama bina masjid."
jawabnya dengan nada bersahaja.

Mendengar istilah 'orang kaya',
saya meneka,
mereka adalah orang-orang Tarbiyah,
yang satu jema'ah dengan ayahku.

Tekaanku semakin kukuh,
apabila saya bertemu dengan seorang ahli usrah ayahku.

-----

Cepat-cepat saya ke kawasan kolah,
untuk berwuduk,
memandangkan azan Isya' baru habis berkumandang.

seusai mensucikan diri dengan air basahan pendekat kepada Ilahi,
saya melangkah masuk ke ruang solat,
mataku berkeliaran ke sana sini,
saya mengukir senyuman.

Seorang demi seorang,
mulai memenuh dewan sembahyang,
tapi,
yang indahnya,
ramai kanak-kanak dan remaja yang hadir.

Wah!
anda tak akan jumpa permandangan ini di masjid lain!

Bilangan muda-muda semakin ramai,
terlintas di hatiku,
"Inilah hasil tarbiyah HALUAN.
Mantap sekali.
Moga-moga aku dapat mengtarbiyah orang kampungku,
sepertimana usaha yang telah dilakukan di sini."

Mataku asyik memerhatikan gelagat mereka,
sungguh suci dan bersih wajah-wajah mereka.

-----

Iqamah didendangkan,
saya bangun dan berdiri dalam saf.

Selepas iqamat selesai,
si bilal yang dah berumur,
datang berdiri disebelah kiriku,
dan senyum kepadaku,
dan tanpa ku sangka,
dia menghulurkan tangan,
untuk berjabat denganku.

"Sungguh,
masjid ini memang subur dengan Tarbiyah!"

Sempat saya menjerling ke hadapanku,
ada satu kitab berwarna hijau,
yang menjadi kebiasaan warga Tarbiyah mengkajinya,
yakni HADIS 40 Imam Nawawi.

"Sungguh,
masjid ini memang Tarbiyah yang mantap!"

Kemudian kami menunaikan solat Isya',
seperti kebiasaan.
Cuma yang bezanya,
bilangan pemuda menyamai bilangan warga emas.
Aku sungguh kagum dengan Tarbiyah HALUAN!

-----

Aku mengimpikan,
semua warga Malaysia ditarbiyah.

Moga suatu hari nanti,
apabila kita melawat satu-satu masjid,
kita akan dilayan seperti raja.

Bukan bererti memuja,
tetapi memuliakan tetamu,
bukankah ISLAM ajarkan begitu?

Aku mengimpikan,
semua warga Malaysia ditarbiyah.

Moga suatu hari nanti,
apabila kita hadir ke dewan solat,
jumlah remaja akan melebihi dari pemuda jalanan.

Bukan bererti menghina mereka di sana,
tetapi sebagai satu pujian untuk mereka yang memuliakan masjid.

Aku mengimpikan,
semua warga UIA ditarbiyah.

Moga suatu hari nanti,
apabila kita bangun pagi hari,
kita melihat melalui tingkap bilik,
menyaksikan ribuan pelajar berduyun-duyun,
berjalan dan bermotor perlahan-lahan menuju masjid.

Bukan bererti mengosongkan surau-surau sekitar,
tetapi sebagai menyahut cabaran si bangsa Yahudi,
yang mengatakan Jemaah solat Subuh tak akan sama,
dengan bilangan warga Jemaah solat Jumaat hari Jumaat.

Aku mengimpikan,
bukan setakat mengimpi,
tapi akan ku cuba kabulkan,
dengan kudrat terbaik yang ku miliki.

Engkau bersamaku atau tidak,
aku tidaklah peduli,
kerana masih ramai di luar sana,
yang akan membantuku.

Engkau bukan malaikat,
jadi jangan berlagak,
kita manusia biasa,
perbanyakkanlah taubat!

Ayuh!
Penuhilah Solat Subuh!
Jangan mimpi nak bina Negara ISLAM!
Jika Subuh pun terlambat!

Hamidi,
bersediakah engkau!?
Jalan di hadapan, tidak sesenang sangkaan engkau!

satu renungan untuk diri...

-----

memetik kata si dia:

terpulang pada anda bagaimana untuk menterjemah kata-kataku ini

tapi serius

aku sedang obses

untuk mengejar manusia

melentur, melebur dan membentuk mereka

sehingga terbentuk satu saf jundi yang akan menggegarkan saf-saf yang ada

tidak lelah walau diterjah

tidak luntur himmah walau digugah

tidak bercerai barisan walau digegar dengan kecaman

tidak keluar saf walau digertak dengan kepayahan

dari mereka akan lahirlah

rijal-rijal yang sanggup ditarbiyah

rijal-rijal yang sanggup mati kerana dakwah

rijal-rijal yang tahu apa erti satu batu-bata milik mereka

dalam menyumbangkan harta dan jiwa dalam pembentukan bangunan ustaziatul alam


-----

-pengunjung dipersilakan untuk mengundi pada sidebar kanan. segala kebaikan anda, akan terbalas oleh Si Maha Pembalas. undian anda, amat saya hargai!-

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Sunday, March 27, 2011

Gambar: "Underground"

Assalamu'alaikum.
~ percayalah, di hujung sana pasti ada CAHAYA yang menunggu! ~


Seorang mendekatiku,
dan berbual-bual pendek denganku.

Tak lama kemudian,
dengan nada sedikit kelihatan yakin
entah di hatinya macam mana,
dia berkata:
"ana bekerja secara underground!"

-------

Soal saya dalam hati:
Pertama: adakah anda seorang sahaja bekerja secara underground?
Kedua: adakah mereka yang bekerja secara underground dijamin Syurga?

Jika anda tanya saya,
saya jawab: TIDAK!

-------

Entah la anda pernah dengar atau jumpa,
tapi sepanjang hidup saya,
saya masih belum mendengar Nabi berkata:
"Amalan terbaik dalam ISLAM ialah bekerja secara 'underground'"

Tapi apa yang pernah saya dengar,
dan yang kita sering dengar,
Nabi bersabda (mafhumnya):
"(Amalan terbaik dalam ISLAM ialah) Solat pada waktunya"

------

Allah S.W.T berfirman (mafhumnya):
"Orang yang paling mulia antara kamu ialah orang yang paling berTAQWA!"

Bukan orang yang bekerja secara 'underground'!
Jadi jangan perasan!

---------------
*Mungkin ada yang tidak jelas apa yang dimaksudkan bekerja secara underground. InsyaAllah, suatu hari anda akan faham.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, March 22, 2011

Pakcik ABIM

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat pembaca yang tak jemu-jemu,
mencari ilmu dan memperbanyak amal.


Malam Ahad yang lepas,
saya menaiki bas,
dari Kelantan,
menuju Gombak.
Bas pilihan saya tentulah Darul Naim Express.

Biasanya,
kalau ada seat yang kosong,
nescaya saya akan membeli tiket single seat sahaja.
Memandangkan bas Darul Naim menyediakan khidmat seat 2+1.

Tetapi,
dek kepadatan penumpang,
maka saya terpaksa juga membeli yang double seat punya.

Awalnya berdebar juga,
kerana dapati beg perempuan di kerusi sebelah tempat dudukku.

Selepas beberapa tika,
seorang pakcik datang,
bersama seorang wanita.

Mereka berbual-bual,
dan sejurus kemudian,
wanita itu mengambil begnya dan berundur ke belakang.
Pakcik dalam lingkungan 60-an itu duduk disebelahku.

Thursday, March 10, 2011

Lecture: Hizb ut-Tahrir

Assalamu'alaikum.

Salam Perjuangan untuk semua pendakwah,
dan juga para yang didakwah.


Hari Rabu lepas,
dalam kelas Contemporary Islamic Movement,
saya bersama beberapa rakan,
menerima tugasan untuk presentation.

Tajuk yang kami terima ialah,
Hizb ut-Tahrir.
Dalam bahasa Melayu,
Parti Pembebasan.

Monday, January 17, 2011

Lecture: 7 Maratib Amal

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat pejuang ISLAM.


Petang tadi,
sekali lagi saya belajar sesuatu yang mengujakan.
Sudah tentu dari kelas,
Contemporary Islamic Movement.

Tadi kami diajar mengenai Risalah Ta'alim,
daripada Hasan Al-Banna.

Monday, December 27, 2010

Lecture: Islamic movement is ethical movement

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat semua Muslim dam Muslimat,
juga para pendokong gerakan-gerakan Islam.


Hari ini,
27 Disember 2010,
saya belajar sesuatu yang baru,
dalam kelas kuliah saya,
kuliah Contemporary Islamic Movement.