Pages

Showing posts with label RR. Show all posts
Showing posts with label RR. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

RR : Jangan Jadi Mancis

Bismillah.

(sumber)

Jangan jadi mancis.
Lembut, kecil, dan senang dipatahkan.

Kata engkau,
mancis membakar diri untuk ummah.

Kata aku,
hanya orang bodoh membakar diri.

Kalau mahu,
jadilah sehebat pelita.

Bercahaya dan menerangi kegelapan,
tanpa harus membakar diri.

Mencintai tidak bermakna engkau harus 'membunuh diri',
Namun cintamu pada ummah harus menjadikan dikau lebih berjiwa besar.

Jangan jadi mancis,
tapi jangan membenci mancis. :')


"Saya adalah pemuji Allah"

Wednesday, January 6, 2016

RR : Tulislah

(sumber)

Ramai yang mahu mencetak orang lain,
Tapi tak ramai yang nak mengukir peribadi sendiri.

Sibuk berbicara tentang pembinaan modal insan,
Tapi buat-buat lupa tentang penulisan diari kehidupan sendiri.

Tulislah,
Bermula dari dirimu.


"Saya adalah pemuji Allah"

Tuesday, December 14, 2010

RR: ISLAM for all

Assalamu'alaikum.


Bekerjalah untuk ISLAM.
Bukan untuk Jemaah.

Hentikan permusuhan,
kerana itu bukan solusi.

Lihatlah dengan mata hati,
bukan dengan nafsu.

Jagalah hatimu,
kerana situlah jatuhnya pandangan Ilahi.

ISLAM for all,
not for you!

Jadilah sebarkanlah Islam,
walaupun satu perkataan.

Kerana orang baik,
menyebar kebaikan.

Mana mungkin,
orang baik menyembunyi kebaikan.
.RR.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, November 25, 2010

RR : Cuti

Assalamu'alaikum.


Jadilah Muslim yang benar-benar,
dengan memasuki ISLAM secara kaafah,
yakni secara menyeluruh,
bukan separuh-separuh.

Jika ketika kamu dalam alam sekolah,
juga sebagai seorang mahasiswa,
ibadah kamu mantap sekali,
kerana ada suasana yang sesuai,
bersama-sama kawan dan teman,
juga ditemani dengan tunjuk ajar si sifu,
menjadikan kamu bersemangat,
melakukan itu dan ini.

Musim peperiksaan tiba,
kawan-kawan sibuk semuanya,
guru dan pensyarah pula dengan kerjanya,
kamu keseorangan,
dengan buku-buku pelajaran,
bersedia menghadapi peperiksaan.

Akhir semester tiba,
cuti hujung tahun mendatang,
sahabat melancong ke luar negara,
luar negeri dan pelbagai tempat menarik,
kamu semakin lalai,
kerana tiada yang mengurusi kamu.

Wahai Pemuda MUSLIM!
Ketahuilah,
Muslim tiada masa cuti,
kerjanya 24 jam tanpa henti,
beribadah kepada Allah setiap masa,
setiap tempat dan segenap ruang.

Jika kamu ada masa cuti,
cuti beribadah,
cuti solat sunat,
cuti solat berjemaah,
cuti tilawah Al-Qur'an,
cuti solat rawatib,
cuti Qiamullail,
cuti sedekah,
cuti infaq,
cuti belajar ilmu,
cuti itu dan ini,
Maka AWAS!
Kamu dalam bahaya.

Kerana Muslim itu sentiasa bekerja,
24 jam tanpa henti,
kerja kerja dan kerja,
menghambakan diri kepada Allah.

Biarlah ibadah kita,
ketika musim pembelajaran,
juga musim peperiksaan,
dan musim cuti,
tetap Istiqomah.

.InsyaAllah.
.Renungan Ringkas.
.RR.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Saturday, October 9, 2010

RR : Qiamullail

Assalamu'alaikum.

Salam Selamat buat semua.


Terasa diri itu baik?
Nah,
jangan terburu-buru,
lihat kembali pada diri anda,
adakah anda betul-betul baik?
Atau setakat baik pada lidah sahaja?

Kalau anda betul-betul baik,
nescaya bukan susah untuk anda,
untuk bersama-sama dengan si DIA,
pada satu per tiga malam terakhir.

Kalau susah,
perlu semak lagi diri,
untuk jadi betul-betul baik.

Qiamullail,
untuk mereka yang baik-baik,
atau mereka yang bercita-cita jadi baik,
atau mereka yang jahat tapi bertaubat.
Moga kita sebahagian dari mereka.

.Renungan Ringkas.
.RR.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Saturday, September 25, 2010

Letih

Assalamu'alaikum...


Firman-Nya :
"Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia dari Allah. Dan sungguh, Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman, (171) (yaitu) orang-orang yang menaati (perintah) Allah dan Rasul setelah mereka mendapat luka (dalam Perang Uhud). Orang-orang yang berbuat kebajikan dan bertaqwa di antara mereka mendapat pahala yang besar.(172) (Yaitu) orang-orang (yang menaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, "Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) IMAN mereka dan mereka menjawab, "CUKUPLAH ALLAH (menjadi PENOLONG) BAGI KAMI dan DIA seBAIK-BAIK PELINDUG"

Letihkan hidup ini?
buat itu dan ini,
tapi yang pasti,
ia akan dibalas,
PERCAYAlah,
wahai Hamidi.

Assalamu'alaikum...
"Always remember ALLAH"

Friday, September 24, 2010

RR

Assalamu'alaikum...

Maaf,
sibuk sangat,
atau tak pandai jaga masa,
hingga tidak berpeluang,
bersama-sama,
blog ini,
dan anda.

Muhasabah diri,
senantiasa,
sibuk atau senang,
moga kelak senang dihisab.

Kata Saidina Umar R.A :
"Hisablah (muhasabah) diri kamu sebelum kamu dihisab!"

DIA berfirman :
"Demi masa, sungguh-sungguh manusia itu dalam keRUGIan..."

Ar-Rasul bersabda :
"Antara tanda-tanda baiknya seorang Islam itu ialah dia meninggalkan apa yang tak berfaedah"

.Renungan Ringkas.
-RR-

Assalamu'alaikum...
"Always remember ALLAH"