Pages

Friday, August 26, 2011

Special Ramadan: Terakhir: Terbanglah!

Assalamu'alaikum.

~ Memandang ke langit, ingin mengapai angkasa Ilahi ~


Ramadhan sudah ingin pergi.
Anda masih tidak ingin 'terbang',
setinggi-tinggi mungkin untuk 'bertemu' Tuhanmu?

Ambillah sebanyak mungkin keberkatan di Bulan ini,
Bulan Mubarak yang penuh keberkatan,
untuk dibawa bersama-sama,
moga tidak menyesal kemudian.

Pintalah,
doa sebanyak-banyaknya.
Jika tidak dimakbulkan semua,
paling kurang anda telah menjadi orang yang merendah diri,
di hadapan Tuhan yang Maha Kaya!

insyaAllah.

.Salam Lailatul Qadar.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, August 18, 2011

Special Ramadan: Maka Sujudlah untuk Bersyukur!

Assalamu'alaikum.

~ Malaikat pun sujud pada Allah, kau kenapa ingin sombong? ~
.by dreamstime.com through google.


Dahulu saya pernah berpesan pada diri,
juga pada ahli keluarga,
dan sahabat-sahabat.

"Jika kamu orang yang berdosa,
maka sujudlah untuk bertaubat!
Jika kamu orang yang baik,
maka sujudlah untuk bersyukur!"

Siapa anda,
tanpa Hidayah Allah?


"Always remember ALLAH"

Saturday, August 13, 2011

Special Ramadan: Saya meminta kamu memperbanyakkan bacaan!

Assalamu'alaikum.


"Tapi saya baca perlahan.
Susah nak habiskan (baca: khatam) banyak kali."

Dengan selamba,
murobbiku menjawab:

Saya tidak meminta kamu membaca laju,
saya meminta kamu memperbanyakkan bacaan!

-----

Maksudnya:
memperuntukkan banyak masa untuk tilawah Al-Qur'an.

Berapa minit sehari kamu mengaji?
er. silap.
Berapa jam?

Ramadan Kareem.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, August 10, 2011

Special Ramadan: Ya, kita memang tak sama!

Assalamu'alaikum.

~ Syaitan sudah diikat. Masih mengeluh? Berdoalah ~
.by Supporthardcore.com through Google.


"Kau tak pe lah. Ada basic agama, ada educational islamik punya.
Aku ni lain. Dari dulu sampai sekarang tak pernah belajar agama!
Kita tak sama!"

Menarik nafas dalam-dalam,
tahan,
hembus.

Ya. Kita memang tak sama.
Beza kita hanya satu,
aku ingin berubah,
kau TAK ingin berubah.

Tapi, kita sama-sama hamba Allah kan?

-----

Maka,
ambillah Ramadan kali ini,
untuk keluar dari gumpalan dosa-dosa.

Kau tak tahu ke,
Kau 'pendosa' yang diberi peluang oleh Allah,
untuk menikmati keagungan bulan Ramadan.

Sama-sama hapus dosa,
sama-sama kita dekati Allah.

Bezanya,
nak dan TAK nak saja.

Cuba renungkan artikel ini:
by Hilal Asyraf of LangitIlahi

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"

Monday, August 8, 2011

Special Ramadan: Habis, kau ingat aku Malaikat?

Assalamu'alaikum.


Mereka tidak henti-henti mengatakan:

"Tak boleh la! Kau boleh la cakap.
Tapi, yang deritanya aku.
Kau ingat senang ke nak tinggal maksiat!
Kau apa tahu!

Merenung tajam padanya.

Habis, kau ingat aku Malaikat?
Manusia suci yang tak pernah bermaksiat?
Dan tak ada nafsu untuk buat itu dan ini?

-----

Ramadan ini,
cuba berhenti kata-kata negatif!

Bina keyakinan diri!

Bersama sahabat baik!

Jika tak boleh juga,
baik kau pergi pulau,
jauhi benda-benda dunia!

InsyaAllah terjaga.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Tak Boleh Ke?

Assalamu'alaikum.

~ Bukankah rehat itu bagus? ~
.by patheticmentally of deviantart.


Tak boleh ke nak rehat sebentar?
(Macamlah dia dah banyak amal >.<)

Wah...
Kenapa yer Syurga itu 'berat'?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, August 2, 2011

Wishing You: Ramadan Kareem

Assalamu'alaikum.


Izinkan saya untuk mengucapkan,
Ramadan Kareem

buat semua pembaca,
blog ini.

Semoga hati kita,
dapat dibersihkan dari kotoran-kotoran,
dan dirawat dari penyakit-penyakit hati,
yang menyebabkan jauhnya kita dari Allah.

Berusahalah,
untuk mendekati Allah!

Berusahalah,
untuk mencintai Allah!

Moga Allah memberimu kesenangan,
dunia dan Akhirat!

Doakan saya,
diberi Hidayah senantiasa.
Ameen.

-------

.Tulisan beberapa minit sebelum berbuka.
.dihadapan makanan yang tersedia.
.kini jarang dapat ber-internet.
.moga kita memanfaatkan masa sebaiknya.
InsyaAllah

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
There was an error in this gadget