Salam Sejahtera hendaknya,
buat para Muslim dan Muslimat sekalian.
"Aku ada exam la hari ni!"
Itulah kata-kata yang akan terpancur keluar,
dari kebanyakan para penuntut,
mahasiswa mahasiswi,
juga pelajar sekolah,
dan seumpama mereka.
------------------
Bila hati ini tidak pernah dididik,
untuk merindui satu perkara,
maka begitu senang kita meninggalkannya.
Siapa yang mampu menahan makan 1 hari penuh?
Di kala hari itu ialah hari peperiksaan.
Siapa sanggup tidak tidur 24 jam?
Di kala hari itu ialah hari ujian akhir.
Siapa sanggup untuk melepaskan buku 1 hari penuh?
Jika hari esok ialah hari penentuan 'Graduasi' mereka.
aku fikir,
tiada yang mampu.
Jika ada,
cubalah bagitau.
Jujur atau tidak,
itu urusan kamu dengan Allah.
-------------------------
Satu soalan lagi:
Siapa mampu meninggal solat Subuh berjema'ah?
Pada hari examination mereka.
Anda mampu?
Cukuplah kamu menepuk dada kamu.
Bak kata-kata orang,
tepuk dada,
tanya Iman.
-------------------
Ada satu cerita,
hendak dengar?
p/s: sila kuatkan volume system anda.
Kalau masih tidak dengar,
baca pun dah OK kot.
---
Ada seorang pelajar,
yang kuat sangat beribadah.
Sehinggalah suatu hari,
tibalah hari kebesaran bagi segenap pelajar,
iaitu PEPERIKSAAN.
Maka si pelajar ini,
memberikan lebih tumpuan kepada akedemiknya,
lebih-lebih lagi,
ini adalah tahun akhir baginya,
siapa mahu mengulang tahun.
Penumpuan ini telah mengubah sedikit sebanyak kehidupannya,
dia lebih suka terperap dalam bilik,
untuk mendapat suasana pembelajaraan yang kondusif baginya.
Sehinggakan,
amalan-amalan semakin berkurangan,
bukan sengaja,
tetapi kerana tidak tersedar,
disebabkan segulung ijazah yang dinanti-nantikan.
Kebetulan yang sama,
si pelajar ini mempunyai seorang teman,
yang amat mengambil berat tentang amal ibadahnya.
Temannya melihat pelajar tadi,
semakin hari semakin sibuk dengan studinya,
sehingga tilawah Al-Qur'an semakin berkurang,
sehingga Qiamullail boleh dibilang dengan jari,
sehingga Sunat Rawatib diketepikan.
Itu belum dilihat pada Dhuhanya,
juga pada puasa serta bacaan Ma'tsurat,
dan amalan-amalan sunat yang lain.
Temannya kasihan melihat perubahan pada dirinya,
maka dia bertekad,
untuk menasihati kawannya yang satu ini.
Setelah berfikir panjang,
dia mendekati sahabat yang dikasihinya itu,
"Teman, kuat studi nampak."
Dia membuka bicara.
"Paper aku dua tiga hari lagi."
Jawabnya ringkas sambil memegang nota di tangan.
"Boleh aku tanya sikit tak?"
Temannya memulakan rancangannya,
dengan penuh tertib,
dan adab.
"Erm? Ada apa?"
Dia sedikit kehairan,
mendengar pertanyaan sedemikian.
"Aku lihat kau sekarang dah jarang ke masjid. Solat Subuh berjemaah."
Temannya bertanya jujur,
tanpa sebarang selindung,
mengetahui sahabatnya itu,
seorang yang berlapang dada.
"InsyaAllah. Lepas exam aku pergilah solat kat masjid kembali. Kau jangan risau."
Dia menjawab tenang,
sambil mengukir senyuman di bibirnya.
Sejuk mata memandang.
"Aku tanya satu soalan lagi boleh?"
Temannya berbahasa lembut,
takut mengganggu masa belajar kawannya.
"Teruskanlah sahabatku."
Dia mengizinkan.
"Kalau kau rasa nak buang air, engkau tahan ke, atau kau terus ke tandas?"
Tanya temannya,
dengan nada bersungguh-sungguh.
"Kau ni, tanya soalan pelik-pelik. Mestilah aku ke tandas dulu. Bereskan apa yang patut. Nanti tak khusyuk pula nak belajar. Kau mampu ke tahan satu hari tak ke tandas?"
Jawabnya panjang,
sambil menanya kembali,
dengan nada seloroh.
Temannya tersenyum,
mendengar jawapan darinya.
"Kenapa kau senyum?"
Tanya si pelajar itu kembali,
sambil mengangkat kening,
tanda kehairanan.
"Saudaraku yang aku kasihi, ketahuilah engkau telah mengutamakan tandas melebihi panggilan Tuhanmu. Ketahuilah, bagimu tandas itu lebih bermanfaat berbanding masjid."
---------------
Cerita ini diadaptasi dari satu artikel,
ini link asal.
Tetapi,
ingin aku mengubah sedikit cerita ini,
agar sesuai dengan perbincangan kita.
---------------
Ikhwah wa akhawat fillah.
Sejauh mana antum meletakkan masjid dalam hati antum?
Yang mana antum lebih utamakan,
solat Subuh berjemaah,
atau kertas peperiksaan?
Adakah waktu peperiksaan antum,
satu waktu dengan solat Subuh?
Di mana antum meletakkan solat berjemaah di masjid,
dalam jiwa antum?
Ketahuilah Firman Allah:
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
(At-Taubah, 9: Ayat 18)
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
2 yang kongsi idea:
Ringkas tetapi padat ;)
:)
Post a Comment