Pages

Tuesday, March 30, 2010

Sepikah dunia itu?


Assalamualaikum.
Salam sejahtera dan salam selamat untuk semua pembaca yang dikasihi.

Hampir satu bulan saya tidak menulis. Rindu rasanya.


Hampir setiap hari aku memerhatikan komputer riba kesayangan ini. Teringin sesekali untuk 'turn on' dan bermesra-mesra dengannya. Sepinya duniamu wahai kasihku. Kadang-kadang, ku melihatmu dalam keadaan murung, berseorang, minta untuk berborak-borak. Tetapi, masa tidak mengizinkanku. Aku leka dengan dunia. Kawan-kawan, exam, makan minum, dan pelbagai lagi.

Walaupun begitu, hati ini tidak dapat melupakanmu. Sesekali, sempat jari ini memetik butang on pada badanmu. Sesekali aku 'lagha' denganmu. Melakukan itu dan ini tanpa jemu. Masa terus berjalan meninggalkan aku.

Kehadiran final exam membingungkan aku. Entah kenapa, hati tidak senang. Dunia ini bagaikan kosong. Entah kenapa? Kekadang, terlintas di benak fikiran ini : "Kenapa manusia begitu bersungguh-sungguh untuk belajar bila exam dah hampir? Mereka belajar untuk apa? untuk exam? untuk dunia? atau kerana Allah?" Pelbagai persoalan yang bermain di ruang pemikiranku. Sesekali, ia memakan si tuan badan. "Adakah aku juga begitu?"

Dunia semakin sepi. Exam semakin hampir. Tetapi, semangat membaca tetap tidak datang. Aku terkapai-kapai mencari sumber kekuatan. Ku harap agar diri ini diberi satu feeling untuk membuka buku atau mana-mana helaian kertas untuk dijadikan santapan minda sebelum masuk ke dalam dewan exam. Tapi, itu sia-sia.

Dunia sepi dan terus menyepi. Aku tidak tahu, apa yang aku ingin. Kekadang, ku merasakan diri ini tiada matlamat. Aku cuba mengingati kembali tujuan asal penciptaan manusia. Menyembah pada Allah yang Satu. Menjadi khalifah di atas bumi. Tapi bagaimana? Di mana permulaannya? Dan apa pengakhirannya?

Dunia ini amatlah sepi. Kekadang terlintas, jikalau aku hidup sezaman Rasulullah S.A.W, atau ku diberi peluang untuk bertemu dengannya, akan ku tanya : "Ya Rasulullah, bagitaulah aku, bagaimana aku kan dapat semula semangat untuk hidup, bagaimana aku kan dapat satu perasaan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini!"

Dunia ini hitam dan penuh kesepian. Kekadang terlintas di fikiran, jika aku diizinkan oleh Rabb-ku, akan ku pinta, "Ya Allah, jika kau izinkan aku untuk memilih samada untuk terus hidup di dunia ini, atau dimatikan, nescaya kan aku memilih untuk bertemu dengan-Mu". Walaupun kekadang, nafsu berbisik padaku, cukupkah amalanku untuk dibawa bertemu dengan Rabb? Dah terampunkah dosa-dosa mu dahulu? Dosa takabbur, dosa ujub, dosa ria' dan dosa-dosa lain? Pastikah kau kan masuk Syurga?

Dunia ini amat meletihkan. Aku tidak mengetahui apa yang harus ku lakukan. Terbayang, jikalau aku buat sesuatu, tanpa ku sedari rupanya ini satu dosa besar, apa yang akan ku jawab pada-Nya? Bagaimana dengan soal kehidupan harianku? Mampukah aku untuk melepaskan diri dari azab-Nya? Waqinaa azaab an-naar.


Letih, letih dan letih. Itulah yang mampu ku ucapkan. Dunia ini amat sepi. Kekadang, ku merasakan ku sudah berputus asa. Tapi ku tidak mahu tergolong dari mereka yang berputus asa dari Rahmat Allah. Kata satu proveb English : The winner never quit, The quitter never win. Dan dah pasti, aku adalah pemenang. Pemenang di dunia dan di akhirat! Tapi betulkah? Atau sekadar mimpiku?



Sudahlah. Hidup mesti diteruskan. Semangat mesti dicari. Cari, cari ,cari! Semoga Allah mempermudahkan urusan pencarianku. Kekadang aku teringat satu kata yang biasanya diucap oleh para pendakwah : "Kalau kita merasa susah, ingatlah ada lagi yang lebih susah daripda kita!" Juga teringat satu firman Allah S.W.T (yang bermaksud) : "Tidaklah Allah memberati seseorang melainkan berdasarkan kemampuannya."

Moga-moga, entri ini dapat membantu saya dalam meringankan bebanan yang harus dipikul. insyaAllah. Kepada para sahabat, do'akan saya kebahagian hidup dunia dan Akhirat, dan juga untuk para Mujahid dan Mujahidah di Palestin, Muslimin dan Muslimat. Ameen.


Assalamualaikum.
"Always remember ALLAH"
There was an error in this gadget