Pages

Friday, January 15, 2016

Pakcik Izram & Aunty Yap

Bismillah.

9 Januari 2016 (sumber)

Pada 13 Januari,
Bertemu dengan Pakcik Izram di masjid Afzan.

Saya memanggilnya abang,
tetapi dia lebih mesra dipanggil pakcik.

Sembang pasal IKRAM dan politik semasa.
Tak sangka Pakcik Izram pernah mengikuti tarbiyyah ABIM.

Gembira,
dapat memperkenalkan diri bahawa saya mengikuti tarbiyyah IKRAM.

Dan pakcik Izram semacam teruja,
apabila diceritakan peranan IKRAM dalam mentarbiyyah masyarakat.

Sampai-sampai kami harus berhenti perbualan,
dek untuk menyambung urusan masing-masing.

Semoga terus thabat,
dan melaju.
InsyaAllah.

Pada 15 Januari pula,
Bertemu dengan Aunty Yap,
tika saya sibuk memasukkan baju ke dalam mesin basuh,
di belakang rumah sewa saya.

Juga bersembang pasal politik semasa,
dan Aunty Yap kata,
kita kena tukar pemimpin.

Saya terus sebut pasal Pakatan Harapan,
insyaAllah,

Aunty Yap senyum sahaja,
dan terus menyambung larian perlahannya.

Wallahu a'lam.

"Saya adalah pemuji Allah"

1 yang kongsi idea: