Pages

Thursday, January 7, 2016

Membuka Imajinasi (1)

Bismillah.

Perasankah anda, imajinasi budak ini seolah-olah terpancar dari buku? (sumber)

"Mimpi hari ini, adalah impian hari Esok."

Celoteh kata-kata hikmah ini, terkadang buat manusia ingin terus dibuai mimpi. Dan berangan-angan untuk hidup berjaya dan kaya di suatu masa nanti.

"Lima tahun lagi, aku nak kerja dengan Qu Puteh! Jutawan beb!"

"Lepas habis belajar ni, aku cita-cita nak berjabat tangan dengan Najib dan bergambar bersama Rosmah."

"Aku kalau boleh naik flight, confirm bhai aku ke Turki. Pastu buat-buat nak terjun jambatan, macam nak bunuh diri. Mana tahu kot-kot Erdogen datang selamatkan aku."

"Aku jogging hari-hari bukan apa. Nak dapatkan badan sado. Nanti kalau ada panggilan jihad melawan Netanhayu, aku get well prepared la."

"Setiap malam aku buka tafsir Qur'an. Suatu masa nanti nak jadi macam Ustaz Nouman Ali Khan. Bukan saja power, famos pulak tu."

Dan macam-macam lagi mimpi-mimpi kita bina.

Ada orang lain, tukar perkataan 'mimpi' ini dengan kata 'impian', 'cita-cita', 'target hidup', 'misi dan visi', dan pelbagai lagi hingga berbuih-buih mulut, macam buih sabun di sinki yang penuh dengan pinggan yang tak dibasuh.

Ok. tarik nafas pakai hidung. Tahan. Tahan sikit lagi. Perlahan-lahan, lepas guna mulut.

Tiga kali.

Soalannya, terkadang kita akan terfikir, apa cara yang boleh kita buat supaya mimpi atau imajinasi kita makin besar dan hebat!?

Kata orang putih: "Big man has big dream!"

Bahkan, itulah realitinya. Sehingga kadang-kadang kanak-kanak boleh menjadi lebih power dan peh-peh-peh jika dibandingkan dengan kita.

Formula mudah, kerana mereka ada imajinasi yang luar biasa. Mereka boleh lompat dari satu pokok ke pokok lain bagai tupai yang ada sayap, kerana mungkin mereka sedang berimajinasi sebagai superman. Ada pula yang bila dipanggil nama terus datang sepantas kilat, mungkin bercita-cita nak jadi Flash. Dan ada yang suka main gigit-gigit tangan kita, mungkin sedang berangan jadi raksasa gigi besar. Eh? Abaikan.

Namun kita, lepas mengharungi banyak cabaran hidup dan perih jerih yang menjemukan, kita semacam loss dan tiada lagi impian. Bagi kita, imajinasi masa depan adalah penat dan lelah. Kena kerja, cari duit, dan survive in suffering.

Saya kira, kebanyakan kita banyak mengeluh dengan diri dan kehidupan. Saya juga begitu.

Acap kali saya cari solusi. Pembuka kepada masalah-masalah ini. Buku-buku motivasi dan video-video pemangkin semangat, sehingga kadang-kadang kita tetap tak tahu nak buat apa, dan bermula dari mana.

Sembang-sembang kawan, tawa riang dan senyum manis terukir sekejap. Haha, huhu, hihi, dan ber-hehe. Kemudian hilang entah ke mana. Sepi menyinggah, murung dan dahi kembali berkedut.

Imajinasi berupa membuatkan kita gelak tawa riang terhibur (sumber)

"Well then, what should we do?" Diri kita bertanya.

Tika tu, minda saya tertangkap pada sirah nabi. Pada permulaan wahyu. Ketika waktu itu, sang Rasul mencari ketenangan dalam celah-celah keheningan dan kegelapan malam. Keserabutan dan kekacauan di bandar-bandar yang penuh dengan patung-patung berhala begitu menyesak jiwa sang Rasul.

Dalam sepi itu, sang Jibril datang menyampai wahyu tentang Iqro'. Namun, Muhammad saw harus bertahan sakit dan sesak dada sebanyak tiga kali kerana dipeluk rapat oleh Jibril. Akhirnya, wahyu berupa lima ayat ini, yang bermula dengan Iqro' menjadi pembuka cahaya buat Baginda saw dan ummah seluruhnya.

Banyak masa dihabiskan, untuk saya cuba menyelami keagungan Iqro' ini. Ringkas dan padat. Tapi, mampu membina tamadun yang luar biasa akhirnya.

Maka disini, saya bertemu relevennya. Imajinasi dan pembacaan.

Pemerhatian saya, ada tiga macam manusia.

Pertama, orang yang tiada imajinasi (kalau ada pun, tak signifikan), dan follow the mainstream. Jika waktu itu nikmat menjelma, walaweh. Dia turut enjoy. Bila ekonomi merudum dan politik makin kacau, dia turut stress tak ketentuan. Hidup mula kucar-kacir tak kehaluan. Dan dia menunggu, waktu untuk hidup stabil pula. Dia percaya, hidup ini umpama roda.

Kedua, orang yang ada imajinasi yang luar biasa. Hebat. Bombastic. Tapi, ke laut. Maksudnya, angan-angan Mat Jenin. "Aku bukannya taknak studi bro, aku ni memang ditakdirkan bukan aliran akademik. Rileks la. Aku besar-besar nanti, nak jadi macam Bill Gates. Dia tak habis pun u." Lepas tu, dia masuk bilik main games. Tak pun, layan anime Hunter-x-Hunter.

Dan ketiga, mereka yang berimajinasi super saiya tahap keempat. Dan bergerak ke arah itu. Perlahan-lahan dia merangkak. Kemudian berjalan. Kemudian berlari. Dan akhirnya dia melompat untuk mencapai impian dia.

Waktu itu, dia mendabik dada dan melaungkan
"Mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok.
Dan mimpi semalam adalah kenyataan hari ini!"
Dan itulah keagungan imajinasi...!


(bersambung)

Wallahu a'lam.


"Saya adalah pemuji Allah"

0 yang kongsi idea: