Pages

Friday, February 12, 2010

They're Mine

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera buat warga pembaca yang dikasihi,
Moga-moga kita semua berada di bawah teduhan Kasih dan Rahmat Allah.






Ketika tengah bersarapan pagi tadi, saya berfikir tentang isi yang akan dimuatkan dalam blog kali ini. Semasa berkhayal seketika sambil menyuapkan sekeping roti ke dalam mulut yang kelaparan, saya teringat zaman persekolahan dahulu. Sekali gus teringat akan kawan-kawan dan teman-teman seperjuangan yang selalu bersama-sama membina ukhuwwah yang akhirnya menjerumus ke  lembah kasih-sayang.

-------------------------------------------

Teringat pada Afif. Best friend I ever had when I was in primary school. Afif adalah seorang individu yang diuji oleh Allah dengan penyakit 'lelah'. Walaupun begitu, dia dapat menyembunyikan penyakitnya itu dengan menzahirkan wajah yang penuh dengan kasih-sayang dan ceria. Afif seorang yang peramah dan mudah didekati. Sepanjang tempoh bersama beliau, saya merasakan begitu bahagia sekali. Kata-katanya yang menawan hati dan penuh adab dan sopan membuatkan para pendengar khusyuk melayaninya.

Pernah satu kali saya berkata padanya : "kan baik kalau kita ni adik-beradik. Mesti best punya!" Dengan senyuman yang indah di bibirnya, dia dengan tenang menjawab dengan nada gurau-senda : "kalau adik-beradik, nanti bosan plak. Hari-hari tengok muka sama. Tentu tak mesra." Saya pikir balik, "Hmm... Betul jugak."

-------------------------------------------

Naik ke menengah rendah (Tingkatan 1 - 3), Allah mempertemukan pula saya dengan seorang insan. Individu ini jika dilihat secara zahir memang aneh. Dia suka sangat menengakkan pendiriannya. Mahu tak mahu, mesti dia yang nak menang. Tak nak mengalah. Baik bidang duniawi atau ukhrawi. Dia diberi nama, 'Nik Mohd Haziq Asyraf bin Nik Alim'. Nama yang begitu panjang sekali. Ada yang memanggilnya dengan pangilan 'Nik', ada yang panggil 'Haziq', dan tak kurang juga yang panggil 'Asyraf'. Kadang-kadang boleh menimbulkan salah faham. Ye la, panggilan banyak, tapi tuannya sama.

Tapi, saya lebih cenderung memanggilnya dengan nama 'Haziq'. Bercakap pasal Haziq, dia ni seorang yang suka berdebat. Kalau masuk pertanding debat, peratus kemenangan adalah tinggi. Hehe. Oleh keran sikapnya yang suka mempertahankan hak dan pendapatnya, kami sering 'kelihatan' seperti orang yang bertengkar. Hari-hari. Sehinggakan kami digelar oleh orang ramai bagai kucing dengan anjing. Tak boleh langsung berdamai.

Tapi yang bestnya akan Haziq ni, dia berdebat dengan nilai-nilai debat yang sopan. Maksudnya, ketika kami mempertahankan hak dan pendapat masing-masing, dia tidak akan menghalang saya untuk mengemukan hujah saya. Dipermudahkan cerita, jika saya tengah menghuraikan pandangan dan pendapat saya, dia akan diam dan mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut saya. Apabila saya dah selesai berhujah, barulah dia akan memberi pandangan dia pula, dan saya akan mengunci mulut. Begitulah seterusnya.

Keadaan ini menjadikan kami respect akan pandangan dan hujah masing-masing. Tidak seperti sesetengah individu. Oleh sebab hendakkan pendapatnya diterima oleh pihak lawan, mereka akan mencelah dan menghalang pihak lawan daripada terus berhujah. Tapi Haziq dan saya, kami akan berdebat dengan 'aman' (insyaAllah). Masing-masing mengiktiraf pandangan pihak lawan. Walaupun kekadang nada kami amat lantang sehingga memecahkan suasana sunyi dalam kelas, sampaikan kami dimarahi oleh warga kelas. 

Dan juga, banyak perkara yang kami perdebatkan tidak mempunyai penghujung gara-gara kedua-dua pihak tak nak mengaku kalah. Dan perdebatan kami berakhir tanpa konklusi yang dipersetujui bersama. Kesannya, kami menerima hujah masing-masing dan pada masa yang sama, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing. Dan kesan yang lebih besar ialah hubungan ukhuwwah kami semakin akrab. 

" SEMAKIN BANYAK/LAMA KAMI BERTENTANG MATA, SEMAKIN BANYAK MASA YANG KAMI GUNAKAN UNTUK JALINKAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN "
-------------------------------------------

Meningkat usia, saya meneruskan pengajian saya keperingkat yang lebih tinggi, Menengah Tinggi (maaf, jika tersalah istilah). Pelbagai jenis manusia yang saya temui, dan pelbagai jenis ragam pulak yang mereka tonjolkan. Kehidupan harian saya berjalan seperti biasa. Terus-menerus mencari kemewahan dan kesenangan hidup. (itu dulu la. InsyaAllah, tak lagi)

Selepas beberapa lama, saya berkawan dengan seseorang yang dipanggil Syazwan, atau penuhnya Mohd Syazwan bin Mustapa. Seorang yang berwatak aneh pada pandangan pertama saya. Oleh sebab ada sedikit kekurangan pada dirinya, ada yang cuba menjauhi dan malahan membencinya. Tetapi, tidak kurang ramai juga mereka yang rapat dengan Syazwan. Ini kerana, Syazwan dapat mengatasi kelemahannya dengan sikapnya yang berani dan peramah. Dia senang didekati dan boleh dibawa sebagai teman berbual.

Selepas beberapa lama, saya dapat merasakan sesuatu yang berlainan tentang dia. Syazwan tidak sama dengan kawan-kawan yang lain. Walaupun pada awalnya, saya tidak begitu rapat dengannya berbanding dengan beberapa kawan saya yang lain, tetapi, oleh kerana keistimewaan yang ada padanya menyebabkan saya mudah merapatkan diri kepadanya, dan sekaligus menjadikan Syazwan sebagai salah seorang sahabat akrab saya.

Kehebatan dan keistimewaan yang ada pada diri insan ini tidak berhenti begitu sahaja. Semakin hari semakin saya menghampiri kepadanya, untuk mengenalnya dengan lebih dekat, kewibawaan yang tersimpan dalam dirinya semakin terselah. Syazwan bukanlah seorang pemidato yang berkaliber, bukan juga seorang pelajar yang menyerlah dalam akademi, dan tidak juga seorang atlit yang cergas di gelanggang sukan serta bukan seorang seniman yang agung. Tetapi, yang saya maksudkan dengan kehebatan, keistimewaan dan kewibawaan yang wujud dalam diri insan ini ialah sifat dan akhlaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab pada menjaga tugas yang diamanahkan dan menyempurnakan hak-hak kawan menjadikan dirinya mendapat perhatian oleh orang ramai.

Tetapi, di mata saya, Syazwan bukanlah seorang insan yang mempunyai akhlak yang terpuji, yang biasa dipunyai oleh kebanyakan orang. Saya teringat satu artikel, yang berkenaan tentang 5 sifat terpuji seorang kawan. Pabila saya membaca kelima-lima sifat tersebut, MasyaAllah, orang yang pertama yang timbul dalam benak fikiran saya ialah : SYAZWAN. Saya merasakan dia mempunyai dan menjiwai serta melazimi kelima-lima sifat terpuji tersebut. Entahlah mengapa, tetapi itulah yang hati kecil saya katakan.


Hari demi hari, hubungi kami semakin rapat. Mungkin dia tidak perasan akan hal ini. Kerana disisinya terlalu ramai kawan yang selalu mendampinginya. Saya teringat saya peristiwa yang berlaku antara saya dengannya. Peristiwa ini berlaku pada satu hari di hujung minggu. Hari Jumaat kalau tak silap. Pada hari itu, saya telah membuat satu kata sepakat dengannya untuk bersama-sama pergi ke kelas tambahan di sekolah. Jadi, saya menelefonnya supaya menunggu saya di rumahnya.

Tetapi, satu masalah telah timbul menyebabkan saya tidak dapat untuk ke rumahnya, dan saya terus ke sekolah tanpa memberitahu dia terlebih dahulu. (Ini kerana pada waktu itu saya tidak mempunyai henset lagi). Sepanjang perjalanan, saya sangat gelisah kerana tidak sempat memberitahunya akan hal itu. Setibanya di dalam kelas, saya mendapati dia tidak ada dalam kelas tersebut. Selepas tamat sesi masa pertama, seseorang menghulurkan telefon bimbitnya dan mengatakan Syazwan ingin bercakap dengan saya.

Astaghfirullah. Ya Allah, Engkau Rahmatilah kawanku yang sorang ni! Saya tidak sangka bahawa dia sanggup tidak hadir ke kelas kerana semata-mata menunggu saya di rumahnya. Saya sukar untuk percaya bahawa dia menunggu saya di tepi jalan dengan motor yang dicintainya semata-mata seorang kawan yang tidak menepati kata-katanya seperti saya ini? Dari sinilah saya belajar banyak perkara. Lebih-lebih lagi tentang hubungan persahabatan dan masa. Sehingga kini, kekadang saya begitu takut untuk membuat temujanji dengan kawan kerana takut perkara sama akan berulang kembali.

Tetapi, (jika saya diizinkan untuk bersumpah atas nama Allah akan hal ini, sudah pasti akan saya lakukan) Syazwanlah orang pertama dan satu-satunya individu yang pernah saya bertemu yang memegang janjinya begitu erat. Siapa yang sanggup untuk ponteng kelas demi seorang kawan yang mungkir janji? Kalau saya pun masih belum tentu lagi. Sejak hari itu, saya semakin menghormatinya sebagai seorang teman. Bahkan lebih dari itu. Dialah best of the best person in my life. Dan tentulah selepas cinta saya pada Allah dan Rasul-Nya.

Banyak sangat yang ingin saya kongsikan tentang insan bernama Syazwan ini. Sehinggakan memerlukan beberapa entri untuk membincangkan pasal hal ini sahaja. Konklusinya, beliau akan sentiasa berada dalam hati saya selalu. InsyaAllah. Moga-moga, Allah menjadikan persahabatan kami sebagai satu wasilah menuju kepada keRedaan Allah.


------------------------------------------------------------------------

PERSOALAN 1 :
Mengikut perjalanan hidup penulis, penulis akan mempunyai seorang best friend di setiap peringkat pengajian. Jadi, adakah penulis mempunyai best friend di peringkat universiti?

JAWAPAN 1 :
Setakat ini, saya masih belum menjumpai lagi sesiapa yang berkaliber dan sesuai untuk saya menganggapnya sebagai best friend saya. Walaupun begitu, ada beberapa teman yang sedang saya perhatikan untuk saya dekati dan menjadikannya sebagai kawan teristimewa saya. Cuma masih belum sampai tiba masanya untuk saya memutuskan dan menetapkan siapakah individu yang bertuah itu. Hehe. Macamlah saya ni baik sangat.


SOALAN 2 :
Apa pandangan dan pemahaman penulis tentang best friend penulis?

JAWAPANN 2 :
Bagi saya, saya haruslah dapat memahami dengan mendalam akan diri si kawan itu. Dan dialah tempat saya luahkan segala masalah dan perasaan saya. Dari A hingga Z. Seperti Syazwan, kami saling faham-memahami masalah yang dialami masing-masing. Kekadang dia akan mengadu pada saya, dan kekadang saya yang mengadu padanya. Adilkan?


SOALAN 3 :
Adakah penulis ingin mencari best friend baru di peringakat universiti seperti Syazwan? Tidak bosan ke?

JAWAPAN 3 :
Mana mungkin seseorang itu bosan untuk hidup dengan kawan baiknya. Ya, bagi saya, Syazwan adalah insan yang paling istimewa yang pernah saya jumpa. Dia tidak pernah mengenal erti keletihan dan kesusahan hidup. Saya teringat akan satu katanya, "Midi, aku risaulah. Nanti besar, aku tak mampu untuk teruskan hidup jika aku ditakdir hidup dalam kemiskinan. Tidak seperti Azmi (seorang teman kami), dia dah biasa tidur beralaskan tikar. Tapi aku?". Terdengar kata-kata itu, hati saya tersenyum lebar. Kenapa? Sebab Syazwan ialah salah seorang individu yang tinggal di rumah kayu di atas tebing Sungai Kelantan. Tiada langsung tanda kemewahan yang dapat dicari dalam rumahnya. Tetapi, masakan seorang yang hidup seumpama itu masih lagi mampu untuk mengungkap kebimbangan hidup masa depan yang dikhuwatiri diuji dengan ujian kemiskinan? Sedangkan dia sudah biasa tidur berbantalkan lengan dan berselimutkan pakaian biasa. Begitulah kesan bila Allah mencampakkan iman ke dalam hati seseorang.

Berbalik kepada soalan, sejujurnya, tidak ada lagi insan yang saya bertemu yang berwatakan sepertinya. Hanya Allah yang dapat memberi balasan padanya. Dan ada lagi speciality tentangnya yang tidak sempat saya huraikan di sini. InsyaAllah, lain kali.

------------------------------------------------------------------------

Itulah sedikit sebanyak kisah hidup kawan-kawan saya. Saya rindu pada kata-kata lembut Afif yang menyusuk jiwa saya. Saya rindu pada kata-kata keras milik Haziq yang bermati-matian mempertahankan hak pendapatnya. Saya rindu pada Syazwan yang memiliki kesabaran yang tidak pernah dimiliki oleh kawan-kawan yang lain. Ya Allah! Jika aku diberi pilihan, aku akan memilih untuk hidup bersama mereka bertiga. Cukuplah Afif sebagai penyejuk hatiku. Cukuplah Haziq sebagai penolongku dalam memperjuangkan kebenaran. Dan cukuplah Syazwan sebagai penasihat dan peringatan kepadaku apabila aku tersilap bicara.

Tapi Ya Allah! Aku tau, aku tidak boleh memilih. Hidup mesti diteruskan ke hadapan. Perjalanan masih jauh. Aku berharap dan memohon, agar aku dipertemukan dengan insan seperti mereka, malahan lebih baik dari mereka. Dan aku berdo'a, agar Engkau me-Rahmati mereka bertiga. Sesungguhnya, mereka bertigalah yang telah mengeluarkan aku dari zaman kegelapan ke zaman kegemilangan. Tetapi, semua kebaikan itu kembali pada-Mu, sebagai Tuhan yang Memberi Rezeki dan Hidayah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Allahu Akbar!

Moga-moga Afif (dah lama xjumpa), Haziq (sekarang belajar kat USIM) dan Syazwan (sekarang belajar kat Maktab Perguruan Perlis) berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Kepada Allah lah saya serahkan kamu.

------------------------------------------------------------------------

Setakat itu dululah untuk entri kali ini,
InsyaAllah, kita bertemu lagi dalam entri akan datang,
Dengan topik yang lebih hangat dan mencabar,
Sebagai penggerak dan pemangkin kepada kekuatan Iman,
dan seterusnya menjadi seorang pendakwah yang disegani,
yang hanya mengharapkan Reda dari Allah.
InsyaAllah.

Assalamualaikum.


"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

adysuR said...

Indahnya ukhuwah kerana Allah

Dr Hamidi said...

Alhamdulillah

There was an error in this gadget