Salam Semangat, untuk para pencari Semangat!
~sesi 1~
~sesi 2~
~sesi 3~
'Salam, sir..terima kasih banyak2 sebab banyak ajar saya dulu. Alhamdulillah, walaupun addmath saya tak leh A. Tp, saya dapat jugak B..terima kasih byk2 atas ilmu yang dicurahkan..semoga Allah akan membalas jasa sir selama ini.'
-mesej dari Aina-
23 haribulan yang lepas,
keluarnya result SPM.
Aku tumpang gembira.
---------------
Kini aku merasainya sendiri,
satu kepuasan yang amat-amat nyata,
satu kegembiraan yang amat-amat luar biasa,
satu ketenangan yang mampu mengukir senyuman,
satu kesenangan yang tak mampu dibeli.
Sungguh,
seorang guru tak akan meminta ganjaran,
juga sanggup berkorban apa saja yang mereka ada.
PERCAYALAH!
-----
Dulu,
kita sering melihat guru itu biasa-biasa,
datang kelas, arah buka buku,
tulis something pada papan hitam,
habis kelas, bagi kerja rumah,
kemudian balik. Yay!
Dulu,
kita sering umpat,
"Cikgu tu garang giler, macam nak makan orang!"
tak pun kita cakap belakang,
"Tengok sir tu, jalan macam pompuan. Geli!"
atau mungkin ini,
"Benci aku ustaz tu, ada ke patut dia rotan aku? Tak guna betul!"
juga mungkin terlintas di hati,
"Aku tengok bodoh je madam ni, aku hebat lagi speaking"
dan boleh jadi seperti ini,
"tak best la cikgu ni, tak cool!"
--------
Kita sering dengar orang kata:
"Kita tak tahu betapa beratnya tanggungjawab seorang bapa, sehingga kita sendiri menjadi bapa!"
Dan izinkan aku berkata:
"Kita tak tahu bertapa beratnya tanggungjawab seorang guru, sehingga kita sendiri menjadi guru!"
------------
Dan saya pernah mendengar,
guruku kata,
"Cikgu hanya mengharapkan kejayaan kamu sahaja!"
Dan kini semuanya terbukti!
Apabila saya menerima pelbagai mesej yang menguja jiwa ini:
'Salam, apa pun syukur Alhamdulillah.. Dapat 2A ja, yang lain dapat kredit..Addmath tu rugi sangat2, dapat B+' - Shafiq
'Alhamdulillah..dapat 4A... tak dapat yang baik... addmath dapat B+' - Faidhi
'4A.. addmath C+' - Amri
'Salam, 8A je sir, addmath un nasib baik lulus.. hehe' - Nasyrahah
'Salam. addmath B sir. hehe.' - Sarah
'Salam sir, Nora ni.. Time kasih ek ajar addmath.. time kasih sangat-sangat' - Nora
'Salam... timo kasih.. result ok sir.. saya boleh 8A.. Alhamdulillah addmath A... timo kasih huk2' - Ain
'Salam sir.. sir saya dapat 2A jah... hu3... subjek sains dan ingeris dapat B.. 2A, 6B..addmath dapat B+ sir' - Zafirah
Hatiku senang melihat mereka senang dengan kejayaan.
Dan semua kesyukuran kembali kepada Allah,
Sang Maha Memberi Kejayaan!
-----------
Aku berhenti sejenak.
Merenung kehidupanku bergelar mahasiswa.
Melihat diri ini,
juga sebahagian besar pelajar,
asyik terus-terusan berkata:
"Aku dah penat belajar!"
Bila 2 orang pelajar yang gila markah bertemu,
pelbagai ungkapan kurang enak kedengaran,
"Come on la lecturer tu,
aku punyalah tidur lambat semalam,
ni jer markah yang aku dapat?
Bengang betullah!"
Bila 2 orang pelajar yang belajar not smart bertemu,
juga ribuan ungkapan kurang smart kedengaran,
"Letih la belajar subjek ni,
pening kepala aku,
dah la lecturer mengajar tak sedap"
Bila 2 orang pelajar yang belajar exam-based oriented bertemu,
unlimited ungkapan bodoh-bodoh terkeluar,
"Final exam tak lama lagi ni,
lecturer aku tu tak paham jiwa student la,
sampai sekarang tak bagi-bagi lagi soklan spot.
Minta tak nak bagi pulak,
konon dia tu hebat, hebat la sangat"
-------------
"Kita tak tahu bertapa beratnya tanggungjawab seorang guru, sehingga kita sendiri menjadi guru!"
Percayalah padaku satu hal,
kamu tidak akan dapat merasai penderitaan seorang guru,
sehingga kamu sendiri yang merasainya secara live!.
Dah la,
jangan berangan kamu tu lebih hebat dari guru,
jangan perasaan kamu tu lebih mulia dari guru,
jangan takabbur dengan kebodohanmu hadapan kemuliaan gurumu,
Buat malu muka aja.
Jika kamu tak mampu nak mampu nak mengangkat tangan,
ketika mana gurumu menanya satu soalan,
jangan perasaan kamu mampu mengangkat pen marker,
dan kemudian menulis-nulis di papan putih itu.
Dah la merungut kepenatan,
kerana gurumu/lecturermu tak pernah merungut.
Dah la merasa diri sangat-sangat letih,
kerana gurumu/lecturermu tak pernah melenting keletihan.
Usaha belajarmu jika dibandingkan dengan usaha mengajarnya,
umpama sebutir nasi dalam pinggang penuh.
Hentilah mengumpat dan mencelanya.
------------------
Ketika di tuisyen dulu,
saya mencipta satu slogan,
untuk memikat hati-hati remaja kini,
agar belajar tidak lagi macam orang-orang biasa.
"BELAJAR BUKAN LAGI KERANA EXAM... TETAPI TIMBA ILMU KERANA CINTA KEPADA ALLAH"
Percayalah,
kamu tidak akan rugi,
jika kamu ikhlas kerana Allah!
anak didik, mereka adalah generasi hadapan umat ISLAM!
melalui keberkahan dan pengorbanan si pendidik!
-----
Turut dalam entri ini,
saya uploadkan montaj video,
Tuisyen Intensif AddMath IceBlenz sesi 2010.
selamat menonton dengan hati!
----------------------
*banyak sedikit ketidak teraturan dalam tulisan ini. kerana diri dirunding rasa amat-amat teruja, juga perasaan sangat-sangat marah pada mereka yang tak hormati guru mereka.
*untuk bacaan tambahan,
boleh ke link ini: Next Generation
dan juga ke link ini: Guru. Apa yang kamu tahu?
Selamat bermuhasabah,
dan carilah restu gurumu,
selalu.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment