Salam Perjuangan untuk semua pendakwah,
dan juga para yang didakwah.
Hari Rabu lepas,
dalam kelas Contemporary Islamic Movement,
saya bersama beberapa rakan,
menerima tugasan untuk presentation.
Tajuk yang kami terima ialah,
Hizb ut-Tahrir.
Dalam bahasa Melayu,
Parti Pembebasan.
--------------------
Ikut sejarah,
pengasas Hizb ut-Tahrir,
Syeikh Taqiuddin al-Nabhani,
asalnya adalah pengikut,
jemaah Ikhwanul Muslimin.
Antara sebab beliau keluar,
dan membuat jemaah baru,
adalah kerana dia tidak bersetuju,
dengan cara dakwah Ikhwanul Muslimin.
Dia menegaskan,
bahawa Ikhwanul Muslimin,
terpengaruh dengan unsur-unsur Barat.
Dengan menggunakan 3 cara dakwah yang ringkas,
Syeikh Taqiuddin al-Nabhani yakin,
bahawa Khilafah Islamiyyah akan dapat dikembalikan.
Bermula penubuhan di Masjidil Aqsa, Jerusalam,
dan kini Hizb ut-Tahrir telah berkembang dengan pesat,
ke serata dunia.
Pakistan
Indonesia
Britain
Amerika
Denmark
Australia
Kanada
Palestin
--------------------------------
Dikala para pendokong (yang perasan mendokong) Ikhwanul Muslimin,
menyelar sikap mereka,
dengan mengatakan bahawa mereka cuba mengoyakkan tali kesatuan sesama Muslim,
mereka (Hizb ut-Tahrir yang shadid) menjawab:
"Umat ISLAM bersatu di bawah Bendera dan Panji Rasulullah"
cuba mengatakan bahawa mereka bersatu padu,
tetapi hakikatnya,
mereka mempunyai pelbagai jenis persatuan,
dan semuanya meng-claim diri mereka sebagai Ikhwan.
Apakah ini?
Sedang mereka yang fanatik dengan Ikhwanul Muslimin,
menghina dan berkata buruk tentang Hizb ut-Tahrir,
tahukah kamu bahawa,
Hizb ut-Tahrir hanya ada satu kesatuan sahaja?
iaitu:
------------------------
Pernahkah kamu mengkaji pasal Hizb ut-Tahrir?
atau kamu pakat main hentam sahaja?
dengan membuta tuli?
Tidaklah saya ingin memburukkan Ikhwanul Muslimin,
kerana saya sekarang juga seorang Ikhwan.
Cuma,
saya tertarik dengan kata-kata pimpinan Hizb ut-Tahrir:
"Wahai muslimin semua, sesungguhnya orang-orang Hizb ut-Tahrir akan datang kepada kamu, maka bukalah hati-hati kamu, dan terimalah panggilan kami. Ketahuilah, kami akan datang kepada setiap pintu rumah kamu, dan kami akan mengetuk pintu-pintu rumah, maka bukalah pintu itu! Atau kami sendiri yang akan memecahkannya!" (dengan maksud mengeluarkan muslim hari ini dari masalah Jahiliyyah)
Adakah orang Ikhwan selantang itu?
Aku merenung...
(dan aku tidak mengatakan bahawa Hizb ut-Tahrir adalah jemaah yang terbaik. kerana aku mengkaji)
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
3 yang kongsi idea:
Salam,,berkongsi idea,,,, rujuk buku at-thoriq ila jamiatul muslimin,,,kat maktabah ada....
Pesanan,,,jangan terlalu cepat menDakwa
Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.
Bolehkah Negara Islam Tertegak Melalui Demokrasi?
Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/
Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.
Abd Rahman:
Wassalam.
insyaAllah ana akan luangkan masa untuk membacanya :)
- betul! jangan cepat menDakwa! :)
Abu Idris:
Terima kasih.
insyaAllah saya kan melihat perkembangan2 terkini KHILAFAH. :)
Post a Comment