Pages

Tuesday, November 9, 2010

Sunni ke Syiah?

Assalamu'alaikum.

Buat para pembaca blog yang dikasihi.
Moga juga dikasihi oleh Allah.






"Dia ni Sunni ke Syiah?"

Begitulah soalan yang kerap ditulis oleh penulis-penulis blog,
akhbar, serta berita-berita terkini.

Pernah dengar mengenai Albert Einstain?
Juga pernah dipersoalkan tentang statusnya.
Kristian ke Islam?
Kalau Islam dia ni Syiah ker?
Juga dibawakan beberapa dalil (bukti) mengenai tuduhan yang dibawa.

Pernah mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain?
Best tak lagu-lagu dia?
Tahu tak dia juga disabitkan dengan soalan yang sama?
"Maher Zain tu Syiah!?"

Tidak cukup lagi,
novelis Malaysia juga disabitkan dengan soalan yang sama.
"Faisal Tehrani, kamu ni Sunni ke Syiah?"
Dia menjawab: "Saya Muslim. Kamu?"

------------------------


Sekarang ketepikan mereka bertiga,
juga insan-insan lain.

Saya ingin menanya kamu satu soalan,
"Kamu ni Sunni ke Syiah?"
Amacam?
Dapat jawab tak?

---------------------------

Haha.
Terkejut dengan soalan saya?
Mungkin juga tidak sangka soalan itu saya tujukan untuk kamu.

Mungkin juga ada kalangan kamu terdetik,
"Hamidi ni, cuba nak bagitau Sunni dan Syiah tu sama ke?"

Haha.
Sekali lagi saya ketawa,
jika itu yang kamu fikirkan.

Apa itu sahaja yang kamu tahu?
Tidak ada perkara yang lebih besar,
yang kamu ingin fikirkan?
Atau ingin kamu lakukan?

---------------------------

Para pembaca yang dikasihi,
moga-moga dikasihi Allah hendaknya.

Itu bukan soalan yang ingin saya tanya,
kepada kamu,
juga kepada diri ini.

Tapi ada satu soalan lagi,
yang lebih penting.

Itu adalah,
"Adakah aku ini Muslim sebenar-benarnya, atau sekadar Muslim pada namanya?"

Sahabat sekalian,
Ikhwah wa Akhawat fillah.

Lihat,
betapa ramai dalam kalangan kita,
yang sering leka dan lena,
dalam buaian kad pengenalan,
yang tertera perkataan,
ISLAM.

Sehinggakan,
kita sering kali susah,
dan berat untuk bangun pagi,
untuk bersama-sama,
dengan kaum Muslim sebenar,
untuk berjema'ah dalam lamunan Solat Subuh,
bersama si DIA.

Itu belum lagi,
jika ingin dipersoalkan,
dengan keberadaan kita,
bersama si DIA,
pada lewat 1/3 malam.

Fathi Yakan dalam kitabnya,
Musykilah Dakwah wa Daa'iyah.
(Permasalahan dakwah dan pendakwah),
menyatakan bahawa ubat utama masalah ummat kini,
ialah,
Qiamullail.

-------------------------

Sudah.
Hentikan menpersoalkan status orang lain.

Sudah.
Hentikan memperkatakan Syiah itu sesat.

Sudah.
Hentikan kebanggaan anda sebagai Sunni.

Jika anda,
belum mampu menjadi Muslim sebenar-benarnya.
Jika anda,
belum mampu bertemu Allah pada 1/3 malam.
Jika anda,
belum mampu melupakan dunia dalam Ibadahmu.
Jika anda,
belum mampu mengajak orang sekelilingmu bersamamu,
dalam larutan malam kegelapan,
bersamamu dalam Qiamullail.

--------------------------------


Firman Allah :
Orang-orang Arab Badui itu berkata, "Kami telah beriman." Katakanlah (kepada mereka), "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah, "Kami telah tunduk", karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (14)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. (15)

Katakanlah (kepada mereka), "Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu (keyakinanmu), padahal Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (16)

Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar." (17)

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang gaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (18)
(Al-Hujurat, 49: Ayat 14-18)              


Dekatkanlah dirimu dengan Sang Pencipta,
insyaAllah,
anda akan selamat dari soalan tersebut,
"Adakah aku benar-benar seorang Muslim?"

Moga-moga,
soalan terkemudian,
"Apakah aku ini Sunni atau Syiah?"
akan terjawab.

Saya mengharapkan,
para pembaca yang dikasihi,
lebih mengutamakan yang lebih utama,
insyaAllah.


........................................................................................................
*Ini satu percubaan. Percubaan artikel yang berat. Mengapa saya kata berat? Kerana ia boleh menimbulkan fitnah. Tapi, tak mengapakan kita mencuba?
*Buah cempeka di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan,
 Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

7 yang kongsi idea:

Unknown said...

ngaa.saya..(tanpa jawapan.)

Al-Mufakkir Hamidi said...

kenapa?

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t...Semestinya saya sunni...Sem0ga Allah memberi hidayah kepada syi'iyyin utk kembali kpd agama ISLAM dan sem0ga Allah memberi taufiq kpd sunniyyin utk beriltizam dgn ajaran ISLAM...Wassalam...

Al-Mufakkir Hamidi said...

Wa'alaikumussalam w.b.t...

Nice answer.
insyaAllah, semoga kita semua diberi Hidayah & Taufik-Nya untuk sama-sama dalam kebenaran.

p/s: macam mana dgn soalan satu lagi?
p/s/s: org Sunni kata dia betul. Org Syiah kata dia betul. Macam mana tu yer?

*Just bertanya. Sebagai ilmu untuk diri dan yang lain.

Anonymous said...

Salam kembali...:)..Nak nilai bet0l ke x, tg0klah manhaj/dasar/pegangan/dsb...

Betapa ramai umat Islam sunni yg bermaksiat, adakah itu menandakan bhw Islam itu batil ??..

Betapa ramai org kafir yg baik hati, adakah itu menndakn kekafiran itu benar??..

Ter0kailah Al-Quran, Hadis, Kitab2 ulama' sunni dengan memerhati manhaj yang dibawa oleh Islam...

Beleklak kitab2 ulama' syi'ah dgn memerhati manhaj/aqidah yg mnjadi pegangan mrk...

Bukalah kitab2 agama nasrani/yahudi/dsb utk mngetahui teologi yang dibawa...

Kalau agama itu dinilai pd penganutnya, nescaya agama mana yg akhi rasa betul ??

Sesungguhnya ISLAM itu tinggi dan tiada agama lain yang mengatasinya..

mo0d : memebela ahli bayt dan sahabat rasulullah s.a.w yg dicerca dan difitnah..

Jgn marah ya Akhi...hehe...

Smoga bermanfaat...

Ana akhikum fil Islam...Wassalam..

Anonymous said...

ralat

* membela
* akhukum

Anonymous said...

Silapnya bukan pada ISLAM tapi salahnya pada MUSLIM (read as sunni)...Kita yg x pndai membawa Islam dlm kehidupan..Kita yg menjadi fitnah kpd Islam..Kerana tidak dpt dinafikan (secara urfi, waqi'e dan fitri), manusia menilai sesuatu pada pembawaan syakhsi...

Allahu yubarik fik ya akhi fillah.

Wassalamu'alaikum w.b.t.