Pages

Tuesday, July 31, 2012

Ramadan 11: Fasa 2

Assalamu'alaikum.


Kali ini,
cukup sekadar ingin mengatakan:

"Bagi yang tidak memanfaatkan waktu dengan baik,
pada 10 Ramadan yang pertama,
jangan berputus asa.
GO ON!
Allah masih membuka pintu Rahmat-Nya buatmu.

Bagi yang yakin dia dah buat yang terbaik,
pada 10 Ramadan yang pertama,
jangan pula sombong takabbur.
GO ON!
Allah masih membuka pintu keampunan-Nya buatmu.

Bagi yang masih merasa belum cukup amalanya,
pada 10 Ramadan yang pertama,
jangan lupa untuk tingkatkan amal-amal sunat.
GO ON!
Allah masih belum menjamin Syurga buatmu!"

Selamat ber-RAMADAN,
dengan penuh keimanan dan pengharapan.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, July 26, 2012

Ramadan 6: Volunteer yang benar-benar ikhlas

Assalamu'alaikum.


Sepanjang saya di bumi UIA,
dan juga sebelumnya,
pelbagai jenis volunteer groups telah saya sertai.

Setiap dari mereka,
ada cara tersendiri.

Volunteer atau sukarelawan,
mereka cuba yang terbaik untuk membantu yang lain,
dengan mengutamakan yang lain dahulu,
berbanding mereka.

Sepanjang hidup saya 22 tahun,
ada saya volunteer group yang menarik minat saya.
Mereka ini berbeza dengan volunteer groups yang lain.

Kebanyakan volunteer groups yang pernah saya sertai,
pasti menyediakan sedikit 'bahagian' untuk mereka.
Agar usaha yang mereka lakukan,
juga diberi perhatian.

Sebahagian dari mereka ada yang kata:
"Volunteer volunteer gak. Tapi, kami pun manusia!"

Dan ada yang bersuara:
"Aduh. Penat gak jadi volunteer ni yer. Next time tak nak jadi dah! Dah la takde upah.!"

Tidak kurang ada yang mengeluh:
"Mentang-mentanglah kita ni volunteer je, sampai hati orang atasan buat-buat tak ingat kat kita..."

Dan ada juga:
"Aku jadi volunteer ni, isi masa lapang je~ lala"

Dan macam-macam ragam lagi,
yang mungkin anda pernah lihat dan dengar,
atau mungkin anda sendiri yang lakukan?

Er...?


Dan dalam banyak-banyak volunteer groups yang pernah saya jumpa,
ada satu kumpulan yang sangat terkesan jiwa saya.

Bagi saya,
merekalah yang benar-benar volunteers!

Mereka adalah ikhwah-ikhwah,
yang bersama-sama dalam Jalan Dakwah & Tarbiyah ini.

Mereka mengutamakan yang lain,
berbanding diri mereka.

Sanggup berlapar,
dan memberi bahagian mereka,
bila tengok ada lagi yang belum sempat menjamah makanan,

Sanggup berbelanja lebih,
dan mendiamkan diri,
tidak mengungkit-ungkit.

Sanggup berbagi masa lebih,
walau terpaksa korbankan masa rehat.

Dan saling berpesan-pesan,
agar sentiasa ber-volunteer secara ikhlas,
ikhlas fi sabilillah.

-------------------------

Dan Ramadan kali ini,
saya tidak berpeluang untuk ber-volunteer sepenuhnya bersama mereka.

Bersama-sama saya,
untuk sukarelawan Ramadan 1433H ini,
kebanyakkan muka-muka baru.
Sebahagiannya bukan ikhwah,
yang terdidik dengan sistem Tarbiyah ini,

Pada mulanya,
saya OK sahaja.
Happy dapat jadi volunteer lagi.

Dua tiga hari kemudian,
bila tengok ada 'peruntukan khas' untuk volunteer,
saya rasa kurang senang.

Dinasihati pula oleh ikhwah-ikhwah,
agar mengutamakan orang lain atas diri,
menyebabkan diri terasa serba salah.

Bila seorang ikhwah cuba menolak tawaran 'peruntukan khas' itu,
mereka tetap 'memaksa' si ikhwah itu.
Saya akur,
dengan rasa tidak senang.

Lihat sekumpulan manusia,
tidak mendapat hak mereka.
Tapi kami si volunteer,
senang lenang ada 'peruntukan khas'.

Desas-desus mereka mengatakan:
"Volunteer pun kena ada haknya."

Benar!

Tapi,
apakah sanggup seorang volunteer,
melihat saudaranya yang memerlukan sesuatu,
pergi berlalu tanpa mendapatkan hak mereka?
Dan tidak berbuat apa-apa,
melainkan mengatakan:
"Maaf, hari ini sudah habis. insyaAllah esok pula ya!"

Sedangkan di belakang mereka,
ada 'peruntukan khas' untuk mereka.

Saya sungguh tidak senang.
Lagi-lagi,
bila melihat ikhwah-ikhwah,
tidak bersama dalam 'program itu',
mengorbankan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat,
demi untuk orang awam yang ramai.

Saya sungguh tidak senang,
dan rasa malu dengan diri.

--------------------


Kali ini,
agak terganggu Ramadan saya.
Dek tugasan volunteer ini.

Namun,
saya masih mengharapkan,
agar saya mendapat banyak kebaikan dan keberkatan,
sepanjang saya menjadi salah seorang volunteer ini.

Saya sudah terpikir untuk memberikan,
'peruntukan khas' bahagian saya kepada orang awam,
dan join bersama dengan ikhwah-ikhwah,
sejurus selepas 'program itu' tamat.
insyaAllah...

Semoga RAMADAN kali ini,
memberi saya kefahaman yang lebih baik,
tentang tugasan dan tanggungjawab seorang volunteer yang benar-benar ikhlas.

Semoga saya dapat menjadi,
volunteer dalam menjaga Agama Islam.
insyaAllah.

"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."
[Ali Imran, 3: 160]

*Saudara yang di ta-akhi bersama saya memperingatkan saya tentang Ayat ini.

Jika kita betul-betul ikhlas menjadi volunteer,
insyaAllah Allah akan membantu kehidupan kita.

Jadi,
janganlah meminta-minta,
untuk dibayar upah,
atau diberi 'peruntukan khas',
jika anda telah meletakkan diri anda sebagai:
VOLUNTEER!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, July 25, 2012

Ramadan 5: (Kenangan) Nahu Dan Soraf

Assalamu'alaikum.

Tersenyum secara tiba-tiba, bila tengok buku ini. Walaweh!

Antara matapelajaran yang paling saya minati,
Nahu dan Soraf.

Masih ingat,
ketika kelas peralihan,
sebelum saya menganjak kaki ke Tingkatan 1.

Ustazah Sa'diah,
semoga Allah merahmati anda,
pernah berpesan kepada kami,
semasa memulakan kelas pertama Nahu Soraf:

"Ustazah mahu, kamu tengok dan dengar dahulu penjelasan ustazah. Kamu tak paham hari ini tak apa. InsyaAllah, bila dah lama, kamu semua akan faham."

Saya tersenyum.
Memang jenis darah saya barangkali,
saya akan cuba memahamkan pelajaran,
apa yang saya sedang pelajari.

Akhirnya,
saya tewas,
tidak memahaminya seratus peratus.
Aduhai...

Tuesday, July 24, 2012

Ramadan 4: (Qiamullail) Saya Dengki, Cemburu

Assalamu'alaikum.

Jom Qiam lagi!
Pagi ini,
saya bangun awal.
Terjaga bunyi takbir imam,
solat sunat Tahajjud.

Lebih menggembirakan,
imam itu adalah sahabat saya.

*senyum*

Terus bersiap-siap,
untuk turut berjemaah.
Dah lama rasanya tidak tahajjud berjemaah.
Suara imam pula,
merdu sekali.

Layan bacaan imam,
tenang bagai.

Tiba-tiba,
suara si imam tersebak sedikit.
Saya diam.
Banyak kenangan antara saya dan dia.
Sempat berkhayal sekejap.
Mengingat momen-momen bersamanya.

Siap tahajjud bersama,
saya naik ke tingkat 3.
Si imam dan yang lain,
meneruskan solat Witir.

saya pula,
bersendirian di atas.
beruzlah.

Suara imam melalui speaker,
jelas kedengaran di tingkat atas.
Saya layan suara merdunya.

Tiba pada rakaat terakhir, solat Witir,
si imam membaca doa selepas ruku'.

Suaranya sungguh merdu dan lunak.
Dan semasa melantunkan doa qunut,
dia sekali lagi tersebak.
Dan terus tersebak...

Saya tunduk.
Sungguh.
Saya dengki. Cemburu.

Saya begitu ingin merasakan kemanisan solat.
Ingin menangis dalam solat.

Tapi,
bila saya mengimami solat,
susah saya untuk menangis.

Mungkin saya terlalu memikirkan tentang makmum,
sehingga saya tidak mampu fokus sebetulnya dalam solat.

Bila mana mendengar imam tersebak dalam bacaannya,
saya begitu iri hati dengan mereka.
Saya mahu jadi seperti mereka.

Dapat menghayati setiap bait-bait yang dilafazkan,
dan lafaz itu menusuk ke dalam jiwa dan qolbu,
sehingga memberi bekas pada diri,
dan pada waktu itu,
tentu sungguh manis dan lazat.

Allahu rabbi...
Izinkanlah aku untuk merasainya.

Semoga bulan RAMADAN ini,
memberi banyak kebaikan untuk jiwa ini,
dan buat anda semua!

--------------------------

"Dan pada sebahagian malam bertahajjudlah dengan membacanya (al-Qur'an), sebagai ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
[Al-Israa', 17: 79]

Ya akhi Rashidi,
semoga Allah memberi anda banyak kebaikan dan keberkatan hidup.
Allahumma Ameen...

---------------------------

p/s: ada org kata saya taksub dengan Mahfuz.
saya jawab: "tak pe la, dia kan ta-akhi ana untuk Ramadan ini"
*peace no war*

Assalamu'alaikum. 

"Always remember ALLAH"

Monday, July 23, 2012

Ramadan 3: Lebih Utama dari Lailatul Qadr?

Assalamu'alaikum.

Cepat pasang niat! Nak jumpa Lailatul Qadr! insyaAllah sama-sama yer! ^_^
Pada hari pertama,
ketika tengah bersahur,
tiba-tiba dapat satu pesanan ringkas.

Satu pesanan ringkas,
peringatan tentang Ibadah Puasa.
Mesej itu diakhiri:
"Jom sama2 kita menjadi pemburu malam Lailatul Qadr :)"

Satu terdiam sejenak.
Tak dinafikan,
malam Lailatul Qadr itu,
banyak sangat ganjarannya.

Memang bodoh,
sapa-sapa yang tak pernah berniat,
untuk beramal pada malam itu,
apatah lagi malas untuk berfikir tentan hal itu.

Memang rugi,
serugi-ruginya.

Kerana malam itu,
lebih baik dari seribu bulan.
Kerana malam itu,
lebih baik dari 83 tahun.

------------

Saya bertanya pada seorang ikhwah:
"Adakah waktu Subuh, masih termasuk waktu malam? Kalau bukan, maksudnya waktu Subuh tidak termasuk sebahagian dari malam Lailatul Qadr la kan? Kalau begitu, antara solat Subuh dengan solat-solat sunat di malam Lailatul Qadr, yang mana lebih baik?"

Jawabnya ringkas:
"Kalau ikut hukum Fiqh, Solat Subuh lebih baik."

Kemudian dia diam.
Saya turut diam.
Tidak mahu bicara banyak tentang hal ini.

Jadi,
untuk RAMADAN kali ini,
mari kita renung sekejap.
Memuhasabah diri.

Kita selalu ingin menjadi pemburu Lailatul Qadr,
dan mengajak yang lain buat benda yang sama.

Pernah kita ingin menjadi pemburu Solat Subuh Berjemaah?
dan mengajak yang lain buat benda yang sama?

"Ala... Bosanlah... Solat Subuh kan hari-hari!?"

Er...?

Kejarlah Solat Subuh, semasa ada kesempatan ini. ^_^
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Saturday, July 21, 2012

Ramadan 1: Kaki

Assalamu'alaikum.

sapa bilang kaki kita tak special?
Pagi ini,
saya ambil wudu',
untuk melakukan solat-solat Sunat.

Ketika sedang membasuh kaki,
saya teringat kisah Abdullah bin Zubair al-Awwam.

Teringat kisah kakinya dipotong,
tanpa dia diberikan ubat bius.
Cukup dengan zikir-zikirnya,
hingga dia larut tanpa sedar kakinya dipotong.

Kita ini,
punya kaki.

Tetapi,
apakah kita memanfaatkan kaki kita sebetulnya?

Atau apa lagi yang kita hendaki,
sehingga kita benar-benar bersyukur?

Cukuplah dengan KAKI,
sepatutnya membuatkan kita lebih semangat,
untuk berjalan ke masjid.

Abdullah bin Ummi Makhtum yang buta pun boleh ke masjid,
kita pula, mata ada, kaki ada,
siap dengan motor dan kereta,
tapi hampeh.

Jom!
Bulan RAMADAN ini,
kita buat anjakn Paradigma.

Cukuplah KAKI,
menjadi asbab kita ke masjid.
Dan insyaAllah,
ia menjadi saksi buat kita,
di hadapan Tuhan kita kelak.
insyaAllah...

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
[Ibrahim, 14: 7]

Assalamuálaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, July 18, 2012

Ya Akhi Mahbub!

Assalamu'alaikum.

Uhibbuka fillah... ya akhi mahbub.
Manusia.
Pelbagai ragam.

Saya harap,
dia adalah 'si dia' yang saya menanti selama ini.
insyaAllah.

Semoga aku bersama 'si dia',
kerana Allah.

Dan semoga 'si dia',
akan membimbingku menuju kepada-Nya.

Allahu rabbi...

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." 
[al-Zukhruf:67]

Semoga kehadirannya,
memberi sinar masa hadapanku.
insyaAllah.

“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana,”
[al-Anfal, 8: 63]

~ Do You Feel Like I Feel? ~
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Saturday, July 14, 2012

Anda mahu: Sedekah Jariah?

Assalamu'alaikum.


Saya sedang mencari,
mereka yang sudi untuk membuat amal,
di Bulan Ramadan nanti.
insyaAllah.

Saya dan sahabat2 ada anak-anak didik baru,
dan sebahagian besar mereka,
baru ingin belajar Al-Qur'an.

Alangkah besarnya ganjaran untuk anda,
jika setiap bait ayat-ayat Al-Qur'an,
yang mereka bacakan,
hasil pemberian anda.

Semoga Ramadan kali ini,
lebih bermakna dan berkesan untuk kita semua.
InsyaAllah...

Satu Al-Qur'an terjemahan, rm37.
Keluaran Pustaka Darul Iman (PDI).

Sesiapa yang berkemahuan dan berkeinginan untuk membuat sumbangan,
bolehlah PM saya, atau emel saya, atau tinggalkan komen.
Nanti saya akan bagi no akaun saya.
InsyaAllah...

Jazakallahu-khairan.
(semoga Allah memberi kamu kebaikan)

-------------

Jika kamu menampakkan sedekah(mu)[172], maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya[173] dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[Al-Baqarah, 2: 172-173]

Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"

Friday, July 13, 2012

Angan-Angan Kosong

Assalamu'alaikum


Saya berangan kah?

Kan bagus,
jika dapat masuk Syurga,
tanpa penat lelah.

Tapi itu,
angan-angan kosong...

"Always remember ALLAH"

Thursday, July 12, 2012

Idea

Assalamu'alaikum.


Dulu,
saya kata ingin post satu entri,
bertajuk: The most magnificent Semester.

Saya taip-taip,
kemudian masalah internet.

Saya save dalam draf.
Suatu hari buka balik.
Baca balik,
kemudian sambung menaip.

Tiba satu poin,
saya berhenti.

Hilang idea yang saya ingin tulis.
Dah lupa apa yang ingin dikongsikan.

Dan saya save sekali lagi...
Sampai sekarang,
masih belum menyambungnya.

---------------

Kali ini,
saya sedang fikir perkara baru untuk tulis.

Mencari idea,
apa yang mahu ditulis.

Anda mahu cadangkan sesuatu?
He...

InsyaAllah,
ia memberi kebaikan untuk kita bersama.

"Tidakkah Dia dapati kamu dalam keyatiman, maka Dia melindungi kamu.
Dan Dia dapati kamu dalam kesesatan, maka Dia memberi petunjuk.
dan dia dapati kamu kekurangan, maka Dia memberi kekayaan.
Maka adapun dengan anak yatim, jangan kamu berkasar.
dan adapun dengan orang yang meminta, janganlah kamu herdik.
Dan adapim dengan nikmat Tuhanmu, ceritakanlah! (dengan bersyukur)"
[Al-Dhuha, 93: 6-11]

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"