Assalamu'alaikum.
Salam Selamat,
buat para tetamu,
yang tak jemu-jemu,
bertandang ke rumah ini.
"Akanku merinduinya!"
Detik hatiku.
-----------------------
Sekarang UIAM Gombak telah sampai penghujungnya.
Mahasiswa-mahasiswa semakin menyepi,
seorang demi seorang menghilang,
diriku juga bakal pergi,
tidak lama lagi.
Teringat kata seorang teman,
Bukan seorang,
tapi dua tiga orang,
yang bertanya kepadaku,
"Hamidi, kenapa datang UIA?"
Ketika itu aku baru keluar dari wad,
selepas usai menerima rawatan jasmani,
dari pakar-pakar yang pakar,
membantuku dalam kesukaran.
"Mencari spiritual yang hilang,
setelah terperap 3 minggu di hospital."
Jawabku,
menutup persoalan mereka.
---------------------
Tapi,
realitinya lebih dari itu,
aku kembali ke UIAM,
kerana ada sesuatu yang amat aku rindui.
Sesuatu yang tidak didapati di hospital-hospital,
sungguh,
aku amat merinduinya.
Semasa 3 minggu di'penjara'kan di dalam wad,
aku sering dilanda kemurungan.
Merindui ikhwah-ikhwah,
yang menghulurkan kasih sayang tidak berbelah bagi.
Tapi,
ada satu lagi yang aku merindui,
rindu amat sangat.
Aku... Aku...
Merinduinya,
Solat Subuh Berjemaah di Masjid UIAM Gombak.
-------------------------
Ketika dirawat,
aku tersedar,
bahawa ini juga nikmat.
Satu nikmat yang tidak dapat dipertikaikan.
Nikmat dimana kamu dapat berjalan,
dalam larutan kedinginan pagi hari,
kesegaran oksigen yang memenuhi ruang alam,
mendengar suara-suara desiran air,
sungguh,
ia amat indah bagi yang mengerti.
Hanyasanya kamu memasuki masjid,
melangkah dengan kaki kanan,
berbangga dengan sunnah Nabi,
terdetik di hati,
"Allah, aku datang kepada-MU,
tidak sabar rasanya,
aku rindu, ya Allah!"
----------------------
Menetap sebagai seorang pesakit,
di luar kawasan UIAM,
sangat-sangat menyakitkan,
sakit jasmani,
lebih parah,
sakit rohani.
Sungguh,
saat itu aku merindui,
Solat Subuh,
bersama-sama Ikhwah,
yang aku cintai kerana Allah,
bersama-sama Jemaah,
yang mempertahankan Sunnah Nabi.
Ahhhhhhh!!!
Aku amat-amat rindu!
-------------------
"Hamidi, kenapa anta datang UIA?"
Aku kembali mengingati soalan itu,
ia sentiasa berlegar di kepalaku.
"Aku kembali ke sini,
kerana aku ingin ke masjid,
aku ingin bersama dengan jemaah yang lain,
bersama-sama membesarkan Allah.
Aku rindu pada masjid.
Aku rindu pada solat berjemaah.
Aku rindu pada solat Subuh berjemaah."
Bisik hatiku,
tanpa melafazkannya pada yang lain,
cukuplah Allah,
sebagai saksi rinduku.
----------------------
Sekejap lagi,
aku akan melangkah keluar,
dan akan kembali,
3 minggu lagi.
Sekali lagi,
aku berjauhan,
dengan kekasihku,
Masjid UIAM Gombak.
Sungguh,
akanku merinduimu.
Sungguh,
jika Allah menetapkan takdirku,
untuk terus hidup sehingga tempoh itu,
akan ku kembali padamu.
Sungguh,
jika Allah masih memberiku Hidayah-Nya,
(aku memohon akan hal itu)
akan ku kembali kepadamu.
Sungguh,
aku amat-amat tidak suka,
untuk meninggalkanmu pada waktu ini.
Akanku merindui,
Solat Subuh berjemaah di bumi UIAM.
*Luahan hati.
Seorang perindu.
Kamu tidak merindui sesuatu?
Semoga kamu tetap bersamanya.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment