Pages

Saturday, November 13, 2010

Karpet merah

Assalamu'alaikum.

Buat para mujahid,
juga mujahidah,
yang bakal melalui satu hari yang bersejarah,
dalam kalendar Islam,
Hari Raya Eidul Adha.

Salam Eidul Adha,
saya dahulukan.


Red carpet,
cantikkan?

Pernah berjalan atas 'red carpet' ini?
Berjalan dari bawah naik atas,
dengan langkah penuh gaya,
lagak seorang Sultan di karpet kuning,
mendengar sorakan dari tepian.

Pernah berdiri sepanjang 'red carpet' ini?
Berjemur di bawah terik mentari,
menadah tangan menunggu giliran,
tangan pembesar disambut girang,
bertempik kegembiran teramat.

Pernah melihat 'red carpet' ini?
Menjulur dari kaki kereta Mercedes,
hingga ke kerusi Berlian?

---------------

Hehe,
aku mencuba pantun,
tapi,
kelihatannya tidak menjadi.

---------------

Mewah sekali kan?
Tapi...

Ketahuilah oleh mu,
jalan ke Neraka itu dihampari dengan karpet merah,
sedangkan,
jalan ke Syurga itu penuh dengan duri.

------------------

Tahu tak?
Menuju ke Syurga bukan dengan mengatakan,
"Wah... Letihnya!"
Di kala azan Subuh berkumandang.


Kenapa kamu selalu mengungkap,
"Aku nak masuk Syurga!"

Kenapa kamu selalu mengiyakan,
apabila ditanya,
"Kamu ingin masuk Syurga?"

Kenapa kamu mengangkat tangan,
ketikamana disoal,
"Siapa yang mahu ke Syurga?"


Tapi,
kenapa begitu sukar untuk kamu mengatakan,
"Saya nak ke Solat Subuh berjemaah di masjid!"

Kenapa kamu malu-malu untuk mengiyakan,
ketikamana kamu ditanya,
"Kamu nak ke masjid solat Subuh sama-sama esok?"

Kenapa kamu menutup mulutmu,
ketika orang di hadapanmu berkata,
"Siapa yang hendak bersamaku ke masjid esok?"

----------------------

Ikhwah wa Akhawat fillah,
kamu mengerti hal ini?
Sudah-sudahlah,
menjadi macam bayi.

Yang melelapkan mata,
di pagi hari,
kerana mencari ketenangan,
di sinar pagi.

Kau tu dah besar,
dah bersiap untuk angkat pedang,
dah kuat untuk memegang senapang,
kenapa masih manja, huh?


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: