Buat para pembaca blog,
yang sanggup menjergah,
melihat isi-isi entri yang tertulis di sini,
mencari sesuatu,
untuk bekalan diri.
Salam Sejahtera saya ucapkan,
untuk kamu sekalian.
"Kenapa ni Midi !? Ana nak enta buat ni... tu dan ni..."
Panas dibuatnya,
hati seperti dicucuk-cucuk,
Ahh...
sakit sekali.
Tapi,
dia ketuaku,
melanggar bermakna tidak mengikut arahan,
dan itu bukan ciri orang Islam.
Sungguh,
jika aku tidak diajar untuk bersabar,
sungguh,
jika aku tidak pernah diajak untuk 'senyum',
sungguh,
jika aku tidak mendengar bahawa diam itu baik,
akan aku,
membalas balik,
kata-katanya,
yang langsung tidak memahami perasaan orang,
umpama dia sahaja yang betul.
Sungguh,
aku mempunyai jawapan,
kepada kata-katanya itu.
Sungguh,
aku mampu sahaja membalas kata-kata kesat itu,
kata-kata yang menyakitkan itu,
jika aku mahunya,
dengan izin Allah.
-----------
"Hamidi! Kenapa boleh jadi macam ni!?"
nadanya menandakan tidak puas.
Aku diam membisu,
cuba melempar senyuman,
meredakan kemarahannya.
Teringat kisah Nabi Musa,
bersama muridnya yang buat salah,
tapi Nabi Musa,
tidak pula memarahinya.
Terbayang,
cerita Nabi Muhammad SAW,
bersama isterinya,
dikala berlaku sesuatu kejadian,
masing-masing menyalahkan diri sendiri,
tanpa menunding pada pihak yang lain.
Sungguh,
aku cita-cita hal itu.
Satu suasana,
di mana dalamnya,
hidupnya Muslim yang benar-benar,
benar dalam beramal dengan ilmunya,
bukan Muslim,
hanya pada nama sahaja.
------------
"OK! Maaf nyer. Ana tak perasan pula hal tu."
Jawabku,
tidak mahu memanjangkan suasana itu,
mahu sahaja aku lari,
tapi itu mustahil,
kerana tugasku belum aku langsaikan.
Wah!
Aku menunggu,
satu hari,
di mana aku tidak lagi terbeban,
dengan kesibukan duniawi.
Sungguh,
hari itu aku tunggui,
hari di mana manusia akan di hisab,
di kira berapa banyak amalan yang dilakukan,
dan sejauh mana keIKHLASan nya?
Walaupun,
terdetik juga di hati,
sedikit ketakutan.
Bukan apa,
bukan takut pada mati,
tapi,
takut pada satu perkataan,
yang tidak mustahil akan terjadi ke atas kita.
Itulah dia,
SU'UL KHATIMAH.
Dalam bahasa Melayu,
disebut : Pengakhiran yang buruk.
Na'uzubillahi min zaalik.
------------
Ada Allah ceritakan,
dalam Kalam Suci-Nya,
mengenai peristiwa Nabi Ya'kob A.S,
yang menjadi buta,
disebabkan kehilangan anak tercinta,
Nabi Yusuf A.S.
Kemudian,
Nabi Ya'kob A.S berkata:
"Maka sabar itu indah".
--------------
Sungguh,
sabar itu indah,
sabar itu cantik.
Terima kasih kepada Allah,
kerana memberiku kekuatan,
untuk bersabar,
menahan diri dari sesuatu yang tak sepatutnya.
Maafkan aku,
wahai ketuaku,
kerana tidak menjalani kerja dengan baik.
InsyaAllah fil Jannah kulluna. Ameen.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment