Pages

Tuesday, October 30, 2012

FB: Sahabat Sehidup Semati

Assalamu'alaikum.


*Alasan tak ada masa. Maka kopi pasta dari status FB*

Pasti terasa kesunyian, bagi sesiapa yang mahu masuk Syurga bersama sahabat-sahabat tercinta, tetapi tidak mampu untuk solat berjemaah bersama-sama mereka.

Untuk kehidupan dunia, sama-sama-sama-sama enjoy, maka untuk kehidupan Akhirat, kita perlu sama-sama-sama-sama-sama-sama enjoy berganda-ganda. Kalau kita makan bersama, tidur bersama, mandi bersama (er...), dan minum kopi radix bersama (eh?), ...maka kita juga mahu Solat bersama. Walaweh! Baru lah kita ini sahabat sehidup semati.

*maka, pimpinlah tanganku, jika aku tergelincir. Dan jangan lupa, kejutkan aku di waktu Subuh! Kalau korang benar2 sahabat sehidup semati aku! hehe ^_^

*so, sapa mau jadi sahabat sehidup semati ku? angkat tangan! Nanti kita sama2 mesej-memesej di hening pagi. Yeahhhh! (p/s: nampaknya kena sediakan credit spare khusus aktiviti sms-mengsms ini... hurm... saham Akhirat.)

to my beloved roomate: Thaqib 'Ismat Mizi, Solihin Nazri, Syahid Samsudin.
(terima kasih kerana selalu menemani ana dalam solat berjemaah. yippee! Bestnye ada roomate macam korang! Walaweh)


"Always remember ALLAH"

Sunday, October 28, 2012

Copy Paste: Masa Rehat Selamanya...


Masa Rehat Selamanya...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Tegah hari td telah pun menjejaki kaki ke rumah...
Di sambut senyuman abah, emak...
Adik-adik sibuk bertanya itu ini...

Azam nak berbakti di rumah...
Membantu apa yang patut...
Menyelesaikan amanah PELAJARAN...
Melunaskan hutang-hutang DAKWAH...

Memang benar...
Cuti yang panjang ada baik buruknya...

Sekarang UIAM dah pun memasuki cuti pertengahan semester...
2 bulan pertama sudah pun melabuhkan tirai...
Tiada alasan lagi untuk aku berhujah "belum dapat momentum"...

Momentum...
Alasan aku selama ini..
Bila ditanya tentang study...
Aku jawab, "belum dapat momentum"..
Bila ditanya tentang dakwah..
Aku jawab, "belum dapat momentum"..

Weh..
Ingat Momentum akan datang sendiri???
Momentum perlu diberi FORCE...
Wake Up lah...
Dakwah tak pernah memerlukan kita..
Kita yang perlu pada DAKWAH..

Aku sering terlupa..
Menjadikan maksiat yang aku buat alasan untuk aku jauh dari ikhwah..
Apa aku dah buat nie???

Aku memerlukan sesorang membimbing aku kembali..
Akh yang sering meniup kata semanagat kini sibuk...
Meningkatnya dia dalam dakwah, menambah jua beban dakwah yang perlu dipikul..
Aku ingin membantu..
Apakan daya aku..
Aku cuma seorang yang hilang Momentumnya..

Konflik makin bertambah..
Ujian datang menerpa..
Kalau tiada sahabat yang baik..
Nescaya aku lari dari realiti...

Dakwah...
Keluarga..
Diri..
Pelajaran..
AGAMA...

Yang mana prior??
Aku keliru...

Terkadang terlebihkan diri dari segalanya..
Terkadang semangat hingga mengabaikan yang lainnya..

Sumber kekuatan...
Di mana???
Ya..
ALLAH Azza Wa Jalla..

Tekad...
Cuti ini mengatur gerak kerja semula..
Menyusum Tanzim yang lebih teratur..
Menyelesaikan sume benda yang tergendala..


Maaf sahabat semua..
Jika ape yang berlaku sepanjang 2 bulan yang lalu amat menyusahkan kalian..
Doa di pinta agar aku menjadi kuat..
Menggarap sepenuh tenaga untuk menCIPTA momentun sendiri...

AGAR TENANG DI 'MASA REHAT' SELAMANAYA...

[Syurga yg dicari...]


-Muhammad Syaakir Bin Mohd Ridzuan Lee
[Isnin, 22 Oktober 2012]

(http://muhammadsyaakir.blogspot.com/2012/10/masa-rehat-selamanya.html)


"Always remember ALLAH"

Thursday, October 4, 2012

Apakah momen yang paling bahagia...

Assalamu'alaikum.


"Apakah amalan yang terbaik dalam Islam, ya Rasulullah?"

"As-Solah 'ala waqtiha"
(Solat pada waktunya)

"Kemudian?"

"Birr Walidain"
(Berbuat baik pada 2 ibu bapa)

"Kemudian?"

"Al-Jihad fi sabiliLlah"
(Berjihad pada jalan Allah)

---------------------

"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka."
(HR Bukhari & Muslim)

----------------------

Hari ini,
memang teruk.

Terlepas Subuh Berjemaah.

Moga Allah mengampuni.

-------------------

Kadang-kadang,
saya tertanya,
kenapa saya masih belum mampu istiqomah 100%,
dengan solat Subuh berjemaah di masjid?

Terkadang rasa malu dan segan,
dengan Tuhan.

Allah bagi kaki,
bagi mata,
bagi telinga,
bagi sahabat baik,
bagi tenaga,
bagi kudrat,
bagi pakaian bersih,
bagi itu dan ini...

Tapi,
bila Allah menyuruh untuk mentaati-Nya,
dan mengikut perintah Nabi-Nya SAW,

saya masih belum mampu melaksanakan sepenuhnya.

---------------------

Mendalami ilmu Matematik,
tetapi tidak solat Subuh berjemaah,
amat memalukan.

Ingin mendalami bidang Politik,
tetapi terlepas solat Subuh berjemaah,
memang tak patut.

Beriadah memberi alasan untuk menjaga kesihatan,
tetapi malas untuk solat Subuh berjemaah,
sungguh menghairankan.

Ada ilmu agama dan memahami kepentingannya,
tetapi tetap membuat alasan ini dan ini,
agar melepas diri dari solat Subuh berjemaah,
apa yang saya mampu katakan untuk diri?

Astaghfirullah...

-----------------

Bila ditanya,
kenapa susah untuk solat Subuh berjemaah di masjid?

Jawab saya ringkas:
"Mungkin Allah tidak izinkan,
atas kemaksiatan yang telah dilakukan.
Maka, beristighfarlah."

Maka,
bila ditanya,
apakah momen yang paling bahagia sepanjang 4 tahun di UIA ini?

Saya merespon:
"Berjalan menuju ke masjid,
kerana saya merasakan saya 'pilihan' Allah,
antara ramai ramai manusia,
di bumi UIA ini.
Alhamdulillah."

------------------

65 Tahun, merangkak ke masjid.
(klik sini)

Apakah ada lagi,
kenikmatan yang lebih besar,
daripada menjadi pilihan Allah,
sebagai pemakmur rumah-rumah-Nya?

Firman Allah:
"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
(At-Taubah, QS 9: 18)

Siapa mahu petunjuk,
berusahalah untuk menjadi Pemakmur masjid.

Saya mahu Petunjuk Allah,
anda?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"