Assalamualaikum.
Salam Selamat dan Sejahtera buat para pembaca yang di-Rahmati.
"Kita kepunyaan Allah, dan kepada-Nya lah kita akan kembali".
Seminggu lebih tidak di update. *Senyum*
Banyak perkara berlaku. *Terus senyum*
Apa lagi yang harus saya bicarakan? *Seyuman menghambar*
Untuk tatapan para pembaca. *Serius*
Pembaca di-Rahmati,
Pertama sekali, suka saya untuk mengucapkan 'SALAM MAULIDUR RASUL 1431H'. Semoga apa yang berlaku pada hari ini, dan yang bakal, memberi kita satu spirit baru untuk kita menyintai dia, kekasih Allah, Saidina Muhammad SAW. Pelbagai peristiwa dan program yang diatur pada semalam hari, dan hari ini. Semuanya berkisarkan tentang kehidupan Rasulullah. Ada yang membicarakan pasal kelahiran Rasulullah, ada yang bercerita perihal kehidupan Baginda SAW secara umum, ada yang berceramahkan tentang saat-saat kewafatan Baginda SAW, tidak lupa juga yang saling nasihat-menasihati mengenai wasiat-wasiat yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Adakah kita sebahagian daripada peserta itu? Ucaplah : YA!
Saudara saudari sekalian,
Hari ini UIA Gombak mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul ini. Dimulai pada pukul 7.30am. Tetapi tidaklah penulis bersama-sama dengan mereka. Terasa berat sikit badan untuk turun berjalan bersama-sama dengan para pencinta Rasulullah SAW ini. Astaghfirullah.
Entah. Perasaan malas menerja ke segenap badan penulis. Hinggakan hendak bangun di awal pagi pun sukar. Malahan, hari ini, penulis terlajak solat Subuh berjema'ah bersama-sama dengan saudara seMuslim yang lain di masjid utama UIA, tidak seperti biasa. Rindu pula suasana pagi hari. Sudah lama saya tidak bersama mereka, disebabkan beberapa hal. Tapi, adakah ini layak untuk saya jadikannya sebagai jawapan ketika disoal oleh Allah kelak? Astaghfirullah. 'La yaghfiruz zunu-ba illa anta'. Aku pohon dijauhkan daripada mendapat kemurkaan-Mu ya Allah, Ya Affuw, Ya Ghoffar, Ya Tauwwab.
- gambar hiasan -
Pagi tadi, bilamana mata dibuka, GELAP. Kedengaran hujan lebat mencurah-curah ke bumi dengan lebatnya. Jasad ini digerakkan, menuju kepada jam tangan yang tergantung berhampiran dengan meja tulis. Astaghfirullah. pukul 7 pagi? Menyelak langsir yang menutupi tingkap. GELAP. Hujan lebat telah menutupi cahaya yang sepatutnya menyinari pagi hari, seperti biasa. Menjenguk pula ke copartment roomates. GELAP. Masih lagi terbaring dengan penuh lena di atas empukan tilam. Kejutkan mereka. "Bangun Bangun! Dah pukul 7! Cepat, pegi solat Subuh!"
Bergegas ke bilik air bersama berus gigi dan ubatnya. Badan terasa penat. Bukan tanda letih, tetapi terasa lemah dan takut akan kemurkaan Yang Maha Menyiksa. Ini dah kali ke berapa saya terlewat bangun. Allah! Ampunkan hamba-Mu ini.
Solat Subuh, baca Ma'tsurat. dan terlena lagi. Astaghfirullah.
Saya terus menyiapkan keperluan untuk sarapan. Sesudah itu, saya mula memikirkan, apa yang harus dibuat pada hari ini. Tiba2, teringat pula akan perarakan yang dianjurkan oleh pihak universiti. Menyesal pula rasanya tidak ikut serta. Tetapi, dah pun terlambat.
Masa harus diluangkan sebaik mungkin. Tidak mahu saya habiskan masa dengan termenung kosong. Lebih-lebih lagi hari ni, Maulidur Rasul. Harus di isi dengan program/perkara yang berfaedah. Yang dapat mendekatkan diri kepada Ilahi. Allah, berikanlah aku Hidayah-Mu.
Ahaa... Video ceramah oleh Habib Ali tentang kehidupan Rasulullah SAW. Mungkin itu yang terbaik mampu saya lakukan buat masa sekarang. Tanpa berfikir panjang, saya terus mengadap laptop yang di amanahkan oleh Allah kepada saya untuk digunakan pada jalan mendekatkan diri kepada-Nya. Saya mengisi hampir 2 jam di hadapan ceramah oleh seorang Syeikh yang masyhur itu. MasyaAllah. Aku berterima kasih pada-Nya, kerana telah memberikan aku ilham untuk aku mengisi masa yang terluang dengan perkara berfaedah, aku kira.
----------------------
Tetapi, kisah hidup penulis bukanlah tujuan asal yang ingin dipaparkan disini, tetapi lebih kepada perkara positif yang boleh dipraktikan. Mungkin para pembaca boleh menilainya sendiri. Moga-moga kita semua dapat mengambil iktibar apa yang berlaku kepada kita pada hari ini. InsyaAllah.
----------------------
- gambar hiasan -
Melalui pengisian saya bersama video itu, banyak perkara baru yang saya pelajari. Hanya pada Allah tempat saya memuji. Alhamdulillah.
Sheikh Habib Ali telah menceritakan pelbagai peristiwa yang menarik yang telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, tentang kelahiran Baginda, kehidupan serta saat kewafatan Baginda, dan juga apa yang berlaku kepada Para Sahabat selepas kembalinya Baginda SAW kepada Allah. Diceritakan juga cara-cara beradab dengan Rasulullah SAW, tentang wasiat-wasiat daripada Baginda SAW, dan juga tentang penentangan beberapa golongan terhadap mereka yang cintakan Rasulullah SAW, serta beberapa lagi.
Alhamdulillah. Mengisi masa dengan video ini lebih bermanfaat daripada berjalan-jalan kosong, daripada menonton filem-filem barat, daripada mendengar muzik-muzik yang tidak terpakai dan seumpamanya.
Isilah masa dengan aktiviti yang berfaedah. Salah satu wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna ialah : "Maksimumkanlah faedah waktu anda. Tolonglah orang lain memanfaatkan masa". Dan salah satu daripada 10 Muwasafat Tarbiyah : "SANGAT MENJAGA MASA". Hanya kepada Allah lah kembali segala kepujian.
Entah, apa lagi yang harus dituliskan di sini. Sepertinya, saya kehabisan idea untuk menulis. InsyaAllah, sehingga bertemu lagi pada entri akan datang.
Assalamualaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment