Pages

Thursday, April 28, 2011

Masjid HALUAN

Assalamu'alaikum.

Salam Segar-Bugar buat anda sekalian!


Pada malam pertama saya berada di kampung,
ayah saya mengajak saya untuk solat di satu masjid.

Teruja saya dengan jemputan ayah saya itu,
terasa juga nak keluar dari kampung,
melihat kampung-kampung lain,
luaskan pengalaman.

Setibanya saya dan ayah di masjid yang dimaksudkan itu,
saya terpegun melihatnya,
"Oh, masjid baru?"
tanyaku pada ayah.

"Ye, masjid baru.
Orang kaya sekitar yang bagi duit,
sama-sama bina masjid."
jawabnya dengan nada bersahaja.

Mendengar istilah 'orang kaya',
saya meneka,
mereka adalah orang-orang Tarbiyah,
yang satu jema'ah dengan ayahku.

Tekaanku semakin kukuh,
apabila saya bertemu dengan seorang ahli usrah ayahku.

-----

Cepat-cepat saya ke kawasan kolah,
untuk berwuduk,
memandangkan azan Isya' baru habis berkumandang.

seusai mensucikan diri dengan air basahan pendekat kepada Ilahi,
saya melangkah masuk ke ruang solat,
mataku berkeliaran ke sana sini,
saya mengukir senyuman.

Seorang demi seorang,
mulai memenuh dewan sembahyang,
tapi,
yang indahnya,
ramai kanak-kanak dan remaja yang hadir.

Wah!
anda tak akan jumpa permandangan ini di masjid lain!

Bilangan muda-muda semakin ramai,
terlintas di hatiku,
"Inilah hasil tarbiyah HALUAN.
Mantap sekali.
Moga-moga aku dapat mengtarbiyah orang kampungku,
sepertimana usaha yang telah dilakukan di sini."

Mataku asyik memerhatikan gelagat mereka,
sungguh suci dan bersih wajah-wajah mereka.

-----

Iqamah didendangkan,
saya bangun dan berdiri dalam saf.

Selepas iqamat selesai,
si bilal yang dah berumur,
datang berdiri disebelah kiriku,
dan senyum kepadaku,
dan tanpa ku sangka,
dia menghulurkan tangan,
untuk berjabat denganku.

"Sungguh,
masjid ini memang subur dengan Tarbiyah!"

Sempat saya menjerling ke hadapanku,
ada satu kitab berwarna hijau,
yang menjadi kebiasaan warga Tarbiyah mengkajinya,
yakni HADIS 40 Imam Nawawi.

"Sungguh,
masjid ini memang Tarbiyah yang mantap!"

Kemudian kami menunaikan solat Isya',
seperti kebiasaan.
Cuma yang bezanya,
bilangan pemuda menyamai bilangan warga emas.
Aku sungguh kagum dengan Tarbiyah HALUAN!

-----

Aku mengimpikan,
semua warga Malaysia ditarbiyah.

Moga suatu hari nanti,
apabila kita melawat satu-satu masjid,
kita akan dilayan seperti raja.

Bukan bererti memuja,
tetapi memuliakan tetamu,
bukankah ISLAM ajarkan begitu?

Aku mengimpikan,
semua warga Malaysia ditarbiyah.

Moga suatu hari nanti,
apabila kita hadir ke dewan solat,
jumlah remaja akan melebihi dari pemuda jalanan.

Bukan bererti menghina mereka di sana,
tetapi sebagai satu pujian untuk mereka yang memuliakan masjid.

Aku mengimpikan,
semua warga UIA ditarbiyah.

Moga suatu hari nanti,
apabila kita bangun pagi hari,
kita melihat melalui tingkap bilik,
menyaksikan ribuan pelajar berduyun-duyun,
berjalan dan bermotor perlahan-lahan menuju masjid.

Bukan bererti mengosongkan surau-surau sekitar,
tetapi sebagai menyahut cabaran si bangsa Yahudi,
yang mengatakan Jemaah solat Subuh tak akan sama,
dengan bilangan warga Jemaah solat Jumaat hari Jumaat.

Aku mengimpikan,
bukan setakat mengimpi,
tapi akan ku cuba kabulkan,
dengan kudrat terbaik yang ku miliki.

Engkau bersamaku atau tidak,
aku tidaklah peduli,
kerana masih ramai di luar sana,
yang akan membantuku.

Engkau bukan malaikat,
jadi jangan berlagak,
kita manusia biasa,
perbanyakkanlah taubat!

Ayuh!
Penuhilah Solat Subuh!
Jangan mimpi nak bina Negara ISLAM!
Jika Subuh pun terlambat!

Hamidi,
bersediakah engkau!?
Jalan di hadapan, tidak sesenang sangkaan engkau!

satu renungan untuk diri...

-----

memetik kata si dia:

terpulang pada anda bagaimana untuk menterjemah kata-kataku ini

tapi serius

aku sedang obses

untuk mengejar manusia

melentur, melebur dan membentuk mereka

sehingga terbentuk satu saf jundi yang akan menggegarkan saf-saf yang ada

tidak lelah walau diterjah

tidak luntur himmah walau digugah

tidak bercerai barisan walau digegar dengan kecaman

tidak keluar saf walau digertak dengan kepayahan

dari mereka akan lahirlah

rijal-rijal yang sanggup ditarbiyah

rijal-rijal yang sanggup mati kerana dakwah

rijal-rijal yang tahu apa erti satu batu-bata milik mereka

dalam menyumbangkan harta dan jiwa dalam pembentukan bangunan ustaziatul alam


-----

-pengunjung dipersilakan untuk mengundi pada sidebar kanan. segala kebaikan anda, akan terbalas oleh Si Maha Pembalas. undian anda, amat saya hargai!-

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

inchesofart said...

kita pun sungguh2 sama. jom jom.

Al-Fakir Hamidi said...

insyaALLAH.

hamasah akhi!

There was an error in this gadget