Jadilah Muslim yang benar-benar,
dengan memasuki ISLAM secara kaafah,
yakni secara menyeluruh,
bukan separuh-separuh.
Jika ketika kamu dalam alam sekolah,
juga sebagai seorang mahasiswa,
ibadah kamu mantap sekali,
kerana ada suasana yang sesuai,
bersama-sama kawan dan teman,
juga ditemani dengan tunjuk ajar si sifu,
menjadikan kamu bersemangat,
melakukan itu dan ini.
Musim peperiksaan tiba,
kawan-kawan sibuk semuanya,
guru dan pensyarah pula dengan kerjanya,
kamu keseorangan,
dengan buku-buku pelajaran,
bersedia menghadapi peperiksaan.
Akhir semester tiba,
cuti hujung tahun mendatang,
sahabat melancong ke luar negara,
luar negeri dan pelbagai tempat menarik,
kamu semakin lalai,
kerana tiada yang mengurusi kamu.
Wahai Pemuda MUSLIM!
Ketahuilah,
Muslim tiada masa cuti,
kerjanya 24 jam tanpa henti,
beribadah kepada Allah setiap masa,
setiap tempat dan segenap ruang.
Jika kamu ada masa cuti,
cuti beribadah,
cuti solat sunat,
cuti solat berjemaah,
cuti tilawah Al-Qur'an,
cuti solat rawatib,
cuti Qiamullail,
cuti sedekah,
cuti infaq,
cuti belajar ilmu,
cuti itu dan ini,
Maka AWAS!
Kamu dalam bahaya.
Kerana Muslim itu sentiasa bekerja,
24 jam tanpa henti,
kerja kerja dan kerja,
menghambakan diri kepada Allah.
Biarlah ibadah kita,
ketika musim pembelajaran,
juga musim peperiksaan,
dan musim cuti,
tetap Istiqomah.
.InsyaAllah.
.Renungan Ringkas.
.RR.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment