Pages

Sunday, January 3, 2016

Dua Kosong Satu Enam

Bismillah.

Dua Kosong Satu Enam.

( Sumber )

Tahun ini, saya mulakan dengan deactivate akaun Facebook.

Ingin saya merasai,
dunia tanpa Facebook.

Mungkin agak kek-kok awalnya,
tapi lama-lama terbiasalah.

Mengosong diri dari dunia maya,
perlu bergerak dengan bukti langsung.

Bila jiwa sudah ada ruang vakum,
baru boleh diisi dengan zikrullah.

Tahun ini,
kita semakin membesar.

Entah yang mana lebih besar,
dosa atau pahala.

Duduk termenung sekejap,
buat kita gelisah.

Memikir antara dua,
akhir baik atau buruk.

Ketika usia kita makin lanjut,
politik negara makin teruk.

Dunia ekonomi kian merosak,
kita asyik mengeluh berpeluk tangan.

Gejala masyarakat masih tak pulih-pulih,
para daie sibuk ber-keyboard warrior.

Merasa diri sudah berdakwah dan men-tarbiyyah,
tapi banyak yang "No Action Talk Only (NATO)"

Dan orang miskin mula susah,
belum bicara soal gelandangan.

Para paderi memberi harapan,
golongan asatizah sibuk mencerca.

Di mana kita sebenarnya?

Maka tahun 2016 ini,
mari membina hidup lebih baik.

Kosongkan hati dari alam maya,
hidupkan hati dengan zikrullah yang benar.

Moga kita terus kuat,
membina diri dan ummah.

Wallahu a'lam.

"Saya adalah pemuji Allah"

0 yang kongsi idea:

There was an error in this gadget