Pages

Saturday, October 9, 2010

RR : Qiamullail

Assalamu'alaikum.

Salam Selamat buat semua.


Terasa diri itu baik?
Nah,
jangan terburu-buru,
lihat kembali pada diri anda,
adakah anda betul-betul baik?
Atau setakat baik pada lidah sahaja?

Kalau anda betul-betul baik,
nescaya bukan susah untuk anda,
untuk bersama-sama dengan si DIA,
pada satu per tiga malam terakhir.

Kalau susah,
perlu semak lagi diri,
untuk jadi betul-betul baik.

Qiamullail,
untuk mereka yang baik-baik,
atau mereka yang bercita-cita jadi baik,
atau mereka yang jahat tapi bertaubat.
Moga kita sebahagian dari mereka.

.Renungan Ringkas.
.RR.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, October 8, 2010

Flash Back : Di sebalik Kisah IIUM

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat anda, antum sekalian.


Kadang-kadang,
sejarah itu mengingatkan kita kembali,
tujuan kedatangan kita di bumi Allah,
juga di bumi Universiti.

Wednesday, October 6, 2010

Wallpaper 1

Assalamu'alaikum.


.Sebagai satu perkongsian.

"Always remember ALLAH"

Tuesday, October 5, 2010

ITWOF : ISLAM is The Way of Life

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera senantiasa buat para pembaca blog ini.


ISLAM is The Way of Life !?

Monday, October 4, 2010

Sabar itu Cantik

Assalamu'alaikum.

Buat para pembaca blog,
yang sanggup menjergah,
melihat isi-isi entri yang tertulis di sini,
mencari sesuatu,
untuk bekalan diri.

Salam Sejahtera saya ucapkan,
untuk kamu sekalian.


"Kenapa ni Midi !? Ana nak enta buat ni... tu dan ni..."

Friday, October 1, 2010

Transforms !

Assalamu'alaikum.

Buat pembaca yang selalu ceria,
selalu mendekati diri kepada Ilahi,
yang selalu senyum menawan.


Kadang-kadang,
manusia berasa bosan dengan kehidupan mereka.

Mereka sering mahukan yang baru,
dunia baru,
yang senantiasa menghiburkan hati.

Mereka mencari kelainan,
berlari menjauhi ke'jemu'an.

Itulah manusia,
fitrah manusia,
menghendaki yang baik,
nak yang terbaik,
untuk diri,
untuk mereka tersayang.

Maka,
mustahil bagi mereka,
untuk mencari yang lebih baik,
lebih baik dari biasa,
jika mereka tidak pernah mencuba,
sesuatu yang baik,
yang lebih baik dari kebiasaan.

Dengan ini,
saya dengan rasminya,
dengan jumlah pelawat mencecah 2000,
sudi dan bersedia,
untuk melakukan perubahan,
pada diri,
pada blog ini,
moga yang lebih baik,
saya dapat,
moga yang terbaik,
Allah berikan pada kita.


Adakah kamu bersedia?
untuk berubah?

Kata orang-orang putih,
"TRANSFORMS!"

Firman Allah S.W.T :
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"

Assalamua'alaikum...
"Always remember ALLAH"