Pages

Wednesday, January 13, 2016

Membuka Imajinasi (2)

Bismillah.

Aku amat menyakini, permulaan kepada contengan kertas bermula dengan imajinasi. (sumber)

Kita masih ingat, ketika para sahabat dalam keadaan gelisah dalam kepungan Al-Ahzab, sang Rasul saw datang menghampiri sebongkah batu yang menghalang kerja-kerja pengalian lubang pertahanan. Dengan keadaan dua batu terikat di perut akibat kekurangan makanan, manusia yang mulia itu mengangkat 'penukul', lalu mengucap basmallah dan terus menghempapkannya ke atas bongkah batu itu.

"Allahu akbar!" Teriak sang Rasul saw. "Aku diberi kunci-kunci Syam. Demi Allah, aku benar-benar melihat istana-istananya yang berwarna merah saat ini."

Lalu beliau menghentam batu itu buat kedua kalinya pada bahagian yang lain. Teriak beliau, "Allahu akbar! Aku diberi tanah Persia. Demi Allah, saat ini pun aku boleh melihat istana Mada'in yang berwarna putih."

Buat kali ketiga, baginda saw mengangkat dan menyebut basmallah, dan menghayung ke arah batu sehinggah hancur. Kemudian baginda saw bertakbir, "Allahu akbar! Aku diberi kunci-kunci Yaman. Demi Allah, dari tempatku ini aku melihat pintu-pintu gerbang Sana'a."

Kita tertarik sekali dengan kisah ini. Ketika tentera Islam sedang dihimpit kelaparan dan kepungan dari 10,000 tentera bersekutu, ketika itu sang Rasul melalui petunjuk dari Tuhannya, memberi kata-kata inspirasi kepada semua. Bukan satu 'mimpi' masa depan untuk mengalahkan musuh-musuh Al-Ahzab, tetapi 'mimpi' memegang kunci-kunci istana. Bahkan bukan satu atau dua istana, tapi istana di tiga tempat yang berbeza-beza.

Dan lebih indah, visual yang dilihat oleh Sang Nabi saw ini sangat istimewa dan luar biasa, kerana baginda saw melihatnya dengan warna-warni. Sehingga saya terfikir bahwa memang imajinasi itu harus disertakan dengan keceriaan warna pelangi.

Peristiwa ini kita anggapkan, ketika kita dalam stress dalam dewan peperiksaan, terhimpit dengan soalan-soalan final exam yang tidak mampu untuk kita selesaikan. Maka, kita mengambil sehelai kertas kosong A4 yang berwarna putih. Kita mencapai sebatang pen biru jenama Stabilo. Terus kita menghayun pen itu diatas kertas suci, sehingga terbentuk lukisan-lukisan penghibur hati yang duka. Tika itu, kita mengukir imajinasi yang bermain dalam hati dan fikiran kita.

Kita lihat, mereka yang lagak mahu memecah angkasa biru, melakar roket NASA yang sedang berapi di bahagian bawahnya. Seolah-olah ia baru saja ingin berlepas ke ruang vakum angkasaraya.

Ahli muda muzik pula, mula mencatat-cata lirik lagu yang membasahkan jiwa-jiwa mereka. Sehingga tak hairan jika kita menemui rangkap lagu seumpama, "Apakah dosaku ~ hilang semua pembacaanku ~ jahannam engkau sang hantu ~ mendatangiku untuk mencelakanku". Walau sebenarnya, dia tak membaca pun. Haha...

Otaku anime dan online gamer pula, sibuk melukis wajah watak-watak kegemaran mereka. Silap-silap haribulan, kita akan berjumpa dengan Sailormoon bersama Ash sedang berpegang tangan. Hurmmmm....

Dan tak mustahil, pelajar yang terlebih kreatif, tiba-tiba mengambil kertas kosong itu, melipat-lipat dan apabila dibuka, terbentuklah seekor burung cilik. Walaweh...! (sempat pula orang ni berorigami dalam dewan exam. Aku pun confius)

Menconteng mencorak imajinasi, lebih stylo berbanding mengelamun Mat Jenin. (sumber)

Apa-apa pun, kita dapat memahami bahawa manusia akan terus bangkit melebar dengan membuka imajinasi mereka. Mereka tidak terus kaku. Tidak terus berpeluk tubuh kekecewaan, seperti hero yang kehilangan kuasa dan orang tersayang. Tidak berasa gentar. Bahkan mampu memberi inspirasi kepada orang lain pula.

Bukankah kita juga masih ingat, kisah Sang Rasul saw ditawarkan oleh Malaikat Jibril untuk menghempap bukit keatas rakyat Thoif disebabkan kejahatan yang telah mereka lakukan pada Sang Rasul saw? Namun, dalam duka dan tawaran sebegitu, Baginda saw membalas dengan penuh yakin:
" Bahkan aku berharap Allah mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata dan tidak mempersekutu-Nya dengan apa pun. "
Rasulullah saw seumpama mengajar kita, bersabar itu bukannya menahan marah dalam keputus-asaan. Tapi, bersabar dan pada masa yang sama, meng-imajinasikan sesuatu yang besar dan magnificent. Bahkan imajinasi Sang Rasul saw ini, langsung tiada kepentingan peribadi secebis pun. Hanya semata-mata mengharap manusia menyembah Tuhan, bukannya mengharap lahirnya generasi yang akan memuji-mujinya.

Bagiku, ini adalah satu imajinasi first-class punya. Allahu akbar!!

(bersambung...)

Wallahu a'lam...

*rujukan kisah Ar-Rasul saw di medan Ahzab (klik)
*rujukan kisah Ar-Rasul saw berdoa untuk keturunan Thaif. (klik)

"Saya adalah pemuji Allah"

0 yang kongsi idea:

There was an error in this gadget