Pages

Monday, March 14, 2011

Hatiku Batu

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pemiliki hati-hati murni,
dan buat para pencinta hati-hati suci,
juga buat para yang bercita-cita untuk memiliki hati bersih.


Sejak belakangan ini,
hati ini terasa keras sekali.


Bila masalah menghujam,
dengan pelbagai dugaan,
hatiku tetap ampuh,
tidak tergugat macam dulu.

Kalau dulu,
bila ada ujian sedikit,
hati terus resah gelisah.
Kepala pening-pening ligat,
memikirkan cara solusi masalah itu.

Bila dua tiga masalah datang serentak,
hatiku berpeluh dengan sedikit ketakutan.
Takut-takut,
semua perkara tidak menjadi.

Bila urusan tarbiyah,
bertindan dengan urusan pelajaran,
ditambah lagi dengan aktiviti persatuan,
dalam satu tempoh yang sama,
boleh gila dibuatnya.

Tapi itu dulu,
sekarang lain.

Kini,
bila lima enam perkara datang serentak,
aku dapat tenangkan diri.
Pada awalnya,
aku tidak ambil kisah akan hal itu.
Tapi lama-lama,
aku dapati ada something wrong.

Pelik,
dan lebih teruk dari itu,
ia amat MENYEKSAkan.

---------------


Pada awalnya,
aku bangga dengan keadaan ini.

Apa tidaknya,
bila kamu melihat orang gundah-gelisah,
mencarut tak tentu hala,
menyalahkan takdir itu ini,
kamu pula dalam keadaan tenang sahaja,
sempat lagi ketawakan mereka itu.

Tapi,
ke-bangga-an ini ada batasannya juga.

Selepas sekian lama,
aku amat hairan melihat perubahan pada hatiku ini,
sungguh,
ia sesuatu yang berlainan.

Aku akui,
hatiku telah keras dari mengeluh,
apabila pelbagai ujian menghujam dalam satu masa.

Tapi,
masalah yang aku kira lebih besar,
menimpa ke atasku,
dan aku kira,
ia adalah rancangan Syaitan Laknatullah,
juga satu ujian dari Allah,

--------------


Tatkala aku mendengar tangisan,
ketakutan dan keinsafan seorang ikhwah,
ketika melakukan solat Tahajjud bersamanya,

aku... aku...
huh... susah sekali untuk menitiskan air mata.

Tatkala aku mendengar azan berkumandang,
melihat ramai ikhwah bersiap-siaga,
menuju ke masjid atau surau berdekatan,

aku... aku...
huh... berasa amat malas sekali untuk,
mengawali solat berjemaah,
apatah lagi untuk hadir ke masjid.

Tatkala seorang ikhwah mengejutkanku,
dikala aku lena dibuai mimpi,
dan melihat dirinya rukuk serta sujud dalam gelap malam,

aku... aku...
huh... masih lagi sempat berbicara di hati,
"lima minit lagi, lima minit lagi aku bangunlah"

Tatkala aku menghadiri ke majlis-majlis ilmu,
memandang sekeliling,
ku melihat ada ikhwah yang begitu fokus sambil angguk-angguk,
ada juga yang matanya berair,
kesan dari bicara hebat si pekata,

aku...?
huh... sungguh hati ini telah keras.

Kini,
mudah saja aku melewat-lewatkan solat.

Kini,
mudah saja aku bermasam muka dengan sahabat.

Kini,
mudah saja aku untuk malas memberi salam.

Kini,
mudah saja aku mengatakan, itu bukan urusanku.

Kini,
mudah saja aku mengeluh, aku sudah penat Ya ALLAH!

------------


Siapa yang inginkan hati ini?
Hati Batu.

Mahu tak mahu,
aku kena kikiskannya,
walau penat dan menyakitkan.

Aku tetap mengulang-ulang satu kata-kata:
"Hamidi, sekarang Allah ingin menguji keikhlasanmu. Bersabarlah. Ikhlas itu bukan perkara yang senang. Bersakitlah dahulu. Allah melihat sejauh mana keikhlasanmu, bukan katamu, bukan amalmu."

"Ya ALLAH, berikanlah ku kekuatan, berikanlah ku keikhlasan"

Sungguh,
aku hairan,
melihat mereka gembira bermaksiat.

Tidakkah pernah mereka memperhatikan hati mereka?

----------------

"Para Nabi dan Sahabat, hati mereka betul-betul sensitif." - kata seorang ikhwah.

Ingat Daku dalam Do'amu.
Wahai pembaca dan sahabtku sekalian.

Aku hanya menginginkan, hati yang selalu mengingati ALLAH.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: