Pages

Tuesday, February 9, 2010

NexT GeneratioN ...


Assalamualaikum...

Salam sejahtera kepada para pembaca.
Salam Mujahadah kepada para penuntut ilmu.
Moga-moga kita semua termasuk dalam golongan mereka yang berada di bawah rahmat-Nya.



-----------------------------------------------------------------------------

- NEXT GENERATION Of MUSLIM -

Ramai yang bertanya, dan akan menanya,
siapakah dia generasi Muslim 'sebenar' seterusnya?
yakni generasi yang akan mengembalikan Kegemilangan Islam.
Menerusi Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan,
melawan semua kebatilan dan kerosakan dunia,
menghapuskan kekejaman dan kezaliman pemimpin negara2,
meruntuhkan sistem komunisme, kapitalisme, nasionalisme dan seumpamanya,
membina kembali khalifah Islamiah.


Jadi, siapakah dia itu?
Jika kamu menanya kepada saya, saya akan menjawab :
"Itulah KITA. Kitalah generasi yang akan mengembalikan Khalifah Islamiah.
Kalau bukan kita, adakah kita hendak menunggu kaum kafir yg membinanya?
Itu sesuatu yang mustahil.
So, kalau bukan orang kafir, siapa lagi? -Kita!!!"

-----------------------------------------------------------------------------

Ramainya orang Muslim di muka bumi ini,
Tetapi ramai juga yang pengecut,
kenapa?

Ada satu kisah, ketika saya belajar di sekolah menengah. Ketika itu, sekolah saya (Ma'ahad Muhammadi Lilbanin) menyarankan agar pelajar-pelajar memakai jubah setiap hari Khamis. Jadi, 'sunat' bagi pelajar sekolah ini untuk mengenakan jubah putih pada hari ini, termasuklah ke atas saya. Pada suatu hari Khamis, selepas tamat waktu pembelajaran di sekolah, saya pulang ke rumah dengan menaiki bas bersama seorang kawan. Sebelum kami menaiki bas untuk ke pusat bandar, kawan saya menyalin pakaian jubahnya dengan pakaian biasa.

Saya hairan dan bertanya : "Kenapa tukar pakaian pula? kenapa tak terus je pakai jubah?". Dibalasnya dengan satu ukiran manis pada bibirnya, "Malulah." Saya terus menanya, "Bukankah kamu kata nak ubah cara pemakaian umat Islam? Nak menjadikan bandar Kota Bharu penuh dengan mereka yang memakai pakaian berteraskan Islam. Agar para pemuda memakai pakaian yang sopan dan sedap ditatap. Agar para pemudi melabuhkan pakaian mereka meliputi badan mereka. Bukankah itu yang kita sedang buat? So, kita harus menjadi contoh!'. Dengan segan silu, dia menjawab, "Tunggulah orang lain 'start' dulu, nanti barulah saya pakai."

---------------------------

Inilah umat sekarang.
Mahukan perubahan dalam Islam.
Mahukan kebangkitan kegemilangan Islam.
Mahukan itu dan ini.

Tapi, aih... entahlah...
susah nak cakap...
apa pun, kamu dah paham bukan?

---------------------------

Tapi Alhamudulillah...
dengan kerjasama IceBlendz Cafe,
Cafe yang dimiliki oleh keluarga saya (هذا من فضل ربّي)...

Kami cuba untuk mengadakan satu program yang menerapkan unsur-unsur keIslaman dalam jiwa anak muda-mudi terutamanya di kampung saya. Buat masa sekarang, IceBlendz Cafe menganjurkan beberapa program dan satu daripadanya ialah tuisyen intensif AddMath. Diterapkan pelbagai aktiviti menarik yang berunsur Islamik (InsyaAllah). Dan antara tujuannya ialah : untuk menyatakan bahawa Islam tidak pernah memisahkan kehidupan dunia (seperti pembelajaran AddMath) dengan kehidupan Akhirat. Bahkan Islam menyuruh umatnya agar berusaha untuk menjadi insan yang serba boleh dalam urusan Dunia dan Akhirat. Agar, suatu hari nanti, umat Islam apabila mereka bercakap pasal Al-Qur'an, mereka akan mengaitkan dengan ilmu-ilmu sains dan teknologi dan sekaligus akan mengukuhkan kefahaman kita dan orang awam tentang kebenaran Islam.

Tuisyen ini juga cuba untuk melahirkan generasi yang lebih mantap, dari segi Akidah dan Ilmu Dunia, untuk menjadi khalifah yang lebih baik. Antara aktiviti yang dimasukkan dalam tuisyen ini ialah :

1. Memulakan kelas dengan bacaan Do'a.
2. Penerangan tentang kelebihan saf lelaki dihadapan dan perempuan di belakang.
3. Memulakan kelas dengan tadabbur satu ayat Al-Qur'an.
4. Tayangan video [Kejayaan Khalifah Islam dahulu, 10 wasiat Hassan Al-Banna, Untukmu Ibu, Air Mata Palestin, Projek Pengembalian Solat Subuh Berjema'ah, Bisikan Syaitan dan sebagainya]
5. Pengajian AddMath (Silibus Tingkatan 4).
6. Tazkirah Ringkas
7. Bacaan Do'a penutup.
8. Persembahan daripada peserta (mengenai kefahaman terhadap pembelajaran).
           Dan banyak lagi ...

Alhamdulillah,
program ini mendapat feedback yang baik daripada peserta dan mereka mengharapkan agar program ini diteruskan lagi pada masa hadapan. Malahan, saya melihat banyak perubahan yang dapat dilihat dalam diri peserta dalam tempoh yang singkat itu. Alhamdulillah, segala pujian itu hanya layak bagi Engkau. Tidaklah aku berhak untuk menerima sebarang pujian, kerana Engkau yang memberi ilham kepada kami sekeluarga untuk melaksanakan program ini. Dan kerana Engkaulah yang telah melancarkan proses program ini. Dan kerana Engkaulah, wahai Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, yang telah memberi Taufik dan Hidayah-Mu pada kami semua untuk menjadi lebih baik.

Saya teringat satu kata-kata : "Cikgu, Ustaz, Ustazah, Teacher, Lecturer, Ulama', mereka hanya mampu untuk mengajar, mendidik, memberikan nasihat. Tetapi, yang memberi kefahaman (Hidayah) ialah Allah S.W.T." MaasyaAllah. Sungguh besar keAgungan-Mu.


------------------------------------------------------------

Wahai umat Islam yang membaca blog ini,
saya teringat satu pesanan 'Nenek' dalam majalah SOLUSI.
Katanya : "Jangan kita kedekut Ilmu!"

Wahai insan bernama Muslim,
sebarlah dakwahmu walaupun sedikit.
Rasulullah S.A.W bersabda : "Sebarkanlah dariku walaupun satu ayat."

Wahai generasi Rabbani yang akan datang,
binalah Islam dalam dirimu,
nescaya akan terbina Islam disekelilingmu.
bantulah dirimu dalam mengenal Tuhanmu,
dan bantulah saudaramu dalam mengenal Tuhan mereka,
dan sama-samalah kita membina diri kita untuk kebangkitan Islam.

Ada seorang Ulama' mengatakan :
"Allah menciptakan duka dan suka, dan kedua-duanya tidak akan kekal, duka akan hilang, begitu juga dengan suka, suka akan hilang, yang kekal ialah Akhirat."

Carilah 'suka' di Akhirat dengan mencari Reda Allah.
Tuhanmu,
Tuhanku,
Tuhan kita...

------------------------------------------------------------


Terima kasih kerana sudi untuk meluangkan masa bersama-sama blog ini.
Segala yang baik itu datang dari Allah,
yang buruk itu datang dari penulis.

Dan saya ingin memohon maaf, jika terdapat banyak kesalahan dan kesilapan dalam penulisan kali ini. Kerana saya menulisnya dalam tempoh yang singkat dan pada waktu yang kurang sesuai. Oleh itu, semua yang tercatat di atas datang direct dari benak kepala penulis. Dan maaf, kerana saya tidak sempat untuk menyunting entri kali ini. Dan maaf, kerana saya publish entri ini dalam waktu dan situasi yang kurang sesuai. InsyaAllah, jika sebarang komen dan pembetulan, bolehlah dinyatakan. InsyaAllah, akan di'edit' kemudian.

Hanya kepada Allah lah tempat kita kembali
Assalamualaikum...

"Always remember ALLAH"

1 yang kongsi idea: